http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Saturday, June 2, 2012

Plain guy versi miakaftiya



Tizza memegang beg-beg kertas di kiri dan kanan tangannya sambil berlari-lari anak dengan kakinya disarung kasut tumit tinggi 3 inci semata-mata kerana tak mahu terlambat sampai di stesen komuter. Dia rela berlari walaupun ianya menyukarkan dan menyakitkan kaki daripada dia terpaksa menunggu kerana terlepas komuter. Tak sanggup!.
                Selesai membeli tiket dengan duit baki dibiarkan saja kerana terlampau susah untuk simpan semula duit dalam beg, dia terus menuju ke 'mesin penelan tiket', memasukkan kadnya di 'mulut' mesin itu dan berjalan melepasinya dengan tergesa-gesa sehinggakan satu beg shoppingnya terlepas dari pegangan. Tapi sewaktu dia ingin berpatah balik dan mengambil beg itu, palang di tengah-tengah mesin itu telah pun ditutup kembali.
                "Oh.. what the.."
                Baru saja mulut Tizza ingin mengucapkan kata-kata carutan, seorang lelaki yang kebetulan ingin menggunakan laluan yang sama dengannya di mesin itu telah pun  mengambil beg itu sebelum lelaki itu memasukkan tiketnya di 'mulut' mesin ini dan berjalan menghampiri Tizza. Beg ditangan lelaki itu dihulurkan kepada Tizza. Dengan susah payahnya pula, Tizza cuba membahagikan sama rata setiap beg di tangannya supaya dia boleh mengambil beg dari tangan lelaki itu.
                Tapi sebaliknya yang berlaku bila kesemua beg ditangan Tizza dirampas dan dipegang oleh lelaki kurus yang bercermin mata bingkai tebal ini. Tizza terkedu, tapi dia kelu tak tahu apa patut dia katakan, marah lelaki ini kerana dengan sewenang-wenangnya mengambil harta benda orang lain atau berterima kasih kerana lelaki ini sebenarnya berniat untuk membantu Tizza membawa kesemua begnya menuju ke perhentian komuter di sebelah sana?.
                Penyudahnya, Tizza hanya mengekori langkah lelaki kurus ini dari arah belakang. Memanjat anak-anak tangga dan seterusnya menuruni tangga sehinggalah mereka masuk ke dalam komuter yang kebetulan sudah sampai.
                Lelaki ini memandang Tizza, melalui isyarat mata dia bertanya dimana Tizza mahu dia letakkan beg-beg yang dipegangnya itu. Dan tizza dengan pantas terus mengambil tempat duduk di sebuah kerusi kosong berdekatan pintu. Kemudian dipanggil lelaki itu agar meletakkan kesemua beg-beg itu dihadapannya.
                Patuh kepada apa yang disuruh, lelaki itu melakukannya sebelum dia sendiri menghilang dalam kesesakan komuter yang dipenuhi manusia ini.
                "Tak sempat nak ucap terima kasih.." Keluh Tizza. Kesal.
                Selepas hampir dua puluh minit berada dalam komuter itu akhirnya tizza bersedia untuk keluar di perhentian yang dituju. Saat ini dia memikirkan,
                "Kan bagus kalau mamat tadi tolong aku angkat barang-barang ni sekali.." katanya dalam hati sambil  memerhatikan sekeliling, berharap agar lelaki itu ada di sekitarnya. Tapi hampa, lelaki tu langsung hilang tanpa dapat dikesan.
                Bila komuter dah betul-betul berhenti, sekali lagi Tizza terkedek-kedek berjalan keluar sambil mencimbit beg-beg di kiri dan kanan tangannya. Tapi pada saat Tizza harus berjalan lebih pantas untuk bersaing keluar dengan penumpang lain, pada saat Tizza cuma ada dua tangan untuk menguruskan beg-begnya dan mengeluarkan tiket dari dalam beg tangan, pada saat itulah telefon bimbitnya ingin berbunyi. 
                Mendengar telefon bimbitnya berbunyi pada saat dia tak mampu untuk menyeluk tangannya masuk ke dalam beg adalah sesuatu yang sangat tak cool, sangat menyakitkan hati dan sangat membuatkan Tizza rasa seperti ingin mencampak beg tangannya jauh-jauh supaya dia tidak perlu mendengar suara Justin Bieber memanggil Baby, baby berulang-ulang kali.
                Tizza terus berjalan keluar dari stesen komuter ini dan mencari teksi untuk membawanya pulang. Sehingga dia selamat masuk dalam teksi barulah dia membawa keluar telefon bimbit yang masih belum berhenti memanggil, "Baby, baby, baby.. Oh.." Nama "sayang" terpampang di skrin. "like baby, baby, baby..." butang hijau ditekan dan suara Justin Bieber lenyap.
                "Hello." Kasar, tiada emosi dalam nada suaranya itu.
                "Hello B, you kat mana? Lama I call you tak angkat, i risau tahu tak?" Bebel Walid, dengan nada risau yang kedengaran begitu jelas sekali.
                "I dalam komuterlah tadi, macammana nak angkat phone kalau kat tangan i pun dah penuh dengan beg. Lainlah kalau i ni "squidward", ada banyak tangan kan.." Perli Tizza. Membuat perumpamaan dirinya dengan Si sotong yang bermain alat muzik dalam kartun spongebob itu.
                Moodnya hari itu memang betul-betul tak berapa nak baik bila sepatutnya Walid yang mengajaknya keluar, Walid yang datang menjemputnya di rumah dengan menaiki kereta dan Walid yang membelanjakan wangnya untuk Tizza bershopping hari itu, terpaksa meninggalkan dan menyuruh Tizza pulang ke rumah sendiri menaiki kenderaan awam dan membimbit barang-barang yang dibelinya itu sendiri semata-mata kerana Walid dapat panggilan kecemasan dari rumahnya?
                "Hahahaaaa.. you ni kelakarlah B, by the way you dah sampai mana sekarang?" Soal Walid, menganggap apa yang dikatakan oleh Tizza tadi cuma gurauan.
                "On my way to my house!"
                "Ok.. kejap lagi I datang ambil you."
                "Buat apa?"
                "Keluarlah. Tadi kita tak sempat makan kan?"
                "How about you punya emergency call dari rumah tu?"
                "Oh.. tak ada apa-apalah, dah settle. So, I tuggu you kat rumah you okeh?"
                "No. Tak payah. Siapa kata i nak keluar balik lepas i dah sampai rumah?"
                "B... you merajuk dengan i ke? I'm sorry ok. I'll pick you up."
                "No!, I tak nak keluar dan jangan datang rumah I!" Tegas Tizza lantas mematikan talian. Berombak dadanya menahan marah bila dengan sewenang-wenangnya Walid mengajaknya keluar kembali selepas dia berpenat lelah pulang ke rumah sendirian.
                Lebih menyakitkan hati lagi bila emergency call itu katanya adalah sesuatu yang tak penting? Grrr.. Tapi Tizza tahu yang dia takkan merajuk lama-lama dengan walid sebab dia memang takkan mampu untuk merajuk.
                Esoknya, sewaktu Tizza ingin keluar pergi kerja, satu bungkusan coklat dengan sekeping kad di atasnya ada diletakkan di atas lantai depan pintu. Tizza buka kad itu dan senyuman mula terukir di bibirnya bila membaca kata-kata yang tertulis..
                "Your smiles as sweet as this chocolate. So, smile aaaallways! :-)"
                Tizza keluarkan telefon bimbit dari dalam beg untuk membuat panggilan kepada Walid. See? Dia memang takkan mampu untuk merajuk lama-lama bila si tukang pujuk sentiasa ada helah untuk membuat dia kembali ceria.
                "Hello. sayang...." Kata Tizza bila talian disebelah sana disambut.

