Aku
perlu ke pejabat pos hari ini. Rutin biasa setiap hari rabu, pos barang-barang
yang dibeli oleh pelanggan online melalui khidmat pos laju dan barangan mereka
akan sampai keesokan harinya. Kerana itu di butik ini aku mempunyai bilik khas
aku sendiri. Bilik yang digunakan untuk aku menguruskan pelanggan-pelanggan
alam maya aku yang berurusan melalui instagram, whatsapp, blog dan facebook.
Dan kelebihan yang aku ada yang membuatkan kak Sarah memilih aku untuk membuat
kerja-kerja ini adalah kerana aku mempunyai kereta sendiri, berbanding Norli
yang pergi dan balik kerja dihantar dan diambil oleh ayahnya.
Sewaktu
aku sedang memasukkan parcel-parcel ke dalam bonet kereta, Akhbar datang
menghampiri.
“Hai,
nak aku tolong?” Soalnya.
Sambil
menyusun parcel di dalam bonet aku mereka patah kata yang sesuai untuk aku balas,
“Kau
rasa?” aku senyum.
“Aku
rasa macam kau tak perlukan pertolongan..”
Aku
jegil mata memandangnya. Dia ketawa lalu terus mengambil parcel di dalam troli
dan memasukkan ke dalam bonet kereta aku.
“Aku
rasa 80% keuntungan butik ni datang dari pelanggan-pelanggan alam maya kau
berbanding pelanggan-pelanggan Norli.” Katanya.
Aku
senyum.
“Sebab
sekarang dunia di hujung jari. Buat apa susah payah nak datang kedai kalau
boleh klik kat phone sendiri je.” Balasku.
Akhbar
tidak membalas apa lagi. Sehingga parcel habis dimasukkan, Akhbar terus tutupkn
bonet keretaku dan memegang troli.
“Kau
nak terus pergi kan?” soal dia.
Aku
angguk.
“Biar
aku simpankan troli ni.” Lalu dia terus tolak troli masuk ke dalam butik.
Tanpa
sedar aku tersenyum sendiri dengan pertolongan kecil yang dia hulurkan. Akhbar
dari dulu sampai sekarang, masih lagi suka menolong orang.
***
Selesai
dengan urusan di pejabat pos, sewaktu perjalanan pulang, aku terpandang orang
jual rojak atau orang penang panggil pasembur kat tepi jalan. Terus fikiran aku
terfikirkan Akhbar. Tanpa fikir panjang lagi, aku terus bgi signal ke kanan dan
bersedia untuk memasuki simpang, tapi baru je kereta nak parkir bersebelahan
dengan gerai itu, tiba-tiba ada kereta lain yang dah masuk dulu, entah datang
dari arah mana tiba-tiba boleh pulak dia mencelah dulu? Nasib baik aku memang
bawa perlahan kalau dah tak kemek dah belakang kereta ni aku raduk.
Dengan
hati yang berbulu aku parkir kereta agak jauh sedikit dari kereta vios itu.
Dalam
banyak-banyak hal, kepantangan aku adalah apabila ada kereta memotong di
simpang, tidak memberikan signal dan tiba-tiba mencelah macam ni. Tercabar ego
aku sebagai pemandu perempuan.
Keluar
dari kereta seiring dengan lelaki yang membawa vios itu, dia mengangkat sedikit
topi bulat yang dipakai sambil tersenyum sebagai tanda maaf atau apa aku pun
tak tahu. Walaupun dia senyum tapi sebab hati aku tengah sebal, aku tak mampu
nak membalas senyuman dia, aku masih rasa yang tindakan dia itu tadi sangat
tidak wajar.
Lelaki
yang kurus, tinggi, memakai baju t lengan pendek separas atas siku dan
berseluar jeans, juga bercemin mata selain topi berbentuk bulat di atas kepala
itu sedang bercekak pinggang sambil melihat-lihat juadah yang terdapat di gerai
itu. apabila aku semakin menghampiri aku terdengar dia bertanya pada mak cik
penjual,
“Benda
apa ni mak cik?”
“Ini?
Karipap kamu tak kenal?” soal mak cik itu dengan nada tak percaya.
“Apa
pulak tak kenal, karipap tu saya kenallah, ini yang warna hijau ni kuih apa?”
soalnya, sambil menunjuk kearah kuih berbentuk bunga dan berwarna hijau,
diatasnya ditabur dengan bijan, dan kelilingnya berwarna sedikit coklat
keperangan.
“Ini?”
soal mak cik itu meminta kepastian.
Dia mengangguk.
“Ini bahulu kembojaaa..”
“oh.” Balasnya. Polos.
Tanpa membuang masa, aku terus
meminta pak cik itu membungkuskan tiga bungkusan pasembur. Satu untuk aku, satu
untuk Norli dan satu lagi untuk Akhbar. Dulu, Akhbar suka makan cucur udang.
Kalau kat kantin hampir setiap hari aku tengok dia beli cucur udang kat kantin.
Entah kenapa walaupun cucur udang tu macam digoreng biasa-biasa je, tapi
kesedapannya rasa lain macam, sejak itu aku pun dah jadi penggemar setia cucur
udang mak cik kantin.
“ini apa pulak?” Soalan lelaki
tadi itu beralih pula pada pak cik yang sedang membuangkuskan aku punya rojak.
Aku menapak setapak ke belakang bila terasa jarak dia berdiri dengan aku hampir
terlalu rapat.
“Rojak.” Balas pak cik itu
sepatah.
