“Crush.
a
burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely
special.
My heart broke when I found out my crush was seeing another
person.
By anonymous june 04, 2003.”
-sumber
google-
Aku
tak tahu apa definisi sebenar tentang ‘crush’ tapi aku faham satu benda yang
crush ni serupa macam kita suka seseorang dalam diam. Atau yang aku lebih faham,
ia dipanggil crush bila perasaan kita terhadap dia, tak seperti apa yang dia
rasakan terhadap kita. Boleh jadi, dia langsung tak sedar tentang kewujudan
kita di muka bumi ini walaupun setiap hari, kami terserempak dan berjalan
selisih bahu di jalanan.
Dia
tak pernah sedar, dan tak pernah mempedulikannya.
Bagi
aku, hanya orang yang tak ada keyakinan diri saja yang suka ‘pasang’ crush pada
seseorang. Alasannya ada orang yang kita boleh suka dalam diam itu seronok,
tapi yang sebenarnya orang tu sendiri tak berani nak luahkan perasaan sendiri
pada orang yang disukai, lepas tu simpan rasa suka dalam diam dan makan hati
sorang-sorang.
Ya,
aku tunjuk satu jari kat orang lain, empat lagi jari menunjuk kearah aku.
Baiklah, aku mengaku akulah si perempuan yang ada banyak crush dan tak ada
keyakinan diri itu.
Selama
aku hidup selama 24 tahun dan mempunyai crush terhadap ramai lelaki, bermula
yang tahan seminggu dan masih bertahan sehingga kini, aku boleh simpulkan crush
adalah salah satu permainan yang menyeronokkan tapi juga memeritkan.
Tahu
kenapa?
*Angkat
kening*
***
Dari zaman sekolah lagi, aku suka
aplikasikan satu formula ini bila aku rasa bosan dengan rutin harianku. Aku
suka cari sebab untuk buat aku rajin ke sekolah dan mempunyai ‘matlamat’ setiap
hari kerana sesungguhya hidup tanpa matlamat adalah sangat membosankan.
Formula
itu adalah dengan mencari crush.
‘Crush-game’ adalah permainan yang aku sendiri
cipta. Formulanya mudah, anda Cuma perlu spot someone yang anda suka dan jadikan
dia sebagai subjek utama. Tapi syaratnya jangan genggam dia terlalu kuat, takut
nanti tak sanggup nak lepaskan.
Crush game hanya akan bertahan selama
4 bulan, iaitu tempoh paling maksimun. Tak ada tempoh paling minimum kerana ia
bergantung kepada diri anda sendiri. Tapi anda juga perlu bersedia jika
perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku seperti,
Tiba-tiba anda baru tahu yang dia
sudah berpunya.
tiba-tiba dia datang dan hulurkan kad
jemputan perkahwinan dia.
Dan anda juga seharusya berasa
‘cukup’ (tak mahu guna perkataan bersyukur untuk kerja sia-sia macam ni) jika
dalam sehari anda hanya dapat melihat tayar kereta dia saja kerana mempunyai
crush ini macam dapat sedozen coklat. Manis. Atau macam kunyah gula-gula getah,
dalam manis ada pahitnya. Bila dah pahit, anda perlu ludah dan bukan terus
simpan dalam mulut.
Maksudnya ia bersifat sementara, anda
tak boleh harap untuk dapat lebih daripada apa yang anda sudah dapat.
Contohnya, kalau dalam seminggu tu
dapat sekali je jumpa dia, hari-hari lain Cuma nampak kereta dia saja. Cukuplah
tu, dia mungkin ‘seseorang’ untuk anda, tapi anda bukan sesiapa untuk dia
munculkan diri di hadapan anda.
sehingga ke hari ini, walaupun dah
tak ramai lelaki yang boleh dijadikan crush sebab kebanyakan mereka yang aku
jumpa adalah bapa orang, suami orang dan atuk orang, tapi aku masih ada seorang
crush. Seorang lelaki muda, yang aku tak tahu siapa namanya, dimana tinggalnya,
berapa umurnya. Tapi aku suka dia pada
kali pertama aku dengar suara dia.
Dan crush game aku bermula disini..
***
When you know why you like someone, it’s crush. When you have no
reason or explanation, it’s love.
CIMB
Bank, 12 tengahari. Beberapa minggu yang lepas.
Aku
menekan-nekan apa saja yang membolehkan aku untuk membuat pemindahan duit ke
akaun penerima. Memandangkan ini kali pertama aku buat pemindahan duit melalui
mesin atm, jadi aku memang tak tahu langsung nak tekan apa. Nak tanya pada
sembarangan orang, tak berani pula sebab ini melibatkan soal duit.
Tiba-tiba
seorang pegawai bank yang aku biasa nampak sedang berjalan kearah rak yang
menempatkan borang-borang dan pamphlet yang tak jauh dari aku. Terus aku
memanggil dirinya untuk meminta bantuan.
