http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Monday, December 26, 2011

bab 31



Dari tadi aku asyik menguap saja. Entahlah.. petang-petang ni mood nak belajar pun dah hilang, yang aku tau, aku mahu cepat-cepat keluar dari bilik ini. Cepatlah Harraz.. cepatlah berhenti membebel.. tak ada satu benda pun masuk dalam kepala otakku sekarang ni.

Hahh.. mata aku dah makin layu ni..

"Pap!" Serta merta mata yang layu dah tertutup tadi terus terbuka luas bila meja ditepuk dengan kuat. 
Terkejut aku dibuatnya.

"Jangan tidur masa aku tengah mengajar." Kata Harraz, memberi amaran dan peringatan.

"Hummm.. mengantuk sangatlah! Bosan! Cukup-cukuplah tu, jom kita pergi main pulak" Ajakku sambil menggeliat.

"Banyaklah kau punya main! Dah besar-besar pun ingat nak maaiinnn aje kerja kau. Macammana nak uruskan legasi hotel ni nanti kalau perangai pun tak berubah?" Bebel Harraz. 
Aku buat muka sambil menongkat dagu di atas meja. Tak pasal-pasal dapat ceramah percuma di petang-petang hari ni. Main tu maksud aku, buat aktiviti riadah kat luar rumah, bukannya ajak main yang main aci kejar ke, main anak patung ke, bukannya ajak main macam budak-budak itulah Harraz!.

"Buat muka! Buat muka! Ingat comel sangatlah buat muka macam tu?" Katanya, memarahiku.

"Apanya..?? Asyik membebel je macam mak nenek.." Rungutku perlahan. Cukup untuk didengari oleh telingaku saja.

"Hah! Melawan! Tak berkat ilmu baru tau.. nanti aku nak suruh atuk hantar kau masuk mana-mana kolejlah, senang kerja aku tak payah nak jadi pengajar tak bertauliah untuk ajar kau lagi."

"Hah? Masuk kolej? Nak! Nak!" Ajuku, teruja. Wahh.. memang itu yang aku nanti-nantikan sejak dulu, teringin sangat nak rasa kehidupan jadi pelajar selain daripada zaman persekolahan. Sayangnya dulu mak dan abah tak mampu nak sara kos pengajianku. Haihh.. kenapalah dari awal lagi aku tak terfikir untuk mintak atuk daftarkan je aku masuk ke kolej?

"Amboooiii.. suka! Nak sangat ke belajar kat kolej?" Soal Harraz. Reaksi mukanya nampak seperti yang dia tak jangka aku akan memberi reaksi teruja sebegini. Mungkin tadi dia cuma berniat untuk menggertakku, tapi tak sangka yang aku tak akan tergertak langsung. Mungkin?

"Mestilah nak! Bila awak nak bagitau kat atuk?" Soalku, dengan sengihan melebar.
Harraz mengemas buku-bukunya yang digunakan untuk sesi pengajaran tadi sambil menjawab pertanyaanku, 

"Nantilah.. aku kena fikir jugak kursus apa yang kau patut ambil.."

"Ohh.. kalau kita sendiri pilih kursus yang kita nak tak boleh ke?" Soalku, dalam fikiran sudah terbayang-bayang kursus kesetiausahaan.

"Hal ini nanti kita bincang. Dah, kau nak keluar pergi main sangatkan? Pergilah keluar." Harraz menghalauku. Disamping dia juga bersiap sedia dengan barang-barangnya dijinjit, untuk keluar dari bilik bacaan ini.

Aku bangun dan menolak kerusi ke bawah meja sebelum melangkah keluar dan kembali ke bilik tidur untuk solat asar dan salin baju dulu. Tiga puluh minit kemudian, aku dah pun berada di garaj basikal, ingin mengeluarkan basikalku. 

Sewaktu aku sedang mengayuh basikal di hadapan pintu utama villa, Harraz keluar dari pintu dengan pakaian sukannya. Nak berjogging agaknya.

"Harraz!" Panggilku. Harraz menoleh memandangku sekilas sebelum dia buka langkah dan berlari-lari anak. 
Aku kayuh basikal lebih laju untuk menyaingi langkahnya.

"Harraz, jom main basikal nak?" Soalku sambil mengayuh basikal seperlahan yang mungkin untuk beriringan dengan Harraz.

"Tak nak!" Balasnya.

"Tak nak? Kenapa? Malu eh.." Usikku, memandangkan aku sudah sedia tahu tentang kelemahannya yang tak reti bawa basikal itu.

"Diamlah irin!" Balas Harraz, masam mukanya.

"Hahahhaaa.. jomlah naik basikal. Kita boleh ajar awak, bukan susah pun nak bawa basikal.." Pujukku lagi.

"Tak nak, tak berminat langsung!" Balasnya.

"Kenapa tak berminat pulak?"

"Sebab tak berminatlah."

"Orang yang paling cool kat dunia adalah orang yang tak malu mengakui kelemahannya dan sanggup mencuba untuk memperbaiki kelemahannya itu." Kataku, sengaja menggunakan psikologi untuk membuatkan Harraz tunduk pada egonya sendiri.

Harraz berhenti berlari dan berdiri tegak-tegak dengan matanya memandang tepat ke mukaku. Serta-merta aku pun menekan brek dan berhenti dari mengayuh basikal. Aku balas pandangan Harraz sambil mengerdipkan mata berulang-ulang kali. 

"Kau ni memang suka cabar aku buat sesuatu yang aku tak mahu buat, kan Irin?" 

"Cabar? Mana ada" Nafiku.

"Hah.. lepas tu suka nafikan apa yang kau dah buat." 

"Eh... apa pulak?"

"Kau dah tau yang aku tak reti bawak basikal lepas tu kau nak suruh aku main basikal pulak, itu bukan mencabar ke namanya tu?"

"Teheee.. " Aku tersengih menampakkan barisan gigi. 

"Oleh sebab aku memang jenis yang pantang dicabar, maka aku akan sahut cabaran kau tu. Tepi!" Harraz menolakku supaya turun dari basikal, sebelah tangannya memegang stereng basikal.

AKu turun dari basikal, dan memberi laluan kepada Harraz untuk menaiki basikalku. Lepas tu dia pandang aku, aku jongket kening, tak faham dengan maksud pandangannya itu.

"Kau kata nak ajar aku tadi kan?" Soalnya, berkias.

"Ohh.. " Aku tersengih sambil terangguk-angguk faham. Aku ingat Harraz tak mahu pertolongan aku tadi. 
Lalu aku pegang sebelah handle basikal dan menyuruhnya kayuh.

"Ni kalau kayuh takkan senget sebelah ke ni?" Soalnya. 

"Tak adalah.. kan kita pegang ni, cepatlah kayuh!" 

"Jangan lepaskan tangan!" Harraz bagi amaran.

"Ya.. tak lepas."

Lalu dia mula mengayuh selangkah demi selangkah, bila agak-agak dia dah mula boleh stabilkan diri, aku lepaskan pegangan tangan di handle basikal itu. Tapi Harraz yang panik melihat tindakan aku itu terus menjerit suruh aku pegang dia. 

Haihh.. penakut betullah Tuan Muda Iman Harraz ni!

"irin!!!!!!!...." Jerit Harraz bila dia dah tak boleh kawal handle basikal dan basikal itu melilau-lilau ke kiri dan kekanan sebelum....

Ok, baik aku tutup mata dulu! Dan serentak mata aku pejam, telinga aku terdengar bunyi suara Harraz menjerit. Oh, teruk betullah mamat ni, bila aku buka mata aku lihat Harraz sudah pun terbaring di atas aspal dengan basikal aku terlentang di sebelahnya. Sekarang tak ada apa lagi yang boleh aku lakukan selain menggelengkan kepalaku.

Aku atur langkah berjalan ke arah Harraz. Dia sedang mengerang kesakitan padahal aku rasa tak ada mana-mana bahagian di tubuhnya yang luka pun?

"Harraz! Awak baru terjatuh basikal, bukannya baru dilanggar lori.. jadi boleh tak berhenti mengerang macamnya sakit sangat?" Perliku sambil bercekak pinggang memandangnya.

Daripada posisi terbaring atas jalan tar, Harraz terus duduk bersila dan mendongak memandangku. "Kaulah! Aku dah cakap suruh pegang, yang kau pergi lepas tangan tu kenapa?" Ajunya, memarahiku.
Aku bercangkung memandang Harraz. "Apasal kita pulak? Awak yang bawak basikal, awak kawallah handle tu, yang terjerit-jerit panggil kita kenapa? Macamlah kita boleh tolong pun kalau dah awak pun tak kawal handle tu!" 

"Oh.. berlagak kau eh, tengoklah...." Bicara Harraz terhenti sampai di situ, matanya memandang ke satu arah di belakangku. Lama dia perhati. Aku turut menoleh memandang ke belakang, tak ada apa-apa yang pelik yang aku lihat kecuali... pak cik Sibir.

Aku baru ingin memandang Harraz kembali, tapi dia terlebih dahulu bangun dan berjalan melintasi aku terus berjalan ke arah pak cik Sibir. Pelik dengan kelakuannya, aku turut bangun dan mengekori Harraz. Ketika itu, pak cik sibir yang kononnya sedang menyapu daun-daun kering terus melangkah dan berpaling pergi meninggalkan saki-baki daun kering yang masih belum habis disapu. 

"Pak cik!" Panggil Harraz. Tapi pak cik Sibir langsung tidak menoleh sebaliknya terus mengatur langkah seolah-olah dia langsung tak dengar panggilan Harraz itu.

