http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Sunday, April 27, 2014

cerpen- Crush Game





“Crush.
a burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely special.
My heart broke when I found out my crush was seeing another person. 

By anonymous june 04, 2003.”

                -sumber google-

                Aku tak tahu apa definisi sebenar tentang ‘crush’ tapi aku faham satu benda yang crush ni serupa macam kita suka seseorang dalam diam. Atau yang aku lebih faham, ia dipanggil crush bila perasaan kita terhadap dia, tak seperti apa yang dia rasakan terhadap kita. Boleh jadi, dia langsung tak sedar tentang kewujudan kita di muka bumi ini walaupun setiap hari, kami terserempak dan berjalan selisih bahu di jalanan.
                Dia tak pernah sedar, dan tak pernah mempedulikannya.
                Bagi aku, hanya orang yang tak ada keyakinan diri saja yang suka ‘pasang’ crush pada seseorang. Alasannya ada orang yang kita boleh suka dalam diam itu seronok, tapi yang sebenarnya orang tu sendiri tak berani nak luahkan perasaan sendiri pada orang yang disukai, lepas tu simpan rasa suka dalam diam dan makan hati sorang-sorang.
                Ya, aku tunjuk satu jari kat orang lain, empat lagi jari menunjuk kearah aku. Baiklah, aku mengaku akulah si perempuan yang ada banyak crush dan tak ada keyakinan diri itu.
                Selama aku hidup selama 24 tahun dan mempunyai crush terhadap ramai lelaki, bermula yang tahan seminggu dan masih bertahan sehingga kini, aku boleh simpulkan crush adalah salah satu permainan yang menyeronokkan tapi juga memeritkan.
                Tahu kenapa?

                *Angkat kening*
               

***

Dari zaman sekolah lagi, aku suka aplikasikan satu formula ini bila aku rasa bosan dengan rutin harianku. Aku suka cari sebab untuk buat aku rajin ke sekolah dan mempunyai ‘matlamat’ setiap hari kerana sesungguhya hidup tanpa matlamat adalah sangat membosankan.
                Formula itu adalah dengan mencari crush.
 ‘Crush-game’ adalah permainan yang aku sendiri cipta. Formulanya mudah, anda Cuma perlu spot someone yang anda suka dan jadikan dia sebagai subjek utama. Tapi syaratnya jangan genggam dia terlalu kuat, takut nanti tak sanggup nak lepaskan.
Crush game hanya akan bertahan selama 4 bulan, iaitu tempoh paling maksimun. Tak ada tempoh paling minimum kerana ia bergantung kepada diri anda sendiri. Tapi anda juga perlu bersedia jika perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku seperti,
Tiba-tiba anda baru tahu yang dia sudah berpunya.
tiba-tiba dia datang dan hulurkan kad jemputan perkahwinan dia.
Dan anda juga seharusya berasa ‘cukup’ (tak mahu guna perkataan bersyukur untuk kerja sia-sia macam ni) jika dalam sehari anda hanya dapat melihat tayar kereta dia saja kerana mempunyai crush ini macam dapat sedozen coklat. Manis. Atau macam kunyah gula-gula getah, dalam manis ada pahitnya. Bila dah pahit, anda perlu ludah dan bukan terus simpan dalam mulut.
Maksudnya ia bersifat sementara, anda tak boleh harap untuk dapat lebih daripada apa yang anda sudah dapat.
Contohnya, kalau dalam seminggu tu dapat sekali je jumpa dia, hari-hari lain Cuma nampak kereta dia saja. Cukuplah tu, dia mungkin ‘seseorang’ untuk anda, tapi anda bukan sesiapa untuk dia munculkan diri di hadapan anda.  
sehingga ke hari ini, walaupun dah tak ramai lelaki yang boleh dijadikan crush sebab kebanyakan mereka yang aku jumpa adalah bapa orang, suami orang dan atuk orang, tapi aku masih ada seorang crush. Seorang lelaki muda, yang aku tak tahu siapa namanya, dimana tinggalnya, berapa umurnya.  Tapi aku suka dia pada kali pertama aku dengar suara dia.

Dan crush game aku bermula disini..

***

When you know why you like someone, it’s crush. When you have no reason or explanation, it’s love.


                CIMB Bank, 12 tengahari. Beberapa minggu yang lepas.
               
