http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Si Penulis

Permulaannya aku tulis iman harraz hanya kerana untuk melarikan diri atau mengalihkan pemikiran aku daripada memikirkan tentang cerpen-cerpen-yang-tak-siap-siap sebelum ni. Aku tulis tanpa motif, tanpa permulaan, aku cuma tulis apa yang aku rasa aku nak tulis. Tapi tak sangka yang semakin aku tulis, semakin aku seronok. semakin aku tulis, semakin aku dapat gambaran cerita sebenar. Dan aku menulis kerana aku dapat inspirasi selepas menonton berkali-kali cerita korea 'my princess' di youtube.

Kononnya cerita ni aku nak jadikan cerpen je, Tapi sebab dah panjang sangat, walaupun aku cuba untuk pendekkan, ia tetap jadi makin panjang bila aku mula menaip. Daripada aku taip dan simpan dan kemungkin besar aku akan tinggalkan ia tak disambung tulis langsung, aku fikir mungkin dah sampai masanya untuk aku buat satu e-novel. walaupun aku tak pasti, berjayakah iman harraz menjadi novel? (walaupun bukan dalam versi cetak)

Lelaki yang pendiam dan sombong itu cool dan misteri bagi aku. Aku suka watak macam ni, dan aku harap aku berjaya mengimaginasikan kepada korang watak lelaki misteri ini dalam iman harraz.

Kesimpulannya, aku tak pasti sepanjang mana cerita ni akan pergi, tapi aku akan terus menulis dan menamatkan ia setakat yang aku rasa aku mampu buat. Besar harapan aku agar aku mampu siapkan, amin...

enjoy reading! *wink*


love,