Sewaktu aku menolak pintu cermin dan melangkah masuk ke dalam butik, satu suara menyapaku. “Hai icha..” saat aku angkat kepala, muka dia terlayar di ruang mata sedang tersenyum memandangku.
Senyumannya aku balas melebar.
Indah terasa pagi ini bila pandangan pertama dihidangkan dengan senyuman
manisnya.
Oh! Kenalkan, itu Akhbar, senior
aku masa zaman sekolah. Sebenarnya kami tak berapa rapat dulu tapi sejak aku
bekerja di butik pakaian milik kakak sepupu Akhbar, kami mula bertegur-tegur
sapa dan sedang dalam proses untuk menjadi lebih rapat.
Bagi Akhbar, hubungan kami
mungkin sekadar bekas senior-junior-zaman-sekolah dan icha-pekerja-kak-Sarah
tapi bagi aku hubungan aku dan dia lebih dari itu, dia adalah crush aku selama
11 tahun ini, sejak aku darjah 5 sehingga kini. Tapi Akhbar tak pernah tahu,
malah tak ada sesiapa pernah tahu.
Dan ia akan terus menjadi rahsia
sehingga satu waktu yang aku pun tak tahu selama mana.
“Lambat sampai hari ni icha?” Dan
aku ditegur pula oleh Norli. Kawan aku masa zaman sekolah.
Sama kesnya macam Akhbar, dulu
aku dengan Norli tak rapat sebab kami tak sama kelas dan lagipun kelompok
kawan-kawan kami juga berbeza. Tapi dah jodoh kami dipertemukan di sini, sejak
itu kami mula jadi kawan baik dan kami selalu tertanya, kenapalah kami tidak
‘dipertemukan’ sejak dulu lagi?
“Ha’ahh.. hantar mak pergi klinik
dulu tadi, dia demam.”
“Oh, lepas tu dia kat rumah
sorang-sorang ke?” soal Norli dengan riak ingin tahu.
AKu angguk sambil senyum. “Demam
biasa je, dah tak teruk sangat..” jawabku, cuba menyedapkan hati aku dan hati
mereka yang mendengar supaya mereka tak fikir yang aku dengan mudahnya
meninggalkan emak seorang diri di rumah dalam keadaan demam macam tu.
Di hadapan Akhbar, aku selalu
mahu kelihatan terbaik walau dalam apa cara sekalipun. Entahlah, mungkin itu
perasaan biasa bila berhadapan dengan orang yang kita suka agaknya?.
Tanpa menunggu lagi, aku terus angkat kaki
masuk ke satu bilik khas untuk ruang kerjaku. Sengaja pintu aku biarkan terbuka
supaya aku boleh lihat Akhbar dari situ. Kalau ikutkan hati, aku memang mahu
keluar balik dan duduk di luar bersama-sama mereka, tapi hati aku selalu jual
mahal, buat endah tak endah je bila Akhbar ada. Lepas tu bila dengar Akhbar
menyakat Norli, aku pula yang jeles. Haiihh.. payahnya lah kalau suka orang
dalam diam ni, semua benda ni kena simpan sendiri.
Disebabkan dulu aku tak rapat
dengan Norli jadi aku tak tahu sejak bila Norli dan Akhbar boleh jadi mesra
macam tu? Masa zaman sekolah aku hanya nampak Akhbar di mataku, aku tahu siapa
kawan rapat dia, aku tahu siapa awek dia, aku tahu kat mana kelas dia, apa
jawatan dia dalam persatuan, kat mana rumah dia, tapi aku tak pernah nampak
sekali pun Norli muncul di tengah-tengah kehidupan Akhbar. Kalau dari dulu
Norli memang dah rapat dengan Akhbar mesti aku dah ‘aim’ Norli sejak dulu lagi.
Contohnya, aku tahu Farhana rapat
dengan Akbar sebab diorang sama-sama pengawas, jadi nama Farhana akan terlekat
dalam kepala aku setiap kali aku terfikirkan Akhbar. Sesiapa saja yang rapat
atau berkaitan dengan Akbar akan menjadi ‘subjek’ yang akan aku perhatikan.
Suara Norli dan Akhbar ber sok-sek
kedengaran lagi. Setaip kali itulah aku akan menoleh ke luar dan melihat muka
Norli sedang berkerut melawan usikan Akhbar.
Satu perkara yang aku tak faham
dengan Akhbar, kenapa dia suka datang ke sini (walaupun aku suka kalau dia
datang) padahal dia tak ada apa-apa urusan pun? Ya, dia pun bekerja di kedai komputer
yang sebaris dengan butik kak Sarah ni, tapi perlu ke datang ke butik ni
pagi-pagi macam orang tak ada kerja?
Bercakap tentang kedai komputer,
kedai itu milik abang Akhbar sepenuhnya. Mereka menjual barang-barang berkaitan
komputer dan juga mengambil upah membaiki gadget/komputer yang rosak, juga
menjadi penjual komputer/laptop. Kalau nak diikutkan, kedai kecil yang nampak
biasa itu sebenarnya menawarkan macam-macam khidmat pelanggan macam buat banner,
kad kawin, kad bisnes, khidmat jurutaip, printing,
fotocopy, dan lain-lain yang aku pun tak pasti, tapi yang aku pasti dengan
khidmat yang mereka sediakan, tak mungkin Akhbar masih boleh berjalan-jalan dan
duduk melepak di butik ini awal pagi, walaupun kedai tu abang dia yang punya, tapi tak bermakna dia tak ada
kerja yang perlu dibuat, kan?
Sekali lagi, walaupun aku suka
dia ada disini, aku memang tak akan sekali-kali bertanya soalan itu pada dia
sebab aku tak mahu dia terasa hati lepas tu dia terus tak datang sini dah.
Perhh, aku rasa kalau tak tengok muka dia sehari boleh gelap duniaku, hilang
segala kenikmatan dan keindahan hari itu.
Ya, memang aku suka hidup dalam
duniaku sendiri. Dunia dimana hanya Akhbar yang aku fikirkan.
Parah.
3 ceritaMia's lovers:
Permulaan yg baik...i folo. Hanina Abdullah
Law firm. Bukan lawyer firm.
Cite basikal sama mcm TMIH...mase irin suke kat syafiq ...hehe
Post a Comment