******

                "Hai, sibuk ke?" Tegur satu suara. Mendengar suara itu saja sudah cukup untuk buat Tizza rasa harinya akan musnah!
                "Amboi.. sombongnya dia, langsung tak nak pandang muka i." kata suara itu lagi.
                Tizza mendengus, kuat. Ingin menunjukkan kepada Shaq lelaki perasan yang suka menganggap setiap kali dia tersenyum dan menyebak rambut ikalnya yang hitam lagi bersinar itu kebelakang semua perempuan akan tergoda dan mencair. Tapi hakikat sebenarnya, Tizza langsung tak pernah kisah dengan segala aset yang dimiliki oleh Shaq itu, lebih teruk lagi yang sebenarnya Tizza sangat menyampah melihat gaya Shaq mengusap rambutnya sebab dia kelihatan seperti menunjuk sesuatu yang memang dah terang lagi bersuluh, boleh dilihat.
                "Maaf, ini bukan office bapak I yang you boleh datang bila-bila masa you suka semata-mata sebab nak ganggu i buat kerja" Kata Tizza, memerli.
                "I bukan nak ganggu you, i datang ni nak pesan kat you yang tengahari nanti i nak ajak u keluar makan, itu je. Salah?"
                "Salah besar. Sebab i dah ada date dengan my "dealova""
                "Oh.. esok?"
                "Sorry, i won't have a time with any guy except my dealova" Kata Tizza, sarkastik. Sengaja dia membahasakan Walid sebagai 'dealova'.
                Sudah puas dia cuba memahamkan Shaq yang dia setia pada yang satu dan tak akan tergoda dengan senyuman mahupun gaya yang Shaq tunjukkan kepadanya. Sekalipun dia mungkin akan berpisah dengan Walid suatu saat yang tidak diketahui nanti, dia tetap takkan memilih Shaq sebagai pengganti. Not in a million years..
                "Apa lebihnya 'dealova' you tu berbanding i?" Soal Shaq, nada tak puas hati.
                "Dia sempurna sebagai seorang lelaki." Jawab Tizza, yakin.
                "Habis? I tak sempurna?" Soal Shaq.
                "Tidak pada pandangan mata i."
                "Heh.. we'll see what so special about your boyfie.."
                "Hei, you tak payah nak sibuk sangat pasal boyfie i boleh tak?"
                "Well.. i nak tau juga dimana sempurnanya dia di mata you." Serentak dengan kata-kata itu, Shaq terus keluar dari pejabat Tizza.
                Dan seperti yang Tizza jangkakan, harinya akan musnah selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Shaq yang tak ada insurans itu, bila tak ada satu kerja pun yang menjadi.
                Saat itu Tizza terasa macam nak jerit kuat-kuat bagi satu bangunan pejabat ni dengar betapa dia benci Shaq!

****
                Pada satu hari hujung minggu, Tizza dan Walid keluar bersama ke sebuah pusat membeli belah dan kali ini Tizza bertegas untuk menjemput Walid di rumahnya dan bukan Walid yang menjemput Tizza seperti sebelum-sebelumnya. Ini semua kerana Tizza tak mahu kalau dia terpaksa balik naik kenderaan awam lagi, jadi sebagai langkah berjaga-jaga Tizza mahu Walid ikut katanya.
                "People keep looking at us.." Luah Tizza bila dilihat setiap kedai yang mereka singgah, setiap kali mereka berjalan, tak henti-henti orang-orang sekeliling memandang ke arah mereka. Tak cukup cuma 'terpandang' mereka menoleh lagi untuk kedua kali dan terus merenung sehingga Tizza dan Walid berjalan melepasi mereka. Dan itu membuatkan Tizza berasa sangat tak selesa. Sungguh!.
                "They are looking because they think that we're suit to each others." Balas Walid, begitu optimistik, dengan senyuman bangga di bibirnya.
                "Really? But what i see is their eyes is looking at you, smiling to you dan yang paling penting sekali, diorang tu semuanya perempuan!" Balas Tizza, tak suka dengan sikap positive thinking yang ada pada Walid.
                Semua benda pun bagi Walid adalah sesuatu yang baik, yang bagus, sehinggakan orang memandang ke arahnya, dia anggap mereka memandang ke arah Tizza dan dirinya sendiri.
                "B.. you jealous ke? Hahahaa... B you tau tak, tak ada perempuan lain dalam hati I selain you? Jadi buat apa you nak cemburu, buang masa jelah." Balas Walid, terkekek-kekek ketawa.
                "Lucu sangatlah tu?" Marah Tizza dalam hati. Ya, memang Tizza cemburu dan Tizza juga tahu yang walid takkan layan perempuan sembarangan. Tapi Walid sepatutnya tahu yang tak ada perempuan yang tak rasa tergugat bila teman lelakinya dipandang oleh perempuan lain. He's my man!
                "Sayang.. you tahu tak ada seorang client I tu asyik ajak I keluar makan je." Tizza menukar topik perbualan, disamping ingin membuat Walid cemburu dia juga mahu tahu apa yang Walid akan lakukan jika teman wanitanya diganggu oleh lelaki lain.
                "Really? Lelaki ke perempuan? I kenal dia?" Soal Walid teruja.
                "Nope, you tak kenal dia dan dia lelaki" Balas Tizza.
                "Oh, so kenapa tak keluar dengan dia?" Soal Walid, selamba. Seperti tak terasa langsung dengan ajakan itu.
                "Sayang..  I kan dah ada you, kenapa pulak I kena keluar dengan dia?" Marah Tizza, tak puas hati bila Walid menganggap isu itu seperti sesuatu yang remeh. Bukankah sepatutnya Walid perlu halang Tizza daripada berhubungan dengan lelaki itu lagi?
                "B.. keluar makan je kan? You bukan isteri I and you bebas nak keluar dengan sesiapa saja yang you mahu, besides.. I trust you!"
                Tizza mengeluh. Mengikut teori Tizza, ada dua kesalahan dalam bercinta, 1. Don't trust your partner too much dan 2. Jangan kongkong pasangan kamu macam dia langsung tak ada hak untuk hidup. Masalah yang dihadapi bersama walid adalah Walid terlalu mempercayai dirinya. "Just do anything you want, I won't stop because I trust you" ayat itu selalu sangat diucapkan oleh Walid sehinggakan Tizza sudah dapat menghafal baris ayat itu setiap kali Walid mengucapkannya.
                "So, you pernahlah keluar dengan perempuan lain tanpa pengetahuan I sebab I bukan isteri you?" Soal Tizza, ada nada ingin tahu dan sarkastik dalam bicaranya itu.
                "Yea.. sometimes!" Jawab Walid.
                Tizza mengeluh lagi. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah, kenapalah Walid ni jujur sangat? Dia boleh berbohong dengan mengatakan 'tak pernah' sekalipun dia dah banyak kali keluar dengan perempuan lain. Tak ada istilah 'tak boleh berbohong' dalam setiap perhubungan dan Tizza percaya tentang itu.
                "B I salah cakap ke?" Soal Walid, menyedari perubahan pada air muka Tizza.
                "I nak pergi Ladies" Balas Tizza, tidak menjawab soalan Walid sebaliknya terus meminta diri untuk ke tandas. Dia tak ada mood untuk menjawab mahupun menjelaskan apa-apa pada Walid, bila kehendak hatinya tak seiring dengan pemikiran Walid. Payah!
                Beberapa minit di dalam tandas tanpa buat apa-apa melainkan termenung dihadapan cermin dan cuba menenangkan diri, barulah Tizza keluar dari tempat yang langsung tak sesuai untuk menenangkan diri itu. Dan rupanya perkara paling menyenangkan ialah tutti fruiti yang dibeli oleh Walid untuk dirinya. Tizza cuba untuk tak senyum, tapi cara Walid itu terlalu romantik dan menyentuh hatinya. Dia terpaksa kalah dengan egonya sendiri dan tersenyum memandang Walid sambil menyambut mangkuk comel itu dari tangan Walid.
                Walid memang suka memanjakan dirinya dengan sesuatu yang seperti ini. Sesuatu yang.. manis! Sebab katanya..
                "You tau kan yang I suka tengok senyuman you yang manis macam gula tu?"