                Aku menekan-nekan apa saja yang membolehkan aku untuk membuat pemindahan duit ke akaun penerima. Memandangkan ini kali pertama aku buat pemindahan duit melalui mesin atm, jadi aku memang tak tahu langsung nak tekan apa. Nak tanya pada sembarangan orang, tak berani pula sebab ini melibatkan soal duit.
                Tiba-tiba seorang pegawai bank yang aku biasa nampak sedang berjalan kearah rak yang menempatkan borang-borang dan pamphlet yang tak jauh dari aku. Terus aku memanggil dirinya untuk meminta bantuan.
                “Awak.. awak..” dengan tangan-tangan aku sekali terkapai-kapai untuk menarik perhatian dia. Nak panggil abang, rasa macam dia tak jauh beza dengan umur aku. Nak panggil encik, rasa macam formal sangat, penyudahnya awak sajalah ya. Sebab tak tau nama. Hiks.
                Dia menoleh, kemudian dia atur langkah ke arahku.
                “Ya?” Soalnya.
                “Macammana nak transfer duit?” Soalku.
                Dia pun menunjukkan caranya “Okey, masukkan nombor akaun..” sampai nama penerima keluar di skrin, “Betul? Sarah Ashraf?” Soalnya, sekadar ingin memastikan betulkah itu penerima duit yang aku nak bagi ni.
                Aku angguk. Selepas urusan pemindahan duit itu berjaya, aku ucap terima kasih padanya dan keluar dari bank dengan perasaan lega. Malah bukan itu saja, rupanya aku keluar dari bank dengan satu perasaan lain terhadap dia.
                Sebenarnya, sebelum ini aku memang selalu pandang dia bila ternampak dia di mana-mana kawasan pekan. Aku selalu tertanya-tanya lelaki berkemeja ini kerja di mana? Kenapa nampak macam muda sangat untuk selalu pakai kemeja dan slack? Dan memandangkan aku sangat jarang perg ke bank jadi aku langsung tak terfikir yang dia adalah salah seorang staf bank.

                Sejak itu, dia menjadi sebab untuk aku selalu bersemangat datang kerja. Padahal bukannya kami bekerja di tempat yang sama pun.

***
               

Secret crush : why you so near but yet so far away?

                Aku teringat memori lama sebelum dia menjadi secret crush aku sebelum ini dia macam sentiasa ada dimana-mana yang aku pandang, dia sentiasa ada dimana-mana aku berada, dia sentiasa muncul dalam diari harianku walaupun aku langsung tak peduli tentang dia. Tapi aku masih sedar tentang kewujudan dia sebab dia ada kereta yang unik. Yang sekali pandang kereta dia, aku terus terfikir siapa pemiliknya. Nooo.. yang sebenarnya kereta dia tak adalah unik mana pun, selain di bahagian tepi kereta dia dicat dengan corak askar. Itu saja. 
                Ada suatu hari tu aku ternampak dia bawak kereta tu, dan sejak itulah aku tahu dialah pemilik kereta unik itu.
                Tapi pada masa-masa itu, kalau aku terpandang dia pun, aku langsung tak kisah, kalau dia terpandang aku pun, aku langsung tak peduli. Segalanya mudah bagi aku.
                Tapi kini, selepas dia menjadi secret crush aku secara rasmi, aku sentiasa harap untuk terserempak dengan dia, tapi perkara itu sangatlah payah sekali untuk berlaku. Malah, dalam seminggu kemungkinan untuk aku nampak dia walaupun dari jauh, hanyalah satu peratus. Paling kuat yang aku boleh buat pun, hanyalah pandang kereta dia yang unik tu.
                Kadang-kadang aku rasa macam orang gila yang psiko, yang asyik stalk orang tu, yang kalau tak dapat tengok orangnya, tengok kereta pun jadilah asalkan aku tahu yang dia ada. Lebih parah lagi kalau boleh aku nak pergi bank hari-hari walaupun tak ada apa-apa urusan pun kat bank tu. Dengan harapan, kalau aku tak nampak dia, aku harap yang dia nampak aku. Aku mahu dia kenal aku walaupun sekadar kenal muka.

                AM I CRAZY?

***
               
creating a nickname for your crush that only you and your bestfriend know.