“Awak..
awak..” dengan tangan-tangan aku sekali terkapai-kapai untuk menarik perhatian
dia. Nak panggil abang, rasa macam dia tak jauh beza dengan umur aku. Nak
panggil encik, rasa macam formal sangat, penyudahnya awak sajalah ya. Sebab tak
tau nama. Hiks.
Dia
menoleh, kemudian dia atur langkah ke arahku.
“Ya?”
Soalnya.
“Macammana
nak transfer duit?” Soalku.
Dia
pun menunjukkan caranya “Okey, masukkan nombor akaun..” sampai nama penerima
keluar di skrin, “Betul? Sarah Ashraf?” Soalnya, sekadar ingin memastikan
betulkah itu penerima duit yang aku nak bagi ni.
Aku
angguk. Selepas urusan pemindahan duit itu berjaya, aku ucap terima kasih
padanya dan keluar dari bank dengan perasaan lega. Malah bukan itu saja,
rupanya aku keluar dari bank dengan satu perasaan lain terhadap dia.
Sebenarnya,
sebelum ini aku memang selalu pandang dia bila ternampak dia di mana-mana
kawasan pekan. Aku selalu tertanya-tanya lelaki berkemeja ini kerja di mana?
Kenapa nampak macam muda sangat untuk selalu pakai kemeja dan slack? Dan
memandangkan aku sangat jarang perg ke bank jadi aku langsung tak terfikir yang
dia adalah salah seorang staf bank.
Sejak
itu, dia menjadi sebab untuk aku selalu bersemangat datang kerja. Padahal
bukannya kami bekerja di tempat yang sama pun.
***
Secret crush : why you so near but yet so far away?
Aku teringat memori lama sebelum dia menjadi
secret crush aku sebelum ini dia macam sentiasa ada dimana-mana yang aku
pandang, dia sentiasa ada dimana-mana aku berada, dia sentiasa muncul dalam
diari harianku walaupun aku langsung tak peduli tentang dia. Tapi aku masih
sedar tentang kewujudan dia sebab dia ada kereta yang unik. Yang sekali pandang
kereta dia, aku terus terfikir siapa pemiliknya. Nooo.. yang sebenarnya kereta
dia tak adalah unik mana pun, selain di bahagian tepi kereta dia dicat dengan
corak askar. Itu saja.
Ada
suatu hari tu aku ternampak dia bawak kereta tu, dan sejak itulah aku tahu
dialah pemilik kereta unik itu.
Tapi
pada masa-masa itu, kalau aku terpandang dia pun, aku langsung tak kisah, kalau
dia terpandang aku pun, aku langsung tak peduli. Segalanya mudah bagi aku.
Tapi
kini, selepas dia menjadi secret crush aku secara rasmi, aku sentiasa harap
untuk terserempak dengan dia, tapi perkara itu sangatlah payah sekali untuk
berlaku. Malah, dalam seminggu kemungkinan untuk aku nampak dia walaupun dari
jauh, hanyalah satu peratus. Paling kuat yang aku boleh buat pun, hanyalah
pandang kereta dia yang unik tu.
Kadang-kadang
aku rasa macam orang gila yang psiko, yang asyik stalk orang tu, yang kalau tak
dapat tengok orangnya, tengok kereta pun jadilah asalkan aku tahu yang dia ada.
Lebih parah lagi kalau boleh aku nak pergi bank hari-hari walaupun tak ada
apa-apa urusan pun kat bank tu. Dengan harapan, kalau aku tak nampak dia, aku
harap yang dia nampak aku. Aku mahu dia kenal aku walaupun sekadar kenal muka.
AM
I CRAZY?
***
creating a nickname for your crush that only you and your
bestfriend know.
Ya,
aku memang gila. Gila bayang-bayang orang yang tak sedar aku wujud. Semakin aku
simpan perasaan aku seorang diri, aku rasa aku akan jadi semakin tak keruan.
Aku perlu ceritakan pada seseorang tapi aku takut.. okey mungkin yang
sebenarnya aku malu. Malu nak mengaku yang umur dah tua nak masuk bangka macam ni lagi
pun masih ada secret crush yang budak-budak sekolah je rajin buat?
Tapi
aku rasa aku lebih rela tanggung malu daripada tanggung beban dalam hati yang
boleh buat otak aku jadi gila, prestasi kerja aku terganggu dan gaji aku
berkurang. Sebab semakin sikit tempahan yang dapat aku jahit, semakin kuranglah
gaji aku hujung bulan nanti.
Kerana
itu aku memilih untuk meluahkan segalanya dari awal sehingga kini kepada Fad
dan memintanya berjanji supaya tak ceritakan pada orang lain. Tapi reaksi Fad
sangat menjengkelkan aku..
“HAHAHAHAHAHA….
Secret crush?” Dia ketawa besar sampaikan aku rasa macam nak sumbat mulut dia dengan
kain supaya aku tak perlu dengar dia ketawa lagi.
Kalaulah
aku tahu dia akan ketawakan aku sebegini rupa..
