http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Friday, August 31, 2012

Official entry - Kisah Hati, Antologi cerpen miaKaftiya




WHAT IS KISAH HATI?

Kisah hati adalah buku yang mengandungi kompilasi cerpen-cerpen yang aku tulis sejak aku baru belajar menulis dulu sehingga kini, cuma dalam Kisah Hati aku cuma masukkan ENAM buah cerpen daripada cerpen-cerpen yang ada. Iaitu,

1. Suri di hati Sufi
2. Biola
3, Bunga Lalang
4. Dia yang aku tunggu
5.Imaginasi cinta
6. Cupcakes


SIAPA YANG DESIGN KULIT BUKU KISAH HATI?



Nurartikah Ali. 
Asalnya aku buat satu permintaan di group 'Blog e-novel' untuk minta tolong pada sesiapa yang pandai design cover untuk designkan satu cover untuk aku, memandangkan masa tu aku memang dah sangat, sangat buntu tak tau nak guna konsep dan gambar apa. As you know, we (e-novel writers) agak kreatif dalam menghasilkan cover untuk cerita-cerita kami sendiri. Kalau korang tanya macammana kitorang boleh buat cover yang cantik-cantik tu? Jawapannya, kami tak perlu jadi expert dalam graphic design, mahupun mahir menggunakan photoshop, yang kami perlukan adalah sense of creativity untuk mencari gambar-gambar menarik dan sesuai untuk tema cerita-cerita kami melalui google/devianart and whatsoever yang boleh mendatangkan gambar, dari situ kreativiti untuk menggunakan gambar itu terpulang pada hak individu. Letak tajuk, nama pena, dan editlah ikut-suka-hati kemudian, taraaa.. siaplah cover e-novel. 

So, memang ramai yang dah tolong buatkan cover Kisah Hati. Serius cakap memang cantik-cantik belaka tapi aku harus pilih cuma satu dan setelah menimbang tara segala aspek dan perkara akhirnya cover rekaan Tikah jadi pilihan hati aku dan cover itulah yang aku guna untuk buku Kisah Hati. ;-)

As reward, aku akan bagi satu copy buku ni pada dia. t__t


KENAPA TAK HANTAR PADA PUBLISHER?

Aku pergi sana sini sepanjang proses nak siapkan buku ni dan untuk cari kedai yang boleh tolong buatkan buku kisah hati jadi seperti buku yang ada di pasaran, dan setiap kali itulah aku ditanya dengan soalan "kenapa tak hantar pada karangkraf? Alaf 21? yada.. yada.." Kalau korang tanya kenapa aku tak nak hantar manuskrip novel aku pada mana-mana publisher? Jawapan aku, sebab aku masih belum puas hati dengan jalan cerita dan aku perlukan masa untuk siapkan manuskrip tu sampai aku puas hati. Tapi nak jawab soalan kenapa tak hantar Kisah Hati pada publisher memang susah aku nak jawab.

Aku tak ada keyakinan yang sebuah buku antologi cerpen daripada penulis picisan yang jumlah readers tak seberapa akan diterima oleh penerbit untuk diterbitkan. Kalau penulis yang dah sedia ada nama dan novel mereka bestseller pun tak ada buku antologi cerpen sendiri, takkanlah aku yang bukan sesiapa ni nak hantar kot? Rasa macam tak kena je... =_='

Ada, ada satu buku antologi cerpen tajuknya 'Tentang cinta' kalau tak silap, itu gabungan daripada beberapa orang penulis yang mempunyai nama besar dalam dunia penulisan. NAMA BESAR. GABUNGAN. ANTOLOGI CERPEN. See? Even diorang pun bergabung untuk satu buku cerpen, takkanlah aku yang bukan sesiapa ni nak demand lebih-lebih kot? Serius, aku tak ada keyakinan itu. v__v

BERAPA HARGA SENASKAH?

RM17. Mahal? Ya, kalau boleh aku nak jual dengan harga mampu-beli, dalam RM10, ke RM5 ke.. tapi aku tak boleh. RM17 adalah harga paling murah aku boleh bagi, kalau tidak aku sepatutnya jual RM20 ke, RM22 ke.. tapi yelah, tak layak buku picisan ni nak diletak harga semahal itu. ;-)

MACAMMANA NAK BELI?

Just pm/mesej/call/bagitau/email atau apa saja cara kau korang rasa komunikasi itu boleh berlaku hatta membeli melalui kawan sekalipun, dan nanti aku akan beritahu macammana nak beli. Oh ya, bagi yang duduk jauh, macam biasalah kena charge postage, RM6 untuk pos laju.

