http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Wednesday, January 22, 2014

Cerpen : Soulmate.



                Pada petang yang redup dan berangin itu, Lily duduk seorang diri di atas rumput bawah pokok besar yang daunnya beralun-alun disapa angin. Di tangan Lily terdapat sekeping kad yang kulit luarnya dilukis ilustrasi kek dan lilin dengan huruf 24 tertulis di atas kek itu. Di bahagian dalam kad itu pula tertulis ucapan-ucapan berbentuk doa dan kata-kata cinta daripada seorang kekasih kepada buah hati pengarang jantungnya. Dan sebagai penamat ucapan yang panjang berjela itu, tertulis perkataan,
                “I’ll love you till the end of my life – Farhan.”
                Tapi ternyata ayat keramat yang mengatakan Farhan akan menyintai Lily sehingga akhir hayatnya cuma tertulis di atas sekeping kad hari lahir. Mungkin Farhan terlupa yang hati manusia itu dipegang oleh Allah, dia terlalu sombong dalam mengexpresikan perasaannya terhada Lily, akhirnya apa? Farhan sendiri yang tarik diri dalam perhubungan itu dan janji manis yang diucapkan dulu Cuma tinggal kata-kata yang tak ada makna.
                Tinggallah Lily, si pemuja cinta yang menangisi dan mencari apa salah dirinya sehingga ditinggalkan tanpa sebarang alasan. Mungkin Lily juga terlupa, yang aturan Allah itu tidak pernah salah. Mungkin diambilnya Farhan dari hidup Lily untuk ditemukan Lily dengan seseorang yang lebih baik, apa yang Lily patut lakukan adalah dengan bersangka baik dengan perancangan-Nya
                Angin yang tadinya bertiup sepoi-sepoi bahasa, tiba-tiba jadi agak kuat sehingga mampu menggugurkan daun-daun kering di pokok yang Lily sedang duduk berteduh itu. Kad yang berada di tangan Lily juga tiba-tiba terlepas dari pegangan tangannya. Lily yang tidak mengjangkakan situasi itu akan berlaku hanya mampu ternganga sekejap sambil melihat kad itu terbang dibawa angin sebelum dia tersedar lalu dia capai beg tangannya dan disangkutkan ke bahu kemudian dia berlari-lari anak mengejar kad yang sedang terbang itu tanpa mempedulikan orang-orang disekelilingnya.
                Walaupun Farhan sudah memutuskan perhubungan mereka, tapi Lily belum bersedia untuk melepaskan kad itu dari simpanannya. Dia belum bersedia untuk melupakan Farhan dan kenangan mereka. Dan kad itu adalah satu-satunya barang terakhir yang Lily terima daripada Farhan. Bagi Lily kad itu sangat berharga.
                Seolah-olah angin tidak berhenti-henti meniup, seperti itulah kad itu tidak jatuh-jatuh juga ke tanah. Dan membuatkan kaki Lily tak henti-henti mengejar. Sampai ke satu tempat dimana kad itu menghala ke tasik, Lily langsung tidak berfikir panjang, dia cuma sempat terfikir untuk letakkan beg dan tanggalkan kasut di tebing tasik sebelum dia merodok air dan mencapai kad itu yang dah nampak macam hampir-hampir akan jatuh ke dalam air.
                Tak sempat. Kad itu dah jatuh atas air pun. Cuma Lily bernasib baik sebab kad itu jatuh betul-betul dihadapannya maka sempatlah dia selamatkan kad itu sebelum ianya hancur lebur diresapi air.
                “Pheww.. nasib baik.” Lily mengibas-ngibas kad yang Cuma basah di bahagian belakang. Masih boleh diselamatkan jika dijemur. Walaupun rupanya nanti tidaklah elok seperti asal, tapi masih dapat melihat dan memegang kad ini lagi dah dikira baguslah tu.
                Bila Lily berpusing untuk keluar dari tasik ini baru dia tersedar yang dia sudah berada jauh dari tebing. Gulp. Dalam banyak-banyak benda yang Lily takuti, salah satunya adalah air. Selain sungai yang menjadi tempat mandi manda, Lily sangat takut pada tasik dan laut kerana dia mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi terhadap kedua-dua perkara itu. Dia tak kisah jika hanya melihat tasik dan laut, tapi dia sangat kisah jika berada di dalam tempat itu tanpa kerelaan dirinya.
                Macam sekarang.
                Imaginasinya mula bekerja. Dia membayangkan yang dalam tasik ini ada buaya. Sedangkan dia berada di tepi tasik yang jauh daripada tebing, yang dia baru sedar aras air tasik itu sudah mencecah ke pinggangnya.
                Memang dia tak sedar ini semua semasa dia sedang mengejar kad itu tadi. Langsung tidak!.
                Dia memandang sekeliling, ada beberapa orang yang memandang aneh terhadapnya sambil bercakap sesama sendiri. Ada juga yang Cuma melihat dari tebing dan bercakap sesuatu dengannya Cuma dia tak dapat mendengar dengan jelas memandangkan fikirannya sedang sarat memikirkan cara untuk keluar dari tasik ini.
                Dia sepatutnya kena berjalan keluar sendiri sebagaimana dia dengan mudahnya berjalan masuk ke dalam tasik ini, tapi untuk melangkah setapak pun dia tak ada keberanian. Dia rasa macam nak nangis. Atau paling tidak dia berharap ibu dan ayahnya ada disini dan membantu dia keluar.
                “Apa yang awak buat kat dalam ni.”
                Tiba-tiba Lily terasa tangannya ditarik dan suara seorang lelaki kedengaran seakan memarahinya. Mulanya dia ingin menjerit kerana terkejut, tapi mujur saja dia sempat melihat seorang manusia yang entah bila sudah berada di hadapannya saat ini.
                Saat tangannya ditarik, dia cuma terfikir yang seekor buaya telah menggigit tangannya. Phew! Lily dan dunia imaginasinya..
                Lelaki itu menarik Lily keluar dari tasik itu. Dengan. Selamat.
                Malah mana ada buaya di taman tasik awam!.
                Lily melihat sebahagian seluar lelaki itu sudah basah. Dia melihat pula dirinya. Juga basah dari pinggang ke bawah. Oh, mungkin kerana lelaki itu lebih tinggi darinya jadi baju lelaki itu tak sempat kena air.               
                “Terima kasih tapi.. sorry,” Lily keliru, perkataan apa yang sewajarnya dia tuturkan?
                “Terima kasih sebab dah tolong awak keluar dari tasik itu? Sama-sama. Tapi sorry untuk?” Soal lelaki itu.
                “Sebab dah buat seluar awak basah.” Balas Lily. Penuh dengan rasa serba-salah.
                Lelaki ini memandang seluarnya sendiri sebelum kembali memandang Lily. “Oh. Saya tak sempat nak fikir tentang seluar saya masa saya ambil keputusan untuk rescue seorang budak perempuan yang macam dah nak nangis berdiri sorang-sorang dalam tasik macam orang yang keliru nak bunuh diri atau tidak. Kalau awak memang terfikir untuk bunuh diri, nampaknya saya dah tolong awak untuk buat keputusan.” Balas lelaki ini. Macam sinis, tapi dalam masa yang sama macam baik.
                “Tak. Saya bukan nak bunuh diri.” Balas Lily, naïf. Siap dengan reaksi muka menafikan tuduhan itu dengan bersungguh-sungguh.
                “Kalau tak baguslah.” Balas lelaki itu.
                Lily tertunduk. Dia melihat kad yang berada di tangannya. Seketika kemudian baru dia teringat dimana dia letakkan beg dan kasutnya tadi. Dia memusing dari tempatnya berdiri, tercari-cari barangnya itu.
                “Cari apa?” Soal lelaki itu.
                “Beg dengan kasut saya.” Balas Lily sambil melihat di kawasan berdekatan sebelum matanya terpandang barang-barangnya berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
                Lantas dia berlari ke arah itu dan mengambil barangnya. Bila dia memusing, dilihatnya lelaki itu sedang berjalan menuju ke arahnya. Lily termangu-mangu disitu, dia fikir urusannya dengan lelaki itu sudah selesai.
                “Saya percaya yang awak bukan nak bunuh diri, saya pun tak kisah kalau awak nak berjalan dengan seluar awak yang basah tu, tapi sebagai seorang manusia yang ada perasaan ‘tanggungjawab’, saya cuma nak tanya, awak nak balik naik apa?” Soal lelaki ini dengan perkataan tanggungjawab itu ditekankan seolah-olah dia cuba memberitahu Lily yang dia cuma bersikap sebagai lelaki gentleman tanpa apa-apa maksud tersirat di sebalik pertanyaannya itu.
                Lily terfikir, adakah lelaki ini memang akan bertanya setiap soalan dimulakan dengan tujuan dia bertanya?
                “Naik bas.” Jawab Lily.
                “Oh, kalau macam tu kalau awak rasa awak malu nak naik bas dengan sebahagian pakaian yang basah, saya boleh tumpangkan awak ke rumah.” Pelawa lelaki itu.
