“Jom! Kita nak
pergi mana dulu ni?” Soal Emma.
“Eh kejap, ada seorang lagi
tertinggal” Kata Han, menahan kami dari berjalan sambil matanya melilau
memerhati sekeliling.
“Siapa?” Soal Emma, aku mengangguk,
setuju dengan soalan Emma. Memang itu yang bermain dikepala aku sejak Han kata
ada seorang lagi yang akan mengikut kami. Tak cukup ke Han sorang dah
merosakkan mood aku, takkan ada lagi orang yang nak memansuhkan terus mood aku
untuk tenangkan fikiran?
“Hah itu pun dia..” kata Han
menunjuk ke arah seorang lelaki yang tinggi, berambut pacak di tengah kepala,
memakai baju T lebih labuh dari saiz badannya dan berseluar pendek. Oh ya, juga
cuma berselipar getah! Kat pusat beli belah terkemuka yang jadi tumpuan orang
ramai ni, dia boleh pakai pakaian selekeh macam nak lepak kat tepi tembok rumah
sambil main gitar je??
Heh, gila selamba. Tiba-tiba aku
ternampak sesuatu di atas bahu lelaki ini sewaktu dia mengusap belakang
kepalanya. Apakah itu? Tupai? Oh, dia juga memelihara tupai yang dibawa
kemana-manakah? Semakin lama kawan si Han ini semakin menghampiri kami, dan
semakin aku nampak dengan jelas ekor yang terletak elok di bahunya itu bukanlah
ekor sejenis binatang bernama tupai sebaliknya ia adalah.. ekor rambut kawan si
Han ini? Oh my.. sekali pandang, rumusan yang boleh aku buat tentang lelaki ini,
dia adalah..
Mat ganja!.
Astaghfirullah
Tinie.. tak baik menilai orang dari luaran dia. Kata satu suara dalam diriku. Ya betul,
memang tak baik tapi penampilan dia betul-betul buat aku rasa tak selesa
berdampingan dengannya. Err.. memang aku tak nak pun tapi sejak tadi dia asyik
memandang ke arahku dan tersenyum-senyum. Apa kes?
Jangan kata Emma akan tinggalkan aku
dan suruh aku berjalan dengan lelaki ni, aku tak mahu!!
“Tinie, ni Hakimie..” kata Han
memperkenalkan aku kepada mamat tiga suku ni. Oh selain kelihatan seperti mat
ganja, dia juga nampak macam mamat tiga suku sebab dia tak henti-henti
tersengih walaupun sudah jelas aku menjelingnya. Dan Han! Kenapa kenalkan
lelaki ni kat aku saja? Kenapa tak kenal kan
sekali kat Emma? Mereka ada agenda tersembunyi untuk menyatukan aku dengan
lelaki inikah?
“Hai Tinie..” tegur si Hakimie
sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat denganku. Mataku jatuh kepada
huluran tangannya. Terkejut besar aku bila melihat ada tiga bentuk cincin
bermata besar yang tersarung di tiga jarinya iaitu di jari telunjuk, jari hantu
dan ibu jari. Oh gosh!
Spontan aku berundur ke belakang
setapak. Huluran tangannya aku biarkan tidak bersambut.
*****
Aku lihat
diruangan info. Tak banyak maklumat tentang dirinya yang diletak. Kemudian aku
ke ruangan gambar. Jenuh aku mengerah otak memikirkan siapakah makhluk Allah
ini. Letak gambar semuanya tak sempurna, muka separuh la. Gambar belakang badan
la, gambar kaki dengan selipar la..
sehinggalah aku terjumpa gambar jarinya dengan tiga bentuk cincin yang
tersarung di tiga jarinya. Aku mula mengaitkan nickname “Haq Kim” dengan Hakimie,
setelah benar-benar yakin itu memang mamat tiga suku tu, barulah aku membalas
tegurannya.
“Hoi.. hoi tak ada bahasa lagi indah
ke?” perliku.
“Hoi adalah bahasa paling indah yang
aku pernah tau..” balasnya.
“Sengal..”
“Mak aku cakap kalau sengal-sengal
badan gunalah yoko-yoko, ia melegakan dengan cepat..”
“Kau ni memang tiga suku kan ?” soalku sengaja
mengusik. Gurauannya berjaya membuatkan aku tergelak.
“Aku memang suka makan telur tiga
suku.. mana kau tau? Mak aku bagitau kau ye?” Balasnya lagi.
Wahh.. pandai pulak dia berloyar
buruk dengan aku malam-malam ni, kalau jumpa depan-depan bukan main skema lagi.
“Malas aku nak cakap dengan kau.”
balasku
Kau tak sedar ke yang kau memang
malas nak bercakap dengan aku, sebab tu la sekarang aku chatting dengan kau.
Kita menaip!”
p/s : another one of my fav cerpen. Dedicated to Emma and Tinie. Peace! ;D coming soon in Kisah Hati :Antologi cerpen miaKaftiya
0 ceritaMia's lovers:
Post a Comment