RM17 (Postage RM6) = RM23

Buku ini exklusif. Buat masa sekarang ianya tidak dijual di mana-mana kedai, hanya melalui aku, kecuali kalau aku bagi buku ni pada seseorang untuk serahkan pada seseorang yang lain. Itu namanya beli atas kawan yo! >__<


RAJINNYAAAA.....??

Aku pergi sana sini dan berjumpa dengan orang-orang yang tahu tentang projek Kisah Hati ni diorang mesti spontan akan cakap, "Rajinnya.." Err.. sebenarnya bila kita buat perkara yang kita suka, tak terasa pun perkara itu sebagai satu beban. Rajin menulis? Sebenarnya aku pun kadang-kadang ada penyakit malas jugak, cuma.. entahlah, aku tak faham kenapa orang mesti akan bagi reaksi, "Rajinnya.." *dengan nada kagum.* 


Sementara aku sedang diberi peluang untuk belajar menjual karya-karya aku sendiri, apa kata korang support dengan membeli? Nanti bila dah ada publisher yang nak tolong pasarkan karya aku, masa tu aku rasa tugas aku cuma kerah idea dan taip, taip dan taip. Dah tak adanya aku nak pening-pening kepala fikir budget, fikir kenderaan nak keluar, fikir kedai nak dituju, fikirkan cara bagaimana buku ini akan jadi seperti ini atau ini? Fikirkan bagaimana nak dapatkan budget banyak ini dengan jumlah buku sebanyak ini, bla.. bla.. bla.. 

Sebab tu aku hargai pembeli dengan minta diorang bergambar dengan buku-buku aku sebab nanti bila aku tengok balik gambar-gambar lama, aku akan ingat.. oh dulu Makngah ida beli Kisah Hati, atau Oh, dulu mak teh beli cerita cinta miakaftiya (ccmk) senyap-senyap dari uncle aidid, atau oh, pertama kali aku ada pembeli lelaki, si Wahidon Azlan tu rasanya budak ILPKLS kot tu, atau Oh, Nida yang menang segmen Iman Harraz so dia dapat buku ccmk, dan lain-lain...


Kau faham tak? Faham tak? Perasaan tu? ^__^





So, ada sesiapa lagi yang nak beli? *garu hidung*


Tuesday, July 24, 2012

Buat tempahan Buku Kisah Hati sekarang! ;D






Oh, jangan salah faham, gambar-gambar di atas bukanlah sepertimana buku yang akan dijual kepada  anda semua, itu cuma draf buku untuk simpanan aku je. 

Bagi yang berminat untuk membeli buku (yang tak seberapa) ini, bolehlah buat tempahan sekarang sebelum aku pergi hantar ke kedai untuk dicetak, tapi maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak bagitau berapa harga untuk sebuah buku ni sebab belum pergi pun ke kedai tu, tengah cari masa dan tenaga (maklumlah bulan-bulan puasa ni..) tapi lebih banyak cetakan lebih murah katanya, sebab tu sebelum pergi cetak kalau boleh aku nak ambil anggaran tempahan dulu, 

Aku akan beritahu harga buku ni kemudian, buat masa ni bagi yang berminat boleh tempah je dulu dengan meninggalkan nama anda dan ayat "saya nak tempah" di entri ini mahupun di facebook atau di email miakaftiya@gmail.com. ;-D

aku tau buku ni tak seberapa, jadi kalau tak ada yang nak tempah pun tak apa.. aku tetap akan print dan simpan untuk sesiapa yang mahu beli. Sesungguhnya, menjual hasil karya sendiri untuk dibaca oleh orang lain adalah satu nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata! *nanges* v__v

Thursday, July 19, 2012

Kisah Hati : 6. Biola (last)