Aku memandang lelaki ini atas
bawah. Tengok gaya macam bukan orang sini, ditambah lagi dengan soalan dia yang
macam semua benda pun dia tak tahu lagilah mengukuhkan andaian aku itu. tapi
kot ye pun datang entah dari bandar mana, takkanlah pasembur pun dia tak kenal?
Ke baru balik dari oversea memandangkan cara parkir kereta pun dah tak reti.
“Sedap ke? Nak rasa sikit boleh?”
selamba je dia mintak.
“Rasa-rasa tak boleh, kalau nak
kena beli. Rm3 je pun..” balas mak cik tu selamba.
Aku hampir tergelak mendengar
jawapan mak cik tu tapi sempat aku tutup mulut sebelum tawa aku meletus. Cuma
tak sangka yang dia dengar, lepas tu dia toleh pandang aku sekilas, aku terus
buat tak nampak dan pura-pura pandang tempat lain.
“Bagilah satu. Dengan kuih yang
tu, kuih kemboja apa tadi entah..” katanya
“Bahulu kembojaaaa..” mak cik itu
membetulkan.
“Ha.. bahulu kembojaaaa..” dia
mengajuk.
Sekali lagi aku hampir ketawa
dengan perangai selamba dia. Tapi aku tekup muulut kuat-kuat sebab tak mahu dia
perasan. Aku tak maksudkan yang aku dah maafkan dia atas kesalahan yang dia dah
buat tadi.
Siap pak cik tu membungkus aku punya
pasembur, aku terus bayar dan laju-laju jalan ke kereta. Masa aku tengah undur
kereta aku nampak yang mamat tu tengah berdiri menghadap arah kereta aku dan
pandang je sampai aku dah masuk ke jalan utama. Apa masalah dia nak
pandang-pandang aku?
Sampai kat kedai, aku fikir nak
masuk butik dulu lepas tu baru hantar makanan ni pada Akhbar, tapi tiba-tiba
rasa segan pulak kalau Norli tau aku belikan untuk Akhbar, jadi aku terus je
pergi kedai Akhbar, kebetulan masa aku masuk tu abang Daus ada kat depan, konon
nak lari dari Norli, sekali terkena pulak dengan abang Daus, tapi alang-alang
dah masuk takkanlah nak keluar balik pula kan?
“Hah..” abang Daus tegur aku
dengan senyuman. Dia nampak macam sedang membuat design dalam laptopnya.
Dengan abang Daus dengan aku tak
berapa nak rapat sangat, sebab dengan Akhbar pun aku baru nak merapatkan diri,
dengan abang dia apatah lagi.
“Cari Akhbar ke?” soalnya.
“Ah?.. errr..” kalau aku cakap
tak, habis tu apa pulak tujuan aku datang sini? Kalau aku cakap ya, rasa macam
peliklah pulak. Aduhh… tiba-tiba aku rasa menyesal sebab datang sendiri ke
kedai ni semata-mata nak hantar makanan.
Tiba-tiba Akhbar muncul dari
sebalik pintu bilik kecil yang ada dalam kedai ni. Dia nampak terkejut melihat
aku.
“Ait? Icha..” tegurnya.
Aku senyum. Lebih kepada
menyengih sebenarnya. Aku hayun plastic berisi pasembur itu dihadapan Akhbar.
Dia nampak terkejut, mungkin sebab tak jangka dengan tindakan aku sebenarnya.
“Tadi beli pasembur, terbeli
lebih lupa kak Sarah tak ada, nah ambillah.” Tipu!. Sungguh tak sangka yang
mulut aku pandai menipu.
“Oh.” Akhbar nampak lega. Dia
sambut huluran plastic itu dan memandang isi di dalamnya.
“Pasembur? Hoooyeeehh.. rezeki,
rezeki..” sampuk abang Daus dengan matanya masih lagi menghadap skrin laptop.
Aku senyum. Terasa lega bila
pemberian kecil aku ini memberi besar makna kepada orang lain.
“Terima kasih Icha..” ucap
Akhbar. Kedengaran sangat manissss di telingaku.
Aku angguk dengan senyuman
melebar dan memberi isyarat untuk keluar memandangkan tak ada apa lagi yang
mahu disembangkan bila telefon bimbit Akhbar berbunyi. Di muka pintu sekali
lagi Akhbar mengucapkan terima kasih sambil menekan punat hijau dan dia berkata
‘ha hello..’ dalam nada kasar-tapi-mesra.
Aku berjalan menuju ke butik
dengan kaki yang terasa seperti tidak memijak lantai dan hati terawang-awang
dan senyuman yang hampir ke telinga macam mascot mcD, sebelum semua itu hilang
bila aku terlanggar bahu dengan seorang lelaki yang sedang bercakap di telefon
sambil memandang keliling.
“Hoi sorry, sorry..” kata lelaki
itu dan aku tak perlu tunggu lebih lama untuk cam lelaki itu, cukup dengan
hanya melihat topi yang dipakai.
Mata aku memandang cermin mata
hitamnya saat kami berselisih untuk ke laluan masing-masing. Tengok muka dia
terus hilang senyuman aku. Aku terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi
tapi telinga aku sempat menangkap butir bicaranya..
“Kedai pasembur? Eh, apa susah
sangat nak cari kedai kau ni?” Marahnya dalam gurau.
Aku masuk ke butik disambut
dengan mata Norli yang bersinar-sinar melihat bungkusan makanan yang aku bawa.
“Kadang-kadang Oli rasa macam
anak burung yang tunggu ibunya balik bawa makanan..” kata Norli bila aku letak
bungkusan itu atas meja di hadapannya.
“Kahkahkah.” Aku ketawa besar.
0 ceritaMia's lovers:
Post a Comment