"Pak Cik Sibir! Tunggu." Jerit Harraz, lebih lantang. Dia mengejar pak cik Sibir sambil berlari-lari anak dan memintas laluan pak cik Sibir sehinggakan lelaki tua itu terpaksa juga berhenti melangkah. 
Aku mempercepatkan langkahku, tak mahu terlepas untuk mendengar apa yang akan mereka katakan. Tak, maksud aku, apa yang akan Harraz tanyakan pada pak cik Sibir?.

"Pak cik.. saya ada benda nak tanya ni." Kata Harraz, ketika itu aku sudah pun berada di sebelahnya, memandang dua manusia dihadapanku ini. Yang seorang ini dengan muka serba tak kena dan serba-salahnya, manakala yang seorang lagi dengan muka serius seperti menagih sesuatu! Ah, Harraz suka bertindak di luar pengetahuan aku.

"Tanya apa tuan muda? Kalau tak penting, lain kali sajalah ya, saya nak cepat ni, ada kerja lagi yang belum siap!" Balas pak cik Sibir.

"Tak.. saya nak tanya soalan penting ni. Sangat penting!" Tegas Harraz, air mukanya yang serius itu masih tidak berubah. Soalan penting apakah yang mahu ditanyakan?

"Err.. lain kali boleh tak tuan muda? Saya betul-betul ada hal mustahak ni, saya pergi dulu." Pak Cik Sibir terus melangkah tanpa mempedulikan permintaan Harraz.

"Pak cik, saya yakin yang pak cik tau sesuatu tentang keluarga ini!" Kata Harraz, serta-merta pak cik Sibir yang dah melangkah beberapa tapak ke hadapan tadi, terhenti. Dia menoleh ke belakang dan memandang tepat ke muka aku, sebelum dia memandang ke arah Harraz sekilas dan terus atur langkah kembali. 
Berkerut kening aku memandangnya dari belakang. Kenapa dia pandang aku? Bukan aku yang bercakap dengan dia tadi, tapi Harraz!

"Aku rasa memang ada sesuatu yang tak kena dengan pak cik Sibir." Kata Harraz, dan kami berdua berbalas pandangan. Harraz dengan pandangan yakinnya, aku dengan muka berkerut.

"Maksudnya....??" Soalku. Ya, Harraz patut bagi aku klu kenapa dia berfikir macam tu terhadap pak cik Sibir. Jadi aku pun boleh tolong fikirkan untuk dia sekali.

Harraz tak menjawab soalanku sebaliknya dia terus berlalu pergi. "Awak nak pergi mana pula tu?" Soalku.
Harraz tak jawab jugak, tapi dia angkat basikal yang dah terlentang itu dan ditongkatkan sebelum dia kembali mengatur langkah, berjalan ke arah tasik yang tak berapa jauh dari jarak kami berdiri. Aku cuma mampu mengeluh dan menggeleng kepala melihat Harraz, memang kadang-kala kelakuannya yang suka buat aku rasa macam aku bercakap dengan tunggul kayu itu, sangat menyakitkan hati!

Di tasik, baru Harraz bersuara dan membicarakan mengenai pendapatnya. "Kalau pak cik Sibir yang mulanya rapat dengan kau tapi tiba-tiba berubah dan menjauhkan diri dari kau, itu bukan petanda yang dia memang tahu sesuatu tentang keluarga kau ke Irin?"

"Kenapa pulak?"

"Dia ada bagitau apa-apa pada kau?" Soal Harraz, langsung tidak mempedulikan persoalan aku tadi.

"Dia pernah bagitau yang dia rapat dengan ibu dan dah bekerja dengan atuk bertahun-tahun sejak dari banglo lama dulu. Tapi apa punca dia tiba-tiba jauhkan diri dari kita, itu kita tak tau!"

"Aku dah agak... tengok cara dia yang macam nak larikan diri dari kita tadi pun aku dah dapat rasa memang ada sesuatu yang tak kena!"

"Awak rasa apa yang tak kena tu?" Soalku, sengaja nak buat lawak bodoh petang-petang ni.

Harraz jegil mata memandangku. "Kalau aku tau tak payah la aku pening-pening kepala nak fikir pasal hal ni, mak cik!" Kata Harraz, siap memanggil aku mak cik lagi.

"Ehem-ehem.." Tumpuan aku dan Harraz terganggu bila terdengar suara asing yang berdehem di antara kami. 
Serentak aku dan Harraz menoleh ke belakang dan melihat Syafiq sedang tersenyum memandang kami, err... memandang aku sebenarnya!

"Eh, hai! Awak buat apa kat sini?" Soalku, terus berjalan mendekati Syafiq.

"Hai.. macam tak bagi je saya datang sini?" Balas Syafiq, pura-pura merajuk.

"Eh, tak.. bukan! Maksud kita macammana awak tau yang kita ada kat sini?"

"Hehe.. saya gurau je tadi, sebenarnya tadi saya pergi villa, jumpa Ros, dia kata awak mungkin ada kat sini."

"Ohh.. ya ke. Ada apa awak cari kita?"

"Saya nak ajak Irin makan malam ni? Boleh?"

"Malam ni??.. err..." Aku serba-salah tak tau nak balas apa, aku tak pernah buat keputusan sendiri sepanjang tempoh aku tinggal di sini jadi aku mungkin perlu dapatkan keizinan daripada atuk dulu.

"Kalau awak fikirkan pasal atuk, jangan risau sebab saya dah mintak kebenaran dia awal-awal lagi." Kata 
Syafiq sekaligus menghilangkan rasa serba-salahku.

"Oh, ya ke? Cepat betullah awak bertindak kan.. hihi.."

Tingkah Harraz yang tadi langsung tidak mencelah tiba-tiba terus berjalan kasar dan menarik basikal aku lalu dinaikinya walaupun masih belum pandai, melilau basikal itu dibuatnya. Bila dia dah memang tak reti nak kayuh, dicampaknya saja basikal itu di tepi dan dia sendiri berjalan kaki balik ke villa.

"Kenapa tu?" Soal Syafiq.

Aku jongket bahu dan menggelengkan kepala. "Entah!" Balasku, terus menuju ke arah basikal kesayangan aku yang kena campak tadi dan aku angkat sebelum menolaknya sambil berjalan bersama-sama Syafiq, kembali ke villa. 

Wow, malam ni kami akan keluar makan bersama-sama? Pheww..

****************************

Selepas solat maghrib aku terus bersiap-siap untuk keluar kejap lagi dan khidmat Ros sangatlah diperlukan untuk membantu aku menatarias penampilanku memandangkan aku tak pandai nak bersolek walaupun dah beberapa kali hadiri kelas solekan dengan cik Faezah! Haishh..

"Encik Syafiq ambil cik muda pukul berapa?" Soal Ros, sambil merapikan rambutku untuk disanggul kemas. 

"Tak.. dia tak ambil, kita suruh dia tunggu kat restoran tu je, nanti kita suruh driver hantar!" Balasku, sambil memerhatikan tatarias di wajahku dan menambah di bahagian-bahagian yang aku rasakan tidak kena.

"Suruh driver hantar?? Kenapa tak suruh je dia ambil kat sini? Barulah nampak gentleman..." Balas Ros, mulanya dia macam melenting tapi bila dia menyebut perkataan gentleman dia tersenyum meleret pula.

Aku jongket kening memandang muka Ros dari cermin. "Heeiii.. Ros ni, kita pun tak ada apa-apa dia pulak yang lebih-lebih kan?" Usikku tersenyum.

"Tak adalah.. saya cakap je. okeh dah siap!" Ros memperkemaskan sanggulku itu dan memandang wajahku dari cermin.

"Hai, ini kalau encik Syafiq terjatuh hati kat cik muda ni, kat manalah nak dicampak tuan muda tu ya?" Soal Ros..

"Merepeklah awak ni, kita dengan tuan muda awak tu tak ada apa-apa hubungan pun okay!"

"Yelah.. sekarang memang tak ada, tapi esok-esok adalah tu." Makin giat Ros mengusikku.
Aku bangun dari kerusi dan terus mencapai beg tanganku di atas katil dan melangkah menuju ke pintu. 

"Takkan pernah ada Ros, ada baiknya kalau awak doakan saja kita ada jodoh dengan Syafiq tu, lagi baik.." Tombol pintu aku pulas, dan aku terus melangkah keluar sebelum sempat Ros membalas apa-apa.

Aku berjalan melewati setiap bilik dan ruang tamu sebelum sampai di muka pintu keluar utama. Sementara menunggu pemandu yang akan membawaku keluar ke restoran itu sampai, aku berdiri saja di lobi utama villa. 

"Irin..." Aku menoleh ke belakang bila terdengar suara halus seseorang memanggilku. Tapi tak ada sesiapa yang aku lihat.

"Huhhh.." Cepat-cepat aku menoleh ke kiri pula bila bunyi dengusan itu kedengaran begitu dekat denganku. 

Oh, Harraz rupanya! Aku tarik nafas lega sebab aku ingatkan tadi entah makhluk manalah yang menyeru-nyeru namaku.

"Ish, terkejut kita.." keluhku.

Harraz memandangku tanpa reaksi. dikuis-kuis hujung kasutnya pada lantai marmar dengan kedua-dua belah tangannya dalam kocek seluar. Satu keluhan dilepaskan. "Kau pernah cakap dengan aku yang kalau aku perlukan telinga untuk mendengar, bahu untuk tumpang menangis dan patung yang takkan bocorkan rahsia aku pada orang lain, kau akan sentiasa ada untuk aku kan?" Soal Harraz.