******

                Setelah berkali-kali Shaq datang mengganggu Tizza di pejabat, Tizza terpaksa akur untuk keluar makan tengahari dengannya memandangkan mengikut pertaruhan mereka, Tizza akan keluar makan dengan Shaq dan selepas itu, lelaki itu harus terus lenyap dari diari hidup Tizza! Mesti.
                Pemerhatian Tizza terhadap Shaq tak ada bezanya lelaki ini dengan Walid bila kedua-dua mereka sama romantik, sama kacak, sama-sama tahu bagaimana untuk mengambil hatinya, atau mungkin hati 'perempuan' cuma...
                Dia menyampah tengok senyuman Shaq yang nampak sangat tak ikhlas, melainkan senyuman yang terlukis di bibir lelaki ini adalah senyuman palsu dengan niat untuk menggoda. Bila Shaq senyum, bibirnya akan diheret ke pipi sebelah kanan, matanya akan turut tersenyum bila hujung matanya akan mengecil dan membuatkan matanya nampak sepek. Rambutnya yang hitam lebat dan ikal itu pula akan jatuh ke pelipis kepala dan jari-jemarinya yang besar dan cerah sehingga menampakkan urat-urat biru itu pula akan menyebak rambutnya kebelakang sambil matanya tak henti merenung ke arah Tizza.
                itu merimaskan kerana Tizza tahu yang Shaq sedang cuba menggodanya dengan aset yang dimilikinya.
                "I tak terima pelawaan you untuk biarkan you tenung I sampai tak ingat nak order makanan.." Perli Tizza. Sejak lima minit yang lalu, selepas Shaq tarikkan kerusi untuk Tizza duduk, mereka hanya duduk-duduk saja dan berpandangan sesama sendiri.
                Shaq senyum lagi, makin lebar. "Sorry.. i sedang cuba nak pastikan betul ke yang I sebenarnya sedang keluar makan dengan you ni?" Kata Shaq, kononnya tak percaya bahawa dia sedang duduk satu meja berdua dengan Tizza, di sebuah restoran.
                "Dengan perempuan lain pun you guna dialog yang sama ke?" Soal Tizza, sarkastik.
                Shaq ketawa. "Kenapa you mesti fikir dialog apa yang I guna dengan perempuan lain? You cemburu ke???"
                "Kenapa you mesti fikir yang I cemburu? Kenapa you tak fikir yang I sebenarnya sedang perli you?"
                Shaq berhenti ketawa dan reaksi mukanya berubah, Shaq berdehem beberapa kali sebelum dia memanggil pelayan restoran.
                "Boleh tak kita tak payah bercakap tentang orang lain bila sekarang kita sedang duduk berdua?" Pinta Shaq.
                "I datang sini cuma nak makan cepat-cepat dan balik semula ke office" Balas Tizza, sebagai isyarat bahawa dia tidak berniat untuk menghabiskan lebih banyak masa bersembang dengan Shaq di sini.
                Shaq memandang Tizza dengan pandang yang sukar dimengertikan. Pada ketika itu pelayan restoran datang hantar menu dan menunggu untuk mereka membuat pesanan. Shaq meminta pelayan itu pergi dan membiarkan mereka memilih dahulu.
                Pelayan itu menundukkan kepalanya sebelum dia pergi. Kini Shaq meletakkan menu di tangannya di atas meja dan memandang tepat ke muka Tizza.
                "Look, you janji dengan I akan keluar makan dengan I dan lepas tu I takkan muncul dalam hidup you lagi, fine. Tapi kalau untuk kali terakhir ni pun you masih tak bagi peluang pada I untuk luangkan lebih banyak masa dengan you.. apa gunanya I ikut cakap you?" Luah Shaq tak puas hati.
                Tizza mengeluh, berat.
                "You expect too much Shaq. You tau kan yang I dah ada kekasih? Apa lagi yang you nak kat I??" Soal Tizza, perlahan dan letih. Letih nak layan kerenah Shaq yang tak reti berputus asa ni.
                "I didn't expect too much, I just go for what i want. And you patut tahu yang I sebenarnya dah kenal dengan Bf you.."
                Tizza angkat kepala daripada memandang senarai menu ditangan kepada muka Shaq. Keningnya terangkat sebelah.
                "Nama dia Walid, lelaki kacak yang suka tersenyum, I pernah jumpa dia.. and i know his your man."
                "Mana you tau? You intip I?"
                Shaq angkat bahu. Dan saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa Tizza rasa yang Shaq telah bertindak berlebihan, Shaq telah mencerobohi hak privasi dirinya. Itu memang sangat keterlaluan!
                "You know what, ini adalah hari terakhir I akan nampak muka you, dan lepas ni tolong jangan datang atau ganggu hidup I lagi." Kata Tizza, tegas, sebelum dia bangun dan meninggalkan Shaq yang tak sempat berbuat apa-apa.
                Dada Tizza berombak geram. Dia berjalan pantas melangkah keluar dari restoran tanpa sempat menjamah makanan. Tak apa, perutnya pun tiba-tiba rasa kenyang!

