http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Tuesday, July 24, 2012

Buat tempahan Buku Kisah Hati sekarang! ;D






Oh, jangan salah faham, gambar-gambar di atas bukanlah sepertimana buku yang akan dijual kepada  anda semua, itu cuma draf buku untuk simpanan aku je. 

Bagi yang berminat untuk membeli buku (yang tak seberapa) ini, bolehlah buat tempahan sekarang sebelum aku pergi hantar ke kedai untuk dicetak, tapi maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak bagitau berapa harga untuk sebuah buku ni sebab belum pergi pun ke kedai tu, tengah cari masa dan tenaga (maklumlah bulan-bulan puasa ni..) tapi lebih banyak cetakan lebih murah katanya, sebab tu sebelum pergi cetak kalau boleh aku nak ambil anggaran tempahan dulu, 

Aku akan beritahu harga buku ni kemudian, buat masa ni bagi yang berminat boleh tempah je dulu dengan meninggalkan nama anda dan ayat "saya nak tempah" di entri ini mahupun di facebook atau di email miakaftiya@gmail.com. ;-D

aku tau buku ni tak seberapa, jadi kalau tak ada yang nak tempah pun tak apa.. aku tetap akan print dan simpan untuk sesiapa yang mahu beli. Sesungguhnya, menjual hasil karya sendiri untuk dibaca oleh orang lain adalah satu nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata! *nanges* v__v

Thursday, July 19, 2012

Kisah Hati : 6. Biola (last)


Aku dan Lily serentak menoleh ke belakang, melihat budak lelaki yang sedang ketawa itu  berlari-lari sambil memandang ke belakang dan mentertawakan seseorang.
                "Ouch!" Jerit Lily
                Seseorang merempuh kami dan serentak itu pegangan tangan Lily di lenganku terlepas.
                "Arrgghh.. the bad boy!" Keluh Lily dengan dengusan kasar seperti dia redha saja jika lelaki itu yang melanggar mereka.
                "The... what?" Soalku, kerana aku kurang mendengar dengan jelas apa yang Lily katakan tadi.
                "The. Bad. Boy." Ulang Lily.
                "Siapa?" Soalku kembali. Maksud aku "siapa" itu adalah siapa peribadi sebenar bad boy itu?
                "Tadi. Yang langgar kita lepas tu tak reti nak mintak maaf, jauh sekali nak pandang belakang balik dan angkat tangan atau lambai sedikit pun sebagai tanda maaf."
                "Ya.. tapi kenapa panggil dia dengan gelaran itu?" Soalku.
                "Sebab dia memang bad boy! Sejak dari hari pendaftaran lagi, dia dah jadi popular hanya kerana dia tak mahu gunting rambut dia yang panjang macam... pernah tengok drama Asmara?" Soal Lily, tiba-tiba tukar topik.
                "Kadang-kadang." Balasku.
                "Hah... rambut dia dulu macam rambut Shahz jeszle dalam Asmara itulah, cumanya rambut dia taklah smart bergaya siap curly macam Asmara tu, tapi panjang rambut dia hampir macam tu, lepas tu dia buat hal tak nak potong sebab katanya dia simpan rambut tu bertahun-tahun. Cuba bagitau saya, patut ke tak patut apa yang dia buat tu?" Soal Lily dengan muka tak puas hatinya.
                Aku menggeleng.
                "Kannn.."
                "Tapi tak silap tadi, rambut dia bukan pendek ke?" Soalku, ragu-ragu.
                "At last! Bila tuan pengarah sendiri datang kelas siap bawak gunting.. mana dia nak lari. Itupun, jangan tak tau pulak yang sampai dua tiga orang kena pegang tangan dia sepanjang proses gunting rambut dilakukan. Bukan bad boy ke kalau dah sampai macam tu teruk punya perangai?" Soal Lily mengharapkan pendapat dariku.
                "Oh.. memang.. Bad. Boy."
*****
Tapi satu perkara yang aku tak jangkakan terjadi adalah apabila lelaki yang digelar bad boy itu tiba-tiba saja muncul di hadapanku dan memandang ke mukaku, lama. Dia bukan saja memandang ke mukaku tanpa sebab, tapi dia juga sedang menghalang laluanku, sedangkan sekarang aku sebenarnya ingin ke tandas.  Dan sekarang juga aku masih ada kelas Fizik, jadi aku tak boleh sewenang-wenangnya membuang masa di tengah-tengah laluan ini bersama-sama dengan bad boy ini yang dari tadi langsung tak bersuara!
                Aku berkalih ke tepi dan melangkah ke tempat yang sepatutnya aku ingin tuju. Tapi tiba-tiba lelaki ini memanggilku..
                "Weiii.. "
                Aku menoleh. Tapi dia cuma garu kepala. Aku kembali menyambung langkahku bila melihat yang dia seperti tidak ada apa-apa yang ingin dikatakan. Lagipun aku dah nak terkucil benar ni!
                "Weii.. weii.. tunggulah!" Panggil lelaki ini lagi. Baru sekarang aku sedar yang selama ini aku cuma memanggilnya badboy sehinggakan aku tak tahu apa nama sebenarnya.
                "Apa dia? Nak cakap cepatlah, aku nak pergi tandas ni." Rungutku.
                "Oh. Pipi kau dah ok ke?" Soalnya.
                Aku raba pipi aku sendiri. Tempat dimana ia dihentam dengan bola sepak.
                "Dah.. oklah sikit." Jawabku sekalipun aku agak pelik kenapa dia mesti bertanyakan soalan itu kepadaku?
                "Oh, ok.." Balasnya dan dia terus berpaling dan pergi. Macam tu je?
                Mengingatkan ada hajat yang harus aku selesaikan, maka aku terus ke tandas tanpa sempat memikirkan tentang lelaki itu lagi.