"Errr.. ahha, kenapa?" Soalku, teragak-agak.

"Jadi kalau aku cakap yang sekarang aku perlukan telinga, bahu dan manusia untuk temankan aku, kau ada masa untuk aku tak?" Soalnya.

"Sekarang?" Soalku, inginkan kepastian. Aku memang akan sentiasa ada untuk Harraz bila-bila masa yang dia perlukan aku, tapi bukankah sekarang aku perlu keluar dengan Syafiq untuk temunjanji tak rasmi kami yang pertama?

Harraz mengangguk.

Dan sekarang Harraz telah meletakkan aku pada satu situasi yang aku sendiri tak pasti mana satu patut aku pilih?  Aku garu kepala. 

"Aku faham kalau kau tak boleh nak tunaikan apa yang kau dah katakan dulu tu" Kata Harraz dan berpaling, terus berjalan menuju ke arah taman di bahagian kiri villa.

Oh, kenapa secara tiba-tiba je Harraz perlukan aku? Apa yang dia nak kongsikan dengan aku sebenarnya? Tapi muka dia, nampak macam sedih je? Atau dia sebenarnya dah bersedia untuk luahkan masalah dia pada aku? Atau...

"Cik muda, maaf saya terlewat, boleh kita gerak sekarang?" Soalan yang keluar dari mulut pemandu yang entah bila sudah terpacak di sisi kereta itu, terus menyedarkan aku yang sekarang aku sepatutnya perlu naik kereta dan pergi ke restoran dimana Syafiq sedang menantiku, tapi entah kenapa tiba-tiba hati aku rasa berat!

"Err.. kejap! Saya tertinggal barang." Kataku kepada lelaki pertengahan usia itu dan terus berlari anak menuju ke arah dimana Harraz berada. Disitu aku lihat Harraz sedang duduk di kerusi sambil tunduk memandang rumput di hujung kakinya. Perlahan aku atur langkah ke arahnya dan duduk bersama-sama dengannya di kerusi itu.

"Ok, sekarang kita dah sedia untuk awak, ada apa-apa yang awak nak kongsikan dengan kita?" Soalku. Harraz menoleh sekilas ke arahku sebelum dia kembali memandang ke arah rumput karpet ini.
Sesaat dua, Harraz masih belum buka mulut. Senyap saja yang menyelubungi kami.

"Harraz, kita menunggu ni.. ok, kalau awak memang tak ada apa-apa benda nak kongsi dengan kita, baik kita keluar sekarang sebab ada orang lain sedang menunggu kedatangan kita." Ugutku, sejujurnya aku harap yang aku dapat penuhi permintaan kedua-dua lelaki ini, jadi biarpun Syafiq perlu menunggu lama sedikit, tak mengapa.. asalkan Harraz tak rasa yang dia keseorangan.

Tapi ugutanku itu nampaknya seperti tak beri apa-apa kesan pada Harraz kerana dia masih lagi tidak membuka mulut untuk bersuara. Adakah ini trick Harraz untuk melengah-lengahkan masaku daripada keluar atau dia masih keberatan untuk membuka mulut?

"Ok, kalau awak memang tak ada apa-apa nak dicakapkan dengan kita, so kita pergi dululah ya?" Aku terus bangun dan berkira-kira untuk pergi tapi langkahku rasa tersekat bila tiba-tiba pergelangan tanganku dicengkam, perlahan. 

Aku dan Harraz berpandangan, Harraz menarik tanganku supaya aku duduk kembali dan selepas itu barulah pegangan di lenganku itu dilepaskan.

"Apa sebenarnya yang kau tau tentang masa silam aku?" Soal Harraz, sepuluh jari jemarinya bersatu dan dipatahkan sehingga mengeluarkan bunyi. 

"Tentang zaman remaja awak, tentang mak awak dan.. sebab awak jadi dingin begini.." Jawabku, sepatah demi sepatah.

"Jadi apa perkara yang aku sepatutnya tahu??" Soalnya lagi.

"Punca kematian emak awak.." Jawabku.

Sepuluh jari-jemari yang Harraz genggam itu dibawa ke dahi dan diketuk-ketuk dahinya perlahan dengan mata yang terpejam. "Ceritalah.." Kata Harraz.
Melihat keadaannya sekarang buat aku rasa macam... tak sampai hati pula nak buka cerita, mungkin tak tahu itu lebih baik untuknya, daripada dia tahu dan dia terluka..

"Ceritalah Irin, aku tau lambat laun aku perlu tahu jugak hakikat sebenarnya" Gesa Harraz.

"Errmm.. mak awak meninggal sebab jatuh tangga, masa nak... kejar awak!" Kataku, membuka cerita.

"Teruskan.." Gesa Harraz lagi bila aku terdiam agak lama. Sungguh, tiba-tiba aku rasa tak sampai hati.

"Doktor sahkan, mungkin ada darah beku kat kepala mak awak akibat hentakan yang kuat masa jatuh tu, atuk dengan ayah awak tak dapat cari awak masa tu sebab diorang tak tau awak kat mana, sebab tu diorang tak dapat nak beritahu awak awal-awal tentang kematian mak awak tu.."

Harraz mengangguk-angguk faham. 

"Harraz, maaf kalau kebenaran ni lebih buat awak rasa sakit! Tapi awak boleh ceritakan pada kita apa sebenarnya yang berlaku masa tu?" Soalku,

"Tak ada apa-apa yang berlaku, cuma aku ni anak derhaka yang tak mahu dengar cakap mak bapak dan akibatnya.. aku sendirilah kena tanggung." Harraz mengetap bibirnya kuat. Nampak seperti dia sedang menahan tangis.

"Harraz kalau awak rasa awak nak mengangis jangan tahan, luahkan saja lagipun tangisan bukan beerti yang diri seseorang itu lemah, tapi tangisan adalah salah satu terapi untuk membuang sisa-sisa toksin yang ada dalam badan, untuk buang cas-cas negatif yang melalui tangisan saja ianya boleh dikeluarkan." Kataku, mengeluarkan semula teori yang pernah aku baca dalam buku. Lagipun lelaki ego macam Harraz memang takkan menangis kalau kita kata yang "nak menangis tak semestinya dia mesti jadi perempuan"

"Pandailah kau berteori-teori pulak, entah boleh pakai ke entah tidak!" Rungut Harraz, kononnya hendak membahanku tapi nada suaranya sendiri pun sudah berubah garau dan matanya sendiri sudah mula memerah.

"Kita tak pernah cakap benda yang kita tak yakin kebenarannya ok.. " balasku, cuba membangkitkan suasana dengan kata-kata sinisku.

Harraz menganggukkan kepalanya berkali-kali, mungkin ingin maklumkan kepadaku yang dia setuju dengan statement aku tadi, tapi dia tak boleh nak keluarkan suara. Ah, Harraz terlalu menjaga standartnya sehinggakan menangis dihadapanku pun dia tak sanggup!

"Harraz, luahkan saja! Kenapa nak tahan airmata tu daripada mengalir? Awak hanya buat tubuh awak makin sakit sebab cas-cas negatif tu belum dikeluarkan.." Pujukku lagi, masih menggunakan teori kesihatan itu.
Harraz cuba untuk lemparkan senyuman sinis terhadapku, tapi ternyata senyumannya itu pahit dan palsu. Aku nampak setitik air jernih keluar dari tubir mata Harraz, terus mengalir ke pipi. Setitik, demi setitik dan semakin lebat...

Dan melihat Harraz menangis semahu-mahunya, mengetahui yang Harraz kini sedang melepaskan beban perasaan yang ditanggungnya, dan membuatkan Harraz sedar dan mengetahui tentang sesuatu yang sering dielakkannya selama ini membuatkan aku lupa, dimana aku sepatutnya berada dan membuatkan aku sampai tak ingat bahawa ada seseorang sedang menantiku di luar sana...


p/s : tak tau nak kata apa... hhihii.. ;p


Wednesday, December 14, 2011

Bab 30


Aku duduk berpeluk tubuh dengan pandangan mata aku halakan pada makanan di atas meja, sementara menunggu Harraz datang. Nampaknya pagi ini Harraz lambat bersiap! Siap dia, nak kena hukum ni!.

"Irin? Kenapa tak makan lagi?" Soal mak su, terhenti perbuatannya yang sedang menjamu selera itu bila dia terpandang aku yang sedang termenung disebelahnya ini.

"Kejap lagi.. Irin tunggu Harraz." Balasku. 

"Tunggu Harraz kenapa?" Soal atuk pula.

Aku senyum je, malas nak komen apa-apa. Atuk dan mak su berpandangan sesama sendiri sebelum aku nampak mak su jongket bahu dan kembali meneruskan makan. Atuk juga memandangku sekilas sebelum dia kembali menyambung makan.

Beberapa minit kemudian Harraz datang dengan kemeja ungu dan seluar slacknya, terus dia tarik kerusi dan duduk betul-betul di hadapanku. Aku perhatikan saja perlakuannya yang sedang mencapai roti bakar kosong dan diletakkan dalam piring sebelum dia capai pisau kecil pula dan menyapu mentega ke atas roti bakar itu, tiba-tiba tingkah Harraz terhenti, dia angkat kepala memandangku. Dia mendongakkan dagunya sebagai isyarat bertanyakan kepadaku "Apa?"