Aku dan Lily serentak menoleh ke belakang, melihat budak lelaki yang sedang ketawa itu  berlari-lari sambil memandang ke belakang dan mentertawakan seseorang.
                "Ouch!" Jerit Lily
                Seseorang merempuh kami dan serentak itu pegangan tangan Lily di lenganku terlepas.
                "Arrgghh.. the bad boy!" Keluh Lily dengan dengusan kasar seperti dia redha saja jika lelaki itu yang melanggar mereka.
                "The... what?" Soalku, kerana aku kurang mendengar dengan jelas apa yang Lily katakan tadi.
                "The. Bad. Boy." Ulang Lily.
                "Siapa?" Soalku kembali. Maksud aku "siapa" itu adalah siapa peribadi sebenar bad boy itu?
                "Tadi. Yang langgar kita lepas tu tak reti nak mintak maaf, jauh sekali nak pandang belakang balik dan angkat tangan atau lambai sedikit pun sebagai tanda maaf."
                "Ya.. tapi kenapa panggil dia dengan gelaran itu?" Soalku.
                "Sebab dia memang bad boy! Sejak dari hari pendaftaran lagi, dia dah jadi popular hanya kerana dia tak mahu gunting rambut dia yang panjang macam... pernah tengok drama Asmara?" Soal Lily, tiba-tiba tukar topik.
                "Kadang-kadang." Balasku.
                "Hah... rambut dia dulu macam rambut Shahz jeszle dalam Asmara itulah, cumanya rambut dia taklah smart bergaya siap curly macam Asmara tu, tapi panjang rambut dia hampir macam tu, lepas tu dia buat hal tak nak potong sebab katanya dia simpan rambut tu bertahun-tahun. Cuba bagitau saya, patut ke tak patut apa yang dia buat tu?" Soal Lily dengan muka tak puas hatinya.
                Aku menggeleng.
                "Kannn.."
                "Tapi tak silap tadi, rambut dia bukan pendek ke?" Soalku, ragu-ragu.
                "At last! Bila tuan pengarah sendiri datang kelas siap bawak gunting.. mana dia nak lari. Itupun, jangan tak tau pulak yang sampai dua tiga orang kena pegang tangan dia sepanjang proses gunting rambut dilakukan. Bukan bad boy ke kalau dah sampai macam tu teruk punya perangai?" Soal Lily mengharapkan pendapat dariku.
                "Oh.. memang.. Bad. Boy."
*****
Tapi satu perkara yang aku tak jangkakan terjadi adalah apabila lelaki yang digelar bad boy itu tiba-tiba saja muncul di hadapanku dan memandang ke mukaku, lama. Dia bukan saja memandang ke mukaku tanpa sebab, tapi dia juga sedang menghalang laluanku, sedangkan sekarang aku sebenarnya ingin ke tandas.  Dan sekarang juga aku masih ada kelas Fizik, jadi aku tak boleh sewenang-wenangnya membuang masa di tengah-tengah laluan ini bersama-sama dengan bad boy ini yang dari tadi langsung tak bersuara!
                Aku berkalih ke tepi dan melangkah ke tempat yang sepatutnya aku ingin tuju. Tapi tiba-tiba lelaki ini memanggilku..
                "Weiii.. "
                Aku menoleh. Tapi dia cuma garu kepala. Aku kembali menyambung langkahku bila melihat yang dia seperti tidak ada apa-apa yang ingin dikatakan. Lagipun aku dah nak terkucil benar ni!
                "Weii.. weii.. tunggulah!" Panggil lelaki ini lagi. Baru sekarang aku sedar yang selama ini aku cuma memanggilnya badboy sehinggakan aku tak tahu apa nama sebenarnya.
                "Apa dia? Nak cakap cepatlah, aku nak pergi tandas ni." Rungutku.
                "Oh. Pipi kau dah ok ke?" Soalnya.
                Aku raba pipi aku sendiri. Tempat dimana ia dihentam dengan bola sepak.
                "Dah.. oklah sikit." Jawabku sekalipun aku agak pelik kenapa dia mesti bertanyakan soalan itu kepadaku?
                "Oh, ok.." Balasnya dan dia terus berpaling dan pergi. Macam tu je?
                Mengingatkan ada hajat yang harus aku selesaikan, maka aku terus ke tandas tanpa sempat memikirkan tentang lelaki itu lagi.





p/s : Still, my own favourite.  I love the way i write this story, and ya.. still the goods comes from Allah. Hope you'll like it too! ;D



Kisah Hati : 5. Dia yang aku tunggu



“Merah muka.. kau suka kat dia kan..” soal Anis masih ingin mengusikku.
            Dah tau lagi mau tanya. Aku diam seribu bahasa, malas nak menjawab soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