p/s : Still, my own favourite.  I love the way i write this story, and ya.. still the goods comes from Allah. Hope you'll like it too! ;D



Kisah Hati : 5. Dia yang aku tunggu



“Merah muka.. kau suka kat dia kan..” soal Anis masih ingin mengusikku.
            Dah tau lagi mau tanya. Aku diam seribu bahasa, malas nak menjawab soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

            “Nama dia Iqram, dia sebaya kita tau, tapi dia tu pendiam sikit, suka lepak sorang-sorang. Aku jarang sembang dengan dia sebab dia tak suka bercakap. Tapi kan, kadang-kadang dia tu pemalu juga tau. Sebab tu aku suka menyakat dia. Tadi tu aku saja nak sakat kau.. jangan risau aku takkan bagitau dia lah, tapi aku saja nak bagi dia tengok kau tadi. Ye lah, mana tau tiba-tiba dia terjumpa kau kat mana-mana nanti dia tau la kau tu kawan aku. Kan?” Tiba-tiba saja Anis menceritakan pada aku semua tentang Iqram. 
            Aku diam tidak memberi sebarang reaksi, tapi sebenarnya dalam hati aku dah kembang mekar bunga di taman. Dah rasa macam tak nak balik rumah pun ada. 
            “Eh.. kau lepak la kat sini, jangan balik dulu tau, aku nak pergi bagi bunga telor jap.” kata Anis sebelum dia terus menghilang di dalam kanopi.
            Aku terkulat-kulat sendirian di situ, entah kenapa tiba-tiba rasa segan pulak berdiri sorang-sorang sedangkan aku berada di kawasan kampungku sendiri. Aahh.. buat bodo je la.
            Aku lihat Iqram sudah habis makan dan dia bangun menuju ke arahku. Aku dah jadi tak tentu arah. Mana la tau dia nak tanya apa-apa ke pasal Anis tadi. Aduuhhh.. nak lari ke nak atau nak berdiri je kat sini?. Hati aku berbelah-bahagi. Tapi tiba-tiba aku lihat Iqram menunduk dan dihadapannya ada bekas untuk basuh tangan.
            Oohh dia nak basuh tangan rupanya. Kebetulan bekas untuk basuh tangan itu diletakkan tak jauh dari aku. Hati aku kembali tenang. Aku memandang ke kiri dan ke kanan, pura-pura seolah-olah kehadiran Iqram di hadapanku tidak membawa sebarang erti. Padahal dalam hati meronta-ronta nak usha dia.
            Dari sisi mata aku nampak Iqram sedang mengambil tisu yang disangkutkaan dalam plastik di tiang kanopi. Walaupun melihat dari sisi mata tapi mataku tetap tertangkap dengan Iqram bila mata bulatnya juga memandang ke arahku. Terus aku memusingkan kepala. Memandang keadaan di belakang tempat aku berdiri. Konon-konon ada orang panggil, padahal nak sorok muka malu. 
            Aku kembali memandang ke hadapan bila sudah yakin yang Iqram tidak berdiri di situ lagi. Memang betul. Dia tiada di hadapanku. Tapi.. dia tiada di mana-mana. Puas mata aku mencari lelaki yang memakai kemeja kotak-kotak. Tak jumpa. 
            “Eeheemmm..ehem..” aku terdengar suara lelaki berdehem di sebelahku. Spontan aku memandang. Errkk.. dia ada kat sebelah aku rupanya. Sedang mengurut tekak sambil membetulkan suara.
            Chill Nabila.. chill,” kataku kepada diri sendiri dan cuba berlagak biasa.
            Mengetahui yang dia berada dekat denganku sudah cukup untuk membuat hati aku berasa tenang. Tak perlu tercari-cari dia lagi.
            