                Berkerut dahi Lily cuba menafsirkan kata-kata lelaki ini. Adakah dia sebenarnya sedang menawarkan Lily untuk menumpang kereta dia?
                “Urmmm..” Lily terfikir-fikir.
                “Kalau awak tak mahu tak apalah, saya balik..”
                “Eh. Nanti!” Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya Lily sudah terjerit dahulu. Dia tahu apa yang lelaki itu mahu katakan, dan dia tahu apa yang dia perlukan. Jadi dia tak boleh tolak pelawaan ini.
                “Awak nak hantar saya balik ke?” Soal Lily, meminta kepastian.
                “Kalau awak mahu.”
                “Saya nak! Saya tak mahu berjalan ke stesen bas macam ni. Petang-petang macam ni matahari dah tak terik jadi seluar saya takkan kering.”
                “Okey.” Balas lelaki ini sepatah dan dia menyuakan tangannya sebagai isyarat mengajak Lily berjalan ke arah tempat parkir.
                Mereka menuju ke arah sebuah Honta City berwarna hitam. Lelaki itu menekan punat kunci dan dia melangkah masuk ke dalam kereta manakala Lily masih teragak-agak untuk masuk di pintu depan bahagian penumpang.
                “Kenapa?” Soal lelaki ini.
                “Seluar saya basah..” Balas Lily, serba salah hendak duduk.
                “Tak apa, pagi-pagi matahari panas terik, esok keringlah kusyen saya ni.” Balas lelaki itu. SInis dan selamba.
                Dalam termalu-malu alah itu Lily masuk juga ke dalam kereta dan terus menutup pintu. Sewaktu dia menarik tali pinggang keledar, lelaki ini bertanya.
                “Nama awak apa eh?”
                “Lily.” Balas Lily sepatah.
                Lelaki itu mengangguk.
                “Awak?” Lily pula bertanya.
                “Afiq.”
                Dan Lily pula mengangguk.
                Mereka tidak berbual banyak di dalam kereta selain Lily menunjukkan arah ke rumahnya dan cuma setakat itu.

***
                Di sebuah restoran, Afiq sedang melayan kerenah anak-anak saudaranya yang sedang bermain lego sambil menunggu hidangan yang dipesan sampai. Mama dan papa budak-budak ini keluar pergi ke bank tidak jauh dari letaknya restoran ini.
                Memang kadang-kala Afiq akan keluar makan bersama ahli keluarganya yang lain samada di rumah mereka ataupun di luar memandangkan sekarang dia hanya tinggal seorang diri selepas emak dan abahnya bercerai dan telah berkahwin lain, manakala kakaknya juga sudah berkahwin.
                Tak lama selepas itu muncul kakak dan abang iparnya dengan mulut kakaknya muncung membebel tentang perkara yang tidak Afiq ketahui. Si abang ipar pula cuma diam tidak bereaksi.
                “Lambat betullah servis diorang tu, nak kata ramai orang tak adalah ramai sangat, tapi nak tunggu diorang panggil pun bukan main lama lagi. Ni nak kerja ke apa, eloknya report je kat HQ, baru sedar diri tu sikit.” Kak Yan membebel-bebel.
                Dari butir bicara kak Yan, Afiq sudah boleh agak yang kak Yan sedang merungut tentang servis di bank tadi. Sengaja dia malas bertanya jika tidak makin panjanglah bebelan kakaknya itu.
                Kemudian datang pula pelayan menghantar menu yang dipesan. Sekali lagi kak Yan membebel pada anak-anaknya agar mengemas mainan masing-masing agar tidak mengganggu tugas pelayan itu. Agar mainan itu cepat dikemas, Afiq memasukkan kesemua mainan itu ke dalam beg anak buahnya.
                Dan sekarang kak Yan membebel pula bila anak-anaknya tak reti sabar dan berebut-rebut mahu makanan mereka. Abang iparnya yang tadi cuma diam mula masuk campur. Dia menegur kak Yan yang tak henti-henti membebel sejak dari dalam bank tadi.
                Kak Yan membalas yang dia bukan membebel, dia cuma menegur sikap anak-anak yang tak reti sabar, itu sahaja. Dan dibalas pula oleh abang iparnya. Keadaan itu berterusan ditambah lagi dengan dua orang anak buahnya yang bising selagi belum dapat makanan mereka.
                Afiq yang berada di tengah-tengah situasi itu Cuma mampu menggelengkan kepala. Kadang-kadang dia terfikir kenapalah kak Yan dan abang Jay berkahwin sedangkan mereka selalu bergaduh untuk hal yang kecil?
                Dia memandang pula dua orang anak buahnya yang tidak mempedulikan apa-apa selain berebut sudu sesama sendiri dan mengetuk meja meminta makanan diletakkan di hadapan mereka. Afiq Cuma harap yang kak Yan dan abang Jay tidak akan mengambil keputusan untuk berpisah sehingga anak-anak mereka ini sudah cukup besar dan matang untuk bawa haluan hidup sendiri.         
                Afiq mengeluh lagi. Selera makannya sudah hilang.
                “Akak, abang, Afiq ada hal ni, Afiq pergi dulu eh..” Afiq mencelah perbalahan mereka sebelum dia angkat kaki dan meninggalkan keluarga kecil yang riuh itu.

***
                Lily baru keluar dari kedai cosway semasa dia melalui tempat parkir kereta untuk melintas jalan dan dia terperasan kereta di sebelahnya ini adalah dari jenis Honda City dan berwarna hitam. Fikirannya terus terfikirkan…
                Tiba-tiba alarm kereta ini berbunyi nyaring. Lily yang terkejut cuma mampu berdiri kaku di situ sambil memandang sekeliling. Risau kalau-kalau ada yang memikirkan dia mahu mencuri atau apa, padahal dia tak sentuh apa-apa pun, dia cuma pandang je tadi lepas tu kereta ni tiba-tiba berbunyi.
                Dalam pada matanya melingas memandang sekeliling, dia ternampak seorang lelaki sedang berjalan menuju ke arah kereta ini. Pantas Lily mengangkat kedua-dua tangannya sambil berkata,
                “Saya tak buat apa-apa..” dengan reaksi muka cuak.
                Afiq menekan satu butang pada alat kawalan di tangannya dan kereta itu berhenti berbunyi.
                “Saya tak buat apa-apa, saya lalu je.” Kata Lily cuba mempertahankan dirinya sebelum dituduh sembarangan.
                “Ada sentuh apa-apa tak?” Soal Afiq. Serius.
                “Tak ada! Tak ada! Sumpah saya lalu je tadi.” Bersungguh-sungguh Lily mempertahankan diri.
                Afiq tahu yang keretanya itu memang sensitif dan dia percaya yang Lily tak buat apa-apa terhadap keretanya tapi melihat reaksi muka Lily yang cuak begitu buat Afiq rasa mahu menyakatnya lagi. Afiq curi-curi memandang ke tempat lain dan tersengih. Dia rasa macam nak ketawa berdekah-dekah saat itu.
                “Kahkahkah. Comel je muka budak naïf ni.”  Kata Afiq dalam hati.
                “Ehem. Awak nak pergi mana ni?” Soal Afiq dalam senyuman yang cuba disembunyikan.
                “Ah, tak ada mana. Saja nak jalan-jalan kat depan sana. Tadi saya dari kedai tu.” Jawab Lily. Jujur.
                “Dah makan?” Soal Afiq lagi.
                “Makan..? Dah, tapi kat rumah.”
                “Teman saya nak?”
                “Pergi mana?”
                “Makan.”
                “Tapi..”
                “Saya tahu awak dah makan, tapi saya belum. Kebetulan awak dah buat kereta saya berbunyi jadi saya rasa macam kenapa tak saya ajak awak teman je, kan?”
                “Ahhh…” Lily terfikir-fikir lagi. Dia memang suka begitu. Bila diberi pilihan, dia akan memikirkannya.
                Afiq membuka pintu kereta sebelah penumpang. Kebetulan mereka memang sedang berdiri di sebelah itu.
                “Masuklah.” Katanya kepada Lily.
                Tanpa berfikir panjang, Lily terus masuk dan Afiq terus tutupkan pintu kereta. Afiq faham orang seperti Lily tak boleh diberi pilihan. Mereka cuma perlu diberi arahan dan mereka akan mematuhinya sebelum mereka akan menyesali perbuatan mereka itu.
                Setelah kereta meluncur laju di atas jalan, baru Lily teringat sesuatu.
                “Eh, sepatutnya tadi saya nak pergi beli gula yang ibu saya kirim!”
                Afiq tersenyum. Bibirnya herot ke sebelah kanan.
                “Lepas awak teman saya makan, saya hantar awak pergi beli gula yang ibu awak kirim. Kalau awak mahu saya boleh hantarkan awak balik juga.” Dan Afiq sentiasa ada jawapan selamat untuk buat Lily akur padanya.
                “Okey.” Balas Lily.