Aku ketap bibir, terfikir-fikir mahu katakan kepadanya sekarang, dihadapan atuk dan mak su atau beritahunya kemudian bila hanya tinggal aku dan dia saja di sini, mengenai permintaanku ini?

Harraz kerut dahi, tak puas hati bila aku masih tidak menjawab pertanyaannya. Diletakkan roti dan pisau di dalam piring dan dia menentang pandanganku. "Kau nak apa?" Soalnya. Sekaligus menarik perhatian atuk dan mak su.

Nampaknya aku tak perlu berfikir lagi memandangkan Harraz telah membuka ruang untuk aku bersuara. 

"Kita nak awak masakkan untuk kita hari ni." Pintaku.

"Hah??" Harraz kerut dahi dengan muka maha pelik tak boleh blahnya. Atuk dan mak su juga terkejut dan memandangku dengan pandangan mohon penjelasan. Tapi mataku tak berganjak sesaat pun dari membalas pandangan Harraz.

"Kenapa tiba-tiba nak suruh Harraz masakkan untuk Irin pula ni?" Soal mak su kepadaku.
Aku senyap je.

"Irin.. " Atuk ingin berkata sesuatu tapi dia terdiam kembali dan dia memandang Harraz dan aku bersilih ganti sehingga akhirnya atuk mengeluh dan memilih untuk tidak masuk campur urusan kami.

"Harraz? Kenapa?" Soal mak su kepada Harraz pula, tak puas hati kerana aku tidak memberi respon terhadap pertanyaannya.

"Entah Irin ni.. tiba-tiba je." Balas Harraz, kembali menyapu mentega ke atas roti bakarnya.

"Irin tak nak makan, selagi Harraz tak masakkan untuk irin!" Kata-kataku itu aku tujukan lebih kepada mak su dan atuk untuk menunjukkan kepada mereka bahawa permintaan aku itu serius. Bukan sekadar suka-suka nak request. Jadi kalau aku tak makan, maksudnya Harraz perlu dipersalahkan! Eh, tiba-tiba pula aku pandai nak guna kuasa veto aku sebagai cik muda di sini.

Harraz meletakkan kembali roti dan pisaunya ke atas piring dengan kasar sehinggakan bunyi pisau dan piring berlaga itu kedengaran seperti kuat benar. Satu keluhan di lepaskan dan dia memandangku dengan pandangan tak puas hati.

"Atuk.. tengoklah Irin ni!" Rungutnya.

Aku jegil mata memandangnya. "Awak kata awak akan ikut cakap kita selama seminggu? So takkan baru suruh masak dah nak merungut?" Kataku, mempersoalkan tentang perjanjian kami.

"Hah? Apa kamu berdua cakap ni?" Soal mak su, tak pasal-pasal dia pun terbabit sama dengan masalah kami.

"Irin, ikut aku!" Harraz bangun dari kerusinya dan berdiri di luar ruang makan. Aku turut bangun dan mengikut langkahnya.

"Perjanjian apa ni sampai aku kena masak pulak?" Soal Harraz, sepertinya dia rasa terbeban dengan permintaan aku.

"Awak dah lupa apa yang kita tulis kat kertas tu?" Soalku kembali.

"Kertas apa ni? Masa bila kau ada bagi aku apa-apa kertas?" Soal Harraz lagi. Dari tadi kami hanya berbalas-balas soalan tanpa seorang pun memberi jawapan.

Aku tarik keluar kertas dari poket baju gaunku. Memang aku dah agak yang Harraz akan persoalkan tentang hal ini makanya aku dah siap-siap simpan kertas itu dalam poket. 

"Awak kata awak tak mahu ikut permintaan kita yang suruh awak 'jangan marah-marah, kena senyum, kena hormat orang lain' dan semua-semua yang tak advantured tu kan? So, kita dah pangkah semua perkara yang tak advanture itu, tapi... senarai permintaan kita yang awak baca sampai ternganga mulut tu kenalah awak penuhi!"  

Aku pegang kertas itu dan berjalan mengeliling Harraz sambil membacakan  satu persatu "senarai tugas yang Iman Harraz wajib lakukan"

"Pertama, masakkan untuk kita selama seminggu. Kedua, nyanyikan lagu tiga bear macam dalam cerita full house, yang itu awak dah buat semalam, ketiga... "

"Hah.. dah, dah! Kalau aku tak nak masakkan untuk kau, kau nak buat apa?" Soal Harraz.

"Kita tak nak makan!"

"Yang kau nak seksa diri sendiri tu kenapa? Kalau aku masak tak sedap kau sanggup nak habiskan?"

Aku mengangguk. "Sanggup!"

"Kalau aku masak tu masinnya macam lori garam tumpah, kau sanggup nak habiskan?"

Aku mengangguk lagi. "Sanggup!"

"Tipu!"

"Betullah!"

"Dah, daripada kau suruh aku masak, baik kau makan je apa yang dah terhidang atas meja tu. Lagipun aku lebih rela daki gunung kinabalu daripada masakkan untuk kau." Balasnya dan kembali ke meja makan untuk menyambung sarapannya yang terbantut tadi.

Haishhh... dia ingat aku main-main ke? Memikirkan yang aku tak mahu makan, kecuali masakan yang dimasak oleh Harraz, aku terus atur langkah kembali ke bilik dan memerapkan diri di dalamnya.  

Lima minit kemudian, telefon bimbitku berbunyi. Nama Harraz tertera di skrin. Aku tekan butang hijau dan lekapkan telefon itu ke telinga, tapi belum pun sempat aku kata hello, suara Harraz dah terlebih dulu menampar gegendang telingaku.

"Kau kat mana?" Soalnya.

"Bilik!" Jawabku, sepatah.

"Kau buat apa kat situ? Pergi tengok jadual sekarang masa apa?" Katanya, nada arahan.

"Huishh..  kalau hari ni kita tak mahu belajar tak boleh ke? Dalam masa seminggu ni awak la yang kena ikut cakap kita kan??" Soalku.

"Hal lain aku tak kisah tapi hal ni tak boleh ditunda-tunda, datang sekarang dan jangan buang masa aku menunggu kau!" Tegas Harraz.

"Kalau tak nak?" Soalku, sengaja cari masalah.

"Kau nak aku heret kau keluar dari bilik ke??" Soalnya mengugut.

"Hah.. ok..ok.. kita keluar sekarang!" Balasku dan terus mematikan talian, lalu aku terus keluar dari bilik dan menuju ke bilik bacaan di mana Harraz sedang menantiku.

***************

Aku bermain-main dengan pen di tangan sambil menongkat dagu. Bosan. Sungguh sekarang aku dah bosan nak ikuti kelas yang diajarkan oleh Harraz ini, lebih-lebih lagi sejak aku mula rapat dengan Harraz dan tidak lagi menganggap dia sebagai tuan muda yang menakutkan. Sebaliknya cuma Iman Harraz yang sangat banyak kelemahan!

"Irin, boleh tak kau serius sikit?" Keluh Harraz.

Aku angkat kepala tegak-tegak dan mengangguk, "Hah.. kita serius la ni.." 

Harraz tarik kerusi dan duduk, memandangkan sejak tadi dia cuma berdiri dan berjalan ke kiri dan ke kanan sambil membacakan buku nota ditangannya untuk aku dengar.

"Irin.. kau sedar tak? Kita dah banyak buang masa sejak kita balik dari kampung dulu?" Soal Harraz, tiba-tiba. Aku ingat dia mungkin mahu marah aku sebab tak fokus, tapi soalan lain pulak yang dia tanya. 

"Buang masa apa?" Soalku, tiba-tiba berminat dengan topik ini. Jika ini adalah salah satu sukatan pembelajaran aku untuk hari ini, nampaknya intro topik ini sudah berjaya menarik perhatian aku.

"Bukan ke sekarang ni kita berdua sepatutnya dah mula jalankan misi untuk cari punca kemalangan ibu dan ayah kau?" Jelas Harraz. Tiba-tiba aku jadi teringat tentang rancangan kami semasa di kampung dulu iaitu ingin kembali ke zalam silam aku dan betulkan apa yang sepatutnya dibetulkan.

"Hemm.. mana kita tau nak buat apa, awaklah yang punya plan.." 

Harraz capai kertas dan pen, "Ok.. sekarang kita buat lakaran kasar dulu. First, tempat kemalangan, second, siapa sebenarnya lelaki yang bawak kau ke rumah mak dengan abah kau? Tiga, kenapa jiran-jiran emak dan abah tak persoalkan langsung tentang kewujudan kau yang secara tiba-tiba tu. Empat, kalau berita kehilangan kau tersebar di seluruh malaysia kenapa tak ada sesiapa yang cam itu kau? Lima, kenapa selepas sembilan belas tahun baru kau dijumpai?" Harraz menulis semua yang dia katakan itu di atas kertas sebelum dia memandangku dan bertanya..

"Ada apa-apa lagi yang kau nak tambah?" 

Aku menggeleng, tapi kemudiannya tiba-tiba aku teringat sesuatu. "Eh, ada! Satu, kenapa pak cik Sibir yang dulu baik dengan kita tiba-tiba macam nak jauhkan diri dari kita? Dua, dah dua tiga kali terserempak dengan seorang pak cik ni, dia pandang kita semacam, padahal kita tak kenal dia langsung pun! Tiga... mak su! Kadang-kadang mak su nampak macam baik sangat dengan kita, tapi kadang-kadang perangai mak su pelik sikitlah.. awak perasan tak?"