                Ya, aku memang gila. Gila bayang-bayang orang yang tak sedar aku wujud. Semakin aku simpan perasaan aku seorang diri, aku rasa aku akan jadi semakin tak keruan. Aku perlu ceritakan pada seseorang tapi aku takut.. okey mungkin yang sebenarnya aku malu. Malu nak mengaku yang  umur dah tua nak masuk bangka macam ni lagi pun masih ada secret crush yang budak-budak sekolah je rajin buat? 
                Tapi aku rasa aku lebih rela tanggung malu daripada tanggung beban dalam hati yang boleh buat otak aku jadi gila, prestasi kerja aku terganggu dan gaji aku berkurang. Sebab semakin sikit tempahan yang dapat aku jahit, semakin kuranglah gaji aku hujung bulan nanti.
                Kerana itu aku memilih untuk meluahkan segalanya dari awal sehingga kini kepada Fad dan memintanya berjanji supaya tak ceritakan pada orang lain. Tapi reaksi Fad sangat menjengkelkan aku..
                “HAHAHAHAHAHA…. Secret crush?” Dia ketawa besar sampaikan aku rasa macam nak sumbat mulut dia dengan kain supaya aku tak perlu dengar dia ketawa lagi.
                Kalaulah aku tahu dia akan ketawakan aku sebegini rupa..
                “Kena.. pe.. kau.. hahaha.. kau.. suka.. kat dia, kihkihkih..” soal Fad dalam tawa yang cuba ditahan.
                “Motif tanya soalan itu?”
                “Kihkih.. Sebab.. hikhik.. sebab kita selalu nampak dia kot, kenapa tiba-tiba boleh tersuka pula ni?”
                Aku memilih untuk tidak menjawab soalan itu sebab kalau aku bagitau sebabnya mesti Fad akan ketawakan aku lebih teruk lagi.
                Tapi semakin hari, Fad sudah semakin dapat terima hakikat yang aku ada crush pada salah seorang pegawai bank jadi sejak dari itu aku sudah tidak perlu runsing memikirkan tentang dia seorang diri sebab aku dah boleh berkongsi cerita dengan Fad. Malah kadang-kadang Fad sendiri akan melaporkan pada aku apa-apa yang dia ketahui mengenai lelaki itu.
                “Tadi aku nampak ‘transformers’ beli jambu kat kedai kak Ruby.” Lapor Fad.
                “TRANSFORMERS?” Soal aku dengan mata terbeliak dan muka tak percaya.
                “Iyeee.. transformers, dah kau tak payah nak buat muka terkejut sangatlah kat sini.”
                “Gila tak terkejut. TRANSFOMERS BELI JAMBU KAT KEDAI KAK RUBY KOT? Habis kak ruby tak terkejut ke? Dia tak lari ke apa ke?”
                Fad pandang aku semacam.
                “Apa?”
                “Kau ingat aku cakap pasal robot transformers tu ke?” Soal Fad, mendatar.
                Lambat-lambat aku mengangguk. Habis tu dia maksudkan transformers mana?
                “Duh, aku sedang bercakap tentang secret crush kau tu. Aku panggil dia transformers sebab kat kereta dia ada sticker transformers. Jadi yang beli jambu kat kedai kak Ruby itu adalah secret crush kau tu dowhhh..”
                “Aahhh..” terus aku terjerit. “Kenapa tak call aku tadi!”
                “Motif call kau?”
                “Aku dah lama tak nampak dia kot.”
                “So, kalau aku call kau nak datang kedai kak Ruby immediately supaya kau boleh jumpa dia?”
                Laju aku angguk.
                Fad buat muka menyampah.
                Aku tak kisah Fad nak buat reaksi muka macammana pun sebab walaupun kadang-kadang aku punya gila tahap tak boleh blah, tahap macam perempuan psiko, tahap kena hysteria sekali pun, Fad masih setia dan sanggup layan aku punya perangai.
                Kejap! Celah mana ada sticker transformers kat kereta dia tu? Kenapa aku tak pernah perasan?
                Okey, esok kena usha ni!

***

You drive me crazy, it’s really quite unfair!

                Kadang-kadang bila aku rasa nak buat kerja gila ni, aku memang tak fikir ianya menggilakan aku. Orang kata bila dah cinta, nampak tayar kereta pun dah lepas rindu. Ya, akulah tu. Menunggu dia dari jauh sambil pandang tempat dia parkir kereta. Aku tak mahu pandang arah mana dia akan lalu sebab ada banyak jalan yang dia kemungkinan akan lalui.
                Boleh jadi aku asyik pandang arah sini, tapi yang sebenarnya dia jalan ikut arah lain untuk ke keretanya. Jadi aku hanya pandang tempat parkir walaupun hakikatnya aku cuma nampak tayar kereta dia je sebab kereta dia terhalang dengan kereta-kereta lain yang diparkir di situ. Sambil makan aiskrim magnum brownies. Sambil pandang keluar dan berharap hujan cepat reda supaya dia boleh berjalan ke keretanya tanpa kebasahan.
                Tik tok, tik tok.
                Aiskrim dah habis sebatang
                Jam dah berjalan semakin pantas
Hujan juga sudah semakin reda.
                Tapi dia masih belum muncul.
                Aku rasa macam nak ke tandas tapi aku takut kalau waktu aku pergi tandas itulah dia akan lalu. Jadi aku sanggup tahan sehingga aku nampak dia.
                Tik tok.
                5.30 pm.
                Pukul berapa dia nak balik ni? Selalu bila tak ditunggu tau-tau kereta dah hilang. Selalu bila tak diharap, tau-tau terserempak. Selalu bila tak dipeduli tahu-tahu dah ada kat sebelah.
                Sekarang bila dah ditunggu, tak muncul-muncul. Bila dah diharap, boleh jadi terlewat seminit. Bila dirancang, rupanya rancangan tidak mengena.
                To have a crush yang macam ini. Dalam situasi ini, aku belajar satu benda.
                Bila Allah kata jadi maka jadilah ia.
                Jika Allah izinkan, maka berlakulah sesuatu itu dengan kehendaknya.
                Tapi jika Allah tak izinkan, boleh jadi aku terlewat seminit untuk melalui di laluan yang sama dia berjalan. Boleh jadi aku terlepas pandang dia yang ada di sana walaupun kami sebenarnya dah dekat.
                “Nampak macam dia je..” Kata Fad sambil dia memandang kearah luar.
                Terus aku bangun dan menjenguk kearah yang dilihat Fad.
                “Jom! Jom, kita keluar.” Macam tak sabar-sabar aku nak keluar dari kedai dan berjalan berselisih dengan dia.
                “Tunggulah dulu, biar dia jalan dekat sikit nanti baru best dapat tengok dia dekat-dekat.” Cadang Fad.
                Aku ikut cadangannya. Tapi bila dia dah ada depan mata, takkanlah aku nak pandang dia tak berkelip pula kan? Haruslah aku buat-buat tak nampak je, dan dia terus berlalu dan aku cuma boleh nampak belakang badannya sebab aku menoleh ke belakang.
                Dah.
                Itu saja?
                Tak seronok rupanya perancangan aku kalau nak dibandingkan dengan perancangan Allah.