                Afiq tersenyum lagi. Dia tak tahu kenapa dia perlu membabitkan Lily dalam drama makan- tengaharinya sedangkan tadi dia baru saja hilang selera untuk makan bersama kakaknya. Tapi bila melihat Lily dia seperti bertindak dengan fikiran bawah sedar.
                Dia rasa macam dia dan Lily adalah kawan padahal mereka baru pertama kali berjumpa beberapa hari lepas semasa di tasik.
                Afiq memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran makanan segera. Afiq tak rasa yang dia mahu makan makanan berat pada tengahari yang dah hampir menginjak ke petang ini.
                 Mereka duduk di satu sudut selepas mengambil pesanan masing-masing.
                “Lily umur awak berapa?” Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Afiq. Entah kenapa dia rasa itu yang dia mahu tahu dulu.
                “24. Awak?”
                “26. Patutlah awak nampak macam lebih muda.”
                Lily cuma mengjongketkan bahu. ‘Patutla awak nampak lebih matang’ kata Lily dalam hati.
                “Hari tu masa kat taman, apa yang awak buat kat dalam tasik tu?” Soal Afiq. Alang-alang mereka sudah duduk berdua, Afiq perlu mewujudkan suasana yang santai dengan bertanyakan banyak soalan. Tidaklah seperti pertama kali mereka naik kereta bersama dulu, masing-masing diam tidak bersuara.
                Lily tertunduk, malu untuk membuka cerita lama.
                “Kalau awak tak nak cerita tak apalah, saya boleh terus anggap yang awak bercadang nak bunuh diri tapi keliru dengan perasaan sendiri..” dengan selamba Afiq menyapu sos di atas roti burgernya atas dan bawah sambil menuturkan kata-kata yang buat Lily rasa dia perlu menceritakan hal yang sebenarnya.
                “Masa tu saya bukan nak bunuh diri, saya Cuma tak sedar yang saya dah masuk dalam tasik sejauh itu sebab saya nak ambil kad hari jadi saya yang diterbangkan angin. Bila saya dah dapat kad tu baru saya sedar yang saya dah masuk terlalu dalam.” Jelas Lily secara ringkas.
                “Habis tu bila awak dah sedar kenapa awak tak terus keluar? Kenapa berdiri diam-diam kat dalam tasik tu?”
                “Sebab saya takut.”
                Kening Afiq bertaut. Tak faham.
                “Sebab saya takut duduk dalam air, dalam tasik. Saya takut nak berjalan keluar, tapi dalam masa yang sama saya juga takut nak duduk dalam tu lama-lama.”
                “Ohhh jadi sebab itulah muka awak macam nak nangis tu?”
                Lily mengangguk. DIa terasa yang mukanya panas. Malah dia rasa malu untuk angkat muka memandang Afiq. Bila difikirkan balik rasa macam bodohnya sebab dah buat benda macam tu.
                “Kahkahkah….” Afiq ketawa.
                Lily faham kalau Afiq nak ketawakan kebodohan Lily, tapi Lily Cuma harap yang kalau boleh Afiq tak perlulah ketawa kuat-kuat sehingga menarik perhatian pelanggan di meja sebelah. Lily maluuu..dan Afiq Cuma memperlahankan nada suaranya apabila dia tersedar yang pelanggan di meja berdekatan memandangnya dengan reaksi muka kurang senang. Dia sempat meminta maaf dan mengangkat tangan sebelum perhatiannya kembali teralih kepada Lily dan dia tertawa lagi. Tapi kali ini dia memperlahankan nada suaranya.
                “Lily awak ni kelakarlah.. hikhik..”
                Lily tidak membalas apa-apa, dia Cuma menguis kentang putar dengan sudu dan memasukkan ke dalam mulutnya dengan selamba.
                “Persoalan besar yang ada dalam kepala otak saya sekarang ini adalah benda apa yang awak nak ambil sampai kena masuk dalam tasik tu?” Soal Afiq.
                “Sesuatu yang berharga bagi saya.”
                “Apa dia? Jam? Rantai? Atau.. eh, kejap!” Afiq tiba-tiba seperti teringatkan sesuatu. Dahinya berkerut-kerut cuba mengingat balik sesuatu itu.
                “Kenapa?” Soal Lily, curiga.
                “Kalau tak silap saya, lepas awak keluar dari tasik tu saya ada nampak awak pegang sesuatu, nampak macam kertas or something. Is that your important thing yang  awak cakap tadi?”
                Perlahan, Lily mengangguk.
                “Kalau boleh saya tahu, kertas apa tu?” Kening afiq bertaut.
                “Itu bukan kertas, itu kad hari jadi saya yang bekas pak we saya bagi. Kenangan terakhir antara kami yang saya ada sebelum dia…”
                “Meninggal?” Belum apa-apa Afiq sudah menyampuk dulu. Dari reaksi muka Lily yang sedih itu Afiq mengagak yang bekas pak we dia sudah meninggal jadi sebab itulah kad itu jadi sangat bermakna pada Lily.
                Sedangkan Lily memandang Afiq dengan muka tak puas hati dan terkejut.
                “Sampai hati awak cakap macam tu..” keluhnya.
                “Kena.. oh dia belum meninggal?” Tanpa rasa bersalah Afiq jujur bertanya.
                “Awak!” Tengking Lily.
                “Sorry, sorry mana saya tahu. Berbalik pada cerita awak, itu kenangan terakhir sebelum… dia pergi mana?”
                Lily menunduk. Berat untuk dia tuturkan. Malu pun ya.
                “Sebelum dia tinggalkan saya untuk perempuan lain.” Lirih Lily berkata.
                “Oh” itu yang terluah di mulut Afiq tapi apa yang terkandung dalam hatinya, ‘Cliché. Tinggalkan  kekasih yang ada untuk orang yang baru, yang kononnya lebih baik. And the formula goes on and on.’
                “Dia dah tinggalkan awak dan berseronok dengan kekasih baru dia tapi awak duduk seorang diri di taman sambil membaca nota pada kad terakhir yang dia bagi sambil mengenang masa silam korang. Is that fair?” soal Afiq. Sinis sekali.
                “Saya faham kalau kami mungkin tidak berjodoh, tapi saya perlukan masa untuk lepaskan dia pergi dari hidup saya.”
                “Tak. Salah tu. Dari saat dia buang awak dari hidup dia, waktu itu awak dah perlu move on dan lepaskan dia pergi.”
                “Ya, macam yang saya cakap tadi, saya perlukan masa.”
                “Heh!” Afiq terdiam seketika. Dengan sengihan sinisnya.
                Lily kerut kening. Tak faham kenapa Afiq mesti bagi reaksi muka macam tu.
                “Awak memang sayangkan dia ke?” Soal Afiq. Seperti menduga.
                “Kenapa tanya macam tu?” Soal Lily kurang senang.
                Afiq tidak menjawab, sebaliknya dia Cuma mengjongketkan bahu dan makan ayam gorengnya yang terbiar sejak tadi.
                Manakala di hati Lily penuh dengan tanda Tanya dengan sikap Afiq. Baginya Afiq seperti meragui perasaan Lily pada bekas kekasihnya.
****
                Lily ke kedai buku MPH hari itu untuk membeli novel terbaru daripada penulis kesukaannya. Begitu ralit dia di dalam kedai buku sehinggakan tidak sedar sudah satu jam berlalu sedangkan niat asalnya Cuma ingin mendapatan sebuah novel.  Selesai dia membuat bayaran, dia lalu keluar dan tiba-tiba terlintas di fikirannya teringin nak makan donut big Apple.
                Laju kakinya diayun menuju ke aras dimana restoran big apple itu berada. Tapi sebaik saja kakinya sampai di hadapan kedai itu, langkah kakinya kaku bila ternampak seseorang yang masih bertapak dalam hatinya.
                Tindakan refleksi, dia terus menyorok di sebalik dinding. Kaku disitu dengan dada yang berdebar-debar. Dia tak tahu apa yang dia patut lakukan lebih-lebih lagi bila Farhan ada bersama teman barunya sedang duduk berdua dan makan donut bersama dengan mesra.
                That awkward moment when you see your ex boyfriend is eating donut with her new girl.
                Dan seperti berjodoh, kebetulan Afiq lalu di hadapan Lily bersama dua lagi rakannya semasa Afiq terpandang ke arah Lily dan dia terus mengambil keputusan untuk menegur Lily dan menyuruh rakan-rakannya pergi menonton wayang tanpa dirinya. Sedangkan rancangan asal mereka sepatutnya pergi tengok wayang itu bertiga.
                Reaksi muka Lily yang seperti nampak hantu itu lebih menarik perhatian Afiq daripada menonton filem.
                Afiq berjalan menghampiri Lily dan memetik jari betul-betul di hadapan muka Lily. Lily yang fikirannya tengah kusut itu nampak betul-betul terkejut dengan tindakan Afiq.
                “Afiq!” Marahnya apabila melihat muka Afiq di depan mata. Bukan Farhan. Ya, dia risau jika Farhan ternampak dia di sini.
                “Apa? Saya tak buat apa-apa punnn..” rungut Afiq.
                “Awak buat saya terkejut lah.”