Harraz mencatitkan semua yang aku katakan itu dan dia langsung tidak mengendahkan soalanku sebaliknya dia cuma meneliti kembali apa yang telah dicatitkan itu dan membuat kiraan berapa banyak persoalan telah kami senaraikan. 

"Kita akan mulakan siasatan satu persatu dan bermula dari.... " Harraz terdiam sejenak seperti berfikir, 

"Tempat kemalangan!" Kemudian dia memutuskan untuk mengikut turutan seperti yang telah disenaraikan.
Ipad di atas meja Harraz capai, aku bangun dari kerusi dan berdiri di sebelah Harraz, ingin melihat apa yang ingin dilakukannya.

"Sembilan belas tahun lalu, berita yang tersebar luas ini memang dah semestinya jadi tumpuan media, jadi kebarangkalian untuk rekod-rekod berkaitan kemalangan itu ada dalam internet... sangat besar kan?" Harraz membuka Jaringan google dan mula menaip, 'Kemalangan anak pengerusi Residence Hotel'. Tup.. keluar senarai yang semuanya berkaitan dengan residence hotel, Harraz klik link paling atas yang memaparkan tajuk 

"Kronologi kemalangan anak dan menantu pengerusi Residence Hotel". 
Kami membaca satu persatu baris ayat yang terpapar di skrin itu.

"Kemalangan berlaku di jalan duta? Habis macammana dari jalan Duta kau boleh tersesat sampai ke Perlis ni Irin?" Soal Harraz memandangku sekilas. Aku cebikkan bibir dan mengangkat bahu.

"Kat sini je dah nampak yang memang ada sesuatu yang tak kena dengan kemalangan tu.. Jadi, siapa sebenarnya lelaki yang bawa kau ke perlis tu?" Kata Harraz lagi, terfikir-fikir. Aku suka tengok Harraz dalam keadaan ini, sebab dia nampak macam sangat... sangat...

"Nampaknya kita kena balik kampung kau untuk cari petunjuk!" Kata Harraz tiba-tiba, sekaligus menghalau pergi khayalanku.

"Balik kampung? Bila?" Soalku, teruja!

"Cakap balik kampung, suka kau eh.. kita bukan balik suka-suka ok, kita balik sebab nak selesaikan misi ni." Balas Harraz, serius. Sementara itu tangannya sempat mengklik link yang lain. Tiba-tiba Harraz sekali lagi menarik perhatianku dengan bunyi eh yang keluar dari mulutnya.

"Kenapa... semua artikel yang berkaitan dengan kemalangan tu, langsung tak ada muka kau? Muka mak dengan ayah kau je ada..." Soal Harraz, membangkitkan lagi satu persoalan. Aku turut memerhatikan skrin ipad itu. 

"Sebab... diorang tak ada gambar kita? Kan kita dah hilang masa tu, macammana diorang nak ambil gambar kita?" Soalku, tiba-tiba jadi blur. Sekaligus mengeluarkan teori yang sangat-sangat menunjukkan kebodohan aku.

"Masa ni ibu dengan ayah kau dah meninggal, tapi apasal diorang boleh letak gambar masa diorang masih 
hidup Irin?" Soal Harraz, memerliku.

Aku tersengih sambil menggaru kepala.

Harraz tiba-tiba bangun dan membawa bersama ipadnya, terus menuju ke pintu keluar. "Awak nak kemana tu?" Soalku. Semasa dia memegang tombol pintu, Harraz memandangku dan berkata.. "Jumpa atuk!"

"Hah?? Nak ikut...." Berlari-larian aku mengejarnya. 

Sampai di bilik kerja atuk, Harraz berlagak selamba dengan membelek-belek buku yang terdapat di rak buku atuk. Aku pula yang pelik melihat tingkahnya. Dia jumpa atuk semata-mata nak pinjam buku atuk ke?

"Atuk ada gambar-gambar Irin masa kecik?" Soal Harraz dan beralih daripada berdiri di rak buku kepada duduk di kerusi depan atuk, bersebelahan dengan aku.

"Ada.. mestilah ada! Kenapa? Harraz nak tengok ke?" Soal atuk, tersenyum.

"Taklah.. cuma, kalau ada kenapa akhbar-akhbar tak siarkan gambar Irin masa kemalangan tu dulu?" Soal Harraz dan menunjukkan ipadnya kepada atuk. Serta merta reaksi muka atuk berubah.

"Kenapa tiba-tiba..."

"Ah.. tak ada, tadi Irin ni saja nak baca pasal kemalangan dulutu, jadi saya bukalah kan. Tiba-tiba terperasan yang gambar Irin langsung tak ada dalam kebanyakan artikel tu.." Kata Harraz, tergelak-gelak. Kenapa dia cakap aku pula yang nak tengok, padahal aku tak tau apa-apa langsung pun!

"Memang atuk tak izinkan diorang siarkan gambar Irin.." Kata atuk dengan satu keluhan kecil.

"Kenapa atuk?" Soalku.

Atuk menghadiahkan segaris senyuman tawar untuk aku. "Sebab atuk tak nak apa-apa perkara buruk berlaku pada Irin. Lagipun kata mak su, lebih baik gambar Irin jangan disiarkan, risau kalau ada pihak yang tak bertanggungjawab mungkin akan pergunakan Irin untuk dapatkan wang tebusan." Jelas atuk.

"Oh, jadi sebab itulah walaupun berita kehilangan Irin tersebar seluruh malaysia tapi tak ada sesiapa yang kenal siapa Irin?" Soal Harraz, meluahkan pendapatnya.

Atuk mengangguk. Harraz menongkat lengannya di penghadang kerusi sambil menggeselkan ibu jari dengan jari telunjuknya sambil menunduk merenung bawah meja. Jauh dia berfikir. 

Tiba-tiba aku terasa dalam perut aku macam ada pusaran angin yang buat aku rasa tak selesa  sebelum perutku mengeluarkan bunyi.. "krukkkk..." Serentak Atuk dan Harraz memandangku.

Aku tersengih, malu.

"Haish, jom makan! Aku masakkan!" Kata Harraz lalu terus bangun dari kerusinya dan berjalan keluar. Aku tersengih kepada atuk sebelum aku turut bangun dan mengekori Harraz. Sempat aku menoleh ke belakang sekilas dan melihat atuk sedang tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sampai di dapur, semua pekerja-pekerja dapur terkejut melihat kami yang tiba-tiba menempel kat situ, tapi sebab Harraz pun buat tak reti je, aku pun buat tak tau jelah..

"Kau tau kan yang aku tak reti masak?" Soal Harraz

"Tak tau!" Jawabku

"Kau janji akan makan sampai habis semua yang aku masak nanti?" Soalnya lagi, sambil capai apron dan disarungkan ke badannya

"Janji kot.." Balasku, sambil memandang ke sekeliling, ini kali pertama aku masuk ke dapur villa ini.

"Baik, kau punya pasal, kita mulakan sekarang." Kata Harraz lagi dan bersedia dengan barang-barang dihadapannya. Lengkung lengkang, tung tang.. lima belas minit kemudian tersedia dihadapanku, kuewtiaw sup, yang dipenuhi sayur.... 

"Habiskan, jangan tinggalkan hatta satu benda pun!" pesan Harraz.

Ya, aku boleh habiskan.. kecuali sayur sawi itu... Tapi bila terpandang peluh yang merenik di dahi Harraz, tiba-tiba aku rasa.. alah, sawi je kot. Baik akan aku habiskan sebagai tanda penghargaan aku kepada usaha Harraz!.

Aku duduk di meja meja dalam dapur itu dan mula menjamah sup itu. Tapi baru satu hirupan masuk ke mulut, aku dah rasa macam nak tercekik.

"Habiskannnn..." Pesan Harraz yang sedang berdiri berpeluk tubuh sambil memerhatikan aku makan. Oh, makan sayur lebih baik daripada makan sup yang masin!

Thursday, December 8, 2011

Bab 29

Harraz pandang aku tajam-tajam. Tak berkelip mata, tak senyum, tak goyang-goyang badan, betul-betul dia pandang tepat ke muka aku sampai buat aku rasa macam tak tau nak gelak ke atau nak takut ke atau nak tundukkan kepala je?. Keliru aku dibuatnya..

"Apa pandang kita macam tu?" Soalku, ok sekarang aku dah rasa macam nak tersenyum.

Harraz tak jawab soalanku, tapi dia letak kertas ditangannya dihadapanku, kasar.

"Apa?" Soalku.

"Boleh tak kalau jangan main-main?" Kini Harraz bersuara sambil berdiri dengan sebelah tangannya di pinggang dan sebelah tangan lagi berpaut pada meja, dia menundukkan sedikit badan menghadapku.

"Bila masa kita main-main?" Soalku. Sengaja buat-buat tak faham dengan kata-kata Harraz. Aku suka tengok muka tak puas hati dia tu. Kelakar.

Harraz menundukkan lagi badannya kearahku yang sedang duduk ni. Aku cuba menjauhkan badanku darinya dengan berganjak ke belakang sedikit demi sedikit.

"Aku suruh kau mintak benda yang reasonable bukan mintak benda yang merepek-repek! Kau faham bahasa melayu ke tidak?" Soal Harraz, kini jarak antara muka dia dengan muka aku hanya beberapa inci, hati aku dah risau tak terkata. Dalam keadaan macam ni, macam-macam pun boleh berlaku. Manalah tau kalau Harraz buat kerja gila tiba-tiba dia kiss aku ke.. atau.. atau apa-apa yang tak sepatutnya dilakukan? Well, dulu Harraz bukanlah baik sangat pun, aku risau kalau perangai tak baik dia tu masih ada lagi sekarang.