“Kena..
pe.. kau.. hahaha.. kau.. suka.. kat dia, kihkihkih..” soal Fad dalam tawa yang
cuba ditahan.
“Motif
tanya soalan itu?”
“Kihkih..
Sebab.. hikhik.. sebab kita selalu nampak dia kot, kenapa tiba-tiba boleh
tersuka pula ni?”
Aku
memilih untuk tidak menjawab soalan itu sebab kalau aku bagitau sebabnya mesti
Fad akan ketawakan aku lebih teruk lagi.
Tapi
semakin hari, Fad sudah semakin dapat terima hakikat yang aku ada crush pada
salah seorang pegawai bank jadi sejak dari itu aku sudah tidak perlu runsing
memikirkan tentang dia seorang diri sebab aku dah boleh berkongsi cerita dengan
Fad. Malah kadang-kadang Fad sendiri akan melaporkan pada aku apa-apa yang dia
ketahui mengenai lelaki itu.
“Tadi
aku nampak ‘transformers’ beli jambu kat kedai kak Ruby.” Lapor Fad.
“TRANSFORMERS?”
Soal aku dengan mata terbeliak dan muka tak percaya.
“Iyeee..
transformers, dah kau tak payah nak buat muka terkejut sangatlah kat sini.”
“Gila
tak terkejut. TRANSFOMERS BELI JAMBU KAT KEDAI KAK RUBY KOT? Habis kak ruby tak
terkejut ke? Dia tak lari ke apa ke?”
Fad
pandang aku semacam.
“Apa?”
“Kau
ingat aku cakap pasal robot transformers tu ke?” Soal Fad, mendatar.
Lambat-lambat
aku mengangguk. Habis tu dia maksudkan transformers mana?
“Duh,
aku sedang bercakap tentang secret crush kau tu. Aku panggil dia transformers
sebab kat kereta dia ada sticker transformers. Jadi yang beli jambu kat kedai
kak Ruby itu adalah secret crush kau tu dowhhh..”
“Aahhh..”
terus aku terjerit. “Kenapa tak call aku tadi!”
“Motif
call kau?”
“Aku
dah lama tak nampak dia kot.”
“So,
kalau aku call kau nak datang kedai kak Ruby immediately supaya kau boleh jumpa
dia?”
Laju
aku angguk.
Fad
buat muka menyampah.
Aku
tak kisah Fad nak buat reaksi muka macammana pun sebab walaupun kadang-kadang
aku punya gila tahap tak boleh blah, tahap macam perempuan psiko, tahap kena
hysteria sekali pun, Fad masih setia dan sanggup layan aku punya perangai.
Kejap!
Celah mana ada sticker transformers kat kereta dia tu? Kenapa aku tak pernah
perasan?
Okey,
esok kena usha ni!
***
You drive me crazy, it’s really quite unfair!
Kadang-kadang
bila aku rasa nak buat kerja gila ni, aku memang tak fikir ianya menggilakan
aku. Orang kata bila dah cinta, nampak tayar kereta pun dah lepas rindu. Ya,
akulah tu. Menunggu dia dari jauh sambil pandang tempat dia parkir kereta. Aku
tak mahu pandang arah mana dia akan lalu sebab ada banyak jalan yang dia kemungkinan
akan lalui.
Boleh
jadi aku asyik pandang arah sini, tapi yang sebenarnya dia jalan ikut arah lain
untuk ke keretanya. Jadi aku hanya pandang tempat parkir walaupun hakikatnya
aku cuma nampak tayar kereta dia je sebab kereta dia terhalang dengan kereta-kereta
lain yang diparkir di situ. Sambil makan aiskrim magnum brownies. Sambil
pandang keluar dan berharap hujan cepat reda supaya dia boleh berjalan ke
keretanya tanpa kebasahan.
Tik
tok, tik tok.
Aiskrim
dah habis sebatang
Jam
dah berjalan semakin pantas
Hujan juga sudah semakin reda.
Tapi
dia masih belum muncul.
Aku
rasa macam nak ke tandas tapi aku takut kalau waktu aku pergi tandas itulah dia
akan lalu. Jadi aku sanggup tahan sehingga aku nampak dia.
Tik
tok.
5.30
pm.
Pukul
berapa dia nak balik ni? Selalu bila tak ditunggu tau-tau kereta dah hilang.
Selalu bila tak diharap, tau-tau terserempak. Selalu bila tak dipeduli
tahu-tahu dah ada kat sebelah.
Sekarang
bila dah ditunggu, tak muncul-muncul. Bila dah diharap, boleh jadi terlewat seminit.
Bila dirancang, rupanya rancangan tidak mengena.
To
have a crush yang macam ini. Dalam situasi ini, aku belajar satu benda.
Bila
Allah kata jadi maka jadilah ia.
Jika
Allah izinkan, maka berlakulah sesuatu itu dengan kehendaknya.