**********************
                "Aku nak putus dengan Walid!" Kata Tizza kepada diana, teman serumahnya. Ketika itu Diana yang sedang kusyuk membaca novel cinta terus berkalih memandang Tizza yang baru duduk di sofa sambil menghidupkan tv.
                "Apa?" Soal Diana, bukan tak dengar apa yang dikatakan oleh temannya itu, tapi cuma ingin memastikan apa yang didengarnya itu.
                "Aku. Nak. Putus. Dengan. Walid. Eh, tak aku dah putus!" Jawab Tizza.
                Daripada posisi berbaring, Diana terus terduduk. Novel yang dipegangnya ditutup dan diletakkan atas meja.
                "Putus? Kenapa?" Soal Diana.
                "Bosan!"
                "Bosan? Tujuh bulan kau bercinta dengan dia kau dah kata kau bosan? Hellloo kawan, itu belum tujuh tahun, belum kahwin dan sehidup semati, kau dah bosan? Alasan apa ni??"
                "Bosan itu tak perlukan tempoh masa yang lama, kalau dah bosan, baru kenal tiga hari pun dah muak nak tengok muka yang sama"
                "Tapi Za.. Walid tu punyalah..."
                "Ya, punyalah baik, romantik, handsome, sweet, berduit, bekerjaya.. pendek kata calon idaman setiap wanitalah." Balas Tizza memotong percakapan Diana. Dia sampaikan dah boleh hafal apa yang akan Diana katakan sebab memang itulah yang selalu Diana cakap tentang Walid dan Diana selalu berpesan pada Tizza supaya jaga Walid baik-baik sebab susah nak dapat pakej lelaki macam tu lagi sekarag ni.
                "Hah.. tau tak apa, tapi putus jugak apahal?"
                "Sebab aku bosan, bila aku merajuk dia pujuk aku dengan benda-benda manis, coklatlah, aiskrim, gula-gula.. apa dia nak aku dapat penyakit kencing manis ke? Bila aku marah dia sejukkan aku dengan bunga, dengan hadiah misteri dia, dengan gurauan tak kelakar, dengan ayat-ayat romantik. Tiap-tiap kali aku marah pun itulah modal dia nak pujuk aku. Bila aku sedih, bila aku nak mengadu, bila aku nak dia faham aku, dia tak habis-habis dengan kata-kata positif dia tu, Asyik-asyik look at the bright sight!, Sekali-sekala aku nak jugak layan rasa marah aku, rasa sedih aku, rasa geram aku. Aku nak jugak kutuk client yang tak habis-habis paksa aku siapkan permohonan pinjaman dia cepat-cepat, aku nak jugak kutuk kawan lama yang rasa pakwe dia lagi handsome daripada pakwe orang lain padahal muka pakwe dia tu biasa je, aku nak jugak look at the dark sight." Luah Tizza panjang lebar.
                "kau dah simpan lama benda ni dalam hati kau kan?" Soal Diana, seperti memahami perasaan Tizza saat ini.
                "Tak jugak lama, dalam sebulan dua je kot.."
                "Kenapa tak cerita kat aku??"
                "Heh.. mana ada orang yang suka untuk dengar kisah cinta orang lain. Kalau baca novel cinta tu mungkin lain ceritalah"
                "kau patut tahu Za yang aku sangat suka dengar kisah cinta orang lain. Kau terutamanya."
                "Hehe.. biarlah, aku nak lupakan pasal kisah aku dengan Walid dan mulakan kisah baru dengan siapa yang aku pun tak tahu.."
                "Berakhirnya sebuah perhubungan itu bukan suatu pengakhiran, tapi ia cuma sebuah permulaan untuk satu kisah yang baru.. itu ayat yang aku baca dalam novel inilah! Hahaha.." Diana menunjukkan novel yang dipegangnya.
                "Aku ingat ayat kau sendiri tadi, baru ingat nak puji."
                Diana kembali berbaring dan membaca juga menghayati kisah cinta di dalam novel itu dan Tizza kembali memandang ke arah tv tapi yang sebenarnya fikiran dia menerawang mengingati peristiwa kenapa dia putus dengan Walid beberapa minit lepas.
                Beberapa minit lepas, semasa Tizza di dalam bilik tidurnya, sedang membuat panggilan kepada Walid kekasih hatinya untuk mengadu dan menceritakan betapa tak wajarnya tindakan Shaq, lelaki playboy yang asyik menggangunya itu kerana telah mengintip pergerakan dirinya semata-mata kerana ingin kenal siapa Boyfriend Tizza. Secara tak langsung, tindakan Shaq itu sebenarnya telah mencerobohi hak asasi Tizza sebagai seorang manusia. Tapi kata Walid..
                "Kenapa pulak you nak marah, bukan sepatutnya you berbangga ke yang sekurang-kurangnya ada orang yang bersusah payah untuk you semata-mata untuk kenal siapa boyfriend you. Kan B?" Kata Walid, tergelak-gelak.
                "Sayang! I tak buat lawak ok! You tak fikir ke yang dia mungkin boleh buat lebih dari itu? Entah-entah dia intip jugak kat mana I tinggal, kat mana kampung I, siapa mak bapak I? You tak risau ke?" Soal Tizza.
                "Hehehee.. Nak risau apa? I yakin lelaki macam dia tu takkan buat sesuatu yang lebih dari itu melainkan dia cuma nak tau siapa sebenarnya teman lelaki you. Bila dia dah tau, dia stop sampai situ jelah. You tak payah risaulah B.."
                "Ok.. kalau betullah apa yang you cakap ni, dia takkan ganggu I lebih dari itu, tapi you tak rasa nak buat apa-apa ke?"
                "Nak buat apa?"
                "Do somethinglah, Pergi marah dia sebab kacau I ke.. ugut dia supaya jangan ganggu I or anything??"
                "Hahahahhaaa..." Sekali lagi Walid ketawa, kuat. "B, kenapa pulak I kena buat benda-benda bodoh tu semua? Ha? You're my girlfriend, bukan my wife and i tak ada hak untuk buat benda-benda tu semua ok.."
                "Tapi takkan sebagai girlfriend pun you tak boleh nak pertahankan I?"
                "Pertahankan apa? Apa yang dia dah buat sampai I kena pertahankan you? Ada dia rogol you? Cabul you? Tak ada kan?"
                "Walid! You tau tak, kadang-kadang bercakap dengan you ni cuma menyakitkan hati! you tak pernah cuba nak faham perasaan I, yang I tau you dengan Shaq memang tak ada beza langsung. "
                "Hei.. tolong jangan samakan I dengan si Shaq you tu. I tak pernah buat semua yang dia buat masa nak pikat you dulu.."
                "Tapi apa bezanya kalau you langsung tak ambil peduli tentang I? Sebab I bukan isteri you jadi you tak ada hak, bla..bla..bla.. eh, pergi blahla dengan hak you tu jadi apa kata mulai detik ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi."
                "Ok, fine! I pun dah tak laratlah nak layan you punya kerenah tu. Sikit-sikit nak mengadu, sikit-sikit..."
                Tizza terus matikan panggilannya. Tersentap hatinya bila mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Walid itu.
                Tizza mengeluh, berat. Agaknya Walid memang dah lama tunggu peluang untuk putuskan hubungan mereka..  
*****
                untuk hari yang baru sebagai seseorang yang baru putus hubungan, Tizza keluar menenangkan diri dengan melakukan perkara sama yang pernah dilakukan bersama-sama dengan Walid pada kali terakhir mereka keluar bersama. Iaitu, shopping!
                Tizza mahu buktikan pada dirinya sendiri yang dia sendiri pun mampu untuk mengeluarkan belanja untuk dirinya sendiri tanpa perlu ditanggung oleh Walid. Oleh itu, dia membelanjakan duit yang selama ini disimpan untuk perbelanjaan dirinya.
                Tizza menjinjit beg-beg plastik di kiri dan kanan tangan menuju ke stesen komuter, sekarang dia ingin menyesal kerana membuat keputusan melulu kerana meninggalkan keretanya di rumah dan menaiki kenderaan awam.
                Salah satu begnya tercicir semasa dia sedang menyeberang jalan. ingin berpatah balik tapi kereta pula lalu lalang, penuh sesak. Lama dia menunggu di tepi jalan itu semata-mata ingin mendapatkan kembali beg yang terjatuh di seberang jalan sana.
                Secara tak disangka-sangka, seorang lelaki mengambil beg itu dan berjalan menghampiri Tizza, dahi Tizza berkerut, serasanya dia pernah nampak muka lelaki ini tapi dia keliru.. dimana ya?
                Beg yang dihulur diambil juga walaupun fikirannya masih belum berhenti berfikir. Ya, dia sangat yakin yang dia pernah melihat muka itu. Diluar kesedaran otak, laju kakinya mengekori langkah lelaki itu yang berjalan pantas dihadapan. Tak tahu apa yang membuatkan Tizza membuat keputusan begitu, tapi yang dia tahu dia mahu pastikan siapa lelaki tersebut.
                Lelaki itu kelihatan kurus dan tinggi, memakai baju T lengan pendek yang berpotongan v di leher dan berwarna putih. Memakai seluar jins warna hitam dengan kasut sukan, dan oh dia juga memakai topi besbol di kepalanya. Jika diperhati betul-betul, Tizza yakin yang lelaki ini tiada dalam rekod memori fikirannya, tapi kata hatinya mengatakan yang dia pernah jumpa lelaki ini.
                Lelaki itu menuju ke pasar seni, dia terus berjalan sehingga dia berhenti di satu kawasan lapang, tempat dimana ada seorang lelaki lain sedang duduk melukis. Dia menegur lelaki yang sedang melukis itu dan dia pula mengambil tempat duduk di salah satu kerusi kosong, berhadapan dengan sebuah kanvas besar.
                "Oh, dia pelukis rupanya.." luah Tizza perlahan.
                Tanpa menunggu lagi, Tizza terus duduk di kerusi kosong berhadapan dengan tempat lelaki itu duduk. Meminta agar potretnya dilukis. Tizza tersenyum apabila lelaki ini memandang Tizza tidak berkelip.
                "Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal Tizza.
                Lelaki ini berhenti memandang, lalu dia pura-pura mencapai bekas cat dan mencalitkan warna-warna cat ke atasnya. Dari tadi, selain daripada memandang Tizza tidak berkelip, lelaki ini langsung tidak bersuara sepatah kata pun.
                Tizza cuba untuk membangkitkan suasana dengan bertanya sesuatu tapi bila melihat muka serius lelaki ini dia batalkan saja niatnya itu. Kalau betul dia kenal lelaki ini, pasti nanti dia akan teringat juga dimana dia pernah berjumpa dengannya.
                Tiba-tiba suara Justin Beaber yang menyanyikan lagu Baby kedengaran daripada beg tangan Tizza. Tak perlu dilihat pada nama di skrin Tizza dah tau siapa yang menghubunginya kerana lagu itu diset untuk panggilan daripada Walid. Saat itu Tizza baru tersedar yang dia harus menukar lagu Baby kepada lagu Kisah Hati. Sebab lagu Alyah itu sesuai untuk orang yang dah putus cinta.
                Lelaki berbaju putih dihadapannya itu memandang Tizza bersilih ganti dengan beg tangan Tizza yang dia letakkan di bahu. Sedar dengan maksud pandangan lelaki ini Tizza pantas mencari telefon bimbitnya dan panggilan Walid dijawab dengan nada yang tak berapa nak mesra.
                “Hello! Hah.. you nak apa lagi? Nak minta I pulangkan balik barang-barang yang you dah belikan dulu tu?” Soal Tizza, sengaja tak mahu memberi peluang kepada Walid untuk bersuara.
                “Tiz.. I bukan buruk siku ok, by the way tak boleh ke you jawab call I baik-baik sikit?”
                “Sukahati I lah nak jawab macammana pun, you bukan sesiapa dalam hidup I lagi kan?..”
                “Tizza.. hurrmm..” dari corang telefon, terdengar bunyi Walid menarik nafas dalam-dalam sebelum dia kembali bersuara, “Tizza, I’m sorry ok, I tau yang I tak patut cakap macam tu pada you tapi masa tu I tengah tension, tiba-tiba you pulak..”
                “Dah la Walid! Tak payah nak berdrama dengan I sangat boleh kan.. you ingat I ni pelupa ke? You cakap I ni bukan wife you yang you kena pertahankan, kena jaga.. kan?”
                “Ok, I sad, I’m sorry! I masih sayangkan you Tizza, bila you tak ada I rasa kosong, I rasa macam I hilang sesuatu, rupanya I tak boleh kehilangan you.. kita berbaik semula, please..??” rayu Walid.
                Tizza hembus nafas kasar, dia sangat tak suka bila Walid merayu sebab dia tau yang dia mungkin akan kalah dengan rayuan itu, tapi bila tiba-tiba dia terpandang lelaki dihadapannya ini yang cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain bila Tizza memandangnya, hati Tizza tiba-tiba rasa yang dia betul-betul tak perlukan Walid lagi dalam hidupnya.
                “Walid, you know what, you hilang I seorang tapi you boleh dapat pengganti I lebih dari itu.” Selepas mengucapkan kata-kata itu Tizza terus mematikan panggilan.
                Kini pandangannya dihalakan kepada lelaki dihadapannya ini yang nampak serba tak kena. Sepertinya dia sedang mencari sesuatu, entah apa yang dicarinya entah..
                “Awak.. saya ni cantik ke pada pandangan mata awak?” Soal Tizza, entah kenapa soalan itu yang dia tanyakan, dia sendiri tak tahu.
                Lelaki ini terus berhenti ‘mencari’ lalu pandangan matanya memandang ke arah Tizza sebelum dia angkat bahu dengan tanpa reaksi yang terlukis di mukanya. Kemudian dia mencapai berus lukis yang terletak betul-betul di atas lantai, berdekatan dengan kaki tempat letak kanvas. Dari reaksi mukanya terlukis expresi lega menunjukkan benda itulah yang dia cari sejak tadi.
                “Saya tau saya cantik kalau tak, takkan ramai lelaki kacak yang terkejar-kejarkan saya kan? Tapi masalah betullah bila keluar dengan lelaki-lelaki kacak ni, diorang suka fikir yang diorang boleh dapat apa saja, contoh paling dekat, diorang fikir diorang boleh dapat perempuan cantik untuk jadi pendamping diorang. Jadi nanti, bila si jejaka kacak dan si gadis jelita keluar bersama-sama ianya akan menghasilkan satu momentum yang sangat kuat, lalu membuatkan semua orang akan terpandang-pandang ke arah kami dan berbisik sesama sendiri tentang.. ‘oh, pasangan itu sangat secocok..’ awak rasa cara itu ‘cool’ ke?”  soal Tizza kepada lelaki ini.
                “Hurm?..” lelaki ini cuma mengangkat bahu dan mencebikkan bibirnya saja, sambil tangannya mula mencampurkan warna-warna di atas papan yang dipegangnya itu sebelum dicalitkan di atas kanvas.
                “Haishh..” Tizza mengeluh, lalu pandangannya dihalakan ke atas jalan.Termenung.
                Dalam fikirannya sedang memikirkan tentang Walid, kekasih sempurna yang pandai mengambil hati, yang romantik, yang kacak sudah tentu, yang tahu bagaimana untuk mengambil hatinya, yang tahu bagaimana untuk tenangkan dirinya, tapi sayang… sangat sayang.. hubungan mereka berakhir setelah lapan bulan bercinta.
                Walid kacak, tapi kekacakkan dia selalu membuatkan perempuan lain tertarik kepadanya. Walid suka senyum, tapi sekali Walid senyum, semua gadis yang melihatnya pun boleh cair macam coklat dalam mulut. Walid baik, tapi kadang-kadang Walid berlagak baik pada tempat yang salah sebab dia membuatkan perempuan yang ditolong itu memikirkan yang Walid suka pada mereka.  Walid berfikiran positif, tapi kadang-kadang terlampau positif pada semua perkara sampaikan bila Shaq datang mengganggu Tizza pun, Walid masih melihat ianya dari sudut positif. Hurmmm…
                Tiba-tiba Tizza rasa penat. Penat memikirkan tentang Walid sehingga membuatkan dia  rasa cuma mahu duduk di rumah dan berehat. Siapa kata dia gadis yang tak ada perasaan? Sekurang-kurangnya dia masih perlu layan perasaan putus cintanya dengan cara yang negatif, seperti menangis atau termenung, atau hilang selera makan jadi nanti dia akan pulih dengan cepat.
                Beg-beg shopping yang diletakkan di sebelah kerusinya dicapai, dengan muka lesu dan tak bermaya, Tizza bangun terus meninggalkan lelaki itu yang terpinga-pinga dengan tindakan Tizza.
                Setelah melangkah beberapa tapak ke hadapan, Tizza menoleh ke belakang. “Sorry awak, tiba-tiba saya rasa tak ada mood, lain kali saya datang balik beli lukisan saya tu ya?” dan selepas itu dia kembali melangkah dengan matlamat, rumah ada destinasi terakhir yang ingin dituju.