                “Awak kenapa? Muka pucat semacam macam nampak hantu.” Soal Afiq.
                “Huh? Pucat ke?” Lily memegang mukanya sendiri.
                “Kenapa berdiri kat sini? Awak nak pergi mana sebenarnya?” Tanpa mempedulikan soalan Lily, Afiq bertanya lagi.
                “Saya nak..” Lily terfikir-fikir alasan untuk diberi. Dia tak boleh cakap yang dia memang nak masuk dalam restoran Big Apple ini sebab nanti Afiq pasti akan mempersoalkan kenapa Lily masih berdiri di luar.
                “Saya.. entah! Saya pun lupa saya nak pergi mana sebenarnya. Teheee..” Lily gelak tayang gigi untuk menutup penipuannya.
                Afiq pandang Lily dengan kening bertaut. Penuh curiga pada raut wajahnya. Kemudian Afiq pandang sekeliling dan berkata sesuatu yang Lily harap ianya langsung tidak pernah keluar dari mulut Afiq.
                “Hey, kebetulan pulak kita berdiri kat depan Big Apple, jom masuk makan, nak?”
                “Tak nak!” Laju Lily menolak.
                “Huh?”
                “Err.. maksud saya, saya tak nak makan, saya dah kenyang.”
                “Oh.”
                Sekali sekala Lily terintai-intai ke dalam restoran, risau jika Farhan mungkin akan sedar tentang keberadaan dia di sini. Lily mahu beredar dari tempat ini segera, tapi kehadiran Afiq merumitkan keadaannya. Jika dia terus meminta diri, Afiq akan fikir yang Lily tak mahu melayannya, tapi jika dia masih di sini, risau Farhan pula akan terlihat dirinya. Argh, runsing Lily dibuatnya.
                “Biar saya buat satu rumusan ringkas. Pada asalnya awak memang berniat untuk makan donut, awak berdiri di muka pintu dan tiba-tiba awak ternampak seseorang, sebab itu awak menyorok di sebalik dinding sambil berfikir apa awak patut buat sehinggalah saya datang. Betul?” Afiq berpeluk tubuh.
                Lily mengeluh. Nampaknya tak ada apa lagi yang boleh dia sorokkan daripada pengetahuan Afiq. Afiq seolah-olah boleh membaca fikiran Lily. Dihadapan Afiq, Lily memang tak boleh berpura-pura atau cuba menyorokkan sesuatu kerana Afiq pasti dapat mengesan  lakonan dia dengan mudah.
                “Ya.. saya nampak ex saya tengah makan donut kat dalam tu dengan awek baru dia.” Akui Lily.
                “Then awak pergilah masuk dan beli awak punya donut.” Balas Afiq selamba. Seolah-olah melakukan perkara itu mudah baginya.
                Lily mengeluh. “Saya kekok.”
                “Jom saya temankan.”
                Lily menggeleng.
                “Pulak..?”
                “Tak apalah, saya nak balik.” Lily berpusing dan ingin melangkah pergi tapi laluannya dihalang Afiq.
                “Apa?” Soal Lily. Tak faham dengan tindakan Afiq itu.
                “Kalau awak rasa korang masih boleh berbaik, awak boleh senyum dan tegur dia sebagai kawan. Tapi kalau awak rasa korang tak patut berbaik, awak boleh tunjukkan pada dia yang awak boleh hidup tanpa dia. Jadi masuk dengan tenang dan jangan pedulikan dia. Awak pilih, asalkan jangan larikan diri.” Afiq memberikan saranan yang tak ada salah satu pun yang Lily rasa dia mampu pilih, kecuali..
                Larikan diri!.
                Lily menggeleng. “Saya pilih balik rumah!” Tegas Lily lalu mengayun langkah.
                Tapi jalannya sekali lagi di halang Afiq. Lily ke kiri, Afiq ke kiri, Lily ke kanan, Afiq ke kanan. Lily terfikir untuk pusing dan ikut arah bertentangan daripada Afiq, tapi fikirannya cepat teringatkan kemungkinan jika Farhan akan nampak dia jika dia lalu di hadapan restoran itu.
                “Afiiiiqqqq…” Marah Lily. Geram.
Afiq cuma ketawa malah sempat bertanya kenapa. Bertambah bengang Lily dibuatnya.
                “Tolong beri laluan, please?”
                Dengan senang hatinya Afiq memberi laluan malah siap menggayakan tangannya sekali. Lily mendengus kasar sebelum dia berjalan dengan ayunan kaki yang deras macam orang sedang menunjukkan protes.
                Afiq hanya menghantar pemergian Lily dengan pandangan sebelum dia memandang ke arah restoran itu, mencari-cari yang mana satu bekas pakwe Lily. Dan dia mengagak lelaki berkaca mata dan berbaju hitam yang sedang duduk dengan seorang gadis bertudung merah itu adalah orangnya.
                Di hadapan matanya, dia melihat satu lagi masalah perhubungan. Dengan satu keluhan kecil, Afiq mengatur langkah menuju ke arah panggung wayang dan berharap ada satu kerusi kosong untuknya sebelum filem itu bermula.
****
                Lily tak puas hati dengan Afiq. Dia seperti tidak faham apabila Lily kata yang Lily kekok dan tak mahu terserempak dengan Farhan depan-depan. Malah dengan mudahnya dia memberi Lily pilihan samada mahu menganggap Farhan sebagai kawan atau musuh.
                Kalau ikutkan hati Lily pastilah dia mahu terus berkawan dengan Farhan walaupun hubungan mereka bukan seperti dahulu lagi, tapi bagaimana pula dengan Farhan? Adakah dia juga memikirkan sama seperti yang Lily fikir atau dia mengharapkan sebaliknya?
                Persoalan itu yang membuatkan Lily tak mahu berhadapan dengan Farhan. Dia tak tahu reaksi yang bagaimana dia patut beri. ‘Kenapalah itu pun Afiq tak boleh faham? Agaknya dia dengan bekas-bekas awek dia semua pun dia buat macam tu kot..’ fikir Lily.
                Dari tingkap bilik, Lily terdengar suara tawa ibunya di luar. Lily menjengah ke tingkap, dilihatnya ibu dan ayahnya sedang duduk atas buaian di halaman sambil berbual mesra. Nampak macam ayah Lily sedang mengusik ibunya bila ibu Lily menampar lembut lengan ayah Lily sambil ketawa.
                Lily ikut tersenyum melihat kemesraan mereka. Kata ibu Lily, “Suatu hari nanti, Lily akan jumpa seorang lelaki yang akan buat Lily jadi diri Lily sendiri. Dia tak sempurna, tapi kehadiran dia menyempurnakan Lily.. itu dipanggil soulmate.”
                Mungkin Farhan bukan soulmatenya, mungkin Farhan bukanlah orang yang dicari, tapi Lily yakin yang soulmate untuknya itu ada dimana-mana diluar sana. Cuma belum sampai masa untuk mereka dipertemukan. Mungkin.
                Dan suara ibu ayah Lily ketawa kedengaran lagi.

***
                Kadang-kadang bila kita tak kenal seseorang itu, kita macam tak pernah sedar yang dia ada di sekeliling kita, atau mungkin dia tak pernah singgah dalam hidup kita. Tapi bila Allah takdirkan untuk kita bertemu dengan seseorang itu, kalau bukan setiap hari, mungkin seminggu sekali atau sebulan sekali sekurang-kurangnya, kita akan berjumpa dengannya lagi walaupun tidak berjanji. Macam.. Allah yang mempertemukan kita dengan orang itu, lagi dan lagi.
                Macam sekarang. Lily tak sedar yang dia dah lama tak jumpa Afiq sehinggalah hari ini, bila dia ternampak Afiq di hadapan jalan sana dengan seorang perempuan. Lily tak tahu kenapa dia masih berdiri di tepi lot kedai ini dan memerhatikan tingkah Afiq dan perempuan itu yang nampak seperti.. ada masalah? Sedang bergaduh? Atau sedang berbincang?
                Kenapa Afiq asyik menepis tangan perempuan itu yang asyik cuba memegang tangan Afiq?
                Bila Lily mula tersedar yang dia ni macam ‘kak Nam’ yang sibuk nak ambil tahu hal orang lain, Lily pun terfikir untuk teruskan langkah menuju ke lokasi yang dia sepatutnya tuju, tapi ketika itulah dia terdengar namanya dipanggil seseorang.
                Dan seseorang itu tak lain dan tak bukan adalah Afiq.
                Oh, Lily langsung tidak berniat untuk berjumpa dengan Afiq hari ni. Mungkin dia patut buat-buat tak dengar dan teruskan saja ayunan langkahnya?
                “Lily tunggu saya!” Jerit Afiq.
Tiba-tiba Lily jadi serba-salah untuk buat tak tahu. Akhirnya dia menoleh juga dan melihat muka tak puas hati perempuan itu di hujung jalan sedangkan Afiq sedang berlari anak menghampiri Lily. Haihh.. tiba-tiba Lily rasa macam dia sedang berdiri di tengah-tengah antara sepasang kekasih yang sedang bergaduh.