***

                Save the earth dengan say NO to plactic bag! Itu amalan yang aku sedang cuba praktikkan dalam kehidupan aku sekarang. Lepas beli dua bungkus roti, aku cakap No bila kakak tu nak bungkuskan dalam plastik. Jadi dengan baki duit RM0.50 , dua bungkus roti dan telefon di tangan aku berjalan pulang ke kedai. Sampai di sebelah gerai makan tak jauh dari kedai aku tu, tiba-tiba duit syiling aku terjatuh dari celah-celah jari, terus bergolek di atas jalan dan tup! Dipijak oleh kaki seseorang.
                Aku angkat kepala memandang wajahnya. Gulp!
                Dia?
                Dia tunduk dan kutip duit syiling yang duduk kat bawah kasut dia tu. Aku terkaku sebentar. Tak tahu sama ada mahu hulur tangan meminta duit syiling itu atau buat tak tahu saja dan terus pergi? Bodoh! Kenapa dalam keadaan macam ni, aku kena jadi patung cendana? 
                “Maaf, saya terpijak duit awak.” Katanya sambil hulur duit itu kepadaku.
Baru saja aku berkira-kira untuk mengambilnya, dia tarik balik huluran tangannya.
                Eh?
                “Saya gantikan dengan duit yang lainlah..” dia meraba poket seluarnya.
                “Kenapa?” Soal aku.
                “Sebab saya dah pijak duit awak tu tadi.” Dia jumpa sesuatu dari poket, dikeluarkan dan dilihatnya. “Nampaknya saya ada RM0.20 je, maksudnya saya hutang awak lagi rm0.30 okey?”
                Duit itu dihulurkan pada aku. Aku sambut sambil tersenyum. Rasa kelakar pula.
                “Im!..” seseorang menjerit memanggil namanya dari arah kedai makan itu.
                “Okeylah, nanti saya pulangkan baki duit awak tu..” kemudian dia terus angkat kaki dan pergi kearah kawannya.
                Im?
Oh, nama awak Im yaaaa…
Aku tersenyum sendiri sambil atur langkah menuju ke kedai.
***

                Aku sedang melintas jalan untuk pergi ke kedai di seberang jalan kecil ini tapi tiba-tiba aku terasa badan aku macam dirempuh oleh sesuatu dan aku terasa melayang sebelum aku jatuh dengan kuat di atas jalan.
                Rasanya tak ada apa-apa yang berdarah kecuali aku rasa sakit pada tangan kiri dan menahan beban badan semasa aku aku jatuh.
                Untuk sesaat aku agak terpinga-pinga dan keliru dengan situasi ini, aku cuma dengar suara orang berbunyi sok sek tanpa mendengar dengan jelas butir bicara mereka sebelum seseorang seperti datang mendekati aku dan bertanya,
                “Awak okey?” Dalam nada cemas.
                Aku angkat kepala memandang kearah suara itu.
                Im?
                “Boleh bangun tak ni?” Satu suara lain pula muncul. Oh, datangnya dari mulut kakak yang bekerja di kedai aku mahu tuju tadi.
                Kakak itu membantu aku bangun. Sekarang baru aku sedar yang sejak aku sedang berbaring di atas jalan dengan sebahagian badan aku masih tegak memerhatikan sekeliling tanpa berkata sepatah apapun.
                Aku cuma biarkan mereka mengisahkan aku dengan membantu aku bangun, meminpin aku berjalan ke kereta Im dengan Im membukakan pintu kereta belakangnya dan memasukkan aku ke dalam kereta itu sebelum Im membawa aku pergi entah kemana.
                Orang-orang awam yang berada di sekitar cuma memerhatikan kami sebelum beredar.
                Tiba-tiba aku rasa pening.
                Sekarang baru aku rasakan kesakitan sebenar pada tangan kiriku dan aku lantas berbaring di atas kerusi itu.
                “Awak okey ke? Saya nak hantar awak pergi klinik ni. Tahan ya.” Kata Im dihadapan. Dari riak mukanya aku nampak yang dia kerisauan.
                Aku tak balas apa-apa. Aku Cuma mampu buat rumusan dalam fikiran yang mungkin Im telah melanggar aku tadi dan kini dia akan membawa aku ke klinik.