*****
                Datang ke pejabat pada hari yang baru dengan status single yang disandang, membuatkan Tizza fikir yang dia akan lebih tenang dan tenteram tapi itu cuma dirasakan pada separuh hati dipejabat, masuk separuh harinya dia tidak lagi rasa menyandang status single itu bagus untuk dirinya.
                “Kerja you memang datang melepak kat office orang je ke Shaq?” Soal Tizza sinis kepada Shaq yang sentiasa ada dihadapan matanya.
                Tizza fikir selepas perjanjian mereka dahulu yang Shaq tidak akan datang ganggu Tizza lagi jika mereka keluar makan bersama Tizza tak perlu peningkan kepala memikirkan tentang Shaq lagi, tapi sebaliknya pula yang berlaku bila hari ini tiba-tiba dia muncul dipejabat Tizza.
                Mentang-mentanglah pejabat Shaq terletak tidak jauh dari kawasan tempat kerja Tizza..
                “You tak tau ke kerja I adalah stalk you? Tambah-tambah lagi bila I dapat tau yang you dah putus dengan you punya ‘dealova’ tu, heh..“ Shaq tersengih bangga.
                “you ni kan.. eeiii.. you patut simpan sifat tak mudah putus asa you tu untuk kerja-kerja yang lebih berfaedah. Lagi bagus kalau you jadi pekerja terbaik yang tak mudah putus asa untuk majukan syarikat daripada tak putus-putus asa cuba dapatkan I, apa yang ada pada I sampai you perlu berusaha keras begini?”
                “Hehehehe.. you tanya I apa yang ada pada you?” Shaq ketawa perlahan sambil menyebak rambutnya kebelakang dan sebelah tangannya diletakkan di atas meja Tizza sambil dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja Tizza.
                “Oh, pleaselah Shaq jangan buat gaya geli itu!” rungut Tizza dalam hati. Betapa dia menyampah melihat Shaq setiap kali Shaq menyebak rambutnya yang hitam lebat itu ke belakang sambil matanya melirik memandang Tizza. Adakah itu bermakna dia sedang cuba menarik perhatian Tizza dengan aset yang dimilikinya?
                Maaf, Tizza tak berminat!.
                “Tizza.. you ada pakej yang semua perempuan idam-idamkan. You ada rupa, kerjaya dan pangkat, bijak.. lelaki mana yang akan tolak you?...”
                “Oh, jadi itu yang you pandang pada I? Pakej?”
                “Err.. tak, maksud I..”
                “Dahlah Shaq, I tak perlukan seorang lelaki yang hanya mahukan pakej yang I ada, dan I jugak tak perlukan ‘pakej’ yang you ada untuk melengkapkan I.. “
                “Tizza.. you salah faham.. bukan itu maksud I. I cuma beritahu apa yang you ada tapi I tak bermaksud yang I hanya harapkan pakej lengkap you tu saja..”
                “Cukup! You nampak pintu keluar kan? Jadi pandai-pandailah you berjalan keluar ya, I sangat sibuk dengan kerja-kerja ni, jadi boleh tak tolong jangan ganggu I lagi?”
                “Tizza.. I belum habis cakap lagi…”
                Tizza angkat kepala dan memandang Shaq dengan pandangan yang tajam dan menunjuk ke arah pintu bilik pejabatnya. Isyarat menyuruh Shaq keluar sekarang juga.
                Shaq mengeluh dan bercekak pinggang, “Tizza you tau tak yang you ni terlalu sombong? Apa you ingat you boleh dapat seseorang yang lebih baik dan lebih kacak, lebih hebat daripada I dan bekas pak we you tu ke? Heh.. I doakan yang you takkan membujang sampai ke tua..” balas Shaq. Sangat sinis.
                Berombak dada Tizza mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Shaq itu. Macam itu kah lelaki budiman? Dipuja bila ingin mendapatkan, tapi dikutuk bila ditolak. Huh.. dari awal lagi Tizza dah tau, Shaq bukan benar-benar ikhlas mahu berkawan dengannya, sebaliknya Shaq cuma mahu jadikan dia sebagai pasangan kerana merasakan yang mereka berdua serasi dari segi paras rupa.

...........

p/s : sebenarnya cerita ni belum siap sepenuhnya tapi aku tetap jugak nak publish kat sini, so untuk sambungannya nanti aku akan masukkan dalam entri lain. Nak mintak tolong sikit je, tolong kritik cerita ni please? ^__^ *muka raih simpati*



Monday, May 21, 2012

cerpen : manik-manik cinta




            Sejak seminggu yang lepas aku rasa macam aku dah kehilangan kehidupan sosial bila setiap hari, setiap masa tak kira siang ataupun malam aku asyik menghadap kain, benang, gunting, tali tape, dan mesin jahit. Ini semua disebabkan tempahan baju-baju pengantin yang aku terima dari Lina, si mak andam yang baru membuka butik pengantinnya.
            Ok, aku bukan nak mengeluh si Lina hantar kain yang banyak untuk dibuat baju-baju pengantin untuk butik dia, tapi aku cuma rasa aku agak tertekan bila dia perlukan tiga pasang baju dalam masa dua minggu. Mana nak kejar dengan tempahan-tempahan yang lain, dengan kain yang belum dipotong, dengan masalah-masalah lain yang mungkin timbul, dengan itu, dengan ini dan dengan semua perkara berkaitan.
            Disebabkan itu, kadang-kadang aku rasa macam nak buang air besar pun tak sempat!
            “Nida…. Baju dah siap?” Soal Lina, tersengih-sengih datang ke kedaiku dan bertanyakan tentang bajunya.
            Ya aku tahu yang dia perlukan baju-baju pengantin ini secepat mungkin, tapi bila dia datang ke kedaiku dan bertanyakan tentang bajunya, secara tak langsung, itu telah membuatkan aku rasa semakin tertekan. Sekalipun dia tidak mendesak.
            “Belum sayang…manik pun tak jahit lagi ni..” balasku sambil menjahit zip pada baju pengantin yang berwarna biru muda.
            Semalam aku baru saja siapkan dress labuh warna ‘merah-jambu-belacan’ hari ni aku dah kena hadap dress warna biru pulak. Siap dress ni, kena hadap baju akad nikah warna krim pulak. Dan seterusnya sehinggalah semua baju-baju dia selesai dijahit.
            “Agak-agak bila boleh dapat? Customer aku nak tengok baju ni..” Soal Lina, tidak bernada mendesak dalam soalannya tapi dalam dia tak sedar aku sedang merasakan otot-otot dan urat-urat badanku mula mengeras dan mengejang, kesakitan paling terasa di bahagian leher.
            Aku berhenti menjahit dan memandang Lina, lalu bertanya kepadanya dalam nada suara yang perlahan dan lemah.
            “Kau nak minggu depan kan??”
            “Ha’ah.. minggu depan. Saja je aku tanya kau bila boleh siap, kot-kot boleh siapkan lebih awal ke..” balas Lina, selamba.
            “Minggu depan insyaallah siaplah..” kataku dan kembali menyambung kerja yang terhenti tadi.
            Kalau ikutkan hati nak je aku cakap yang aku cuma ada dua tangan, ada masa dua puluh empat jam dan ada tanggungjawab sebagai seorang pemilik kedai jahit dan bertindak sebagai si tukang jahit yang ada dua orang pekerja dan aku perlu memotong kain untuk dijahit oleh pekerja-pekerjaku dan Lina bukanlah satu-satunya pelanggan yang aku ada.
            Tapi kerana dia adalah pelanggan aku, maka aku harus menjaga hati dia sepertimana aku menjaga hati pelanggan-pelanggan aku yang lain. Customer’s always right kan?
            “Minggu depan hari jumaat kan?” Soal Lina kembali.
            “Insyaallah hari jumaat.” Balasku.
            Aku tak yakin yang aku mampu siapkan ketiga-tiga helai baju pengantin Lina ini pada hari yang ditetapkan memandangkan aku seorang yang harus lakukan semuanya dari kerja memotong kain, sehinggalah ke menjahit manik. Bukanlah Qila dan Nik pekerjaku tak boleh tolong jahitkan tapi memandangkan ini baju pengantin, aku rasa lebih selesa dan selamat kalau aku sendiri yang jahit, tambahan pula kalau dah kami bertiga tumpukan perhatian pada baju-baju pengantin ni saja, nanti siapa pula yang nak siapkan baju pelanggan-pelanggan yang lain kan?
            Tapi itulah pula masalahnya bila Lina selalu fikir yang aku bekerja hanya untuk memikirkan tentang baju dia saja..

