GULA-GULA KAPAS
“Nak pergi mana ni?” Soal emak
ketika aku menyalaminya yang ketika itu sedang duduk menonton tv di ruang tamu
sebelum aku keluar.
“Keluar kejap, jumpa kawan.” Jawabku
lalu berjalan ke arah pintu dan membuka almari kasut dan aku keluarkan sepasang
kasut flat berwarna biru tua.
“Kepala tu tak ingat nak tutup ke?”
soal emak sinis.
Aku senyum saja. “Pergi dulu mak!”
kataku lalu terus keluar. Dah biasa sangat perlian emak tentang aku yang tak
reti nak bertudung ini aku dengari, tapi setiap kali itulah aku buat tak tahu
dan pekakkan telinga.
Alasan aku, dah kahwin nanti aku
pakailah..
Bila mak tanya, bila aku nak kahwin?
Pun aku senyum je, aku perempuan,
keputusan bukan terletak di tanganku. Bila Iqba dah ajak aku kahwin nanti, baru
aku ada jawapan nak bagi pada emak. Tapi masalahnya sampai sekarang pun Iqba
masih tak sebut apa-apa pasal kawin walaupun kami dah bercinta selama dua
tahun.
*****
Bila kawan-kawan aku tanya, “Apa ciri-ciri
lelaki idaman kau?”
Jawapan aku haruslah nak yang gempak
dan baik-baik saja kan ,
macam.. ”Yang bekerjaya, bertanggungjawab dan yang paling penting, beriman.
Sebab nanti dia yang akan bimbing aku ke syurga.” Budget jawapan itu dah cukup
baik dan hebatlah untuk buat orang kagum dan fikir.. oh, bagusnya dia..
Tapi ciri-ciri yang ada pada Iqba
cukup sekadar dia bekerjaya, ada rupa, ada harta, nampak seperti
bertanggungjawab tapi.. aku tak pasti adakah dia cukup beriman untuk pimpin aku
bila kami dah kawin nanti?
“B.. mak i dah bising suruh I pakai
tudung. You rasa macammana?” Soalku pada satu pertemuan kami.
“Macammana apa?” soalnya semula
sambil membelai rambut panjangku.
“Yelah.. you rasa I patut mula pakai
tudung ke?”
“Buat apa pakai tudung, rambut dah
cantik nak tutup buat apa. Nanti macammana I nak pegang rambut you lagi..”
rungut Iqba.
Aku senyum. Aku tahu Iqba memang
suka dengan rambutku. Kadang-kadang dia yang bayar kos aku pergi salon, dan dia
sendiri pesan agar aku jangan potong rambut dan jangan warnakan sebab rambut
aku dah semulajadi hitam dan berkilat. Dia tak nak rambut aku rosak.
“Kalau nak pegang rambut I selalu,
kenalah kahwin dengan I, hari-hari you nak belai rambut I pun tak ada siapa nak
kisah.”
Usapan Iqba pada rambutku terhenti.
“Buat apa kahwin muda-muda, I nak
kumpul asset dulu.. dah ada semua baru boleh fikir pasal kahwin.” Katanya.
“Aset apa lagi? You dah ada kereta,
dah ada kerja tetap, dah ada rupa, ke you nak buat badan berketul-ketul pulak?”
gurauku sambil ketawa.
“Sayang.. dalam hidup ni kita cuma
ada satu peluang. Zaman kanak-kanak I dah berakhir, zaman remaja I pun dah
berakhir, sekarang zaman bujang I, zaman I nak kumpul harta dan asset untuk I
realisasikan impian yang I simpan masa zaman remaja dulu. Kalau I kahwin
sekarang, macammana I nak capai impian I? Kan ?”
Aku diam. Dalam hati turut
mengiyakan kata-kata Iqba itu. Aku juga punya impian yang ingin aku laksanakan,
aku faham maksud dia.
“Apa impian you?” soalku.
“Impian I.. ada banyak! Salah
satunya, I nak travel ke luar negara.” Jawab Iqba dengan mata yang menggambarkan
seribu keinginan yang ingin dicapai.
“Lagi?” Soalku sengaja melayan.
“I nak beli rumah. Sebagai lelaki,
apa yang paling penting sebelum dia berkahwin adalah ada rumah sendiri. So
nanti tak adalah bini dia bergaduh dengan mak mertua duduk satu rumah pulak..”
Iqba mencuit hidungku.
Aku ketawa. Dalam diam aku melihat
sikap bertanggungjawab yang ada pada iqba itu.
“Lagi?”