Tapi
jika Allah tak izinkan, boleh jadi aku terlewat seminit untuk melalui di laluan
yang sama dia berjalan. Boleh jadi aku terlepas pandang dia yang ada di sana
walaupun kami sebenarnya dah dekat.
“Nampak
macam dia je..” Kata Fad sambil dia memandang kearah luar.
Terus
aku bangun dan menjenguk kearah yang dilihat Fad.
“Jom!
Jom, kita keluar.” Macam tak sabar-sabar aku nak keluar dari kedai dan berjalan
berselisih dengan dia.
“Tunggulah
dulu, biar dia jalan dekat sikit nanti baru best dapat tengok dia dekat-dekat.”
Cadang Fad.
Aku
ikut cadangannya. Tapi bila dia dah ada depan mata, takkanlah aku nak pandang
dia tak berkelip pula kan? Haruslah aku buat-buat tak nampak je, dan dia terus
berlalu dan aku cuma boleh nampak belakang badannya sebab aku menoleh ke belakang.
Dah.
Itu
saja?
Tak
seronok rupanya perancangan aku kalau nak dibandingkan dengan perancangan
Allah.
***
Save
the earth dengan say NO to plactic bag! Itu amalan yang aku sedang cuba
praktikkan dalam kehidupan aku sekarang. Lepas beli dua bungkus roti, aku cakap
No bila kakak tu nak bungkuskan dalam plastik. Jadi dengan baki duit RM0.50 ,
dua bungkus roti dan telefon di tangan aku berjalan pulang ke kedai. Sampai di
sebelah gerai makan tak jauh dari kedai aku tu, tiba-tiba duit syiling aku
terjatuh dari celah-celah jari, terus bergolek di atas jalan dan tup! Dipijak
oleh kaki seseorang.
Aku
angkat kepala memandang wajahnya. Gulp!
Dia?
Dia
tunduk dan kutip duit syiling yang duduk kat bawah kasut dia tu. Aku terkaku
sebentar. Tak tahu sama ada mahu hulur tangan meminta duit syiling itu atau
buat tak tahu saja dan terus pergi? Bodoh! Kenapa dalam keadaan macam ni, aku
kena jadi patung cendana?
“Maaf,
saya terpijak duit awak.” Katanya sambil hulur duit itu kepadaku.
Baru saja aku berkira-kira untuk mengambilnya, dia
tarik balik huluran tangannya.
Eh?
“Saya
gantikan dengan duit yang lainlah..” dia meraba poket seluarnya.
“Kenapa?”
Soal aku.
“Sebab
saya dah pijak duit awak tu tadi.” Dia jumpa sesuatu dari poket, dikeluarkan
dan dilihatnya. “Nampaknya saya ada RM0.20 je, maksudnya saya hutang awak lagi
rm0.30 okey?”
Duit
itu dihulurkan pada aku. Aku sambut sambil tersenyum. Rasa kelakar pula.
“Im!..”
seseorang menjerit memanggil namanya dari arah kedai makan itu.
“Okeylah,
nanti saya pulangkan baki duit awak tu..” kemudian dia terus angkat kaki dan
pergi kearah kawannya.
Im?
Oh, nama awak Im yaaaa…
Aku tersenyum sendiri sambil atur
langkah menuju ke kedai.
***
Aku
sedang melintas jalan untuk pergi ke kedai di seberang jalan kecil ini tapi
tiba-tiba aku terasa badan aku macam dirempuh oleh sesuatu dan aku terasa
melayang sebelum aku jatuh dengan kuat di atas jalan.
Rasanya
tak ada apa-apa yang berdarah kecuali aku rasa sakit pada tangan kiri dan
menahan beban badan semasa aku aku jatuh.
Untuk
sesaat aku agak terpinga-pinga dan keliru dengan situasi ini, aku cuma dengar
suara orang berbunyi sok sek tanpa mendengar dengan jelas butir bicara mereka
sebelum seseorang seperti datang mendekati aku dan bertanya,
“Awak
okey?” Dalam nada cemas.
Aku
angkat kepala memandang kearah suara itu.
Im?
“Boleh
bangun tak ni?” Satu suara lain pula muncul. Oh, datangnya dari mulut kakak
yang bekerja di kedai aku mahu tuju tadi.
Kakak
itu membantu aku bangun. Sekarang baru aku sedar yang sejak aku sedang
berbaring di atas jalan dengan sebahagian badan aku masih tegak memerhatikan
sekeliling tanpa berkata sepatah apapun.
Aku
cuma biarkan mereka mengisahkan aku dengan membantu aku bangun, meminpin aku
berjalan ke kereta Im dengan Im membukakan pintu kereta belakangnya dan
memasukkan aku ke dalam kereta itu sebelum Im membawa aku pergi entah kemana.
Orang-orang
awam yang berada di sekitar cuma memerhatikan kami sebelum beredar.
Tiba-tiba
aku rasa pening.
Sekarang
baru aku rasakan kesakitan sebenar pada tangan kiriku dan aku lantas berbaring
di atas kerusi itu.