*****
            Pada pagi yang panas dan sunyi, yang kedengaran cuma bunyi mesin jahit dan suara Farah, Faizal, AG dan Ucop di corong radio Hot fm dan aku sedang menjahit manik pada dress biru, seseorang memberi salam dan masuk ke dalam kedai. Seorang perempuan yang ayu dan manis sedang tersenyum-senyum memandang aku.
            “Saya nak tempah jahit manik pada baju bertunang saya ni boleh tak?” Soal gadis itu.
            Aku dah terkelu, nak terima rasa macam dah tak mampu. Nak menolak..
            “Saya bukan nak pakai cepat pun, hujung bulan ni baru nak guna..” katanya lagi dengan reaksi muka seperti sedang memancing aku agar menerima tempahan bajunya.
            “Ohh.. ok!” tanpa sedar rupanya perkataan itu yang aku sedang ucapkan kepadanya lalu membuatkan dia tersenyum lebar dan Qila melakukan apa yang sepatutnya macam mengambil nama dan nombor telefon juga mencatitkan tarikh untuk dia ambil bajunya dan aku kembali tenggelam dalam misiku untuk menyiapkan baju pengantin si Lina…
            Segala tentang apa yang berlaku disekelilingku pada hari itu langsung tidak aku ambil kisah bila aku betul-betul terasa macam aku sedang terbenam bersama-sama manik yang berwarna warni. Dua hari lagi sebelum hari jumaat dan aku masih belum siap pasang manik pada dress biru ini sedangkan kain layah dan baju akad nikah warna krim itu pun masih belum aku sentuh.
            Disaat begini aku benar-benar berharap agar aku diberi masa 30 jam sehari supaya aku punya lebih banyak masa untuk makan, tidur dan solat kerana selain solat, aku betul-betul tak bangun dari kerusiku mahupun mengangkat kepala untuk melihat jam pun!

            Dua hari kemudiannya…

            Lina datang ke kedai dengan harapan baju-baju yang dimintanya sudah siap serba sempurna manakala aku sedang tertidur di mesin jahitku kerana terlalu penat dan tak lalu untuk bangun.
            “Ini apasal tidur kat tempat kerja ni? Woit.. tunjuklah contoh yang baik sikit pada pekerja wehh..”
            Aku terjaga dari lena bila terasa badan aku dicuit-cuit. Mata aku berpinar-pinar memerhatikan sekeliling. Aku gosok mataku perlahan dan menguap.
            “Hemm.. baju kau dah siap tu..” kataku dengan suara yang tak berapa nak keluar. Sekali lagi aku menguap. Mengantuk sangat! Malam tadi pukul 4 pagi baru aku tidur semata-mata nak siapkan baju nikah warna krim, itupun nasib baik manik pada veil Nik tolong jahitkan, kalau tak aku tak taulah pukul berapa pula baru aku tidur dan pagi ni aku dah kena bangun awal untuk bukak kedai.
            Sepanjang lapan tahun aku jadi tukang jahit sejak berumur 18 tahun sehingga kini 25 tahun, ini kali pertama aku terima ‘tugasan’ yang sangat, sangat, sangat mencabar kredibiliti aku sebagi seorang tukang jahit.
            Pertama, aku tak pernah jahit baju pengantin sebelum ini dan tiba-tiba disuruh buat mengikut rekaan dalam majalah tanpa ada guru yang mengajar mahupun apa-apa tutorial, aku memberanikan diri memotong dan menjahit kain-kain itu sehingga ianya berjaya kelihatan seperti pakaian pengantin di dalam majalah itu.
            Kedua, dahlah tak pernah buat, tiba-tiba kena siapkan dalam masa yang singkat pula  tu. Sekarang aku tak tau samada aku patut ucap terima kasih pada Lina kerana telah memberi aku pengalaman yang sangat mencabar ini atau memintanya supaya berhenti meminta khidmatku untuk menjahit baju-baju pengantinnya lagi?
            “Pandai pun kau jahit, perfect! Marvellous! Sebiji macam yang aku nak. Nanti aku hantar lagi kat kau eh? Hari tu aku pergi makeup wedding anak Dato’, dia punya baju warna biru tua dengan gold, smart weh.. aku ingat nak buat la sepasang warna tu..”
            “Biru gold?” Soal Nik dengan dahi yang berkerut.
            Aku menguap. Telinga aku memang mendengar yang kombinasi warna itu agak pelik, tapi mulut aku tak larat untuk bertanya dimanakah cantiknya kombinasi kedua-dua warna itu,
            “Ha’ah.. biru bukan macam biru ni.. “ ditunjuknya dress biru muda yang dah siap dipegang ditangan bersama dua lagi baju yang aku jahit itu.
            “Tapi biru dia pekat lagi, macam warna balai polis. Kan biru pekat tu kan.. hah biru itulah, kain lace dia letak warna gold. Perh.. mesti smart gilalah..”
            “Eee… ye ke.. macam pelik je?” Sangkal Nik, masih tidak yakin yang kombinasi kedua-dua warna itu akan menghasilkan sesuatu yang ‘smart’ bak kata Lina.
            “Pelik sebab orang jarang guna warna tu, tapi kalau dah siap nampak ok.. nanti aku beli kain, bla, bla, bla..”
            Butir-butir perbualan mereka yang seterusnya dah tak  masuk ke telingaku lagi. Aku kembali melentokkan kepala dia tepi mesin jahit dan sekejap saja aku dah terlena kembali. Bukan masalah aku untuk memikirkan warna biru dan gold itu sesuai atau tidak untuk dijadikan gaun baju pengantin.