***

                Tak ada apa yang serius dan aku Cuma diberikan rawatan segera. Tangan kiri aku luka, baju tercarik mungkin akibat geseran pada jalan tar, dan tangan terseliuh. Itu saja. Dan oh, lutut aku juga cedera ringan. Bila mereka mencuci luka, aku mengerang kesakitan dan misi muda yang cantik itu memujuk aku supaya tahan sikit, kalau tak cuci nanti buruk kaki awak, katanya..
                Aku rasa macam aku cuma melayang beberapa saat dan terjatuh di atas jalan tanpa rasa sakit, tapi tak sangka akibat daripada itu banyak pula luka pada badan aku. Malu juga dibuatnya bila yang merawat aku itu ada seorang lelaki melayu. Walaupun ada dua orang perempuan, tapi lelaki tetap lelaki kot! Kalau dah sampai tahap seluar aku diselak sehingga ke paras lutut, bukankah itu sesuatu yang mengaibkan?
                Selesai semuanya, misi perempuan itu menyuruh aku baring dulu sebab katanya aku nampak macam mamai. Kemudian tirai di katil itu diselak, terus aku nampak muka Im. Apabila misi lelaki dan perempuan ini berlalu pergi, Im datang rapat ke katil.
                Nampak riak muka risau dan bersalahnya.
                Bibir dia bergerak macam nak kata sesuatu tapi tak ada apa-apa yang keluar. Aku pandang arah tangan aku yang berbalut dengan bandage.  Cuba buat selamba sebab aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa dengan dia.
                Berlagak selamba macam tak ada apa-apa dihadapan lelaki yang aku suka adalah kepakaran aku. Eheh!
                “Maaf..”
                Aku toleh memandang mukanya.
                “Huh?” Entah kenapa aku perlu bagi reaksi macam tu.
                “Saya tak perasan awak nak melintas, tahu-tahu awak dah ada kat depan kereta saya. Maaf, saya tak sempat tekan break sebab awak dah dekat sangat.” Luahnya kesal.
                “Oh..” Bodoh! Aku nak cakap sesuatu yang lebih baik macam, ‘tak apa bukan salah awak,’ atau ‘salah saya juga sebab tak pandang kiri kanan’ tapi perkataan oh itu saja yang keluar dari mulut aku? Seriously??
                Kami masing-masing diam untuk beberapa minit.
                “Err.. kak, ada apa-apa lagi ke?” Soal Im tiba-tiba pada misi yang merawat aku tadi.
                “Tak ada apa dah. Kalau nak balik dah boleh balik.” Katanya.
                Im pandang aku. Bertanya melalui isyarat mata. Faham dengan maksudnya, aku bangun perlahan-lahan. Im siap mencapaikan kasut aku dan diletakkan di bawah telapak kaki aku. Dalam hati rasa terharu dengan tindakan spontannya.
                Dengan sebelah tangan berbalut, kaki yang tiba-tiba rasa sengal, jalan berdegket-dengket, aku beriringan dengannya keluar dari klinik awam, menuju ke kereta miliknya.
                Sambil berjalan ke keretanya yang jauhnya tak sampai semeter tapi disebabkan ayunan langkah aku yang perlahan membuatkan jarak kereta itu macam jauh, dia bertanya..
                “Awak nak saya hantar ke rumah ke?”
                Aku terfikir-fikir. Kalau dia hantar ke rumah, macammana pula dengan kereta aku kat kedai? Lagipun tak ada sesiapa tahu yang aku ada di klinik sekarang ni. Tapi bagaimana pula aku nak balik dengan sebelah tangan berbalut?
Ah, soal itu kemudian aku fikirkan.
                “Hantar saya ke kedai jelah kot sebab kereta saya ada kat sana.” Putusku.
                “Macammana awak nak drive nanti?” Dia pandang tangan aku.
                Aku garu kepala. “Tengoklah macammana nanti.. saya suruh kawan hantarkan ke..”
                “Sorry.. “ ucapnya lagi. Nampak macam dia betul-betul rasa serba salah sedangkan kalau difikir secara logik aku rasa aku yang bersalah, bukan dia.
                Sekarang aku pula yang rasa serba salah sebab buat dia rasa begitu.
                “Eh, tak, tak, bukan salah awak pun. Salah sayalah sebab tak pandang kiri kanan sebelum melintas.” Kata aku.
                Dia senyum, lalu ketawa kecil.
                Lega aku tengok muka senyum dia.
                Kami sampai di kereta dan dia membukakan pintu hadapan sebelah penumpang untuk aku. Bila aku dah selamat duduk, baru dia tutupkan pintu. Kemudian dia sendiri masuk di bahagian pemandu. Kereta meluncur perlahan. Sekarang baru aku sedar yang sekarang aku sedang duduk dalam kereta dia. Berdua.