“Awak
okey ke? Saya nak hantar awak pergi klinik ni. Tahan ya.” Kata Im dihadapan.
Dari riak mukanya aku nampak yang dia kerisauan.
Aku
tak balas apa-apa. Aku Cuma mampu buat rumusan dalam fikiran yang mungkin Im
telah melanggar aku tadi dan kini dia akan membawa aku ke klinik.
***
Tak
ada apa yang serius dan aku Cuma diberikan rawatan segera. Tangan kiri aku
luka, baju tercarik mungkin akibat geseran pada jalan tar, dan tangan
terseliuh. Itu saja. Dan oh, lutut aku juga cedera ringan. Bila mereka mencuci
luka, aku mengerang kesakitan dan misi muda yang cantik itu memujuk aku supaya
tahan sikit, kalau tak cuci nanti buruk kaki awak, katanya..
Aku
rasa macam aku cuma melayang beberapa saat dan terjatuh di atas jalan tanpa
rasa sakit, tapi tak sangka akibat daripada itu banyak pula luka pada badan
aku. Malu juga dibuatnya bila yang merawat aku itu ada seorang lelaki melayu.
Walaupun ada dua orang perempuan, tapi lelaki tetap lelaki kot! Kalau dah
sampai tahap seluar aku diselak sehingga ke paras lutut, bukankah itu sesuatu
yang mengaibkan?
Selesai
semuanya, misi perempuan itu menyuruh aku baring dulu sebab katanya aku nampak
macam mamai. Kemudian tirai di katil itu diselak, terus aku nampak muka Im. Apabila
misi lelaki dan perempuan ini berlalu pergi, Im datang rapat ke katil.
Nampak
riak muka risau dan bersalahnya.
Bibir
dia bergerak macam nak kata sesuatu tapi tak ada apa-apa yang keluar. Aku
pandang arah tangan aku yang berbalut dengan bandage. Cuba buat selamba sebab aku sendiri pun tak
tahu nak cakap apa dengan dia.
Berlagak
selamba macam tak ada apa-apa dihadapan lelaki yang aku suka adalah kepakaran
aku. Eheh!
“Maaf..”
Aku
toleh memandang mukanya.
“Huh?”
Entah kenapa aku perlu bagi reaksi macam tu.
“Saya
tak perasan awak nak melintas, tahu-tahu awak dah ada kat depan kereta saya.
Maaf, saya tak sempat tekan break sebab awak dah dekat sangat.” Luahnya kesal.
“Oh..”
Bodoh! Aku nak cakap sesuatu yang lebih baik macam, ‘tak apa bukan salah awak,’
atau ‘salah saya juga sebab tak pandang kiri kanan’ tapi perkataan oh itu saja
yang keluar dari mulut aku? Seriously??
Kami
masing-masing diam untuk beberapa minit.
“Err..
kak, ada apa-apa lagi ke?” Soal Im tiba-tiba pada misi yang merawat aku tadi.
“Tak
ada apa dah. Kalau nak balik dah boleh balik.” Katanya.
Im
pandang aku. Bertanya melalui isyarat mata. Faham dengan maksudnya, aku bangun
perlahan-lahan. Im siap mencapaikan kasut aku dan diletakkan di bawah telapak
kaki aku. Dalam hati rasa terharu dengan tindakan spontannya.
Dengan
sebelah tangan berbalut, kaki yang tiba-tiba rasa sengal, jalan
berdegket-dengket, aku beriringan dengannya keluar dari klinik awam, menuju ke
kereta miliknya.
Sambil
berjalan ke keretanya yang jauhnya tak sampai semeter tapi disebabkan ayunan
langkah aku yang perlahan membuatkan jarak kereta itu macam jauh, dia
bertanya..
“Awak
nak saya hantar ke rumah ke?”
Aku
terfikir-fikir. Kalau dia hantar ke rumah, macammana pula dengan kereta aku kat
kedai? Lagipun tak ada sesiapa tahu yang aku ada di klinik sekarang ni. Tapi bagaimana
pula aku nak balik dengan sebelah tangan berbalut?
Ah, soal itu
kemudian aku fikirkan.
“Hantar
saya ke kedai jelah kot sebab kereta saya ada kat sana.” Putusku.
“Macammana
awak nak drive nanti?” Dia pandang tangan aku.
Aku
garu kepala. “Tengoklah macammana nanti.. saya suruh kawan hantarkan ke..”
“Sorry..
“ ucapnya lagi. Nampak macam dia betul-betul rasa serba salah sedangkan kalau
difikir secara logik aku rasa aku yang bersalah, bukan dia.
Sekarang
aku pula yang rasa serba salah sebab buat dia rasa begitu.
“Eh,
tak, tak, bukan salah awak pun. Salah sayalah sebab tak pandang kiri kanan
sebelum melintas.” Kata aku.
Dia
senyum, lalu ketawa kecil.
Lega
aku tengok muka senyum dia.
Kami
sampai di kereta dan dia membukakan pintu hadapan sebelah penumpang untuk aku.