*****
            Bermula dengan tiga helai kain yang Lina mintak aku jahitkan ia agar menjadi gaun pengantin yang cantik dan menawan, kini menjadi bermeter-meter kain yang pelbagai warna dan kombinasi kain lace yang Lina hantar ke kedaiku. Dengan setiap kain adalah dengan rekaan yang berbeza.
            “Baju coklat ni aku nak kau buat macam ni..” ditunjuk gambar baju pengantin yang dipakai oleh entah model mana kepadaku dan meminta aku menjahit kain itu sama seperti gambar di dalam ipadnya, atau kalau tak dapat sebiji-sebiji serupa, lebih kurang serupa pun boleh..
            “Untuk songket pula aku tak mahu macam songket yang biasa orang pakai baju kebaya tu je, aku nak buat songket moden. Kau tambah lah bunga-bunga kat badan dia, pastu buat dress tau. Baru glamour pakai songket tapi ala-ala dress... kelasss kau jah!”
            “Songket moden? Design sama dengan baju coklat ni ke?” Soalku, sekadar untuk kepastian.
            Sampai songket pun nak dimodenkan?. Memang kelaslah kau Lina, semua benda nak yang up to date aje, upah pun kena yang up-to-datelah macam ni.
            “Design… ha’ah, buatlah sama pattern tapi nanti bunga-bunga kat badan dia janganlah kau bagi duduk kat tempat yang sama jugak, ubah-ubah la sikit bagi nampak lain sikit..”
            “Iya aku taulah. Kau tak payah nak mempertikaikan kretiviti aku sebagai tukang jahit, aku taulah macammana aku nak buat nanti. Lagi? Baju mana pulak?”
            “Iyalah, aku cakap aje, bila masa aku pertikaikan kretiviti kau… eh, cakap pasal kretiviti, nak tau baju biru yang kau jahit hati tu customer aku suka gila, wedding dia bulan depan dia nak pakai baju tu.”
            “Iya? Tema dia apa? Biru merah?” Soalku, lebih kepada memerli Lina.
            “Biru merah apanya pulak.. biru pinklah. Dia dah tempah nak ambil full package dengan aku.”
            Oh.. biru pink? Nasib baik biru dan merah jambu itu adalah satu gabungan yang sudah biasa digunakan, so taklah terlalu janggal bila membayangkan kombinasi kedua warna itu.
            “Baju warna biru pelamin warna pink ke?” Soalku, berminat ingin tahu bagaimana Lina mahu memadankan kedua-dua warna itu.
            “Baju dah tentulah biru, pelamin je aku ingat nanti nak gabungkan dua-dua warna tu, pelamin, bunga dengan bantal campur dua-dua warna. Tapi mungkin  nak lebihkan warna pink bagi naik sikit warna baju yang diorang pakai, kalau tak tenggelam pulak pengantin karang.”
            Membincangkan topik ini tiba-tiba aku mula berminat untuk berkongsi perkahwinan impian aku pada Lina.
            “Kalau aku, aku teringin nak buat warna putih je. Orang panggil off white kan? Pastu buat kat taman, pasang khemah dengan kain latar putih, yang berwarna pun bunga-bunga je, waaaa.. mesti smart kan? Kan?” aku dah tersengih-sengih memandang Lina dengan mata yang bercahaya.
            Kalaulah impian betul-betul jadi kenyataan.. haish alangkah indahnya.
            “Ha’ah, lepas tu buat tak tepi tasik, angin bertiup kencang, habis terbang semua nanti, lagi haru bila tiba-tiba hujan pulak turun… oh, alangkah indahnya pengantin bersanding dalam hujan..”
            Hilang mataku yang bercahaya tadi bila mendengar sumpahan yang Lina lemparkan dalam angan-anganku tadi.
            “Eeee.. kau ni boleh tak sekali sekala jangan rosakkan angan-angan aku? Cubalah cakap yang hari itu cuaca sangat redup dan baik, hujan tak turun, angin tak bertiup kencang sehingga menerbangkan segala benda yang ringan dan aku bersanding dalam majlis ringkas dalam gaun warna putih dan segalanya berjalan dengan lancar. End of story! Kan?”
            “Masalahnya memandangkan kau tinggal kat Malaysia yang cuacanya tak menentu, nak tak nak kau kena fikir jugak tentang keberangkalian hujan atau panas ni semua.. satu lagi, kalau pakai baju warna putih, buat kat taman.. tak ke baju kau akan jadi lebih cepat kotor?”
            Dan sekali lagi Lina menyuntikkan racun dalam impian perkahwinanku.
            “Ok, malas nak fikir.. next! Baju kau yang lain tu nak fesyen macammana pulak?” Aku menukar topik. Aku takkan biarkan Lina terus memusnahkan impian perkahwinanku dengan idea dan kebarangkalian dia tentang struktur tanah dan lokasi taman bunga pula.
*****
            Jika ditanya apa yang aku suka tentang bidang jahitan (walaupun pada awalnya aku belajar menjahit sebab emak yang paksa kerana aku malas nak sambung belajar dan dalam kepala otak aku waktu itu cuma ingat tentang kerja, kerja, kerja dan mahu memegang duit sendiri) hanyalah..
            Kepuasan!
            Selepas seminggu bertungkus lumus bekerja menjahit baju-baju pengantin, dengan tak cukup tidur, tak lalu makan dan tak sempat rehat sampaikan bila tengok butir-butir manik tu pun dah buat aku rasa macam nak termuntah, tapi bila melihat baju hasil penat lelah aku itu dipakai oleh seorang perempuan pada hari bersejarahnya, rasa penat itu terbang melayang diganti dengan satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
            Ianya seperti kepuasan bila kita membeli sebuah kereta myvi setelah bertahun-tahun sanggup mengikat perut semata-mata untuk mengumpul bayaran untuk duit muka kereta.
            Dan satu lagi sebab adalah kerana ia membuatkan aku jadi teringin nak pakai baju-baju pengantin ini.
            Pernah satu hari tu aku saja-saja cakap pada Lina..
            “Asyik jahit baju pengantin je, aku pulak yang jadi teringin nak pakai.”
            Kemudian Lina memandangku dengan reaksi muka terkejut dan seakan-akan tak percaya.
            “Apa??” soalku, tak selesa melihat expresi mukanya.
            “Hari tu kau cerita pasal wedding kat taman dengan tema warna putih, hari ni kau cakap pasal teringin nak pakai wedding dress pulak. Aku rasa lain kali kalau aku datang balik mesti kau cakap pasal konsep hantaran dan konsep pelamin pulak..”
            Aku campak lebihan kain yang ada di tepi mesin jahitku ke arah Lina. Suka-suka hati dia je nak cakap macam tu. Ni perli aku ke apa ni?
            Lina tergelak suka, diikuti Nik dan Qila. Seronok betul diorang nak bahan aku ya..
            “Betul tak Nik? Qila? Dulu aku datang hantar kain dia cakap pasal angan-angan dia yang semua putih tu. Ni aku datang nak tengok perkembangan baju, dia bercakap pasal teringin nak pakai baju pengantin pula, esok-esok aku datang nak ambil baju mesti dia nak cakap pasal hantaran dengan pelamin pulak, lepas tu make up, lepas tu tempat honeymoon.. kah, kah kah…” Galak Lina ketawa.
            Aku tarik muncung lalu menyambung kerja-kerja menjahitku yang terhenti kerana kemunculan Lina ke sini tadi.
            “Kalau dah tak sabar sangat kawin jelah Nida oii..”
            “Ha’ah.. memang nak kawin tu senang, petik je jari berderet yang datang meminang, lepas tu mencurah-curah duit turun dari langit, nak buat kenduri tiga hari tiga malam dengan baju berpasang-pasang pun tak kisah kan…” kata aku bernada sarkastik.
            “Eh, cop! Kau tak ada pak we ke Nida?” Soal Lina, didekatkan kepalanya ke kepala mesin jahitku. Menanti jawapan balas dari aku.
            Aku diam. Tetap terus melakukan kerjaku. Malas nak jawab soalan yang selalu sangat ditanya oleh orang-orang sekeliling macam mak cik, nenek, sepupu dan kawan-kawan seangkatan.
            “Nik?” Lina memandang Nik menagih jawapan, tapi Nik cuma tersenyum dan mengjongketkan bahunya.
            Mungkin faham dengan isyarat badan Nik itu, Lina terangguk-angguk mengerti dan berkata perlahan..
            “Oh, tak ada pak we…”
            Aku angkat kepala, memandangnya sekilas. Dia membalas pandanganku dengan senyuman. Entah apalah yang difikirkannya itu.

****
            “Tett.. tet.. tett..tet..” Tidur aku terganggu dengan bunyi isyarat mesej yang datang dari telefon bimbit yang aku letak di bawah bantal. Rasanya dah lama tidur aku tak diganggu dengan bunyi telefon berbunyi kecuali pada pukul enam pagi pada tiap-tiap hari kerana jam loceng yang aku setkan supaya berbunyi untuk mengejutkan aku solat subuh.
            Dengan mata yang tak berapa nak terbuka, aku buka peti simpanan mesej dan membaca nota ringkas yang tertera di skrin.
            “Hai Nida! Dah tidur ke?”
            Aku gosok mata berkali-kali dan cuba membaca pesanan ringkas itu kembali untuk memastikan yang aku tak tersalah baca. Betul! Mesej itu ditujukan untuk aku cuma datangnya dari nombor yang tidak aku kenali.
            Antara untuk membiarkan saja mesej itu dan sambung tidur, naluri aku lebih kuat untuk membalas mesej itu dan mencari tau siapakah gerangan si manusia yang menghantar soalan-tak-matang ini kepadaku.
            “Dah tidur ke?” jam menunjukkan ke  angka satu pagi, memang dah sah-sah la manusia normal yang bekerja keesokkan harinya sudah tidur. Apalah..
            “Sorry, saya tak kenal nombor awak. Siapa ni?” Soalku.
            Beberapa minit kemudian telefon bimbitku kembali berbunyi. Datangnya dari nombor yang sama. Cepat betul dia membalas mesejku.
            “Memang awak tak kenal nombor saya, kita baru nak berkenalan. Btw, nama saya Hashim. Selamat berkenalan!”
            Seorang lelaki yang entah dari mana datangnya tiba-tiba kata nak berkenalan dengan aku pada pukul satu pagi? Manusia manalah yang menjual nombor aku ni..
            “Sorry, tapi saya tak kenal awak dan tak pernah terfikir nak berkenalan dengan mana-mana lelaki termasuk awak yang bernama Hashim. Dari mana awak dapat nombor saya?”
            Aku tak ada masa nak terus-terusan bermain teka-teki dan melayan lelaki ini lalu mengorbankan masa tidurku. Dahlah aku sendiri pun dah kurang masa berehat, takkan masa tidurku pun masih ada yang mahu curi?
            “Oh.. tapi ada seorang kawan tu cakap kat saya yang awak nak cari teman lelaki. Kebetulan saya pun sedang cari calon isteri sebab tu saya hubungi awak.”
            Sekarang aku betul-betul dah ternganga seluas-luas yang ada. Bila masa aku pernah cakap pada sesiapa yang aku mahu cari teman lelaki ni? Pada adik beradikku? Diorang sendiri sedia maklum akan prinsipku yang tak suka dikenen-kenenkan dengan mana-mana lelaki. Pada sepupu-sepapatku? Tak pernah dan tak akan pernah! Habis? Siapa punya kerja?
            “Siapa nama kawan awak tu?”
            Soalku terus kepada si Hashim ini. Tak sanggup untuk terus berteka teki lagi.
            “Lina…” Balasnya.
            Lina? Dan fikiran aku serta merta terus teringatkan perbualan kami beberapa hari lepas dan bagaimana Lina tersenyum bila mengetahui yang aku tak ada teman lelaki dan… sekarang aku faham kenapa Lina tersenyum begitu.
            Ini rupanya agenda dia ya…
            Dan selepas itu aku langsung tak membalas pesanan si Hashim tu sebaliknya terus sambung tidur. Aku berharap yang Lina akan datang ke kedaiku esok jadi bolehlah aku terjah dia habis-habisan.

