Aku dan Lily serentak menoleh ke belakang,
melihat budak lelaki yang sedang ketawa itu
berlari-lari sambil memandang ke belakang dan mentertawakan seseorang.
"Ouch!"
Jerit Lily
Seseorang
merempuh kami dan serentak itu pegangan tangan Lily di lenganku terlepas.
"Arrgghh..
the bad boy!" Keluh Lily dengan
dengusan kasar seperti dia redha saja jika lelaki itu yang melanggar mereka.
"The... what?" Soalku, kerana aku
kurang mendengar dengan jelas apa yang Lily katakan tadi.
"The. Bad. Boy." Ulang Lily.
"Siapa?"
Soalku kembali. Maksud aku "siapa" itu adalah siapa peribadi sebenar bad boy itu?
"Tadi.
Yang langgar kita lepas tu tak reti nak mintak maaf, jauh sekali nak pandang
belakang balik dan angkat tangan atau lambai sedikit pun sebagai tanda
maaf."
"Ya..
tapi kenapa panggil dia dengan gelaran itu?" Soalku.
"Sebab
dia memang bad boy! Sejak dari hari
pendaftaran lagi, dia dah jadi popular hanya kerana dia tak mahu gunting rambut
dia yang panjang macam... pernah tengok drama Asmara ?" Soal Lily, tiba-tiba tukar topik.
"Kadang-kadang."
Balasku.
"Hah...
rambut dia dulu macam rambut Shahz jeszle dalam Asmara itulah, cumanya rambut
dia taklah smart bergaya siap curly macam Asmara tu, tapi panjang rambut dia
hampir macam tu, lepas tu dia buat hal tak nak potong sebab katanya dia simpan
rambut tu bertahun-tahun. Cuba
bagitau saya, patut ke tak patut apa yang dia buat tu?" Soal Lily dengan
muka tak puas hatinya.
Aku
menggeleng.
"Kannn.."
"Tapi
tak silap tadi, rambut dia bukan pendek ke?" Soalku, ragu-ragu.
"At last! Bila tuan pengarah sendiri
datang kelas siap bawak gunting.. mana dia nak lari. Itupun, jangan tak tau
pulak yang sampai dua tiga orang kena pegang tangan dia sepanjang proses
gunting rambut dilakukan. Bukan bad boy
ke kalau dah sampai macam tu teruk punya perangai?" Soal Lily mengharapkan
pendapat dariku.
"Oh..
memang.. Bad. Boy."
*****
Tapi satu perkara yang aku tak jangkakan terjadi
adalah apabila lelaki yang digelar bad
boy itu tiba-tiba saja muncul di hadapanku dan memandang ke mukaku, lama.
Dia bukan saja memandang ke mukaku tanpa sebab, tapi dia juga sedang menghalang
laluanku, sedangkan sekarang aku sebenarnya ingin ke tandas. Dan sekarang juga aku masih ada kelas Fizik,
jadi aku tak boleh sewenang-wenangnya membuang masa di tengah-tengah laluan ini
bersama-sama dengan bad boy ini yang
dari tadi langsung tak bersuara!
Aku
berkalih ke tepi dan melangkah ke tempat yang sepatutnya aku ingin tuju. Tapi
tiba-tiba lelaki ini memanggilku..
"Weiii..
"
Aku
menoleh. Tapi dia cuma garu kepala. Aku kembali menyambung langkahku bila
melihat yang dia seperti tidak ada apa-apa yang ingin dikatakan. Lagipun aku
dah nak terkucil benar ni!
"Weii..
weii.. tunggulah!" Panggil lelaki ini lagi. Baru sekarang aku sedar yang
selama ini aku cuma memanggilnya badboy
sehinggakan aku tak tahu apa nama sebenarnya.
"Apa
dia? Nak cakap cepatlah, aku nak pergi tandas ni." Rungutku.
"Oh.
Pipi kau dah ok ke?" Soalnya.
Aku
raba pipi aku sendiri. Tempat dimana ia dihentam dengan bola sepak.
"Dah..
oklah sikit." Jawabku sekalipun aku agak pelik kenapa dia mesti
bertanyakan soalan itu kepadaku?
"Oh,
ok.." Balasnya dan dia terus berpaling dan pergi. Macam tu je?
Mengingatkan
ada hajat yang harus aku selesaikan, maka aku terus ke tandas tanpa sempat
memikirkan tentang lelaki itu lagi.p/s : Still, my own favourite. I love the way i write this story, and ya.. still the goods comes from Allah. Hope you'll like it too! ;D

0 ceritaMia's lovers:
Post a Comment