“Lagi? Adalah.. mana boleh I bagitau
semua. You pulak, apa impian you?” soalnya.
“I pun ada banyak impian jugak, tapi
mana boleh I bagitau semua pada you kan ..”
“Okeh, salah satunya?”
“Ermm.. impian terbesar I adalah nak
kahwin dengan lelaki yang boleh bahagiakan I.” Jawabku, yakin.
Iqba dah angkat kedua-dua kening dan
diherotkan sedikit mulutnya. Mungkin pelik dengan impian aku yang kononnya
impian-terbesar ini.
“Itu. Je?” Soalnya.
Aku mengangguk. “Itu je. So you
boleh penuhi tak?”
“Kalau setakat nak bahagiakan you,
petik jari je. Bukan sekarang pun you dah bahagia dengan I ke?”
“Bahagiakan I dalam perkahwinan..”
tekanku.
“Oh..” dan Iqba terdiam. Kemudian
dia hembus satu keluhan kecil.
Tiba-tiba aku jadi ragu-ragu
mendengar keluhan itu. Jika diamati betul-betul, impian terbesar aku itu tidak
semudah seperti yang orang fikirkan. Membahagiakan seorang isteri bukan satu tugas
yang mudah. Kerana itu aku jadikan ianya sebagai impian yang paling aku ingin
capai selain aku mahu beli kereta dan melancong ke jepun.
*****
Iqba turunkan aku kat depan pagar
rumah.
“Tak nak masuk dulu?” pelawaku.
“Tak apalah, lain kali je..” balasnya.
“Ok, masuk kali ni dah puluh kali..”
“Eh, ada orang ke kat rumah you?”
cepat-cepat Iqba memintas kata-kataku.
Aku mengeluh faham. Masuk kali ini
dah berapa puluh kali ayat ‘lain kali’ itu diberikan setiap kali aku ajak Iqba
singgah ke rumah. Aku tau yang sebenarnya dia belum bersedia untuk jumpa emak
dan ayahku.
“Oklah, I masuk dulu.” Aku hulurkan
tangan kepadanya. Dia sambut dan aku cium tangannya, dan dia pula mencium
tanganku. Kebiasaan itu sudah kami lakukan sejak bulan pertama kali menjalinkan
hubungan. Sampai dah terbiasa dan rasa kekok kalau tak buat.
Aku keluar dari kereta, menunggu
sehingga dia pergi sebelum aku mula melangkah masuk ke rumah. Memang nampak
seperti ada tetamu bila melihat banyak kasut di muka pintu. Siapa ya?
“Assalamualaikum. Suami kemana?”
Hampir terlompat aku kerana terkejut
apabila disergah satu suara lelaki secara tiba-tiba. Aku memandang ke arah
taman kecil di bahagian kiri rumahku. Ada seorang lelaki memakai baju T warna
krim berkolar dipadankan dengan seluar jeans sedang duduk bersantai di atas
kerusi betul-betul bawah pokok ceri.
“Suami?” Soalku. Agak pelik dengan
soalannya.
“Yang dalam kereta tadi tu, bukan
suami ke?” Soalnya.
Dalam kereta? Maksud dia Iqba?
“Oh.. kami belum berkahwin.” Balasku
walaupun dalam fikiran aku masih terfikir-fikir siapakah gerangan lelaki ini.
“Dah tu, tunang?” soalnya lagi.
“Pun belum..” aku melangkah setapak,
berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.
“Saya ingat suami isteri je yang
amalkan sistem salam bersalaman..” katanya perlahan. Tapi sebenarnya nada dia
bercakap tak cukup perlahan kerana setiap butir bicara yang sinis itu masih
mampu menembusi telingaku.
Aku menoleh memandangnya, tajam.
Kemudian aku terus melangkah lebih laju masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum..” salam diberi,
dan serentak itu semua mata memandang ke arahku.
Dalam tersipu-sipu malu aku
bersalaman dengan seorang wanita sebaya emak, seorang budak perempuan dan terus
lari masuk ke bilik. Tapi baru je sempat letak beg tangan, mak dah panggil aku
suruh keluar. Haish, ini yang leceh ni, mak suka tayang aku pada tetamu yang
datang. Yang aku pula suka terperap dalam bilik kalau ada tetamu yang aku tak
kenal datang.
“Atikah.. mari sini.” Panggil emak
lagi.
Dalam keterpaksaan aku seret juga
kaki melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kerana tiada lagi
kerusi kosong untuk aku duduk, makanya aku cuma bersimpuh di atas lantai
bersebelahan dengan sofa emak.