                Oh tuhan, rasa macam mimpi! Selama ni aku selalu renung kereta dia sebab nak harap untuk tenung muka dia memang tak dapatlah, jadi dapat renung kereta dia pun dah cukup baik untuk aku. Tepat seperti yang aku jangkakan, kereta dia memang bersih dan canggih. Lebih canggih daripada myvi aku.
Ada pendapat mengatakan, kereta lelaki adalah lebih bersih daripada kereta perempuan dan sebaliknya bilik tidur perempuan adalah lebih kemas daripada bilik tidur lelaki. Aku akui tentang itu sebab dengan hanya memandang luaran keretanya saja aku dah tau bagaimana dia menjaga keretanya  dengan bersungguh-sungguh.
Ini kalau suruh dipilih awek atau kereta, aku rasa dia akan plih kereta.
                “Saya nak panggil awak apa ya?” Soalan yang keluar dari mulutnya membawa aku kembali ke realiti.
                “Panggil Marissa.”
                Dia angguk. Kini giliran aku pula untuk bertanya. Walaupun aku dah tahu nama pendek dia Im, tapi haruslah aku berpura-pura macam tak tahu langsung nama dia kan?
                “Nama awak?”
                “Panggil Im je..”
                “Oh.. Im.” Tapi Im tu aku dah tahu, aku dah search kat facebook pun, tapi mana nak jumpa kalau guna nama pendek sependek dua huruf tu aje. Nak google pun enjin carian takkan jumpa dengan apa yang aku cari. Aku perlukan nama penuh. Sekurang-kurang cukup sempurna perkataan dan sebutannya.
                “Im untuk.. Imran?”  Telahku.
                “Tak, Imtiaz.”
                “Ooohh..” tak sedar yang aku terpanjangkan harakat perkataan ‘oh’ itu. Cepat-cepat aku tutup mulut sebelum aku tersasul cakap benda yang tak sepatutnya pula.
                “Kenapa?” Dia menoleh sekilas memandangku.
                Kalau dia dah tanya macam tu takkan aku nak cakap yang nama Im tu pendek sangat, cari kat facebook susah nak jumpa jadi aku main agak-agak jelah Im tu stand for Imran sebab selalunya nama Imran orang akan panggil Im, tapi tak jumpa juga facebook dia.
                “Tak, tak ada apa..” kata aku.
Jadi rupanya Im tu stand for Imtiaz. Jadi lepas ni mungkin aku boleh search nama Imtiaz kat facebooklah, tapi kalaulah dia ada facebbok dan dia guna nama Imtiaz, buatnya dia guna nama lain macam.. ‘jiwa kacau’ ke, ‘Im menunggu pelangi ke’, payah jugak aku nak cari nanti.
                Dan Im pun dah tak tanya apa-apa lagi.
                Aku harap sangat yang jarak klinik dan kedai aku sangat jauh. Jauh yang berpuluh kilometer supaya aku boleh duduk lama-lama dalam kereta dia dan korek lebih banyak lagi perkara tentang dia, tapi sayangnya jarak antara klinik dengan kedai sangat dekat.
                Terlalu dekat yang kalau berjalan kaki pun, peluh jantan tak sempat nak keluar. Kalau keluar pun mungkin sebab cuaca panas, tapi kalau pakai payung inshaallah tak berpeluh. Itu kalau jalan kaki, naik kereta apatah lagi, sekelip mata je Im dah berhentikan keretanya depan kedai tempat kerja aku.
                Sekelip mata juga dia hilang dari kerusi pemandunya dan berdiri di sisiku membukakan pintu dan menunggu aku terhegeh-hegeh keluar dari keretanya. Kalau orang lain pandang memanglah nampak macam gentleman, macam romantik je, tapi pada aku, dia macam dah tak sabar-sabar nak suruh aku keluar dari kereta dia.
                Sedih!
                Elok aku keluar dari kereta, dia tutup pintu dan berdiri sambil pandang aku.
                Aku pun berdiri juga kat situ, menunggu kalau-kalau dia nak cakap apa-apa.
                “Saya pergi dulu.” Katanya.
                Aku angguk. Kemudian baru aku teringat untuk ucap terima kasih. Dia senyum dan angguk kan kepala sambil berjalan ke pintu pemandu, sebelum dia masuk, sempat dia pesan kat aku, yang buat aku jadi gila sampai tak tidur malam semalaman.
                “Take care.” Katanya.
                Ceh, jaga diri je pun. Bukannya I love you ke apa.
                Macam tak percaya I had a car crashed dengan my crush. Hihi..
***
                Sejak kejadian aku kemalangan dengan Imtiaz tu, aku rasa macam makin dekat pula dengan dia. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab selepas dari kejadian itu, apabila kami terserempak walaupun dari jauh, dia akan memberikan senyuman sebagai tanda teguran kepada aku. Rasa macam kami dah jadi kawan secara tak sengaja.