Wednesday, July 18, 2012

Kisah Hati : 4. Cupcakes





“Jom! Kita nak pergi mana dulu ni?” Soal Emma.
            “Eh kejap, ada seorang lagi tertinggal” Kata Han, menahan kami dari berjalan sambil matanya melilau memerhati sekeliling.
            “Siapa?” Soal Emma, aku mengangguk, setuju dengan soalan Emma. Memang itu yang bermain dikepala aku sejak Han kata ada seorang lagi yang akan mengikut kami. Tak cukup ke Han sorang dah merosakkan mood aku, takkan ada lagi orang yang nak memansuhkan terus mood aku untuk tenangkan fikiran?
            “Hah itu pun dia..” kata Han menunjuk ke arah seorang lelaki yang tinggi, berambut pacak di tengah kepala, memakai baju T lebih labuh dari saiz badannya dan berseluar pendek. Oh ya, juga cuma berselipar getah! Kat pusat beli belah terkemuka yang jadi tumpuan orang ramai ni, dia boleh pakai pakaian selekeh macam nak lepak kat tepi tembok rumah sambil main gitar je??
            Heh, gila selamba. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu di atas bahu lelaki ini sewaktu dia mengusap belakang kepalanya. Apakah itu? Tupai? Oh, dia juga memelihara tupai yang dibawa kemana-manakah? Semakin lama kawan si Han ini semakin menghampiri kami, dan semakin aku nampak dengan jelas ekor yang terletak elok di bahunya itu bukanlah ekor sejenis binatang bernama tupai sebaliknya ia adalah.. ekor rambut kawan si Han ini? Oh my.. sekali pandang, rumusan yang boleh aku buat tentang lelaki ini, dia adalah..
            Mat ganja!.
            Astaghfirullah Tinie.. tak baik menilai orang dari luaran dia.  Kata satu suara dalam diriku. Ya betul, memang tak baik tapi penampilan dia betul-betul buat aku rasa tak selesa berdampingan dengannya. Err.. memang aku tak nak pun tapi sejak tadi dia asyik memandang ke arahku dan tersenyum-senyum. Apa kes?
            Jangan kata Emma akan tinggalkan aku dan suruh aku berjalan dengan lelaki ni, aku tak mahu!!
            “Tinie, ni Hakimie..” kata Han memperkenalkan aku kepada mamat tiga suku ni. Oh selain kelihatan seperti mat ganja, dia juga nampak macam mamat tiga suku sebab dia tak henti-henti tersengih walaupun sudah jelas aku menjelingnya. Dan Han! Kenapa kenalkan lelaki ni kat aku saja? Kenapa tak kenal kan sekali kat Emma? Mereka ada agenda tersembunyi untuk menyatukan aku dengan lelaki inikah?
            “Hai Tinie..” tegur si Hakimie sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat denganku. Mataku jatuh kepada huluran tangannya. Terkejut besar aku bila melihat ada tiga bentuk cincin bermata besar yang tersarung di tiga jarinya iaitu di jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari. Oh gosh!
            Spontan aku berundur ke belakang setapak. Huluran tangannya aku biarkan tidak bersambut.
           