“Inilah Atikah.. kat rumah ni
tinggal dia sorang je la, Amin dah duduk kat KL kerja sana, Akim pula duduk
asrama..” cerita emak kepada kawannya ini. Aku cuma paksa diri untuk senyum
sambil menunduk memandang lantai.
“Dah besar dah Atikah.. dia sebaya
Ayien kan?” soal mak cik itu.
“Ha’ah.. sebaya Ayien. Ini pun entah
dia kenal entah tidak dengan kawan lama dia tu..” balas emak.
Ayien? Kenapa tiba-tiba aku rasa
macam familiar dengan sebaris nama itu? Aku angkat kepala pandang emak,
berhasrat untuk bertanya sesuatu tapi dalam masa yang sama tak mahu didengari
oleh mereka.
Emak pula tersenyum membalas
pandanganku, seperti faham reaksi muka aku emak pun mula menjelaskan status
tetamu ini.
“Tak kenal ke mak cik Rosnah?” Soal
emak.
Aku garu kepala, “Mak Cik Rosnah..”
rasa macam kenal, tapi macam tak kenal.
“Dah lupalah tu, dah sepuluh tahun
tak jumpa..” sampuk pak cik itu.
“Ini pak cik Radi jiran kita masa
kita duduk kampung dulu..” sampuk ayah pula.
“Pak Cik Radi? Yang jual burger tu
ke?” soalku semula. Mula terimbau kenangan burger pak cik Radi yang selalu aku
dapat makan free dulu.
“Ha.. pak cik Radi burger lah ni.”
Sambut pak cik Radi dengan sengihan di bibir. Mungkin bangga kerana aku masih
mengingati dirinya. Manakan tidak, masa aku kecil-kecil dulu kat gerai pak cik
Radi itulah tempat aku bertenggek, menunggu pak cik Radi bagi burger percuma.
Ditemani anak pak cik Radi si Ayien tu.
Aku mula tersenyum. “Ah.. pak cik
dengan mak cik ke, ingatkan siapalah tadi.” Sekali lagi aku bangun dan
bersalaman dengan mereka berdua padahal awal-awal tadi dah salam dah.
“Dah jumpa Ayien?” soal mak cik Rosnah.
“Ayien?”
“Assalamualaikum..” serentak itu
Ayien masuk dan memberi salam. Kami memandang diantara satu sama lain. Jadi
dialah Ayien? Mamat si mulut celupar tu? Huh, tak hairanlah..
Aku duduk bersimpuh kembali di atas
lantai manakala Ayien mengambil tempat duduk di atas kerusi, berhimpit dengan
adik perempuannya.
“Hai, kawan lama berjumpa senyap
saja ke?” Tegur ayah. Merujuk kepada aku dan Ayien yang masing-masing buat tak
tahu diantara satu sama lain.
“Ambil mood dulu la tu, dulu lain,
sekarang dah lain..” balas mak cik Rosnah.
Aku senyum saja. Kadang sempat juga
mata aku terlepas memandang Ayien. Kalaulah dia tak mulakan pertemuan semula
kami selepas 10 tahun ini dengan mulut celuparnya tadi tentu sekarang aku sudah
menegurnya seperti kawan lama.
*****
“Apa mimpi mak cik Ros tiba-tiba
datang rumah kita hari ni?” soalku selepas kepulangan mereka. Pinggan mangkuk
selepas makan malam tadi aku cuci, manakala emak menyimpan baki lauk ke dalam
peti ais.
“Ayien dapat kerja kat sini,
kebetulan pula dia pun duduk menyewa tak berapa jauh dari sini, itu yang macik
Ros terus datang singgah tu..”
“Ayien kerja apa?”
“Pereka grafik ke apa entah acik Ros
cakap. Dulu dia kerja biasa je kat kampung tu, sekarang ni baru terbuka luas
pintu rezeki dia, Alhamdulillah.”
“Dia nak kahwin ke apa?” soalku
lagi.
“Kenapa pulak?”
“Yelah, selalunya orang yang nak
kahwin pintu rezeki terbuka luas..”
“Hisy tak semestinya nak kahwin baru
pintu rezeki terbuka. Ada rezeki dia kat sinilah tu..”
“Hem..”
“Kamu nanti, rajin-rajinlah
tengokkan dia. Dulu dia kat kampung, sekarang kat Bandar, bukannya dia biasa
sangat kat sini..”
“Haish, dia lelaki mak.. pandailah
dia bawa diri.” Balasku, serentak dengan pinggan terakhir pun habis aku bilas,
terus aku lap tangan dan berlalu masuk ke bilik.