Arrghh.. tak sanggup nak fikir terlalu jauh, terus aku menjarakkan muka aku darinya sejauh yang mungkin sehingga aku terlupa yang aku sekarang sedang duduk di atas kerusi dan.. dumm.. kerusi aku terjatuh ke belakang diikuti aku yang terlentang dengan kaki ke atas.

"Aaarrrghhh.." Aku pejam mata rapat-rapat. Tak ada apa yang aku dengar kecuali bunyi kerusi jatuh dengan kuatnya. Dan bunyi kepala aku bergegar dan bunyi hati aku berdegup kencang, juga bunyi aliran darah aku yang tiba-tiba jadi tak menentu dan tiba-tiba aku nampak beberapa ekor burung warna kuning sedang beterbangan atas kepala aku.

Aku pegang kepala kuat-kuat dengan mata terpejam. Pening dan keliru..

"Irin... hhahahahaaaa.... apasal kau ni? Clumsy betul." Telinga aku dengar dengan jelas suara Harraz sedang mentertawakan aku.

Perlahan aku buka mata, dan sedar kedudukan aku sangat tunggang terbalik. Aku nak bangun tapi dengan kaki ke atas ni aku tak tahu macammana aku nak bangun?

"Nak bangun.." Kataku, menagih simpati dari Harraz, berharap yang dia akan tolong aku untuk bangun. Tapi sebaliknya Harraz cuma berdekah-dekah ketawa.

"Hurrmmm... nak bangun!!" Rengekku.
Dengan ketawa yang masih belum berhenti, Harraz cuba menegakkan kerusiku. Tapi mungkin sebab tenaga dia dah dihabiskan dengan ketawa dia jadi tak larat untuk angkat kerusiku, lalu aku pula yang dipersalahkan..

"Kau ni beratlah!" Katanya, berdiri dan memegang kedua-dua belah pinggangnya dengan dahi berkerut kerana kepenatan padahal dia baru cuba untuk angkat kerusiku sekali sahaja! Bukan berkali-kali.

"Huuuuu.... mana ada! Cepatlah, kita pening kepala la macam ni lama-lama.." Rungutku lagi.

Harraz tersengih-sengih kembali sambil menggelengkan kepalanya melihatku, kemudian dia pegang kaki aku dan dialihkan ke lantai sebelum dia menarik tangan aku jadi aku boleh bangun tanpa perlu dia menarik kerusi itu ke atas semula.

Aku membetul-betulkan rambut yang memang aku biar terlepas. Aku kibas-kibas baju gaun paras atas lutut yang dah terselak sana sini, mujur saja aku memang pakai seluar, kalau tidak percuma saja Harraz dapat tengok tayangan istimewa. Huh.. aku cuma mampu ketap bibir bila sengihan Harraz tadi bertukar menjadi ketawa yang berdekah-dekah. Tiba-tiba aku rasa sedih. Sedih sebab terlampau malu..

Mula-mula ingat aku yang nak kenakan Harraz, sekali aku pulak yang terkena! Aku tutup muka dengan jari,

"Harraz, janganlah gelak!" Marahku.

Tapi Harraz buat  tak tahu saja sebaliknya dia semakin galak ketawa sampai menghentak-hentakkan tangan di meja. Tak sanggup aku untuk dengar suara sinis itu ketawa lagi, aku terus keluar dari bilik itu, Serius! Aku sangat malu!!!!!!

Aku tak tahu nak lari kemana, aku terus menyorok kat dalam satu bilik yang kebetulan pintunya tak tertutup rapat. Macam bilik stor pun ya, tapi semua barang-barang yang tersimpan dalam tu disusun kemas dan teratur. Tak ada satu habuk pun. Aku kunci pintu dari dalam dan duduk di atas satu kerusi yang ada ditempatkan di situ dan menangis sepuas-puasnya.

Aku sangat-sangat tak suka dengan sifatku yang satu ini. Cepat sangat terasa. Bila diberi pilihan dan keliru untuk buat keputusan yang terbaik, aku menangis. Bila disoal bertubi-tubi tentang sesuatu kesalahan yang aku lakukan sekalipun ditanya dalam nada yang lembut, aku menangis. Bila tengok cerita-cerita sedih kat tv dan watak tu nangis beriya-iya, aku pun ikut menangis. Bila mak cakap, mak dah penat nak buat kuih, nak bangun awal-awal pagi, nak hidup macam tu lagi, aku menangis jugak! Padahal bukan aku yang kena bangun awal pagi, bukan aku yang kena buat kuih, bukan aku yang rasa susahnya hidup yang mak dan abah kena lalui tu.. tapi aku nak nangis jugak!.

Teruknya aku ni. Sampai bilalah nak jadi budak lembik ni Irin? Kena gelak dengan Harraz pun nak menangis?

Aku kesat air mata dan tarik nafas dalam-dalam. Aku cuba tersenyum sebab aku pernah dengar pakar motivasi kata kalau kita senyum semua masalah kita akan hilang. Entah betul entah tidak tapi aku selalu percaya pada benda-benda yang positif ni, jadi aku senyum je dan pandang sekeliling sebab nak alihkan perhatian aku daripada terus menangis.

Aku bangun dan menuju ke arah kotak-kotak bersaiz sederhana yang bercorak yang tersusun kemas di tepi dinding. Tiba-tiba rasa macam nak tau apa yang ada dalam kotak tu? Barang-barang siapa yang disimpan disini? Kotak warna biru bercorak bunga aku buka, ada barang-barang berupa perhiasan-perhiasan kecil dan ada satu kotak lain yang lebih kecil di dalamnya, aku capai kotak tu dan penutupnya aku buka. Ada gambar!
Ini gambar mak su, gambar ibu, gambar ayah.. tersenyum senang aku lihat gambar ibu dan ayah. Agaknya kalau aku mintak kat maksu gambar ibu dengan ayah ni mak su  bagi tak? Aku sendiri pun tak ada salinan gambar-gambar diorang. Aku capai lagi gambar lain, dahi aku berkerut bila aku jumpa gambar mak su dengan ayah tengah bergambar mesra, mak su peluk erat lengan ayah. Ibu tak cemburu ke mak su ambik gambar macam ni??

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Nama Ros terpampang di skrin. Pantas aku tekan butang hijau.

"Hello Ros.."

"Hello, cik muda kat manaaaa.." Soal Ros, panjang 'mana' dia.

"Kat... " Aku pandang sekeliling, nak cakap apa ntah nama tempat ni?

"Cik muda datang sini cepat, tuan muda cari." Kata Ros lagi sekalipun aku masih belum menyudahkan kata-kataku.

"Hisy! Dia nak apa? Menyibuk je dia tu.." Rungutku, masih geram dengan Harraz.

"Menyibuk kau kata? Kau kat mana? Datang sini cepat!" Tiba-tiba suara Harraz pula yang kedengaran di telingaku.

"Buat apa?" Soalku, kasar.

"Lagi mau tanya.. kau nak aku ikut cakap kau kan? Sekarang kau ikut cakap aku dulu, datang ke gazebo sekarang!" Tegas Harraz.

"Kalau tak nak?" Soalku, sengaja malas nak ikut cakap dia.

"Kalau kau tak nak senang je, kita batalkan perjanjian, bukan aku yang kena ikut cakap kau tapi kau yang kena ikut cakap aku! Klik!" Ugut Harraz dan talian dimatikan.

Hurrghhh... kenapalah aku dipertemukan dengan makhluk maha pelik ini? Pantas tangan aku menyimpan kembali gambar-gambar itu ke dalam kotaknya dan menutup kotak besar dengan cermat. Sebelum aku keluar sempat aku perhatikan keadaan sekeliling, cuma ingin memastikan jika aku ada mengubah mana-mana kedudukan asal barang di situ ke, setelah yakin semuanya baik-baik saja, barulah aku keluar dari bilik itu dan menutup kembali pintunya.

Setelah aku berjalan hampir sepuluh langkah jauhnya dari bilik stor itu dan membelok di sebalik dinding, telinga aku terdengar bunyi tapak kasut dan bunyi tompol pintu dipulas, cepat-cepat aku berpatah balik dan mengintai di sebalik dinding, aku nampak mak su masuk ke dalamnya dan aku dengar bunyi pintu dikunci dari dalam.

Oh, bilik stor mak su rupanya.. patutlah kemas semacam!
Sampai di gazebo, kelihatan Harraz sedang menantiku sambil berdiri di sebelah kolam air pancut mini. Aku terus duduk di salah satu kerusi di situ dan berpeluk tubuh dengan muka yang sengaja aku masamkan.

"Nak apa?" Soalku.

Harraz menoleh memandangku, kemudian dia berjalan ke arahku dengan kedua-dua tangannya di dalam kocek seluar, dahi yang berkerut dan bibir yang seperti sedang menahan tawa.

"Kalau awak setakat nak sambung gelakkan kita kat sini baik tak payah ya?" Kataku, memberi amaran awal-awal.

"Huh.. ok, kau nak apa?" Soalnya.

Terus aku angkat kepala memandang Harraz. Berlapis dahiku, cuba menguraikan maksud disebalik soalan

Harraz itu, 'Aku nak apa??'.

"Nak apa.. apa?" Soalku kembali setelah otakku tak mampu memproses jawapannya.

"Hadui.. kau ni lembap betullah, kau nak suruh aku buat apa?" Soalnya kembali.

"Oh... bukan ke kita dah tulis dalam kertas tadi?"