*****


Aku lihat diruangan info. Tak banyak maklumat tentang dirinya yang diletak. Kemudian aku ke ruangan gambar. Jenuh aku mengerah otak memikirkan siapakah makhluk Allah ini. Letak gambar semuanya tak sempurna, muka separuh la. Gambar belakang badan la, gambar kaki dengan selipar la..  sehinggalah aku terjumpa gambar jarinya dengan tiga bentuk cincin yang tersarung di tiga jarinya. Aku mula mengaitkan nickname “Haq Kim” dengan Hakimie, setelah benar-benar yakin itu memang mamat tiga suku tu, barulah aku membalas tegurannya.
            “Hoi.. hoi tak ada bahasa lagi indah ke?” perliku.
            “Hoi adalah bahasa paling indah yang aku pernah tau..” balasnya.
            “Sengal..”
            “Mak aku cakap kalau sengal-sengal badan gunalah yoko-yoko, ia melegakan dengan cepat..”
            “Kau ni memang tiga suku kan?” soalku sengaja mengusik. Gurauannya berjaya membuatkan aku tergelak.
            “Aku memang suka makan telur tiga suku.. mana kau tau? Mak aku bagitau kau ye?” Balasnya lagi.        
            Wahh.. pandai pulak dia berloyar buruk dengan aku malam-malam ni, kalau jumpa depan-depan bukan main skema lagi.
            “Malas aku nak cakap dengan kau.” balasku
            Kau tak sedar ke yang kau memang malas nak bercakap dengan aku, sebab tu la sekarang aku chatting dengan kau. Kita menaip!”



p/s : another one of my fav cerpen. Dedicated to Emma and Tinie. Peace! ;D coming soon in Kisah Hati :Antologi cerpen miaKaftiya
            



Tuesday, July 17, 2012

Kisah Hati : 3. Suri dihati Sufi





“Err.. kalau saya ikut awak balik boleh tak?” Soalku memohon simpati. Mungkin itu bukan idea yang bagus mengikut seorang lelaki yang tidak dikenali ke rumahnya, tapi kalau lelaki ni bukan budak baik, dia takkan tolong aku tadi. Dan lagi naluri aku kuat mengatakan dia boleh dipercayai. Entahlah, di waktu-waktu genting begini aku cuma percaya pada kata hatiku berbanding logik akal.
“Kau lari dari rumah ya?” Soal lelaki ini. Curiga.
Aku tersengih sumbing.
“Dah la, jom!” Dia bingkas bangun dan berjalan mendahului aku. Aku mengikutnya dari belakang. Mataku sempat memerhatikan keadaan sekeliling. Sebelum aku sampai di rumahnya aku belum boleh dikira selamat lagi di luar ni.
“Nama kau apa?” Soalnya berpusing memandangku.
“Suri.. awak?”
“Sufi.”



****



            “Aik? Baru tiga kali tumbuk dah tak larat? Macammana nak jadi tauke kerisik ni?” Tegur Sufi yang tiba-tiba muncul dihadapanku. Mungkin baru balik dari restoran.
            “Siapa kata tak larat? Orang nak betulkan baju la,,” kataku pura-pura menyinsing lengan baju kurung. Sufi tersengih memerli.
            “Cepat la tumbuk, aku nak tengok.” gesa Sufi sedangkan aku sengaja melambat-lambatkan menyinsing lengan baju dengan harapan yang dia akan pergi. Tapi yang terjadi sebaliknya pula. Aduhai…
            “Eeii.. sibuk je nak tengok orang tumbuk buat apa, pergi la main jauh-jauh.” kataku pura-pura marah.
            “Ala, biarla kita nak main kat sini pun, apa salahnya.” kata Sufi menggelarkan dirinya “kita” macam budak-budak pula.
            “Eeii.. orang tak suka la kamu main kat sini, orang susah nak buat kerja.. pergi la main jauh-jauh. Karang orang panggil mak kang!!..” kataku seakan menggertaknya.
            “Ala.. kita tak kisah pun.. panggil la, kita nak duduk kat sini juga. Cepat la Suri.. kita nak tengok awak main tumbuk-tumbuk.” Makin galak Sufi menyakatku.
            “Eii.. makkkk... tengok Sufi ni.. dia kacau Suri...” jeritku kepada mak yang sedang mengutip cili di luar rumah.
            “Sufiiii.. karang mak suruh kamu yang tumbuk kerisik tu baru kamu tau.” jerit mak dari luar cukup jelas untuk pendengaran kami.
            “Eeii.. dia ni, suka mengadu la. Kita tak nak kawan dengan kamu dah.” kata Sufi dengan mulut yang sengaja di muncungkan lalu beredar ke biliknya.
            Aku tersenyum dengan gelagat spontannya.


p/s : my own favourite cerpen ever! <3 <3 ;D

Tuesday, July 10, 2012

Kisah Hati : 2. Bunga Lalang.


