Berdasarkan novel ‘Plain Jane’
tulisan Nurul Syahida, plain jane digambarkan sebagai seorang perempuan yang
biasa-biasa, yang keberadaannya tidak disedari, dan kehilangannya tidak
dipeduli. Golongan ini seperti makhluk yang tenggelam bersama kertas dinding
seperti iklan Doublemint gum yang kononnya selepas mereka makan chewing gum itu
barulah mereka akan menyerlah dan keluar dari kertas dinding itu. Kononnya.
Menjadi diriku, seorang plain jane,
tidak semudah iklan chewing gum itu. Aku tak boleh makan chewing gum jenama itu
dan aku akan terus keluar dari kepompong ini, tidak juga semudah watak Balkis
dalam novel itu yang walaupun dengan peribadi ‘plain’nya dia masih lagi berjaya
mencuri tumpuan Zaniel, Bangsar-most-eligible-bachelor dan pemilik-syarikat-Digital-art-yang-kaya-dan-KACAK.
Menjadi diriku yang plain jane lengkap dengan pakej rendah diri ini membuatkan
aku rasa macam terperangkap dalam satu selut yang menenggelamkan aku ke
dalamnya, yang untuk keluar dari situ adalah sesuatu yang sangat sukar.
Menjadi diriku, Delisya yang plain
dan disaluti Lumpur adalah sangat menyedihkan.
0 ceritaMia's lovers:
Post a Comment