            “Nama dia Iqram, dia sebaya kita tau, tapi dia tu pendiam sikit, suka lepak sorang-sorang. Aku jarang sembang dengan dia sebab dia tak suka bercakap. Tapi kan, kadang-kadang dia tu pemalu juga tau. Sebab tu aku suka menyakat dia. Tadi tu aku saja nak sakat kau.. jangan risau aku takkan bagitau dia lah, tapi aku saja nak bagi dia tengok kau tadi. Ye lah, mana tau tiba-tiba dia terjumpa kau kat mana-mana nanti dia tau la kau tu kawan aku. Kan?” Tiba-tiba saja Anis menceritakan pada aku semua tentang Iqram. 
            Aku diam tidak memberi sebarang reaksi, tapi sebenarnya dalam hati aku dah kembang mekar bunga di taman. Dah rasa macam tak nak balik rumah pun ada. 
            “Eh.. kau lepak la kat sini, jangan balik dulu tau, aku nak pergi bagi bunga telor jap.” kata Anis sebelum dia terus menghilang di dalam kanopi.
            Aku terkulat-kulat sendirian di situ, entah kenapa tiba-tiba rasa segan pulak berdiri sorang-sorang sedangkan aku berada di kawasan kampungku sendiri. Aahh.. buat bodo je la.
            Aku lihat Iqram sudah habis makan dan dia bangun menuju ke arahku. Aku dah jadi tak tentu arah. Mana la tau dia nak tanya apa-apa ke pasal Anis tadi. Aduuhhh.. nak lari ke nak atau nak berdiri je kat sini?. Hati aku berbelah-bahagi. Tapi tiba-tiba aku lihat Iqram menunduk dan dihadapannya ada bekas untuk basuh tangan.
            Oohh dia nak basuh tangan rupanya. Kebetulan bekas untuk basuh tangan itu diletakkan tak jauh dari aku. Hati aku kembali tenang. Aku memandang ke kiri dan ke kanan, pura-pura seolah-olah kehadiran Iqram di hadapanku tidak membawa sebarang erti. Padahal dalam hati meronta-ronta nak usha dia.
            Dari sisi mata aku nampak Iqram sedang mengambil tisu yang disangkutkaan dalam plastik di tiang kanopi. Walaupun melihat dari sisi mata tapi mataku tetap tertangkap dengan Iqram bila mata bulatnya juga memandang ke arahku. Terus aku memusingkan kepala. Memandang keadaan di belakang tempat aku berdiri. Konon-konon ada orang panggil, padahal nak sorok muka malu. 
            Aku kembali memandang ke hadapan bila sudah yakin yang Iqram tidak berdiri di situ lagi. Memang betul. Dia tiada di hadapanku. Tapi.. dia tiada di mana-mana. Puas mata aku mencari lelaki yang memakai kemeja kotak-kotak. Tak jumpa. 
            “Eeheemmm..ehem..” aku terdengar suara lelaki berdehem di sebelahku. Spontan aku memandang. Errkk.. dia ada kat sebelah aku rupanya. Sedang mengurut tekak sambil membetulkan suara.
            Chill Nabila.. chill,” kataku kepada diri sendiri dan cuba berlagak biasa.
            Mengetahui yang dia berada dekat denganku sudah cukup untuk membuat hati aku berasa tenang. Tak perlu tercari-cari dia lagi.
            

