Rasa
serba tak kena. Dada aku macam sempit sampai nafas pun tak mampu dihela.
Fikiran menerawang memikirkan benda yang aku sendiri tak pasti hujung pangkal.
Jasad aku kaku di atas kerusi, tangan memegang kain, mesin jahit industri
terbiar hidup membingitkan suasana. Aku lelah. Aku tahu ada sesuatu yang tak
kena tapi aku tak tahu apa dia. Dada aku tumbuk berkali-kali biar rasa sempit
itu hilang, biar lapang, biar tenang.
“Kenapa?”
Tanya Lala.
“Entahlah..”
aku mengeluh.
Lala
jongket kening. Lalu dia kembali fokus bekerja.
Aku
mengeluh. Keluhan yang berat. Kain ditangan kembali aku pandang, baju kurung
ini harus disiapkan hari ini juga, tak boleh dilengah lagi kalau tidak aku akan
terus melengahkan kerja-kerja yang lain.
Baru
jahit pesak dan tangan, tekak mula rasa kering. Mungkin rasa sempit di dada itu
bikin badan jadi terhidrat. Aku tinggalkan kepingan-kepingan kain yang perlu
dicantum itu, mesin jahit industri aku matikan dengan menekan butang merah.
Tali pengukur aku tarik dari leher dan letak di atas meja.
“Aku
nak pergi kedai, ada apa-apa nak kirim?” Soalku pada Lala.
Dia
menggeleng tanpa memandang aku. Tanpa pamitan, aku terus keluar dan berjalan
kaki menuju ke kedai serbaneka tak jauh dari situ. Pintu peti ais aku buka,
melihat-lihat sambil menimbang tara air apa yang mahu aku capai. Penat berfikir
akhirnya air kacip fatimah perasa madu dan kurma aku capai. Pintu peti ais aku
tutup kembali dan ketika itu aku sedar ada figura lelaki sedang berdiri
menghadapku.
Betul-betul
disebelahku. Dan sedang memandangku. “Sorry..” kataku sebab dah buat dia
menunggu lama lalu aku terus ke kaunter bayaran, dan berjalan dengan kaki yang
macam tak pijak tanah kembali ke tempat kerja.
Dada
aku berombak kencang, perut berirama tidak senada seolah ada rama-rama yang
sedang mengepak kencang. Aku terus duduk di kerusi dan menarik nafas berulang
kali.
Dan
rasa sempit yang menyesak dada itu perlahan-lahan hilang. Fikiran aku tenang,
dada aku lapang dan aku kembali menjahit kepingan-kepingan kain itu dengan
bibir yang tak berhenti tersenyum.
“Siapa
yang kau jumpa kat kedai tu tadi Mia?” Tanya Lala tiba-tiba.
Terus
mati senyumanku.
0 ceritaMia's lovers:
Post a Comment