“Hai Lily!” Tegur Afiq apabila dia sudah berdiri di sebelah Lily.
“Haii..” balas Lily sambil matanya sempat melirik memandang perempuan diseberang jalan itu yang berlalu pergi selepas melihat Afiq bersama Lily.
“Saya rasa kali terakhir kita jumpa masa kat Big Apple donat yang awak..”            
“Siapa tu?” Pantas Lily memotong kata-kata Afiq dengan bertanyakan siapa perempuan tadi itu. Dia tak mahu dengar Afiq mengungkit tentang Farhan lagi.
“Itu..” Fikiran Afiq macam teralih sedikit. Dia macam sedang fikir jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Lily sebelum dia kemudiannya menukar topik perbualan.
“Awak nak pergi mana? Jom saya temankan.”
Lily hanya memandang Afiq tanpa suara. Afiq perasan pandangan Lily itu tapi buat-buat tak nampak dan terus maju ke hadapan dan meninggalkan Lily di belakangnya.
Bila satu persatu baris kedai sudah dilepasi dan Afiq tak tahu kemana sebenarnya hala tuju Lily barulah dia memusing ke belakang dan menunggu Lily untuk berjalan seiring dengannya.
“Kita nak kemana ni Lily?” Soal Afiq.
“My one shop.” Jawab Lily. My one shop adalah sebuah kedai yang menjual barang-barang perempuan seperti hadiah, aksesori, beg, kasut dan sebagainya yang kebanyakannya adalah barang-barang yang digemari oleh perempuan.
Mereka terus berjalan sehingga sampai di hadapan kedai itu. Kali ini Afiq cuma mengekori langkah Lily.
“Awak nak beli apa?” Soal Afiq apabila sejak tadi Lily hanya berjalan mengeliling kedai ini tanpa memilih apa-apa pun.
“Tak tahu.” Jawab Lily, selamba.
“Tak tahu? Kalau tak tahu kenapa awak masuk sini?”
“Sebab saya suka. Masuk ke sini buat saya rasa macam nak membeli dan memberi. Awak suka tak mug ni? Saya rasa macam nak beli dan bagi pada awak.” Lily menunjuk ke arah sepasang mug berwarna putih. Tak ada apa-apa yang istimewa pun dengan mug itu, cuma Lily suka warna putih dan dia suka tengok kesederhanaan pada mug yang besar itu.
“Kenapa pula nak bagi pada saya, kita bukan ada apa-apa hubungan.”
“Kalau macam tu, kita bina hubungan.” Kata Lily, spontan. Tapi dia tidak maksudkan apa-apa dengan kata-katanya itu.
“Saya dengan awak? Tak mahu!.”
Lily agak terkesima sebentar mendengar perkataan yang keluar dari mulut Afiq itu. sangat. Mengejutkan.
Bila Lily cakap yang mereka patut bina hubungan, Lily tak maksudkan ‘hubungan percintaan’. Hubungan itu boleh jadi persahabatan atau apa saja. Mungkin Lily patut fikir positif yang Afiq sebenarnya memaksudkan bahawa dia tak mahu bina hubungan cinta diantara mereka berdua.
Okey.
“Kenapa tidak?” Tapi Lily masih mahu tahu kenapa jawapan Afiq adalah tidak.
“Perhubungan itu adalah satu kerumitan. Saya tak faham macammana seorang lelaki dan perempuan boleh hidup bersama dengan harmoni.” Jawab Afiq berdasarkan pengalaman hidupnya.
                “Dengan kasih sayang.” Dan dibalas pula oleh Lily berdasarkan pemerhatiannya.
                “Tak semudah itu. Mak ayah saya sendiri bercerai seleps 30 tahun hidup bersama. Kakak saya yang keras kepala dengan suaminya yang kepala angin tu saya tak tahulah berapa lama mereka akan bertahan.”
                “Habis tu awak tak nak kahwin ke?”
                “Nak kahwin dengan siapa? Ada ke orang yang boleh tahan dengan perangai saya?”
                “Mungkin ada.” Lily terfikir yang mungkin perempuan tadi akan jadi calon yang sesuai
                “Saya lebih rela tak kahwin kalau perhubungan itu melemaskan.”
                “Habis tu awak tak pernah bercinta?”
                “Saya tak suka terikat.”
                “Habis perempuan yang saya nampak tadi?”
                “Dia salah satu contoh yang buat saya rasa perhubungan itu melemaskan.”
                “Sebab?”
                “Dia selalu harap untuk dapat perhatian saya sedangkan saya tak pernah beri dia apa-apa harapan. Kalau bahasa kasarnya ‘syok sendiri’.”
                “Kalau macam tu kita berdua pun tak patut berhubung. Saya tak mahu hidup dalam perhubungan yang tak ada makna. Saya tak nak awak anggap saya sebagai perempuan yang awak sendiri labelkan sebagai syok sendiri atau apa saja. Dan untuk mug ni, saya tetap nak beli untuk awak. Bukan sebab kita ada hubungan, tapi sebagai tanda perpisahan.” Lily capai sepasang mug itu dan dia bawa ke kaunter.
                Dia juga meminta kepada pelayan kedai itu agar mug itu dibungkus asing. Satu akan diberikan pada Afiq dan satu lagi akan disimpan sebagai kenangan yang dia pernah jumpa lelaki yang tak percaya pada kasih sayang seperti Afiq.
                “Lily saya tak maksudkan awak bila saya cakap tentang perempuan yang awak nampak tadi. Kenapa tiba-tiba awak nak.. perpisahan? Err.. apa ni?” Afiq nampak keliru disitu.
                Afiq rasa dia suka berkawan dengan lily. Dia suka bila dia tak tahu apa-apa tentang Lily, dia suka bila dia akan terjumpa Lily dimana-mana tanpa sebarang temu janji, perasaan bersama Lily menyeronokkan sebab segala tentang Lily adalah kejutan. Tiba-tiba terjumpa, tiba-tiba makan bersama, tiba-tiba berada dalam kedai aksesori dan membeli hadiah. Dan tiba-tiba ada perkataan perpisahan?
                Walaupun mereka tak pernah declare apa-apa tentang pertemuan, Afiq tak sanggup untuk dengar perkataan perpisahan itu. dia mahu terus berjumpa Lily walau dengan apa cara sekalipun.
                “Nah, satu untuk awak simpan, dan satu lagi untuk saya simpan. Sebelum kita berpisah, saya nak awak tahu yang saya percaya setiap orang di dunia ini akan dipertemukan dengan soulmate mereka masing-masing. Walaupun awak rasa perhubungan itu ridiculous, tapi bagi saya perhubungan itu adalah exist. Semoga awak bertemu dengan soulmate awak nanti. Bye!”
                Saat Lily melangkah pergi, Afiq masih diawang-awangan memikirkan apa itu soulmate?
               
****
Sebulan berlalu.
                Dari saat terakhir Lily berjumpa dengan Afiq dan dia mengucapkan salam perpisahan, sehingga sekarang, sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu. Lily langsung tak kisah sebab dia sedar selama ini mereka bertemu secara kebetulan. Segala-galanya tentang mereka adalah kebetulan. Lagipun Lily langsung tidak pernah meletakkan apa-apa harapan atau.. ya, selama mereka berkenalan, Lily tak pernah fikir dia akan jatuh cinta pada Afiq sebab baginya tiada apa yang boleh disandarkan pada lelaki yang tak mahukan komitmen itu.
                Bagi Lily lagi, dia suka bila dia tinggalkan Afiq begitu saja pada pertemuan terakhir mereka dulu sebab lelaki yang tak reti atau tak mahu menghargai perhubungan walaupun hubungan persahabatan itu tak patut dilayan dengan baik.
                Tapi sebaliknya pada Afiq, tempoh sebulan itu betul-betul buat dia rasa hilang arah. Dia rasa macam ada sesuatu yang ‘belum-selesai’ diantara dia dan Lily. Dia tertanya-tanya apa itu soulmate sehingga dia membuat kajian sendiri tentang soulmate melalui google. Memang sebelum ini dia pernah dengar perkataan itu tapi dia  tak pernah nak ambil peduli pun sehinggalah dia mendengar sendiri dari mulut Lily. Dia jadi tertarik.
                Dan hari ini, takdir Allah menemukan mereka lagi di tempat sama pertama kali mereka dipertemukan.
                Lily berdiri di bawah pokok yang dulunya rendang kini sudah semakin tinggi dan lebat berdaun, lalu dia teringatkan Farhan. Kali terakhir, berita yang dia dengar tentang Farhan, lelaki itu kini sudah jadi suami orang, kad terakhir yang Farhan berikan semasa hari jadinya dulu sudah Lily buang. Farhan bukan orangnya. Lily tahu soulmate untuk dirinya ada dimana-mana diluar sana. Dia berjalan lagi, kini dia berdiri di hadapan tasik, lalu dia tersenyum. Tanpa sedar dia juga tertawa kecil. Lucu betul bila mengenangkan apa yang dia dah buat dulu. Malah memalukan!