Bila aku dah selamat duduk, baru dia tutupkan pintu. Kemudian dia sendiri masuk
di bahagian pemandu. Kereta meluncur perlahan. Sekarang baru aku sedar yang
sekarang aku sedang duduk dalam kereta dia. Berdua.
Oh
tuhan, rasa macam mimpi! Selama ni aku selalu renung kereta dia sebab nak harap
untuk tenung muka dia memang tak dapatlah, jadi dapat renung kereta dia pun dah
cukup baik untuk aku. Tepat seperti yang aku jangkakan, kereta dia memang
bersih dan canggih. Lebih canggih daripada myvi aku.
Ada pendapat mengatakan,
kereta lelaki adalah lebih bersih daripada kereta perempuan dan sebaliknya
bilik tidur perempuan adalah lebih kemas daripada bilik tidur lelaki. Aku akui
tentang itu sebab dengan hanya memandang luaran keretanya saja aku dah tau
bagaimana dia menjaga keretanya dengan
bersungguh-sungguh.
Ini kalau suruh
dipilih awek atau kereta, aku rasa dia akan plih kereta.
“Saya
nak panggil awak apa ya?” Soalan yang keluar dari mulutnya membawa aku kembali
ke realiti.
“Panggil
Marissa.”
Dia
angguk. Kini giliran aku pula untuk bertanya. Walaupun aku dah tahu nama pendek
dia Im, tapi haruslah aku berpura-pura macam tak tahu langsung nama dia kan?
“Nama
awak?”
“Panggil
Im je..”
“Oh..
Im.” Tapi Im tu aku dah tahu, aku dah search kat facebook pun, tapi mana nak
jumpa kalau guna nama pendek sependek dua huruf tu aje. Nak google pun enjin
carian takkan jumpa dengan apa yang aku cari. Aku perlukan nama penuh.
Sekurang-kurang cukup sempurna perkataan dan sebutannya.
“Im
untuk.. Imran?” Telahku.
“Tak,
Imtiaz.”
“Ooohh..”
tak sedar yang aku terpanjangkan harakat perkataan ‘oh’ itu. Cepat-cepat aku tutup
mulut sebelum aku tersasul cakap benda yang tak sepatutnya pula.
“Kenapa?”
Dia menoleh sekilas memandangku.
Kalau
dia dah tanya macam tu takkan aku nak cakap yang nama Im tu pendek sangat, cari
kat facebook susah nak jumpa jadi aku main agak-agak jelah Im tu stand for
Imran sebab selalunya nama Imran orang akan panggil Im, tapi tak jumpa juga
facebook dia.
“Tak,
tak ada apa..” kata aku.
Jadi rupanya Im
tu stand for Imtiaz. Jadi lepas ni mungkin aku boleh search nama Imtiaz kat
facebooklah, tapi kalaulah dia ada facebbok dan dia guna nama Imtiaz, buatnya
dia guna nama lain macam.. ‘jiwa kacau’ ke, ‘Im menunggu pelangi ke’, payah
jugak aku nak cari nanti.
Dan
Im pun dah tak tanya apa-apa lagi.
Aku
harap sangat yang jarak klinik dan kedai aku sangat jauh. Jauh yang berpuluh
kilometer supaya aku boleh duduk lama-lama dalam kereta dia dan korek lebih
banyak lagi perkara tentang dia, tapi sayangnya jarak antara klinik dengan
kedai sangat dekat.
Terlalu
dekat yang kalau berjalan kaki pun, peluh jantan tak sempat nak keluar. Kalau
keluar pun mungkin sebab cuaca panas, tapi kalau pakai payung inshaallah tak
berpeluh. Itu kalau jalan kaki, naik kereta apatah lagi, sekelip mata je Im dah
berhentikan keretanya depan kedai tempat kerja aku.
Sekelip
mata juga dia hilang dari kerusi pemandunya dan berdiri di sisiku membukakan
pintu dan menunggu aku terhegeh-hegeh keluar dari keretanya. Kalau orang lain
pandang memanglah nampak macam gentleman, macam romantik je, tapi pada aku, dia
macam dah tak sabar-sabar nak suruh aku keluar dari kereta dia.
Sedih!
Elok
aku keluar dari kereta, dia tutup pintu dan berdiri sambil pandang aku.
Aku
pun berdiri juga kat situ, menunggu kalau-kalau dia nak cakap apa-apa.
“Saya
pergi dulu.” Katanya.
Aku
angguk. Kemudian baru aku teringat untuk ucap terima kasih. Dia senyum dan
angguk kan kepala sambil berjalan ke pintu pemandu, sebelum dia masuk, sempat
dia pesan kat aku, yang buat aku jadi gila sampai tak tidur malam semalaman.
“Take
care.” Katanya.
Ceh,
jaga diri je pun. Bukannya I love you ke apa.
Macam
tak percaya I had a car crashed dengan my crush. Hihi..
