Bukan senang kita nak jumpa orang
yang nak kawan dengan kita, bukan kita je yang nak kawan dengan dia. Aku tak
tahu pulak kalau nak berkawan, perlu perasaan yang sama sama mahu. Ingatkan
teori cinta je macam tu. Tapi memang betul. Kenapa kalau kita ada masalah
besar, kita tak cerita pada keluarga, tapi cerita pada kawan? Lagi-lagi kawan
baik. Sebab kawan akan cuba memahami tapi keluarga akan cuba menghukum.
Kenapa
kalau kita suka kat seseorang, kita akan cerita pada kawan, bukan pada
keluarga? Sebab kawan akan layan perasaan kita syok sendiri tu, tapi keluarga
akan haling perasaan itu daripada bercambah.
Kenapa
kita kena cari kawan yang sama-sama mahu kawan dengan kita, dan bukan kita je
nak kawan dengan dia? Sebab kalau kita susah atau perlukan seseorang yang
berada di susah dan senang kita, kawan tu akan datang pada kita. Bukan kita je
yang jadi bahu untuk dia, waktu dia susah.
Aku
tahu benar apa yang dia akan pikir. "Oh, dia tak nak kawan dengan aku dah.
Oklah. Tak payahlah kawan."
Tapi
pernah tak dia berfikir, yang aku di sini hari-hari berharap dia hantar pesanan
ringkas bertanya kabar. Pernah tak dia terfikir, bila aku kata, aku bahagia
walaupun tanpa dia, itu sebenarnya Cuma nak sakitkan hati dia, sebab dia dah
tinggalkan aku sendiri? Pernah tak dia terfikir, aku selalu doa dalam diam
semoga hubungan kami kekal sampai syurga? Pernah tak dia fikir, aku hari-hari
berperang dengan ego sendiri, nak mulakan perbualan dulu atau tunggu dia mula
dulu?
Pernah
tak dia fikir, kadang-kadang aku cakap pada diri sendiri, ‘alah, bukannya aku
tak pernah berkawan, lepas tu lost contact, lepas tu buat hal masing-masing’
tapi deep down aku selalu berharap yang hubungan kami tak jadi macam tu. Pernah
tak dia fikir?
Hati
aku mulalah flashback memori, ‘oh dulu aku je mulakan dulu. Aku je yang
terhegeh-hegeh tapi dia buat ignore je, macam tak kisah, macam tak peduli.’
Mungkin juga itu hasutan syaitan supaya kami tak teruskan silaturrahim. Tapi
pernah tak dia CUBA untuk perbaiki hubungan kami?
Ke
aku je yang hari-hari fikir semoga hubungan ini tak putus di tengah jalan?