                Aku rasa bahagia dengan keadaan ini. Bahagia membayangkan yang hubungan kami mungkin akan pergi lebih jauh lagi. Bahagia memikirkan yang harapan untuk aku menyulam mimpi menjadi realiti mungkin kan menjadi nyata.
                Tapi dalam bahagia itu tetap juga ada deritanya bila aku semakin jarang nampak dia. Saja-saja nak terserempak pun dah payah. Kadang bila nak lepas rindu, aku pandang kereta dia dan berharap tiba-tiba dia ada.
                Kadang-kadang lagi aku jadi tertanya-tanya dia tu sebenarnya masih solo atau sudah berpunya ke? Dah kahwin ke belum? Umur berapa pula? Duduk kat mana eh?
                Ada crush ini seronok, tapi tengoklah permainannya bagaimana, memeritkan tahu.
                Aku berdiri dihadapan rak roti di kedai runcit ini. Tadi Fad kirim roti coklat, tak ada coklat, kopi. Yang penting Massimo. Aku ambil perisa coklat, untuk aku pula.. kopilah. Tapi tiba-tiba ternampak macam sedap pulak roti ikan bilis tu, tukarlah. Lalu aku letak roti coklat dan roti ikan bilis atas timbunan surat khabar untuk buat bayaran pada kakak ini.
                “Rm1.60.” katanya dan dia sedang ingin menarik beg plastik di sisinya.
                “Tak payah plastik kak.” Kataku sambil aku mengira duit yang ada dalam genggamanku. Alamak, tak cukup lagi dua kupang.
                “Ala, tak cukup duitlah kak, saya tukar yang inilah.” Aku capai roti ikan bilis itu dan ingin letakkannya kembali di rak, diganti dengan roti kopi tadi tapi tiba-tiba ada suara lelaki menghalang aku berbuat demikian.
                “Tak cukup lagi berapa? Nah, saya bayar.”
                Bila aku menoleh, hati aku terus macam.. berbunga-bunga. Rasa macam hujan bunga turun lebat dalam hati aku.
Im!
                “Err..” tiba-tba jadi kelu. Tak tahu nak cakap apa. Bila aku tengok dia bayarkan jumlah duit yang tak cukup tu, aku macam terfikir patut ke aku cakap, tak payah bayar atau apa-apa kata yang menunjukkan penolakan secara halus?
                “Saya ganti balik duit baki awak hari tu.” Katanya, sekaligus memberi jawapan kepada diri aku sendiri yang aku tak perlu kata apa-apa selain dua perkataan ini,
                “Terima kasih.”
                “Sama.” Dia senyum, dan membuat bayaran untuk barang yang dia beli pula. Aku tak sempat nak melihat apa barangnya. Tapi aku juga terfikir-fikir adakah aku patut terus pergi atau tunggu?
Tapi kalau tunggu, untuk apa? Ah, serba tak kena dibuatnya.
Lambat-lambat aku atur langkah, berharap sangat yang pertemuan kali ini tidak berakhir begii saja. Aku mahu sesuatu yang lebih dari ini. Tapi apa dia?
                “Awak..”
Langkah aku terhenti.
                “Awak.. kejap.”
Ya Allah.. dia panggil aku ke? Aku cuba kawal senyuman dan berpaling menghadapnya.
                Tergesa-gea dia mengambil baki wang dari kakak itu dan berjalan pantas ke arahku. “Nak tanya sikitlah..” katanya sambil menghampiri aku.
                “Tanya apa?”
                “Kat kedai awak tu, ambil tempahan lagi tak?”
                Aku angguk. “Ambik je, kenapa? Nak tempah baju?”
                Dia senyum. “Ha’aahh..”
                “Hantar jelah,”
                Dia angguk. “Kalau baju melayu biasa berapa eh?”
                “Ermm.. dalam Rm80 macam tu.”
                “Oh..”
                “Nak tempah baju melayu ke? Raya lambat lagi..” saja aku mengusiknya. Kami bersembag sambil berjalan perlahan.
                Dia ketawa. Macam malu-malu. “Tak, nak pakai untuk kenduri..”
                “Oohh..”
                “Eh, luka awak hari tu dah ok?”
                “Ermm.. bolehlah. Belum sembuh sepenuhnya, tapi dah tak sakit sangat.”
                “Pasal hari tu sorry tau. Saya rasa serba salah lagi.”
                “Eh, tak apalah.. bukannya awak sengaja nak langgar saya pun.” Kata aku untuk sedapkan hatinya.
                Dia senyum.
Berjalan perlahan-lahan pun sedar tak sedar dah sampai kat depan kedai aku. Nak tak nak, perbualan ini harus dihentikan. Ah, kenapalah dekat sangat jarak kedai nih!
                “Oklah, nanti saya datang tempah baju.” Katanya.
                Aku angguk, selepas dia pergi baru aku masuk dalam kedai.