                Lily memusing ke hadapan, ingin melangkah. Tapi tanpa disangka-sangka lelaki itu kini ada dihadapannya. Mereka masing-masing terkejut memandang diri masing-masing. Lily melangkah setapak kehadapan bila dilihat Afiq mengangkat kaki menghampirinya.
                Macam yang Lily kata, dia dan Afiq penuh dengan kebetulan!
“Hey Lily.” Tegur Afiq. Keterujaan terlukis di wajahnya
                “Hai Afiq.” Balas Lily, selamba.
                “Lama tak jumpa awak.” Kata Afiq.
                Lily mengangguk. Mengiyakan.
                “Kemana menghilang?” Soalnya.
                “Saya tak menghilang, ada je kat kawasan sini cuma kita je yang tak bernasib baik untuk berjumpa. ”
                Afiq pula mengangguk, faham.
                “Saya rasa awak bertindak kejam sebab tinggalkan saya macam tu je masa kat kedai mug tu dulu.” Kata Afiq, ada nada tak puas hati dalam intonasi suaranya.
                “Kedai mug?” Lily kerut kening. Sejak bila ada kedai mug kat kawasan sini?
                “Tu kedai apa entah saya tak ingat namanya. Tapi kedai yang awak belikan saya mug putih kemudian tinggalkan saya tu.” Jelas Afiq.
                “Ooohhh…” Maksud Afiq, kedai my one shop? Barulah Lily faham.
                “Kenapa saya kejam pula? Saya rasa apa yang awak buat pada perempuan yang awak tinggalkan tu lagi kejam.”
                “Perempuan yang saya tinggalkan? Perempuan mana?” Giliran Afiq pula yang terlupa. Maklumlah mereka membahaskan perkara yang sudah berlaku sebulan lalu.
                “Perempuan yang awak jumpa kat tepi jalan sebelum  awak berlari kearah saya dan ikut saya pergi ‘kedai mug’ tu.” Lily menjelaskan sambil mengangkat kedua-dua jari telunjuk dan jari hantu ketika menyebut perkataan kedai mug itu. 
                Afiq yang seakan mula mengingat balik memori itu tersenyum sambil berkata oohh.
                “Nampaknya memang banyak perkara yang belum selesai diantara kita.” Afiq berpeluk tubuh. Seperti sudah bersedia untuk membuat perhitungan dengan Lily.
                “Apa yang belum selesainya? Kita tak pernah mulakan apa-apa pun.” Lily dah mula cuak.
                “Ada. Tentang soulmate.”
                Lily buat muka pelik.
                “Awak jangan nak buat muka pelik kat sini eh, awak jangan buat-buat lupa pula yang awak pernah cakap semoga saya bertemu dengan soulmate saya kemudian awak terus pergi tinggalkan saya terpinga-pinga memikirkan soulmate tu benda apa.”
                Mula-mula Lily macam tergamam sekejap sebelum dia tersenyum dan ketawa sebab dia tak sangka itu rupanya isu besar yang ‘belum selesai’ diantara mereka berdua. Kahkahkah, Afiq buat lawak kat sini.
Lily ketawa sepuas hati.
                “Awak ketawa…” Afiq buat  muka  tak puas hati.
                “Habis tu, awak buat lawak kat sini siapa suruh. Saya ingatkan ada isu besar ke apa tadi. Kahkahkah..” Lily sakan ketawa.
                “Jadi awak dah jumpa soulmate awak?” Soal Afiq, langsug tidak mempedulikan Lily yang sedang ketawakan dirinya itu.
                “Kalau saya dah jumpa, saya takkan datang sini dan terjumpa awak. Saya mestilah tengah sibuk sediakan hantaran ke baju kahwin ke atau apa-apa yang patut..” balas Lily, masih dengan ketawa yang bersisa.
                “Jadi awak rasa soulmate itu adalah bakal jodoh awak?” Soal Afiq lagi.
                Lily mengangguk, dengan senyuman.
                “Saya rasa tak semestinya.”
                “Kenapa pula?” terus hilang senyuman Lily, macam tak puas hati pun ada.
                “Tak semestinya soulmate itu adalah jodoh sebab kedua-duanya adalah dua perkara yang berbeza. Jodoh adalah sesuatu yang telah ditakdirkan, tapi soulmate Cumalah satu istilah untuk menggambarkan bahawa dalam dunia ni akan ada seseorang yang akan melengkapkan kita, seseorang yang.. yang.. diumpamakan seperti kunci, kunci yang betul akan bertemu dengan tombol pintu yang sepatutnya. Kan lain tu? ”
                Lily pandang Afiq lama. Sehingga buat Afiq rasa malu.
                “Kenapa pandang saya macam tu?” Afiq garu belakang kepala.
                Lily senyum. Dia rasa Afiq comel bila buat muka malu macam tu. “Saya tak sangka, saya dengar teori soul-mate dari mulut awak.”
                “Kalau keluar dari mulut saya pun, dah kenapa?”
                “Sebab awak adalah orang yang tak percaya pada cinta dan kasih sayang, apatah lagi perhubungan.”
                “Ehem..” Afiq berdehem. “Sejak kawan dengan awak, perspektif saya mula berubah. Awak mengajar saya melihat perhubungan itu dari sudut yang berbeza, yang lebih positif.”
                Lily ketawa kecil. “Tapi saya tak pernah berniat untuk mengubah awak.”
                “Saya tahu.”
Tiba-tiba Afiq teringat sesuatu. “Saya teringat satu petikan kata-kata inggeris tentang soul-mate ‘That someone who make you a better person. No, actually they don’t make you a better person. You do that by yourself because they inspire you.’”Afiq pandang Lily, seperti cuba menyampaikan sesuatu melalui pandangannya.
“Apa?” soal Lily tidak faham.
“Awak tak rasa ke yang saya ni soul-mate awak?”
Lily buat muka pelik. “Sebab..??”
“Sebab awak tak ubah saya, tapi awak bagi saya inspirasi untuk berubah. Then awaklah soulmate saya!” kata Afiq, teruja.
“If that so.. ya, mungkin saya soulmate awak, tapi.. awak bukan soulmate saya.”
“Kenapa pula…”
“Sebab saya tak rasa separuh jiwa saya itu ada pada awak.”
“Then.. maybe saya jodoh awak?”
Lily pandang Afiq dengan muka tak puas hati sebelum dia jerit nama Afiq kuat-kuat.
“Afiqqq….”
Afiq ketawa.
“Oklah saya nak tanya awak satu soalan mudah” Afiq berhenti ketawa.
“Apa dia?”
“Macammana kita nak tau yag kita dah jumpa soulmate kita tu?”
Lily diam. Selama dia sibuk mencari soulmatenya itu, dia tak pernah terfikir tentang persoalan yang Afiq beri itu. Dalam hatinya terdetik mungkin dia perlu rujuk pada ibunya dahulu. Sementara itu dia Cuma mampu tersengih kambing pada yang Afiq yang sedang mengjongket kening.
***
“Ibu.. macammana kita nak tahu yang kita dah jumpa soulmate kita?” Soal Lily kepda ibunya.
“Bila dengan dia kita rasa selamat, kita jadi diri kita sendiri dan kita rasa hidup kita mula lengkap dengan kehadiran dia. Dalam apa keadaan sekalipun, dia sentiasa ada di sisi kita.”
“Kalau macam tu ibu, macammana kita nak cari dia?”
Ibu senyum, kemudian disentuhnya tangan Lily sambil berkata, “buka mata buka hati, tapi ingat jangan terlalu memaksa. Kita buat bahagian kita dan serahkan selebihnya pada-Dia.”
Lily sebenarnya tak begitu faham maksud tersirat kata-kata ibunya itu tapi dia anggukkan saja kepala konon-konon memahaminya. Dia tahu kalau dia tanya lebih-lebih pun jawapan ibu tetap sama. Kadang-kadang ibu Lily suka menyampaikan sesuatu perkara secara halus.
Dia takkan jelaskan satu persatu perkara itu secara terperinci sebab dia mahu Lily belajar dari pengalaman dan kehidupan Lily sendiri.
***  
Lily terburu-buru hari itu, dia sudah lambat untuk pergi kerja dan dia perlu kejar bas. Kebetulan sewaktu melalui sebuah gerai yang menjual nasi lemak, Afiq juga berada di situ, baru saja selesai membeli nasi lemak dalam pakaian kerjanya.
Lily tak peduli tentang Afiq, dia cuma pedulikan tentang bas yang akan membawanya ke tempat kerja, tapi malangnya Afiq  sangat pantang nampak muka Lily dia mesti nak tegur.
“Lily, lajunyaa…” kata Afiq.
“Saya dah lambat. Bye!” Lily teruskan berjalan.
“Lily, Lily! Kejap.”
“Saya dah lambat ni.”
“Lima saat!.” Pinta Afiq.
Barulah Lily berhenti berjalan. Dia memusing memandang Afiq.
“Hujung minggu ni awak ada kemana-mana tak?”
