Lelaki itu tidak percaya pada
cinta dan perhubungan. Mana ada hubungan
yang akan berkekalan selama-lamanya. Mana ada lelaki yang akan tahan dan faham
dengan kerenah wanita, malah sebaliknya. Ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika
dia di usia muda. Sepanjang kehidupannya, dia Cuma melihat pertengkaran ibu dan
ayahnya untuk hal-hal yang kecil. Baginya hanya lelaki yang faham fikiran
lelaki. Dia juga melihat kakak dan abang iparnya, doanya pula agar dia mereka
bertahan sekurang-kurangnya sehingga anak-anak buahnya sudah dewasa.
Bagi
Lily, cinta dan kasih sayang itu sentiasa wujud. Wujudnya dia di dunia ini pun
atas limpah kurnia dan kasih sayang Allah terhadapnya yang telah memilih dia
dari berjuta-juta sperma lain sebelum pensenyawaan dengan ovum di dalam rahim
ibu. Melihat ibu dan ayahnya yang selalu berkasih sayang membuatkan Lily tak
sabar-sabar untuk mempunyai seorang soulmate.
Ya,
dia ada Farhan, tapi akhirnya Farhan tinggalkan dia. Kemudian dia jumpa Afiq,
seorang lelaki yang tidak percaya pada kasih sayang dan perhubungan.
Bagaimanakah perbezaan pandangan mereka itu mampu menemukan mereka dengan
soulmate masing-masing?
EXCERPT
“Sorry, sorry mana saya tahu.
Berbalik pada cerita awak, itu kenangan terakhir sebelum… dia pergi mana?”
Lily
menunduk. Berat untuk dia tuturkan. Malu pun ya.
“Sebelum
dia tinggalkan saya untuk perempuan lain.” Lirih Lily berkata.
“Oh”
itu yang terluah di mulut Afiq tapi apa yang terkandung dalam hatinya, ‘Cliché. Tinggalkan kekasih yang ada untuk orang yang baru, yang
kononnya lebih baik. And the formula goes on and on.’
“Dia
dah tinggalkan awak dan berseronok dengan kekasih baru dia tapi awak duduk
seorang diri di taman sambil membaca nota pada kad terakhir yang dia bagi
sambil mengenang masa silam korang. Is that fair?” soal Afiq. Sinis sekali.
“Saya
faham kalau kami mungkin tidak berjodoh, tapi saya perlukan masa untuk lepaskan
dia pergi dari hidup saya.”
“Tak.
Salah tu. Dari saat dia buang awak dari hidup dia, waktu itu awak dah perlu
move on dan lepaskan dia pergi.”
***
“Kenapa tidak?”
Tapi Lily masih mahu tahu kenapa jawapan Afiq adalah tidak.
“Perhubungan itu
adalah satu kerumitan. Saya tak faham macammana seorang lelaki dan perempuan
boleh hidup bersama dengan harmoni.” Jawab Afiq berdasarkan pengalaman
hidupnya.
“Dengan
kasih sayang.” Dan dibalas pula oleh Lily berdasarkan pemerhatiannya.
“Tak
semudah itu. Mak ayah saya sendiri bercerai seleps 30 tahun hidup bersama.
Kakak saya yang keras kepala dengan suaminya yang kepala angin tu saya tak
tahulah berapa lama mereka akan bertahan.”
“Habis
tu awak tak nak kahwin ke?”
“Nak
kahwin dengan siapa? Ada ke orang yang boleh tahan dengan perangai saya?”
“Mungkin
ada.” Lily terfikir yang mungkin perempuan tadi akan jadi calon yang sesuai
“Saya
lebih rela tak kahwin kalau perhubungan itu melemaskan.”
“Habis
tu awak tak pernah bercinta?”
“Saya
tak suka terikat.”
“Habis
perempuan yang saya nampak tadi?”
“Dia
salah satu contoh yang buat saya rasa perhubungan itu melemaskan.”
0 ceritaMia's lovers:
Post a Comment