Wednesday, July 18, 2012

Kisah Hati : 4. Cupcakes





“Jom! Kita nak pergi mana dulu ni?” Soal Emma.
            “Eh kejap, ada seorang lagi tertinggal” Kata Han, menahan kami dari berjalan sambil matanya melilau memerhati sekeliling.
            “Siapa?” Soal Emma, aku mengangguk, setuju dengan soalan Emma. Memang itu yang bermain dikepala aku sejak Han kata ada seorang lagi yang akan mengikut kami. Tak cukup ke Han sorang dah merosakkan mood aku, takkan ada lagi orang yang nak memansuhkan terus mood aku untuk tenangkan fikiran?
            “Hah itu pun dia..” kata Han menunjuk ke arah seorang lelaki yang tinggi, berambut pacak di tengah kepala, memakai baju T lebih labuh dari saiz badannya dan berseluar pendek. Oh ya, juga cuma berselipar getah! Kat pusat beli belah terkemuka yang jadi tumpuan orang ramai ni, dia boleh pakai pakaian selekeh macam nak lepak kat tepi tembok rumah sambil main gitar je??
            Heh, gila selamba. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu di atas bahu lelaki ini sewaktu dia mengusap belakang kepalanya. Apakah itu? Tupai? Oh, dia juga memelihara tupai yang dibawa kemana-manakah? Semakin lama kawan si Han ini semakin menghampiri kami, dan semakin aku nampak dengan jelas ekor yang terletak elok di bahunya itu bukanlah ekor sejenis binatang bernama tupai sebaliknya ia adalah.. ekor rambut kawan si Han ini? Oh my.. sekali pandang, rumusan yang boleh aku buat tentang lelaki ini, dia adalah..
            Mat ganja!.
            Astaghfirullah Tinie.. tak baik menilai orang dari luaran dia.  Kata satu suara dalam diriku. Ya betul, memang tak baik tapi penampilan dia betul-betul buat aku rasa tak selesa berdampingan dengannya. Err.. memang aku tak nak pun tapi sejak tadi dia asyik memandang ke arahku dan tersenyum-senyum. Apa kes?
            Jangan kata Emma akan tinggalkan aku dan suruh aku berjalan dengan lelaki ni, aku tak mahu!!
            “Tinie, ni Hakimie..” kata Han memperkenalkan aku kepada mamat tiga suku ni. Oh selain kelihatan seperti mat ganja, dia juga nampak macam mamat tiga suku sebab dia tak henti-henti tersengih walaupun sudah jelas aku menjelingnya. Dan Han! Kenapa kenalkan lelaki ni kat aku saja? Kenapa tak kenal kan sekali kat Emma? Mereka ada agenda tersembunyi untuk menyatukan aku dengan lelaki inikah?
            “Hai Tinie..” tegur si Hakimie sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat denganku. Mataku jatuh kepada huluran tangannya. Terkejut besar aku bila melihat ada tiga bentuk cincin bermata besar yang tersarung di tiga jarinya iaitu di jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari. Oh gosh!
            Spontan aku berundur ke belakang setapak. Huluran tangannya aku biarkan tidak bersambut.
           
*****


Aku lihat diruangan info. Tak banyak maklumat tentang dirinya yang diletak. Kemudian aku ke ruangan gambar. Jenuh aku mengerah otak memikirkan siapakah makhluk Allah ini. Letak gambar semuanya tak sempurna, muka separuh la. Gambar belakang badan la, gambar kaki dengan selipar la..  sehinggalah aku terjumpa gambar jarinya dengan tiga bentuk cincin yang tersarung di tiga jarinya. Aku mula mengaitkan nickname “Haq Kim” dengan Hakimie, setelah benar-benar yakin itu memang mamat tiga suku tu, barulah aku membalas tegurannya.
            “Hoi.. hoi tak ada bahasa lagi indah ke?” perliku.
            “Hoi adalah bahasa paling indah yang aku pernah tau..” balasnya.
            “Sengal..”
            “Mak aku cakap kalau sengal-sengal badan gunalah yoko-yoko, ia melegakan dengan cepat..”
            “Kau ni memang tiga suku kan?” soalku sengaja mengusik. Gurauannya berjaya membuatkan aku tergelak.
            “Aku memang suka makan telur tiga suku.. mana kau tau? Mak aku bagitau kau ye?” Balasnya lagi.        
            Wahh.. pandai pulak dia berloyar buruk dengan aku malam-malam ni, kalau jumpa depan-depan bukan main skema lagi.
            “Malas aku nak cakap dengan kau.” balasku
            Kau tak sedar ke yang kau memang malas nak bercakap dengan aku, sebab tu la sekarang aku chatting dengan kau. Kita menaip!”



p/s : another one of my fav cerpen. Dedicated to Emma and Tinie. Peace! ;D coming soon in Kisah Hati :Antologi cerpen miaKaftiya
            



Tuesday, July 17, 2012

Kisah Hati : 3. Suri dihati Sufi





“Err.. kalau saya ikut awak balik boleh tak?” Soalku memohon simpati. Mungkin itu bukan idea yang bagus mengikut seorang lelaki yang tidak dikenali ke rumahnya, tapi kalau lelaki ni bukan budak baik, dia takkan tolong aku tadi. Dan lagi naluri aku kuat mengatakan dia boleh dipercayai. Entahlah, di waktu-waktu genting begini aku cuma percaya pada kata hatiku berbanding logik akal.
“Kau lari dari rumah ya?” Soal lelaki ini. Curiga.
Aku tersengih sumbing.
“Dah la, jom!” Dia bingkas bangun dan berjalan mendahului aku. Aku mengikutnya dari belakang. Mataku sempat memerhatikan keadaan sekeliling. Sebelum aku sampai di rumahnya aku belum boleh dikira selamat lagi di luar ni.
“Nama kau apa?” Soalnya berpusing memandangku.
“Suri.. awak?”
“Sufi.”