"Itu rejected, merepek-repek. Cuba minta benda yang advance sikit.. ini mintak jangan marah selalulah, jangan mengarahlah, jangan itu, jangan ini.. heh, bosan!" Rungutnya.

Aku ketap bibir. Oh, nak advanced ya? Baik! Aku bagi yang sangat advantured pada kau..

"Nyanyi!" Pintaku.

"Hah??" Soal Harraz.

"Kita nak awak nyanyi."

"Nyanyi lagu apa? Lagu Search? Wings? Aku kalau yang jiwang-jiwang ni sorrylah aku tak layan ar..." Balasnya, sangat kerek.

"Tak.. kita tak nak awak nyanyi lagu-lagu yang biasa ni.. kita nak awak nyanyi lagu lain.." Balasku sambil mendail nombor telefon Ros di telefon bimbitku sebelum aku lekapkan telefon itu ke telinga.

"Lagu apa? Ehem..ehem.." Soal Harraz sambil membetul-betulkan kotak suaranya.
Bunyi tut..tut.. di talian disambungkan. Suara Ros kedengaran, terus aku mintak dia bawakan laptop aku ke sini. Ada misi hebat yang aku mahu Harraz jalankan. Bila Ros cakap "baik" aku terus matikan talian.

"Lagu apa Irin? Cepatlah.. aku dah lama tak menyanyi ni. Lain kali aku bawak kau pergi karaoke kat tempat biasa aku suka lepak dulu, best woo.. member-member aku dulu rajin la ajak, dah jadi port kitorang nak ponteng sekolah dah dulu tempat tu, sekarang aku pun tak tau wujud lagi ke tidak...bla..bla..bla.."

Aku perhatikan saja Harraz bercerita, teruja sangatlah tu sampai dia tak sedar dengan siapa dia sedang bercakap sekarang. Bukankah Harraz cakap yang dia tak mahu bukak cerita lama dia dulu, bila aku tanya?
Sekarang aku tak payah tanya pun dia dah beriya-iya cerita..

Hurm.. kau tunggulah nasib kau kejap lagi Harraz. Aku nak tengok boleh ke tidak kau menyanyi. Huhuhuuu... Senyuman aku makin melebar bila aku nampak Ros sedang memegang laptop aku dan berjalan ke arah kami. Sebaik saja Ros menyerahkan laptop itu kepadaku, aku tanpa berlegah lagi terus memulakan misi aku.

"Nak buat apa pulak dengan laptop ni? Aku kalau nak nyanyi tak pakai minus one pun tak apalah.. suara aku je pun dah cukup sedap..." Kata Harraz bangga.

"Oh ya? Kalau macam tu kita nak awak nyanyi lagu ni siap dengan tarian dia sekali, boleh?" Soalku sambil menayangkan video dari sedutan drama korea Full House, yang mana Rain tengah menyanyi sambil menari untuk perempuan tu. Dah lama dah aku berangan ada lelaki yang akan buat macam ni untuk aku, so, sekaranglah masanya untuk aku realisasikan angan-angan aku tu, ye dak?

Tercengang-cengang Harraz menonton video itu sambil menggarukan kepalanya. Aku tersenyum-senyum sambil jongket kening ke arah Harraz.

"Kau ni saja nak kenakan aku ke apa ni Irin?" Soal Harraz, tak puas hati.

"Apa pulak? Awak yang suruh kita bagi advantured task pada awak, ni advanturedlah ni.."
"Ini bukan...."

"Ok, kalau awak tak nak tak apa... " Aku berkira-kira untuk menyimpan kembali laptop dan pergi dari situ, konon-konon merajuklah tu..

"Eh.. ehh.. Kejap." Harraz menghalang semua perbuatanku itu, dan dia berdiri tegak-tegak sambil bercekak pinggang.

Aku duduk je sambil buat muka monyok, mohon simpati.

"Main balik video tu.." Pinta Harraz.

Aku main je la.. tapi dengan reaksi muka yang sangat tak boleh blah. Aku tahan bibir yang dah nak tersenyum ni. Karang aku buat-buat excited karang tak maunya Harraz nak ikut cakap aku, mesti mati-mati dia menolak.

Dua tiga kali Harraz ulang tayang video yang sama, sepertinya dia sedang cuba untuk ingat setiap langkah tarian itu dan rentaknya sekali. Kemudian dia berdiri tegak sambil memandang ke arah skrin laptop dan membuat gerakan seperti yang Rain sedang lakukan. Sungguh masa tu aku rasa macam perut aku nak pecah sebab tahan ketawa.

"Ok.. tengok ni.." Kata Harraz, ingin menarik perhatian aku supaya memandangnya.

"Eh, tolong ulang balik video tu.." Pintanya. Aku turutkan saja.
Mata Harraz pada skrin laptop tapi dia berdiri menghadapku dan menari dan mengikut irama lagu, antara dengar dengan tak je lagu three bear yang keluar dari mulut dia. Masa tu aku dah tak tahan sangat, aku terus ketawa terbahak-bahak.

"Hahahahahahaaaaaaa...." Sampai berair mata aku, lucu sangat tengok Harraz. Dari situ aku dah boleh nampak sisi lain seorang Iman Harraz, selain sikap garang dan sombong dia tu. Serius, sangat kelakar.

"Irin apasal kau gelak?" Soal Harraz, terus terhenti segala pergerakan dia tadi.
Aku nak cakap sesuatu untuk menjawab soalannya tapi mulut aku tak boleh berhenti ketawa sampaikan aku cuma boleh angkat tangan dan melambai je sebagai isyarat 'tak ada apa-apa'.

"Ini yang aku malas ni, orang serius dia main-main pulak! Irin kalau kau ketawa lagi aku campak kau kat dalam tasik!" Ugut Harraz.

Aku nak berhenti ketawa. Tapi tak boleh, perut aku pun dah sakit sampai terbongkok-bongkok aku menahan ketawa. Bila Harraz nampak macam nak datang dekat kearahku, cepat-cepat aku capai laptop dan lari sekalipun aku tak fikir yang dia serius bila dia cakap yang dia nak humban aku dalam tasik.

"Sakan kau gelakkan aku ya..." Harraz mengejarku.

Aku lari terus masuk dalam bilik dan kunci pintu dari dalam. Rasakan, kau gelakkan aku jatuh kerusi tak apa kan...

"Irin kalau kau keluar dari bilik ni, siaplah aku campak kau kat dalam tasik bagi lemas!" Ugut Harraz, nada tak puas hati.

"Iya ke? Tak takut punnn.." Balasku, dari sebalik pintu yang tertutup.
Harraz tak membalas kata-kataku sebaliknya dia cuma menggoncangkan pintu dengan kuat macam nak bagi pintu ni roboh sebelum dia beredar.

Heii.. Harraz.. Harraz...

**************************

Malam itu, aku tersengih-sengih dalam bilik sambil menonton berulang-ulang kali video yang Rain tengah nyanyi lagu tiga bear tu sambil membayangkan yang Harraz sedang melakukan perkara yang sama untuk aku.

Lucu. Aku akan tergelak setiap kali aku teringatkannya.. Harraz... Harraz, kadang-kadang kau ni pandai buat lawak juga kan?.

"Amboiii cik muda tengok laptop tersengih-sengih! Tengok apa tu?" Soal Ros sambil berjalan ke arahku di sofa.

"Hihihiii.. awak tak tau Ros, tadi kita tengok satu show istimewa.." Kataku.

"Hah? Show apa? Kat mana?" Soal Ros, pelik bercampur teruja.

"Kat gazebo je Ros.. tak jauh pun."

Ros garu kepala. "Show apa yang cik muda cakap ni? Tak fahamlah..."

"Hihihi.. awak percaya tak kalau kita cakap yang Harraz nyanyikan kita lagu ni siap menari sekali?" Soalku sambil menunjuk ke arah skrin laptop.

Ros memandang ke laptopku, lama.

"Tuan muda nyanyikan untuk cik muda lagi ni siap menari sekali?" Soal Ros, dengan muka seperti ingin percaya tapi ragu-ragu.

Aku menongkat dagu memandang Ros. Laju aku mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Tipulah.."

"Betullah! Kan pagi tadi kita suruh Ros bawak laptop kat gazebo tu kan? Kita nak pasang video inilah, nak suruh dia buat macam ni untuk kita.."

Ros kerut dahi. "Tapi kenapa tuan muda nak buat macam tu pulak?" Soal Ros.

Aku tersenyum je sambil ulang tayang kembali video itu bila ia dah habis dimainkan sambil tersengih-sengih macam orang angau. Parah betul penangan Harraz ni.

"Cik muda... ceritalah, kenapa tuan muda buat macam tu?" Rengek Ros, ditolak-tolaknya tangan aku memaksa aku membuka cerita.

"Adalah!"

"Eh, sejak bila cik muda pandai berahsia ni? Baik cerita cepat! CIk mudaaaaa..." Rengek Ros.

"Hehehe.. yelah.. Harraz kalah lawan lumba lari dengan kita, so sebagai hukuman Harraz kena ikut cakap kita selama seminggu. No excuse!, so ini salah satu hukuman untuk Harraz!"

"Waahhhhh... seronoknya! Tuan muda akan ikut apa saja yang cik muda suruh?" Soal Ros, juga ikut teruja.

"Ehem.." aku mengangguk.

Ros tepuk tangan. "Kalau macam tu..." Belum sempat Ros menghabiskan kata-katanya, telefon bimbit Ros berbunyi. Kemudian dia menjerit bila dia melihat nama yang tertera di skrin. Ros tarik nafas dan mengurut
dada sambil menekan butang hijau.