Malas aku nak dengar emak membebel
pasal hubungan persahabatan antara aku dan Ayien, yang menjadi tiket, aku harus
juga jadi penjaga mamat celupar itu di sini.
*****
“Kau dari dulu sampai sekarang tak
berubah kan?” kata Ayien.
Untuk satu hari ini aku harus
menghabiskan masa bersama-samanya semata-mata untuk menunjukkan dia jalan
kesana dan kesini kerana dia memang sangat ‘fresh’ baru keluar dari kampung
sampaikan kat pekan ipoh ini pun dia masih belum pernah explore. Jadi untuk
memudahkan urusan dia sebelum dia mula bekerja nanti, emak dan ayah
mencadangkan aku menjadi tourist guide untuk dia mengetahui kedudukan bank,
masjid, pasaraya, dan perkara-perkara yang mungkin penting untuknya.
Kalau bukan kerana dia pernah jadi
kawan aku, rasanya memang aku tak rela nak buat kerja amal ini.
“Tak berubah lebih baik daripada
berubah jadi lupa diri, lupa kawan. Aku rasa kalau aku berubah, memang aku
takkan duduk dalam kereta kau sekarang ni.” Balasku.
“Tahap kelembapan otak kau pun tak
berubah jugak eh? Maksud aku berubah ke arah kebaikan la dol.. bukan ke arah
keburukan.” Katanya, main lepas je.
Aku ketuk kepala dia dengan buku
lima aku. Sukahati je nak kutuk aku dengan tahap kelembapan otak aku.
“Adoi! Apa ni main ketuk kepala
orang. Mak aku marah la..”
“Kau pun sama, mulut celupar kau
memang tak pernah berubah kan?”
“Aku bukan celupar, aku cuma
berterus terang. Kau kena faham konsep dan perbezaannya.” Balas Ayien.
“Yang aku faham, kau berterus-terang
ke kau cakap ke, apa saja yang keluar dari mulut kau memang akan kedengaran
celupar.”
“Ya.. mungkin itu kelebihan yang Allah bagi
pada aku. Aku terima dengan hati terbuka..” balasnya. Tenang.
Aku pandang muka dia dalam-dalam
dengan pandangan mengjengkelkan. Adakah dia sedang memerli aku atau..
“Dah lama ke kau bercinta dengan
budak tu?” Soal Ayien, tidak mengendahkan pandangan kerek aku terhadapnya.
“Apasal nak tahu?” soalku, mula
memandang ke hadapan semula.
“Sebab aku busybody.”
“Baguslah kalau kau tahu.”
“Ya, aku memang tahu. Dia orang mana?”
“Perlukah kau tahu?”
“Terpulang pada kau untuk
tentukannya. Kerja apa?” balas Ayien dan dia terus menerus bertanyakan soalan
lagi.
“Tukar topik please.”
“Dah sepuluh tahun aku tak jumpa
kau, bila kita berjumpa semula pada pertemuan pertama selepas sepuluh tahun dan
aku nampak kau dengan seorang lelaki dah tentu tentulah hal itu yang aku nak
tahu dulu. Kemudian barulah ke perkara-perkara lain yang seterusnya..” balas
Ayien. Itu menunjukkan yang dia masih mahu mengetahui serba sedikit tentang Iqba.
Tapi patut ke aku bagitau dia?
“Oklah, memandangkan kau dulu pernah
jadi rakan sepermainan aku, so aku izinkan kau bertanya soalan-soalan yang
rasional untuk aku jawab. Silakan dengan soalan pertama.”
“Siapa nama dia?”
“Siapa dia?”
“Pak we kaulah.”
“Ehem.. Iqba.”
“Umur?”
Aku dah ketap bibir. Umur pun nak
tau ke? “Tua dua tahun dari kita, 27”
“Pekerjaan?”
“Programmer.”
“Woah?” Ayien bagi reaksi kagum. Dan
aku balas dengan reaksi bangga.
“Err.. orang mana?”
“KL..”
“Bila nak kahwin?”
Tak ada jawapan.
“Bila nak kahwin?” Soal Ayien lagi.
“Tak tahu” jawabku, sepatah.
“Kenapa tak tahu?”
“Sebab keputusan bukan di tangan
aku.”
“Maksudnya dia belum lamar kau
lagi?”
“Some kind of..”
“Eh, perempuan pun boleh lamar
lelaki apa..”
“Eww.. memalukan kot.” Pantas aku
beri reaksi begitu.