***
Sejak
kejadian aku kemalangan dengan Imtiaz tu, aku rasa macam makin dekat pula
dengan dia. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab selepas dari kejadian itu, apabila
kami terserempak walaupun dari jauh, dia akan memberikan senyuman sebagai tanda
teguran kepada aku. Rasa macam kami dah jadi kawan secara tak sengaja.
Aku
rasa bahagia dengan keadaan ini. Bahagia membayangkan yang hubungan kami
mungkin akan pergi lebih jauh lagi. Bahagia memikirkan yang harapan untuk aku
menyulam mimpi menjadi realiti mungkin kan menjadi nyata.
Tapi
dalam bahagia itu tetap juga ada deritanya bila aku semakin jarang nampak dia.
Saja-saja nak terserempak pun dah payah. Kadang bila nak lepas rindu, aku
pandang kereta dia dan berharap tiba-tiba dia ada.
Kadang-kadang
lagi aku jadi tertanya-tanya dia tu sebenarnya masih solo atau sudah berpunya
ke? Dah kahwin ke belum? Umur berapa pula? Duduk kat mana eh?
Ada
crush ini seronok, tapi tengoklah permainannya bagaimana, memeritkan tahu.
Aku
berdiri dihadapan rak roti di kedai runcit ini. Tadi Fad kirim roti coklat, tak
ada coklat, kopi. Yang penting Massimo. Aku ambil perisa coklat, untuk aku
pula.. kopilah. Tapi tiba-tiba ternampak macam sedap pulak roti ikan bilis tu,
tukarlah. Lalu aku letak roti coklat dan roti ikan bilis atas timbunan surat
khabar untuk buat bayaran pada kakak ini.
“Rm1.60.”
katanya dan dia sedang ingin menarik beg plastik di sisinya.
“Tak
payah plastik kak.” Kataku sambil aku mengira duit yang ada dalam genggamanku.
Alamak, tak cukup lagi dua kupang.
“Ala,
tak cukup duitlah kak, saya tukar yang inilah.” Aku capai roti ikan bilis itu
dan ingin letakkannya kembali di rak, diganti dengan roti kopi tadi tapi
tiba-tiba ada suara lelaki menghalang aku berbuat demikian.
“Tak
cukup lagi berapa? Nah, saya bayar.”
Bila
aku menoleh, hati aku terus macam.. berbunga-bunga. Rasa macam hujan bunga
turun lebat dalam hati aku.
Im!
“Err..”
tiba-tba jadi kelu. Tak tahu nak cakap apa. Bila aku tengok dia bayarkan jumlah
duit yang tak cukup tu, aku macam terfikir patut ke aku cakap, tak payah bayar
atau apa-apa kata yang menunjukkan penolakan secara halus?
“Saya
ganti balik duit baki awak hari tu.” Katanya, sekaligus memberi jawapan kepada
diri aku sendiri yang aku tak perlu kata apa-apa selain dua perkataan ini,
“Terima
kasih.”
“Sama.”
Dia senyum, dan membuat bayaran untuk barang yang dia beli pula. Aku tak sempat
nak melihat apa barangnya. Tapi aku juga terfikir-fikir adakah aku patut terus
pergi atau tunggu?
Tapi kalau tunggu, untuk apa? Ah,
serba tak kena dibuatnya.
Lambat-lambat aku atur langkah,
berharap sangat yang pertemuan kali ini tidak berakhir begii saja. Aku mahu
sesuatu yang lebih dari ini. Tapi apa dia?
“Awak..”
Langkah aku terhenti.
“Awak..
kejap.”
Ya Allah.. dia panggil aku ke?
Aku cuba kawal senyuman dan berpaling menghadapnya.
Tergesa-gea
dia mengambil baki wang dari kakak itu dan berjalan pantas ke arahku. “Nak
tanya sikitlah..” katanya sambil menghampiri aku.
“Tanya
apa?”
“Kat
kedai awak tu, ambil tempahan lagi tak?”
Aku
angguk. “Ambik je, kenapa? Nak tempah baju?”
Dia
senyum. “Ha’aahh..”
“Hantar
jelah,”
Dia
angguk. “Kalau baju melayu biasa berapa eh?”
“Ermm..
dalam Rm80 macam tu.”
“Oh..”
“Nak
tempah baju melayu ke? Raya lambat lagi..” saja aku mengusiknya. Kami bersembag
sambil berjalan perlahan.
Dia
ketawa. Macam malu-malu. “Tak, nak pakai untuk kenduri..”
“Oohh..”
“Eh,
luka awak hari tu dah ok?”
“Ermm..
bolehlah. Belum sembuh sepenuhnya, tapi dah tak sakit sangat.”
“Pasal
hari tu sorry tau. Saya rasa serba salah lagi.”
“Eh,
tak apalah.. bukannya awak sengaja nak langgar saya pun.” Kata aku untuk
sedapkan hatinya.
Dia
senyum.