****



            “Aik? Baru tiga kali tumbuk dah tak larat? Macammana nak jadi tauke kerisik ni?” Tegur Sufi yang tiba-tiba muncul dihadapanku. Mungkin baru balik dari restoran.
            “Siapa kata tak larat? Orang nak betulkan baju la,,” kataku pura-pura menyinsing lengan baju kurung. Sufi tersengih memerli.
            “Cepat la tumbuk, aku nak tengok.” gesa Sufi sedangkan aku sengaja melambat-lambatkan menyinsing lengan baju dengan harapan yang dia akan pergi. Tapi yang terjadi sebaliknya pula. Aduhai…
            “Eeii.. sibuk je nak tengok orang tumbuk buat apa, pergi la main jauh-jauh.” kataku pura-pura marah.
            “Ala, biarla kita nak main kat sini pun, apa salahnya.” kata Sufi menggelarkan dirinya “kita” macam budak-budak pula.
            “Eeii.. orang tak suka la kamu main kat sini, orang susah nak buat kerja.. pergi la main jauh-jauh. Karang orang panggil mak kang!!..” kataku seakan menggertaknya.
            “Ala.. kita tak kisah pun.. panggil la, kita nak duduk kat sini juga. Cepat la Suri.. kita nak tengok awak main tumbuk-tumbuk.” Makin galak Sufi menyakatku.
            “Eii.. makkkk... tengok Sufi ni.. dia kacau Suri...” jeritku kepada mak yang sedang mengutip cili di luar rumah.
            “Sufiiii.. karang mak suruh kamu yang tumbuk kerisik tu baru kamu tau.” jerit mak dari luar cukup jelas untuk pendengaran kami.
            “Eeii.. dia ni, suka mengadu la. Kita tak nak kawan dengan kamu dah.” kata Sufi dengan mulut yang sengaja di muncungkan lalu beredar ke biliknya.
            Aku tersenyum dengan gelagat spontannya.


p/s : my own favourite cerpen ever! <3 <3 ;D

Tuesday, July 10, 2012

Kisah Hati : 2. Bunga Lalang.


           

Bunga Lalang mengisahkan seorang lelaki, Syahmi seorang jurugambar bebas yang pulang ke kampung atuk dan neneknya untuk mencari bahan-bahan baru untuk dimasukkan dalam portfolia peribadinya. Di situ secara tidak sengaja dia 'terjumpa' satu subjek yang sangat unik, "Gadis kampung" yang tanpa dia sedari, gadis kampung itu adalah sebahagian daripada sejarah zaman kanak-kanaknya.

Ada apa dengan bunga lalang dan gadis kampung?? 

Excerpt,

           “Eh awak ni siapa?”
            “Saya Yasmin” katanya memperkenalkan diri.
            “Ok Yasmin.. kenapa awak nak tau nama mak saya?”
            “Sebab awak kata mak awak orang sini, jadi saya nak tau lah lagipun saya tak pernah nampak awak sebelum ni?.”
            “Memang la awak tak pernah nampak sebab saya tak duduk sini.
            “Ya.. awak dah cakap tadi. Tapi awak la yang hampir kena langgar dengan lori aiskrim semalam tu kan?” Soalnya lagi.
            Aku ternganga. Apakah punya peliknya manusia ni?
            “Oh oklah. Sorry kacau awak. Saya pergi dulu,” katanya meminta diri selepas aku diam tak bersuara.
            Aku membiarkan saja dia berlalu sebelum fikiran aku tiba-tiba terfikirkan tentang lori aiskrim yang hampir melanggarku semalam, terus aku bangun dan menghidupkan kamera dan berlari mengejarnya.
            “Yasmin!” Panggilku.
            Dia memusing. Klik! Gambarnya aku rakamkan. Dia kaku di tempatnya berdiri dan aku kaku di tempatku berdiri. Dia menunggu bicara aku, manakala aku kelu lidah untuk berbicara. Penyudahnya sekeping lagi gambarnya aku ambil.
            "Err.. nama saya Syahmi. Itu je nak bagitau” kataku bila hanya itu yang terlintas di kepala saat ini.
            Dia senyum sebelum kembali mengatur langkah meninggalkan aku. Untuk kali ketiga, imejnya sedang berjalan aku rakam dari arah belakang. Ada sesuatu yang mengganggu fikiranku.
            Aku lihat jam di tangan, dah pukul sebelas, balik jelah.




coming soon in Kisah Hati. ;-)