           

Bunga Lalang mengisahkan seorang lelaki, Syahmi seorang jurugambar bebas yang pulang ke kampung atuk dan neneknya untuk mencari bahan-bahan baru untuk dimasukkan dalam portfolia peribadinya. Di situ secara tidak sengaja dia 'terjumpa' satu subjek yang sangat unik, "Gadis kampung" yang tanpa dia sedari, gadis kampung itu adalah sebahagian daripada sejarah zaman kanak-kanaknya.

Ada apa dengan bunga lalang dan gadis kampung?? 

Excerpt,

           “Eh awak ni siapa?”
            “Saya Yasmin” katanya memperkenalkan diri.
            “Ok Yasmin.. kenapa awak nak tau nama mak saya?”
            “Sebab awak kata mak awak orang sini, jadi saya nak tau lah lagipun saya tak pernah nampak awak sebelum ni?.”
            “Memang la awak tak pernah nampak sebab saya tak duduk sini.
            “Ya.. awak dah cakap tadi. Tapi awak la yang hampir kena langgar dengan lori aiskrim semalam tu kan?” Soalnya lagi.
            Aku ternganga. Apakah punya peliknya manusia ni?
            “Oh oklah. Sorry kacau awak. Saya pergi dulu,” katanya meminta diri selepas aku diam tak bersuara.
            Aku membiarkan saja dia berlalu sebelum fikiran aku tiba-tiba terfikirkan tentang lori aiskrim yang hampir melanggarku semalam, terus aku bangun dan menghidupkan kamera dan berlari mengejarnya.
            “Yasmin!” Panggilku.
            Dia memusing. Klik! Gambarnya aku rakamkan. Dia kaku di tempatnya berdiri dan aku kaku di tempatku berdiri. Dia menunggu bicara aku, manakala aku kelu lidah untuk berbicara. Penyudahnya sekeping lagi gambarnya aku ambil.
            "Err.. nama saya Syahmi. Itu je nak bagitau” kataku bila hanya itu yang terlintas di kepala saat ini.
            Dia senyum sebelum kembali mengatur langkah meninggalkan aku. Untuk kali ketiga, imejnya sedang berjalan aku rakam dari arah belakang. Ada sesuatu yang mengganggu fikiranku.
            Aku lihat jam di tangan, dah pukul sebelas, balik jelah.




coming soon in Kisah Hati. ;-)


Wednesday, July 4, 2012

Kisah Hati : 1. Imaginasi Cinta




bersempena dengan penyediaan buku KISAH HATI : ANTOLOGI CERPEN MIA KAFTIYA, aku akan masukkan detail isi cerpen dalam buku itu dalam blog. Sekadar untuk berkongsi dengan korang, sebab kebanyakan cerpen-cerpen ni aku dah tulis lama dulu, mungkin ada yang pernah baca tapi dah lupa, mungkin ada juga yang langsung tak pernah perasan tentang cerpen-cerpen aku yang dulu. Jadi, sebab sekarang aku tengah edit cerpen ni, maka cerpen inilah yang akan aku kenalkan dulu. huhu...






Mengisahkan seorang gadis yang ada bakat menulis tapi mempunyai tahap keyakinan yang sangat rendah. Baginya apa yang ditulis bukanlah untuk di baca oleh sesiapa sebaliknya dia menulis sekadar untuk mengeluarkan segala idea-idea yang berterbangan di dalam kepalanya.

semasa di kem penulisan, dia bertemu dengan Ilham, juga seorang bakal penulis yang mengagumi bakat yang ada pada Zameera. Tapi perwatakan Zameera yang tak pandai bergaul membuatkan mereka sering bertingkah. Ilham dengan niat ingin berkawan manakala Zameera dengan tafsiran bahawa Ilham sekadar ingin mengganggunya. 

Ilham dengan penulisannya yang berkonsepkan imaginasi, manakala Zameera dengan genre cinta, apabila perbezaan itu disatukan, apakah jadinya?


