Bunga Lalang mengisahkan seorang lelaki, Syahmi seorang jurugambar bebas yang pulang ke kampung atuk dan neneknya untuk mencari bahan-bahan baru untuk dimasukkan dalam portfolia peribadinya. Di situ secara tidak sengaja dia 'terjumpa' satu subjek yang sangat unik, "Gadis kampung" yang tanpa dia sedari, gadis kampung itu adalah sebahagian daripada sejarah zaman kanak-kanaknya.
Ada apa dengan bunga lalang dan gadis kampung??
Excerpt,
“Eh awak ni siapa?”
“Saya Yasmin” katanya memperkenalkan
diri.
“Ok Yasmin.. kenapa awak nak tau
nama mak saya?”
“Sebab awak kata mak awak orang
sini, jadi saya nak tau lah lagipun saya tak pernah nampak awak sebelum ni?.”
“Memang la awak tak pernah nampak
sebab saya tak duduk sini.
“Ya..
awak dah cakap tadi. Tapi awak la yang hampir kena langgar dengan lori aiskrim
semalam tu kan ?”
Soalnya lagi.
Aku ternganga. Apakah punya peliknya
manusia ni?
“Oh oklah. Sorry kacau awak. Saya
pergi dulu,” katanya meminta diri selepas aku diam tak bersuara.
Aku membiarkan saja dia berlalu
sebelum fikiran aku tiba-tiba terfikirkan tentang lori aiskrim yang hampir
melanggarku semalam, terus aku bangun dan menghidupkan kamera dan berlari
mengejarnya.
“Yasmin!” Panggilku.
Dia memusing. Klik! Gambarnya aku
rakamkan. Dia kaku di tempatnya berdiri dan aku kaku di tempatku berdiri. Dia menunggu
bicara aku, manakala aku kelu lidah untuk berbicara. Penyudahnya sekeping lagi
gambarnya aku ambil.
"Err.. nama saya Syahmi. Itu je
nak bagitau” kataku bila hanya itu yang terlintas di kepala saat ini.
Dia senyum sebelum kembali mengatur
langkah meninggalkan aku. Untuk kali ketiga, imejnya sedang berjalan aku rakam
dari arah belakang. Ada
sesuatu yang mengganggu fikiranku.
Aku lihat jam di tangan, dah pukul sebelas,
balik jelah.
0 ceritaMia's lovers:
Post a Comment