http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Sinopsis

Irina, gadis malang yang kehilangan kedua ibu dan ayah dalam kemalangan jalan raya sewaktu dia masih kecil. dia yang terselamat dalam kemalangan itu telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang merupakan dalang di sebalik kemalangan 'terancang' tersebut. Dia ditinggalkan di sebuah perkampungan kecil yang jauh dari kota. Jauh dari tempat tinggal asalnya. Di situ, dia dibesarkan oleh seorang pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. Seiring waktu yang berlalu, irina pun membesar..

Pencarian selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil kepada atuk irina, satu-satunya waris keluarga irina yang masih hidup. Walaupun agak kabur tentang kewujudan atuknya, irina tetap gembira dengan penemuan itu dan bersetuju untuk kembali tinggal bersama-sama dengan atuknya. Di rumah mewah bak istana itu, dia dipertemukan dengan seorang lelaki pendiam yang dingin bernama Iman Harraz yang katanya merupakan 'penjaga' irina.

Peribadi lelaki itu yang sombing, serius, tegas dan garang membuatkan irina sering berasa terkongkong hidup dalam kawalan lelaki itu. 5 prinsip iman harraz yang perlu dipatuhinya seringkali diabaikan mengakibatkan dia selalu dihukum di atas kedegilannya.

Tanpa irina ketahui, kembalinya dia ke pangkuan atuknya bakal membawa masalah besar kepada dirinya sendiri bila musuh lama yang merupakan pembunuh ibu dan ayahnya berniat untuk membunuh irina. Tanpa pengetahuan dan demi keselamatannya, dia telah dibawa lari oleh lelaki yang sangat-sangat tak disukainya. Iaitu tuan muda iman harraz.

Dalam pelarian itu, satu persatu rahsia lama terbongkar berkaitan kemalangan ayah dan ibunya. Persoalannya, siapakah dalang di sebalik semua ini?.