Lily terfikir-fikir. Dia belum ada apa-apa agenda lagi. Tapi.. ahh dia tak ada masa untuk berfikir jadi dia Cuma cakap,
“Tak! Kot.. kenapa?”
“Saya nak datang rumah awak boleh?” Pinta Afiq.
“Buat apaaa…?” Lily kerut kening.
“Nak jumpa ibu ayah awak..”
Lily menoleh ke belakang. Ke arah stesyen bas itu berada dan dia mula risau kembali.
“Sukahati awaklah!” Lily mahu cepat-cepat tamatkan perbualan.
“Pukul empat petang, hari sabtu minggu ini, saya datang.”
“Ha.. ok, ok. Bye!” dan Lily terus berlalu ke arah stesen bas. Dilihatnya bas itu sudah mahu berjalan. Makin panik Lily dibuatnya.
Nasib baik bila bas itu lalu di sebelah Lily, pemandu bas itu berhenti bila ternampak Lily. Ya.. you know, hubungan diantara pemandu bas dan penumpang tetapnya..
Lily rasa berbangga ketika itu. walaupun dia dan pemandu bas tak pernah bercakap tapi dia dapat rasakan ‘ikatan’ diantara mereka berdua.
Opps.. pemandu bas india ini bukan soulmate Lily harapnya.
***
Pada hari yang dijanjikan Afiq betul-betul datang. Tapi dengan keluarganya. Lily yang memikirkan Afiq hanya mahu datang seorang diri agak terlopong di depan pintu bila melihat dua buah kereta sampai di hadapan pagar.
“Lily tak bagitau ibu pun yang nak datang tu lebih dari seorang..” ibu menegur Lily dari belakang.
“Sebab Lily sendiri pun tak tahu ibu.” Balas Lily.
“Lily pergi dapur, masak apa yang patut biar ibu yang sambut mereka.”
Lily angguk. Sangat setuju dengan cadangan itu. lalu dia terus ke dapur selepas bersalam-salaman dengan kakak dan emak Afiq.
Cuma sekali sekala dia ke ruang tamu menghantar air dan menjamu kuih karipap frozen yang baru digoreng. Kemudian dia ke dapur semula sebab dia rasa segan nak duduk sama-sama dengan mereka di ruang tamu.
Apabila keluarga Afiq sudah balik. Lily, ibu dan ayahnya duduk di rumah tamu dengan ibu dan ayahnya memandang semacam pada Lily.
“Lily tak pernah cakap dengan ibu pun yang Lily dan Afiq ada hubungan?” Soal ibunya.
“Lily memang tak ada apa-apa dengan Afiq, macammana nak cakap?”
“Habis tu kenapa keluarga Afiq datang bawak cincin tanda tadi?”   Soal ayahnya pula.
Lily kerut kening. Dia rasa ayahnya tersalah cakap, atau dia yang tersalah dengar?
“Bawak apa ayah?” Soal Lily.
“Cincin tanda.”
“Hah?” Dan Lily terjerit kuat.
***
Lily rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Afiq. Selama ini dia mengaku pada Lily yag dia tak percaya pada cinta, kasih-sayang dan perhubungan. Dia kata perhubungan itu melemaskan. Dia menolak bila Lily berniat untuk membina hubungan ‘persahabatan’ dengannya. Pendek kata selama ini mereka berkawan dalam cara yang unik. Dengan matlamat dan pandangan yang berbeza. Mereka tak pernah berjanji untuk bertemu, tapi mereka akan dipertemukan. Mereka tak pernah mencari satu sama lain, tapi mereka akan terserempak secara kebetulan.
Unik.
Malah Afiq tak pernah cakap apa-apa tentang cinta, tentang suka, tentang ‘meluahkan perasaan’ terhadap Lily, jadi bila tiba-tiba Afiq bawa keluarga dia datang rumah untuk merisik Lily, apa makna semua itu?
Lily keliru.
Kerana itu Lily terus memberi tahu kepada ibunya yang dia tak mahu teruskan dengan urusan peminangan. Anggap saja yang Lily sebenarnya sudah berpunya
“Tapi kenapa?” Soal ibu.
“Sebab Lily kenal dia ibu, dia tak percaya pada kasih sayang dan perhubungan. Dia yang mengaku pada Lily yang dia tak suka komitmen. Takkanlah ibu nak Lily hidup dengan orang yang macam tu..” rungut Lily.
“Bila dia dah pilih Lily, maksudnya dia dah bersedia untuk bertanggungjawablah tu.”
“Tapi bu dia anggap perhubungan itu ridiculous, melemaskan, takkan kekal lama. Lily tak nak dia cop Lily sebagai perempuan yang terhegeh-hegeh, syok sendiri, atau apa saja macam yang dia pernah buat kat perempuan lain, bu..”
“Orang yang tak percaya pada perhubungan takkan bawa keluarganya merisik anak dara orang.” Ibu seakan tak mahu percaya kata-kata Lily tentang Afiq.
“Tapi dulu dia sendiri yang cakap macam tu pada Lily!” Tegas Lily.
“Dulu. Mungkin sekarang dia dah berubah?”
Lily mengeluh. Susahnya lahai nak yakinkan ibu.
“Tapi Lily tak rasa pun yang dia tu soulmate Lily..” kata Lily perlahan. Hampir berbisik.
“Dah buka mata, buka hati?” Soal ibu.
Lily diam. Tak ada jawapan darinya.
“Nanti bila dah ada jawapan, bagitau ibu. Jangan lupa mintak Afiq nombor mak ayah dia sekali, nanti senang ibu nak berurusan dengan diorang.” Kata ibu sambil bangun dari katil Lily dan bersedia untuk keluar.
“Hari tu ibu tak mintak nombor diorang ke?” Soal Lily.
“Tak.. sebab Lily dah ada nombor Afiq.”
“Ibu, Lily tak ada nombor Afiq!..” Lily hampir terjerit.
“Ibu tahu Lily tak nak bercakap dengan dia, tapi jangan jadikan itu sebagai alasan.” Ibu senyum sinis.
“Ibu, Lily betul-betul tak ada. Betul!” Lily angkat lima jari tanda berikrar.
Ibu mengeluh. “Then, Lily sendiri tahu apa yang Lily patut buat, kan?” Kemudian ibu pun keluar diiringi pintu bilik Lily ditutup.
“Haih..” Giliran Lily pula mengeluh berat.
***
Ini bukan satu perkara yang mudah. Tak ada nombor telefon Afiq, tak tahu dimana dia tinggal, tak ada sebarang akaun social dirinya dan langsung tak tahu dimana dia bekerja tapi dalam masa yang sama perlu mencarinya untuk meminta penjelasan tentang ‘risikan’ tempoh hari.
Kalau ikutkan hati Lily yang masih marah itu, dia boleh saja buat tak tahu dan biarkan saja Keluarga Afiq datang meminang kemudian dengan mudahnya Lily akan menolak, tapi perkara itu melibatkan maruah kedua-dua buah keluarga. Jadi kalau boleh sebelum Keluarga Afiq datang meminang, Lily mahu bersemuka dahulu dengan Afiq dan meminta penjelasan darinya.
Setelah itu Lily akan memutuskan samada nak teruskan dengan urusan peminangan atau tidak.
Tapi seminggu sudah berlalu, bayang Afiq langsung tidak kelihatan dimana-mana. Sudah puas Lily mecari di kawasan dimana mereka selalunya bertemu. Malah setiap hari Lily berlegar-legar di bandar dan berharap Afiq akan muncul dari mana-mana sudut. Errghh.. sampai satu tahap, Lily rasa kalau kali ini dia tiba-tiba terjumpa Afiq, dia akan terima je Afiq jadi suaminya.
Dan guruh pun berdentum. Tiba-tiba awan hitam berarak di langit. Cahaya kilat kelihatan di dada langit.
Tiba-tiba je hari nak hujan. O’oo.. Lily tak bermaksud untuk bercakap besar. Harapnya ini semua cuma kebetulan. Ya, kebetulan yang sewaktu Lily berniat perkara itu dalam hati, tiba-tiba hujan pun mahu turun.
Lily menumpang teduh di barisan kedai-kedai yang berdekatan dengan tempat dia berjalan tadi. Dan hujan pun terus turun dengan lebatnya. Tempias air yang turun melalui bumbung terkena pada kaki seluar Lily. Tak boleh nak buat apa sebab bumbung-bumbung kedai ni bukannya luas sangat pun. Betul-betul cukup makan untuk menampung Lily berdiri, ditambah dengan hujan yang begitu lebat, memang sah Lily tetap akan kebasahan sekarang ini.
Tiba-tiba sebuah kereta Saga baru berwarna biru berhenti betul-betul dihadapan Lily. Lily yang berasa tak selesa dengan keadaan itu hanya memandang kearah lain kerana dia fikir pemandu kereta ini mungkin mahu singgah ke kedai di barisan ini tapi tiba-tiba pemandu kereta itu membunyikan hon.
Lily tak nampak siapa pemandunya tapi orang di dalam kereta ini seolah-olah sedang menggamit Lily. Tapi Lily tak kenal kereta ini, jadi dia tak berani nak sembarangan main naik sahaja. Akhirnya dia Cuma mampu buat tak tahu.