Excerpt,

Aku baru mencapai dulang dan ingin melangkah ke menu bufet yang terhidang untuk makan petang bila Ilham tiba-tiba muncul di sebelahku.
            “Hey, aku teringin nak baca cerita kau tentang cinta bas?..” katanya terfikir tajuk penuh cerita aku tu.
            Lepas Adda dia pula mengatakan perkara yang sama. Aku diam buat tak tahu.
            “Pasti best kan? Seorang lelaki bertemu dengan seorang perempuan di dalam bas, dan akhirnya bercinta. Wow! Macammana kau boleh fikirkan idea tu?”
            “Tak ada apa yang menarik pun tentang cerita tu. Sama saja macam kisah cinta yang lain.” jawabku malas sambil mencapai kuih karipap
            “Tak menarik? Kau tau tak berapa ramai yang kata 'wow' masa kau cerita tentang cerpen kau tu. Bagi mereka itu hebat!.” Balas Ilham dan turut sama mencapai seketul kuih karipap itu dan seketul roti sardin.
            “Hebat? Tak lah, bagi aku itu memalukan” Aku mencapai sekeping roti bakar dan terus berlalu ke tempat air.
            “Aku tak faham kenapa kau rasa karya kau sendiri memalukan. Biasanya setiap penulis akan menganggap hasil penulisan mereka adalah yang terbaik.” kata Ilham sambil menyumbat roti sardin ke mulutnya. Tak sopan betul, makan sambil berjalan!.
            “Macam kau?” Perliku dan terus ke meja makan.
            “Macam aku? Err.. mungkin!” Ilham terus mengekoriku dan duduk di kerusi berhadapan denganku.
            “Aku tak nak jadi macam 'orang lain' atau macam kau.”
            “Kau ni pelik betul, kalau kau nak tau aku dah cuba macam-macam cara hanya untuk dapatkan feel menulis cerita cinta seperti.... kau.”
            “Feel? Aku menulis tanpa ada feeling terhadap cerita aku. Aku cuma tulis apa yang terlintas di fikiran.”
            “Sekarang aku nak cakap wow..wow..wow... kau hebat!” kata Ilham sambil memandangku tak berkelip. Begitu taksub.
            “Aku tak faham apa yang membuatkan kau mengulang perkataan 'wow' itu.”
            “Zameera Zainuri. aku tahu yang kau akan jadi penulis yang hebat!.”
            “What? Hah.. whatever!” Kalau kata-kata Ilham itu adalah satu pujian, sayangnya aku tak pandai dan tak mudah menerima pujian.
            “Yes it is!.”
            “Daripada kita bercakap soal aku, apa kata kita bercakap tentang kau. Hah.. rasanya kau tak pernah pun ceritakan tentang 'cerita' kau kan?.” Aku mengubah topik perbualan dengan bercakap tentang Ilham dan hasil penulisannya pula.
            “Err.. tak ada yang menarik pun tentang cerita aku. Lebih baik bercakap tentang 'cerita' kau.” Ilham cuba mengelak.
            “Tak, kau.. “ kata aku tegas.
            “Well aku bukan macam kau, menulis daripada yang ada disekeliling kau, aku tulis berdasarkan imaginasi aku.”
            “Imaginasi?” Mata aku bersinar-sinar. Sepenuh tumpuan aku berikan pada lelaki di hadapanku ini yang nampak teragak-agak untuk menceritakan tentang 'cerita'nya.
            “Ya.. kisah pembunuhan, harta karun, makhluk asing dan penaklukan bumi, ada hidupan di pluto.. “
            “Wow”
            Bicara ilham terhenti apabila dia mendengar perkataan yang keluar dari mulutku.
            “Apa kau cakap tadi?” Soalnya, pelik.
            “Aku kata 'wow'”
            “Kau perli aku?”
            “Mungkin kau perlu belajar cara untuk terima pujian orang lain.” Aku memerlinya dengan perkataan yang pernah dikatakan kepada aku sebelum ini.    


Nota : cerita ini aku tulis pada tahun 2010 dan diinspirasikan dari sebuah filem inggeris, tajuknya Camp Rock. Pergi youtube sekarang kalau nak tau cerita tu berkisarkan tentang apa!. Ho ho..