***
                Beberapa hari selepas itu, seperti yang dikatakan, Im memang datang ke kedai. Dia berurusan dengan bos aku. Aku yang duduk di mesin jahit tepi dinding sekali sekala memerhatikan dia.
                “Nak buat baju apa?” Tanya kak Nana.
                “Baju melayu.” Dia keluarkan kain dari dalam beg plastik yang dia bawa. Aku intai melihat sambil menjahit baju. Eh, kenapa warna krim?
                “Baju apa? Baju nikah.” Soal kak Nana.
                Dia angguk.
                Terus terhenti pijakan kaki aku pada pedal mesin. BAJU NIKAH?
                “Oh, nak design macammana?” Soal kak Nana lagi tapi waktu itu hati aku sudah tidak keruan. Dia datang nak tempah baju nikah? Pakai kenduri? Jadi maksudnya kenduri dia sendiri?
Pernafasan aku terasa tak teratur. Aku macam dah tak boleh fikir benda lain. Ah, beratnya terasa ujian ini. Jadi selama ini aku suka pada tunang orang? Ya Allah…
                ***
                Aku tahu dia tunangan orang. Aku tahu yang dia akan bernikah beberapa bulan dari sekarang, tapi yang aku tak faham kenapa aku masih mahu ambil tahu tentang dia? Kenapa aku masih mahu tengok kereta dia untuk memastikan samada dia ada atau tidak? Kenapa aku masih mencari alasan untuk buat kami terserempak padahal aku memang dah nampak dia dari jauh lepas tu aku pura-pura keluar kononnya nak pergi beli barang?
                Aku mengaku yag aku dah penat dengan semua perkara GILA yang aku lakukan sekarang tapi aku tak tahu kenapa aku tak boleh berhenti serta merta? Dalam ramai-ramai lelaki yang pernah jadi crush aku, hanya lelaki ini sahaja yang buat aku jadi gila begini, lelaki ini saja yang buat aku bertindak di luar kewarasan akal,
lelaki ini sahaja.
“that awkward moment when you realize you don’t really like your crush. You like the imaginary version of them which you created in your head.”
Betul.
Bila difikirkan dalam-dalam, aku rasa yang sebenarnya aku bukan sukakan dia sangat pun tapi aku Cuma sukakan ‘bayang-bayang’ dia yang aku lukiskan dalam minda aku. Aku Cuma sukakan perasaan tertuggu-tunggu kehadiran dia. Perasaan mencari, perasaan teruja bila dia ada, perasaan tak sangka dan segala kebetulan yang melibatkan dia.
Perasaan-perasaan itu buat aku rasa seronok.
Ya walaupun kadangkala sangat menyakitkan, tapi.. siapa peduli. Kan?
Sepatutya Crush-game dengan Imtiaz berakhir apabila aku tahu dia sudah berpunya. Lebih-lebih lagi apabila si dia akan bernikah beberapa bulan dari sekarang. Tapi tak sangka payah juga nak buang habit tu serta-merta.  Pengajarannya di sini, sebelum anda memulakan secret-crush-game, pastikan si dia belum menjadi tunangan orang, atau suami orang, kalau pak we orang, dikira masih boleh lagi kot.
                “Kau takkan lupakan dia selagi dia masih ada kat depan mata kau. Tapi kau atau dia takkan berhenti kerja, jadi apa kata kau cari je crush yang baru?” cadang Fad.
                Aku terkebil-kebil  memandangnya. Tak sangka idea itu datang dari mulut Fad yang selama ini dah meluat tengok ‘kegilaan’ aku terhadap Imtiaz sampai dia dah tak lalu nak layan.
                “Aku cakap macam tu sebab aku tak nak kau teringat-ingatkan lelaki yang dah nak jadi suami orang…” Jelas Fad tanpa dipinta.
                “Oh.”
Nampaknya lepas ni, aku perlu cari crush yang lain pula lah ya? *senyum..*

“Adriana Marissa! Kenapa tak serik-serik lagi ni?!” jerit hati kecilku.



p/s : Crush-game adalah ‘kesinambungan’ (aku tak tahu apa perkataan yang paling sesuai/betul, please correct me if im wrong) daripada cerpen blind date. Cuma ada kesalahan dari segi nama –IKLIL dan IMTIAZ sepatutnya adalah orang yang sama Cuma sebab cerpen ni macam spontan je nak dikaitkan dengan blind date jadi aku tak rancang nama watak dengan sebaiknya dan nama Iklil akan ditukar kepada Imtiaz. Jadi kalau korang baca blind date nanti, anggap jelah yang itu adalah Imtiaz k?