“Bagi orang melayu memang memalukan,
tapi bagi islam tidak. Kalau seorang perempuan itu rasa dia dah bertemu dengan
lelaki soleh yang boleh membimbing dia ke jalan Allah, maka wajib baginya
meminang lelaki itu..”
Kata-kata Ayien itu jauh meresap ke
dalam hati aku. Tapi persoalannya, cukup solehkah Iqba untuk aku melamar dia?
“Well.. I’m not that desperate to
get married so soon.” Balasku setelah lama terfikir.
“Berapa lama dah kau dengan dia?”
soal Ayien lagi.
“Almost 2 years..”
“Baik korang kahwin cepat. Lagi lama
korang kawan, lagi banyak pula maksiat yang mungkin terbuat.”
Kali ini lengannya pula jadi tempat
untuk aku pukul. Sedap mulut dia je nak cakap aku buat maksiat.
“Ouch, boleh tak kau jangan sentuh aku
sesuka hati? Haram tau tak.”
“Oh, nak cakap pasal halal haram
pula kat sini. Tuduh orang buat maksiat tu tak rasa bersalah pula?”
“Aku bukan tuduh.. aku cuma
ingatkan. Maksiat tu bukan sekadar buat hubungan terlarang, maksiat tu boleh
jadi sesuatu yang ringan macam pegangan tangan ke..”
“Hei, aku tak buat benda-benda
terlarang itulah!” marahku.
“Iya, aku tau kau tak buat sebab tu
aku ingatkan. Aku suruh kahwin awal. Bukan aku tuduh..”
Aku kalah untuk melawan kata-katanya
lagi. Seperti ada sesuatu yang lain dalam diri Ayien sekarang. Dia macam dah
berubah, ke arah kebaikan?
Tapi mulut dia memang tak berubah!..
*****
Bila aku jumpa Iqba, aku cuba untuk
tidak bangkitkan soal kahwin lagi, tapi setiap kali aku tengok muka dia setiap
kali itulah fikiran aku akan memikirkan tentang perjalanan hubungan kami.
Sejauh manakah perhubungan ini akan terjalin? Adakah sampai ke alam
perkahwinan? Atau sehingga ke akhir usia? Atau.. terputus di tengah jalan
begitu saja? Oh..
“B..” panggilku, perlahan.
“Hem?”
“I love you.” Ucapku, tulus dari
hati.
“Me too.” Balas Iqba sambil menyisip
minuman sambil memandang ke sekeliling.
“B..” panggilku lagi. Fikiran aku
sebenarnya agak terganggu sekarang ini.
“Hemm..”
“You rasa sejauh mana hubungan kita
ni akan pergi?”
Sekarang barulah iqba memberi
tumpuan pada aku.
“Maksud you?”
“Sampai bila kita nak macam ni?”
“Kita bahagia macam ni kan?”
“Ya.. tapi bukan ke ini cuma bahagia
yang sementara? Sampai bila kita nak hidup dalam bahagia yang sementara ni?
Bila kita nak cipta bahagia yang kekal?”
Iqba senyum. Sinis.
“Apa yang you cakap ni?” soalnya.
Aku mengeluh.
“I tau kita dah bincangkan hal ni
banyak kali, tapi I rasa tak selamat.”
“Tak selamat apanya?”
“Tak selamat selagi I belum sah jadi
isteri you.”
Iqba tersedak. Aku hulurkan tisu
kepadanya yang sedang terbatuk-batuk itu.
“Sayang.. kita dah berbincang kan..”
“Ya, but..”
“Look. Kalau betul jodoh kita kuat,
terpisah beribu batu pun, kita pasti akan bertemu juga.”
Aku tunduk. Aku tak suka guna
perkataan jodoh itu. Ianya hanya menunjukkan yang Iqba tidak betul-betul serius
dengan perhubungan kami. Seolah-olah dia akan terima dengan hati terbuka jika
satu hari nanti kami mungkin akan berpisah.
“B.. I love you.” Ucapku, cuba
sampaikan padanya bahawa aku betul-betul sayangkan dia.
“I know.” Iqba kedip sebelah
matanya. Dan senyum.
****


3 ceritaMia's lovers:
Bestnya!!! Sweet sangat~~
Assalam. Baru jumpa blog ni. Citer best. Tp nak tegur ttg penggunaan perkataan ianya dlm cerpen ni. Ia dan nya tak blh digabungkan menjadi satu perkataan. Sekian, terima kasih. :)
mna penamatnya?? xkn x kawen kowt.. -_-
Post a Comment