Berjalan perlahan-lahan pun sedar
tak sedar dah sampai kat depan kedai aku. Nak tak nak, perbualan ini harus
dihentikan. Ah, kenapalah dekat sangat jarak kedai nih!
“Oklah,
nanti saya datang tempah baju.” Katanya.
Aku
angguk, selepas dia pergi baru aku masuk dalam kedai.
***
Beberapa
hari selepas itu, seperti yang dikatakan, Im memang datang ke kedai. Dia
berurusan dengan bos aku. Aku yang duduk di mesin jahit tepi dinding sekali
sekala memerhatikan dia.
“Nak
buat baju apa?” Tanya kak Nana.
“Baju
melayu.” Dia keluarkan kain dari dalam beg plastik yang dia bawa. Aku intai
melihat sambil menjahit baju. Eh, kenapa warna krim?
“Baju
apa? Baju nikah.” Soal kak Nana.
Dia
angguk.
Terus
terhenti pijakan kaki aku pada pedal mesin. BAJU NIKAH?
“Oh,
nak design macammana?” Soal kak Nana lagi tapi waktu itu hati aku sudah tidak
keruan. Dia datang nak tempah baju nikah? Pakai kenduri? Jadi maksudnya kenduri
dia sendiri?
Pernafasan aku terasa tak
teratur. Aku macam dah tak boleh fikir benda lain. Ah, beratnya terasa ujian
ini. Jadi selama ini aku suka pada tunang orang? Ya Allah…
***
Aku
tahu dia tunangan orang. Aku tahu yang dia akan bernikah beberapa bulan dari
sekarang, tapi yang aku tak faham kenapa aku masih mahu ambil tahu tentang dia?
Kenapa aku masih mahu tengok kereta dia untuk memastikan samada dia ada atau
tidak? Kenapa aku masih mencari alasan untuk buat kami terserempak padahal aku
memang dah nampak dia dari jauh lepas tu aku pura-pura keluar kononnya nak
pergi beli barang?
Aku
mengaku yag aku dah penat dengan semua perkara GILA yang aku lakukan sekarang
tapi aku tak tahu kenapa aku tak boleh berhenti serta merta? Dalam ramai-ramai
lelaki yang pernah jadi crush aku, hanya lelaki ini sahaja yang buat aku jadi
gila begini, lelaki ini saja yang buat aku bertindak di luar kewarasan akal,
lelaki ini
sahaja.
“that awkward moment when you realize you
don’t really like your crush. You like the imaginary version of them which you
created in your head.”
Betul.
Bila difikirkan
dalam-dalam, aku rasa yang sebenarnya aku bukan sukakan dia sangat pun tapi aku
Cuma sukakan ‘bayang-bayang’ dia yang aku lukiskan dalam minda aku. Aku Cuma
sukakan perasaan tertuggu-tunggu kehadiran dia. Perasaan mencari, perasaan
teruja bila dia ada, perasaan tak sangka dan segala kebetulan yang melibatkan
dia.
Perasaan-perasaan
itu buat aku rasa seronok.
Ya walaupun
kadangkala sangat menyakitkan, tapi.. siapa peduli. Kan?
Sepatutya Crush-game
dengan Imtiaz berakhir apabila aku tahu dia sudah berpunya. Lebih-lebih lagi
apabila si dia akan bernikah beberapa bulan dari sekarang. Tapi tak sangka
payah juga nak buang habit tu serta-merta. Pengajarannya di sini, sebelum anda memulakan
secret-crush-game, pastikan si dia belum menjadi tunangan orang, atau suami
orang, kalau pak we orang, dikira masih boleh lagi kot.
“Kau
takkan lupakan dia selagi dia masih ada kat depan mata kau. Tapi kau atau dia
takkan berhenti kerja, jadi apa kata kau cari je crush yang baru?” cadang Fad.
Aku
terkebil-kebil memandangnya. Tak sangka
idea itu datang dari mulut Fad yang selama ini dah meluat tengok ‘kegilaan’ aku
terhadap Imtiaz sampai dia dah tak lalu nak layan.
“Aku
cakap macam tu sebab aku tak nak kau teringat-ingatkan lelaki yang dah nak jadi
suami orang…” Jelas Fad tanpa dipinta.
“Oh.”
Nampaknya lepas
ni, aku perlu cari crush yang lain pula lah ya? *senyum..*
“Adriana Marissa!
Kenapa tak serik-serik lagi ni?!” jerit hati kecilku.
p/s : Crush-game
adalah ‘kesinambungan’ (aku tak tahu apa perkataan yang paling sesuai/betul,
please correct me if im wrong) daripada cerpen blind date. Cuma ada kesalahan
dari segi nama –IKLIL dan IMTIAZ sepatutnya adalah orang yang sama Cuma sebab
cerpen ni macam spontan je nak dikaitkan dengan blind date jadi aku tak rancang
nama watak dengan sebaiknya dan nama Iklil akan ditukar kepada Imtiaz. Jadi
kalau korang baca blind date nanti, anggap jelah yang itu adalah Imtiaz k?