"Hello... Aaa.. kejap lagi kami keluar." Kata Ros dengan reaksi muka yang serba salah pun ya.
Selepas talian dimatikan, Ros memandangku dengan mimik muka sedih.

"Kenapa?" Soalku.

"Saya sepatutnya datang sini sebab nak panggil cik muda makan.. diorang semua dah tunggu. Encik Syafiq pun ada.."

"Syafiq?" Soalku,

Ros mengangguk. Sesaat kemudian baru aku teringat yang atuk memang mempelawa Syafiq makan malam kat sini pagi tadi.

"Cepatlah cik muda, diorang dah tunggu tu."

Aku pandang pakaianku atas bawah. "Ok tak kalau kita pakai macam ni je?" Soalku.

"Asalkan bukan baju tidur, semuanya ok cik muda. Dah jom, sebelum tuan muda call saya lagi." Ros terus menarik tangan aku dan keluar dari bilik.

Kalau bukan sebab ada Syafiq aku memang takkan peduli pun untuk keluar dari bilik walaupun hanya dengan pakaian tidur, tapi kerana ada Syafiq, takkan aku nak pakai selekeh-selekeh je? Baju t dengan seluar je?

 Eh kejap! Sejak bila aku mula pentingkan penampilan aku ni? Bukan dulu kau memang tak pernah peduli tentang penampilan kau bila berhadapan dengan Syafiq ke Irin?? Sejak aku tinggal kat sini, kehidupan aku semuanya berubah. Termasuk cara aku berfikir!

Aku gosok-gosok pipi sambil berjalan menuju ke meja makan selepas Ros menolak aku untuk meneruskan perjalanan dan dia berpatah balik. Aku rasa malu pula bila direnung oleh atuk, Harraz, mak su, pak cik Ghazi dan.. Syafiq! Aku terus ambil tempat duduk di sebelah mak su. Bila mata aku terpandang Harraz, tiba-tiba aku rasa macam nak tergelak. Harraz memandang tajam ke arahku, mungkin dia perasan senyuman yang aku cuba sembunyikan.

"Boleh kita makan sekarang?" Kata mak su, sekaligus menyedarkan aku yang kini aku berada di meja makan bersama-sama dengan manusia lain dan bukan hanya bersama dengan Harraz. Jadi aku tak boleh bermain-main mata dengannya sambil tersenyum mengejek.

Habis makan, atuk memberi peluang pada aku dan Syafiq untuk berbual-bual sendirian. Rasanya memang inilah pun tujuan atuk ajak Syafiq datang makan kat sini.

"So, Irin tak nak cerita ke status Irin kat sini?" Soal Syafiq, rasa berbunga pula hati bila dia menggelarkan aku Irin.

"Err... kita tak tau nak mulakan dari mana.." Kataku, sambil menggaru kepala. Patutkah aku buka hikayat dari aku kecik lagi?

"Tak apa, ringkaskan saja. Nanti kalau saya tak faham, saya akan tanya sendiri" Balas Syafiq, menggelarkan dirinya saya! Kalau dulu dia bercakap dengan aku dia gelarkan diri dia sebagai apa ya??.. Aku ke?

"Ermmm... sebenarnya, kita cucu kandung atuk, masa kita kecik kita hilang sampai dah besar baru atuk jumpa kita. Jadi mak dengan abah kat kampung tu cuma mak dengan abah angkat kita je.." Terangku, seringkas mungkin.

"Oh... jadi, Irin pun salah seorang pewaris Resident Hotellah? Tapi kenapa ramai senior-senior kat office cakap puan Aziah tu pewaris tunggal?" Soal Syafiq, berkerut dahinya.

"Hurmm.. kita pun tak tau, mungkin memang betul mak su pewaris tunggal. Lagipun kita tak pandai nak uruskan syarikat tu, heee..." Aku tersengih menampakkan gigi tanda aku malu sebab aku rasa macam aku ni tak tahu apa-apa.

"Jadi maksudnya orang luar masih tak tau tentang Irin?"

Aku garu kepala.

"Tak tau kot... sebab dulu mak su dengan Harraz pernah cakap pasal tu, selagi kita belum sedia mereka takkan kenalkan kita pada media"

"Oh.. jadi saya kena zip mulut supaya jangan sampai orang luar tahu tentang Irinlah kan?" Soalnya dengan sengihan mengusik.

Aku ketawa. "Entahlah.. kita pun tak pasti, yang tu kena tanya pada Harraz.."

"Harraz? Tuan Muda Iman Harraz tu ke?" Soal Syafiq, sepertinya dia sudah mengenali Harraz.

"Ha'ah.. awak kenal dia?" Soalku.

"Saya pernah dengar nama dia disebut-sebut masa kat office, bila dah datang sini baru saya kenal dia. Itupun setakat kenal muka sajalah. Dia tu memang macam tu ke?" Soal Syafiq, sepertinya dia sudah mengetahui serba sedikit berkaitan Harraz dan dia ingin mendapatkan maklumat terperinci mengenari Harraz dariku.

"Macam tu.. macammana?"

"Taklah, kat office ramai staf cakap tuan muda Iman Harraz tu perangainya pelik sikit, mula-mula saya tak percaya tapi bila dah jumpa pagi tadi dan sekarang saya mula nak percaya apa yang diorang ceritakan pada saya tu."

"Apa yang diorang ceritakan pada awak?"

"Irin nak tau ke?" Soalnya sambil tersengih memandangku.

"Mestilah nak!"

"Tak payah taulah.. nanti Irin cerita kat tuan muda tu pulak, mati saya nanti kena buang kerja nanti."

"Eh.. tak adalah... kita takkan cerita punya.. ceritalah" Pintaku, sungguh-sungguh ingin tahu.

"Errmm.. tapi saya tak nak cerita jugak, macammana?" Soalnya, masih ragu-ragu untuk menceritakan kepadaku.

"Tak nak tak apalah..." Aku mengalah. Tak guna mendesak kalau dia dah memang tak mahu cerita, itu hanya menunjukkan yang aku ni tak faham bahasa. Orang dah tak nak cerita, nak dipaksa-paksa lagi tu kenapa?

"Tukar topik boleh?" Soal Syafiq.

"Hurm..." Balasku.

"Urmmm.... selain saya, siapa lagi yang dah tau tentang Irin? Err.. maksud saya, kawan-kawan Irin kat sevenE tu dah tau ke status Irin sekarang?" Soalnya.

"Diorang dah tau yang saya dah pindah duduk dengan keluarga kandung saya tapi diorang tak tahu siapa sebenarnya keluarga kandung saya tu.."

"Oh.. maksudnya saya seorang sajalah yang tahu ya?"

Aku mengangguk.

"Ok.. tiba-tiba saya rasa macam saya istimewa." Syafiq tersenyum manis. Bahagia je muka dia..

Istimewa? Apa maksud dia? Adakah kerana hanya dia seorang yang tahu tentang status sebenar diriku jadi dia rasa dia istimewa? Heh.. kalaulah dia tahu yang sejak dulu lagi dia memang sentiasa istimewa dihatiku?
Aku pulak yang tersenyum-senyum sendiri.

"Irin!" Tapi senyumanku serta-merta mati bila suara Harraz kedengaran bingit memanggilku. Aku dan Syafiq serentak menoleh ke belakang, memandang ke arah Harraz yang sedang memandang ke arah kami dengan muka-ketat-tak-boleh-blahnya.

"Kenapa?" Soalku.

"Atuk panggil, suruh kau masuk tidur." Kata Harraz mendatar.

"Oh.. kejap lagi kita masuklah.." Kataku, masih mahu meluangkan masa dengan Syafiq. Lagipun tadi atuk yang suruh aku bersembang-sembang dengan Syafiq kan...

"Tak boleh, dah lambat ni. Masuk tidur cepat!" Tegas Harraz, seperti seorang abang yang menyuruh adiknya masuk tidur.

Aku baru nak merungut dan merengek semasa Syafiq menyokong kata-kata Harraz dan menyuruhku masuk bilik dan katanya dia juga sudah sepatutnya pulang. Jadi nak atau tak nak aku terpaksa juga ikut cakapnya.

Habis takkan aku nak halang Syafiq supaya jangan balik pulak kot kan?

"Pergilah masuk.." Kata Syafiq lagi bila aku masih berdiri di sebelahnya.

"Jumpa lain kali ya?" Kataku, berharap sangat yang kami akan berjumpa lagi lain kali. Syafiq mengangguk.

Lalu aku beredar dari situ, sempat aku menunjukkan sikuku kepada Harraz, sengaja buat gimik konon nak belasah dia sebab kacau aku tengah dating, tapi Harraz buat tak tau saja. Aku cebikkan bibir dan terus pergi.

Kebetulan, dalam perjalanan hendak ke bilik aku berselisih dengan atuk. Atuk tanyakan kepadaku, "Irin nak pergi mana ni? Syafiq mana??"

Aku garu kepala, keliru. "Eh"

bersambung...


p/s  : Esok kita akan umumkan nama pemenang untuk yang dah join segmen Review Iman Harraz tu, dan dia akan dapat buku "cerita cinta mia kaftiya" yang dihasilkan sendiri dengan sepenuh jiwa dan raga oleh Mia kaftiya yang cute-ker ini okehhh.. (ok, tak de sape peduli pun, mia-cute-ker! ;p tsk.. tsk..) btw, the four of you.. get ready yeah? hikhik... >__<