“Lily…” Sayup-sayup Lily terdengar namanya dipanggil dalam kelebatan hujan.
Lily memandang kearah kereta itu semula dan jantung dia berdegup kencang tiba-tiba bila dilihat dari cermin tingkap yang terbuka sedikit itu muka Afiq.
“Masuklah..” jerit Afiq.
Lily macam tak dapat berfikir dengan waras bila semua perkara saling bertingkah di dalam fikirannya. Yang akhirnya membawa kepada Lily menaiki kereta itu.
Soalan pertama yang keluar dari mulut Afiq adalah, “Awak nak pergi mana?” dan soalan itu tak mampu Lily jawab kerana Lily cuma merayau ke sana sini satu hari ini hanya kerana mahu mencari Afiq.
Takkanlah Lily nak cakap, “Saya cari awak” pula kan?
“Okey kalau macam tu saya perlu hantar awak kemana?” Soal Afiq lagi apabila dia tidak mendapat jawapan balas dari Lily.
Sekali lagi Lily kelu. Dia tak boleh menyuruh Afiq menghantarnya balik kalau tak dia akan disoal oleh ibu dan ayahnya. Lebih-lebih lagi setelah Lily memutuskan untuk menolak peminangan Afiq nanti.
“Kalau macam tu saya bawa awak pergi ke tempat yang saya nak pergilah. Ok?”
Lily diam lagi. Lily tak tahu kenapa dia jadi tak boleh bercakap, seolah-olah mulutnya seperti digam. Tapi yang pasti, Lily merasakan yang degupan jantungnya berlari deras.
Kereta Afiq berhenti di sebuah pasaraya. Dia kemudiannya keluar tanpa mempelawa mahupun bertanya jika Lily mahu keluar sekali atau tidak, Lily yang kebingungan tak tahu kenapa tiba-tiba dia boleh berada di sini bersama Afiq dan tidak tahu hala tuju cuma duduk di dalam kereta sehingga Afiq membukakan pintu kereta untuknya.
“Tak nak keluar?” Soal Afiq.
“Ah..” Lily malu. Itu kali pertama Afiq bertindak seperti seorang gentleman. Itu fikir Lily tapi bagi pihak Afiq, dia pelik kenapa Lily masih tidak keluar dari kereta.
                Kemudian mereka berjalan beriringan, Afiq sempat mengambil troli dan ditolaknya. Kemudian dia keluarkan senarai barang yang mahu dibeli dari poket seluar kemudian dia tidak mempedulikan Lily lagi. Dia bertindak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku diantara mereka berdua seminggu yang lepas.
                Peluang ada di depan mata, inilah masanya untuk Lily menagih penjelasan dari Afiq tentang tujuan dia masuk merisik. Akan tetapi, di pasaraya ini dalam keadaan Afiq sedang sibuk memilih barang, bagaimanakah Lily mahu membuka bicara?
                “Afiq..” Panggil Lily.
                “Hurmm..” Afiq membaca label pada pembungkusan kopi segera.
                “Kenapa hari tu awak tiba-tiba bawak keluarga awak datang rumah saya?” Lily pura-pura memegang sesuatu di rak.
                Lama Lily tunggu jawapan dari Afiq. Apabila Afiq mengambil keputusan untuk membeli kopi segera itu dan diletakkan dalam troli, barulah dia menjawab sambil menolak troli.
                “Sebab saya dah bersedia.” Afiq tiba-tiba berhenti berjalan. Dia membaca senarai barang di tangan.
                Lily pula yang termanggu-manggu sendirian cuba menafsirkan maksud Afiq itu. Sudah bersedia untuk apa?
                “Maksud awak?”
                “Berkomitmen.”
                “Tapi kenapa.. terlalu..” Lily terfikir-fikir perkataan yang sesuai.
                “Awak, apa beza jintan putih dengan hitam? Mak saya Cuma tulis jintan, saya tak tahu nak beli yang mana satu?” Tba-tiba Afiq memotong kata-kata Lily dengan soalan yang langsung tak ada kena mengena.
                “Jintan?” terkebil-kebil Lily memandang Afiq dengan dua botol jintan di tangannya.
                “Saya pun tak tahu.. apa kata awak beli je dua-dua. Mungkin kedua-duanya ada guna.” Saran Lily.
                “Oh, okey.” Afiq memasukkan kedua-dua jintan itu dalam troli. “Apa awak nak tanya tadi?” Soalnya kembali.
                “Oh..” giliran Lily pula yang terlupa tentang soalannya.”Saya dah lupa.” Jawabnya.
                Mereka kemudiannya masing-masing mendiamkan diri. Afiq leka memilih barang-barang yang diperlukan dan Lily cuma mengekori sambil berpeluk tubuh. Sehingga Afiq membuat bayaran dan menolak troli keluar dari kawasan itu dan berjalan di hadapan sebuah kafe, barulah Afiq bersuara.
                “Jom kita minum dulu.”
                Lily mengangguk, setuju.
                Mereka memesan minuman, kemudian masing-masing buat hal sendiri dalam situasi yang kekok. Baru Lily teringat yang dia perlukan sesuatu yang penting dari Afiq, telefon bimbit dari dalam beg dikeluarkan.
                “First, saya perlukan nombor telefon awak.” Lily meletakkan telefon bimbitya dihadapan Afiq.
                Afiq pandang pelik kearah lily dengan sengihan.
                “Eh, selama ni awak memang tak ada nombor telefon saya ke?” Soal Afiq.
                “Kenapa? Awak ada nombor saya ke?” Perli Lily.
                Afiq berfikir sejenak. Kemudian baru dia sedar yang dia juga tidak mempunyai nombor telefon Lily. Afiq ketawa sendiri. Lucu kerana baru menyedari tentang fakta ini.
                “Kalau sebelum ni pun awak memang tak peduli tentang nombor saya, kenapa sekarang tiba-tiba nak pula?”
                “Sebab bila ada hal mustahak, saya tak tahu nak cari awak kat mana.”
                Afiq ketawa lagi.
                “Apa hal yang mustahak sangat tu?”
                “Sebelum tu, isi nombor awak dulu, please?”
                Afiq pandang telefon Lily kemudian dia masukkan nombornya disitu selepas itu barulah dia hulurkan semula pada Lily. Selepas nombor itu disimpan, Lily kembali memberi tumpuan pada Afiq dengan fikirannya yang dipenuhi dengan pelbagai soalan.
                “Afiq… kenapa?” Lily mahu bertanya tapi dia tak tahu bagaimana mahu bertanya, jadi dia cuma mampu tanya kenapa? Kenapa Afiq pilih dirinya? Kenapa Afiq masuk merisik?
                “Kenapa apa?”
                “Kenapa awak buat semua ni?”
                “Semua ni? Apa? Ajak awak makan? Bawak awak pergi beli barang dapur?”
                “Merisik saya.”
                “Oh.. ehem..”
Dan pelayan pun datang menghantar minuman.
                “Sebab bila dengan awak baru saya tahu kenapa selama ini ianya tak pernah menjadi dengan orang lain.”
                “Kenapa dengan saya?”
                “Awak mengubah persepsi saya tentang perhubungan. Awak buat saya melihat sudut negatif yang tertanam dalam fikiran saya sejak emak abah saya bercerai, dari sudut yang berbeza dan.. saya rasa saya boleh hidup dengan awak.”
                “Afiq.. hubungan perkahwinan bukan benda biasa, bukan macam try and error okey?”
                “I didn’t say yang saya mahu ‘cuba’ kahwin dengan awak, tapi saya mahu kahwin dengan awak. Saya akan pastikan yang saya jadi soulmate awak.”
                Lily terdiam. Dia cuba mencari kesungguhan dari kata-kata Afiq itu. Kalau betul apa yang Afiq katakan ini, jadi dia akan cuba membuka mata dan pintu hatinya. Mungkin dia boleh buat pertimbangan sebelum menolak secara membuta tuli peminangan itu nanti.
                “Jadi, bila awak nak hantar rombongan meminang?” Soal Lily.
                Afiq senyum.

****
                Selepas melalui satu persatu langkah, iaitu fasa peminangan, pertunangan dan sekarang pernikahan, Lily mula yakin yang dia tidak membuat kesilapan. Sebaik saja Afiq memegang tangan tok kadi dan melafazkan akad, kemudian di sahkan oleh saksi, Lily yakin yang Afiq adalah soulmate untuknya.           
Walauapapun, mencari soulmate bukanlah suatu matlamat yang paling besar yang perlu dilakukan. Jodoh untuk setiap orang itu telah ditetapkan oleh Allah, apa yang tinggal adalah jaga hubungan dengan Allah supaya sampai saatnya nanti, Dia akan utuskan jodoh untuk kita.
Pada saat jodoh itu sampai, jadikankah jodoh itu sebagai soulmate kita. Mungkin itu yang ibu Lily cuba sampaikan padanya dulu..



20/1/14-10.39pm