****
           
            Aku menanti dengan penuh kesabaran dan pengharapan moga-moga Lina datang ke kedaiku hari ini, tak sabar-sabar rasanya nak terjah dia dengan soalan bertubi-tubi macam kenapa kau bagi nombor aku pada sang lelaki yang aku tak kenal? Kenapa kau pandai-pandai nak buat keputusan bagi pihak aku? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
            “Tet.. tet.. tett..” telefon bimbitku berbunyi. Satu mesej diterima. Aku menekan butang baca dan nama Hashim tertera di skrin.
            “Hai awak.. buat apa tu?”
            Terus aku rasa bulu romaku macam meremang. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa macam tak sedap hati bila lelaki ini menghantar mesej sebegitu padaku. Entah kenapa!
            “Korang.. korang nak tau tak, malam tadi akak tengah tidur, dalam pukul satu macam tu ada orang hantar mesej kat akak. Dari nombor yang akak tak kenal, bila dirisik-risik dia cakap nama dia Hashim.. lepas tu.. lepas tu nak tau takkkk??”
            Qila dan Nik memandangku tidak berkelip, begitu teruja dan bersemangat untuk mendengar kisahku.
            “Lepas tu apa?? Ceritalah cepat..” pinta Nik.
            Aku tarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya deras sebelum aku mula menyambung cerita.
            “Korang mesti tak percaya kalau dengar cerita akak ni..” sengaja aku melambat-lambatkan sesi bercerita, konon nak bagi suspen pada diorang berdua yang lebih muda daripada aku ini.
            “Akak ni.. cerita jelah…” rungut Qila pula.
            “Ok, tapi sebelum tu korang ingat tak akak pernah cerita dengan Lina pasal wedding impian akak masa dia datang hari tu yang dia punyalah kutuk itu ini, tak sesuai segala bagai tu?”
            Qila dan Nik serentak mengangguk. Laju.
            “Hah.. akak sangat, sangat, sangat tak sangka yang rupanya dia nak kenalkan akak dengan entah lelaki mana tapi lelaki tu namanya Hashim dan dialah yang hantar mesej pada akak malam tadi.”
            Qila dan Nik terdiam beberapa saat sebelum Nik akhirnya mengeluarkan suara dengan reaksi “Oh.. so?”
            “So? So kau tanya? Dia jual nombor akak pada entah lelaki mana yang akak tak kenal kot??”
            “Itu maksudnya dia nak kenalkan akak dengan lelaki itulah tu, akak layan je lah, lagipun akak bukannya ada pak we kan?” Soal Qila.
            Aku mengeluh. Aku bercerita pada orang yang salah ke? Oh, mungkin diorang tak faham, bukan prinsip aku untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki sembarangan. Tambah-tambah lagi bila perkenalan itu dimulakan dengan bersms, berchatting, bercakap di telefon sebelum berjumpa.
            Satu sebab yang pasti kenapa aku tak suka perkenalan seperti ini adalah kerana salah satu pihak pasti akan menaruh harapan terhadap pihak satu lagi. Contoh :-
            Satu, aku pastilah mengharapkan kalau lelaki itu tak kacak macam No Min Wo si pelakon korea tu pun, sekurang-kurangnya biarlah dia mempunyai rupa paras yang sedap mata memandang macam Remy Ishak ke..
            Dua, aku mungkin tak dapat atau susah untuk terima hakikat bila pada pertemuan pertama kami, sang lelaki itu rupa-rupanya seorang lelaki yang ‘comel’ dengan pipi yang tembam, perut yang kedepan, kaki yang dua kali ganda lebih besar dari diriku, tangan yang juga dua kali ganda dari diriku. Ok, bukanlah nak cakap yang aku sangat pentingkan kesempurnaan dan paras rupa, tapi kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap seseorang itu.
            Kerana itu aku cuba menjauhkan perkenalan ‘suara’ sahaja. Cuba kalau aku berjumpa dengan seorang lelaki comot yang bekerja di workshop dengan mukanya dipalit dengan minyak hitam dan badannya berbau peluh dan dia menghulurkan salam perkenalan, agak-agaknya aku akan terima ke?
            Satu, kalau aku terima adalah kerana dia cuma menghulurkan salam perkenalan dan pakaian dia bukanlah sesuatu yang perlu aku ambil peduli.
            Dua, kalau aku menolak. Mungkin kerana waktu itu aku seorang mata duitan ataupun sesuatu seperti itu.
            Tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh membuat keputusan yang rasional pada saat si lelaki comot itu menghulurkan salam perkenalan. Menerima atau menolak? Tapi kalau suara sahaja yang menghulurkan salam perkenalan… aku mungkin sedang membuat keputusan yang separuh-separuh macam “alah, layan jelah. Bukan kenal pun. Entah-entah encemmm..” kalau betul-betul sedap mata aku memandang tak apalah lagi, cuba kalau si dia tak menepati kriteria yang aku harapkan? Kan ke dah timbul masalah kat situ.
            “Assalamualaikum…” Lina muncul di muka pintu kedaiku semasa aku sangat-sangat ternanti-nantikan kedatangan dia.
            “Lina!” jeritku.
            “Apa? Aku baru masuk kau dah pandang aku macam nak dibaham tu kenapa?” soal Lina dengan dahi berkerutnya sambil menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Kedududkan kami cuma dipisahkan dengan sebuah mesin jahit elektrik.
            “Apa yang kau dah buat pada aku?” Soalku, sengaja ingin berkias dengannya. Nak lihat samada dia akan mengaku atau buat-buat tak tahu?
            “Buat apa babe? Suruh kau jahitkan baju pengantin untuk butik aku banyak-banyak? Alah, bukannya aku tak bayar.. nanti dah siap baju kau jahit aku bayarlah babe, jangan risaulah!”
            Aku memandang Lina tajam-tajam. Ini sengaja buat-buat tak tau ke apa ni?
            “Apa? Betullah, apa lagi yang aku dah buat kat kau selain tambahkan kerja-kerja kau sampai kau terpaksa tidur kat meja mesin jahit? Nik.. apa aku dah buat?” Soal Lina kepada Nik.
            “Entah.. tak nak masuk campur..” balas Nik sambil menjahit baju kurung pahang.
            “Qila!” Lina beralih memandang Qila, mengharapkan pertolongan darinya pula. Oh, tolonglah Lina.. sangat tak kelakar bila kau pura-pura buat muka tak bersalah kau tu.
            “Kita tak tau apa-apa..” balas Qila selamba.
            “Hentikanlah lakonan tak menjadi kau tu Lina… siapa si Hashim tu?” Soalku.
            “Hashim? Hashim mana pulak ni?” Lina tersengih-sengih.
            “Bila masa aku mintak tolong kau carikan seorang lelaki yang sedang-mencari-calon-isteri untuk aku ni?”
            “Taklah.. hari tu kan kau sibuk bercerita pasal your-wedding-day-dream, pasal baju pengantin yang kau teringin nak pakai tu then kau cakap kau tak ada pak we. Kebetulan, si Hashim ni kawan abang aku, dia pun tengah mencari calon isteri.. so aku terus terfikirkan kau sebab aku ingat yang kau mungkin dah bersedia nak kahwin tapi belum jumpa calon lagi. So.. itulah, aku fikir mungkin korang akan serasi bersama. Seorang mencari calon isteri, dan seorang lagi mencari teman untuk merealisasikan majlis perkahwinan impiannya. Sesuai gitu kann??”
            Aku mendengus kuat. Aku tak sangka sampai ke situ si Lina ni fikirkan.
            “Lina sayang… bila aku cakap aku teringin nak pakai baju pengantin, aku tak maksudkan yang aku mahu kawin cepat-cepat dan berkias yang konon-kononnya aku harap kau carikan calon suami utk aku. TERINGIN dan INGIN adalah dua makna yg berbeza okeh...."
            “Yalah.. dari cara kau cakap nampak macam kau dah tak sabar-sabar sangat nak kahwin. So daripada kau buang masa mencari teman lelaki yang belum tentu serius nak kahwin dengan kau, ada baiknya kau kawan je dengan si Hashim ni, umur dah tiga puluh, dah ada kerjaya tetap, dah ada rumah dan kereta, yang tak ada calon isteri je. Kalau kau kahwin dengan dia, memang aku yakin majlis perkahwinan impian kau pasti jadi kenyataan…”
            Sekali lagi aku mengeluh, berat.
            “Lina.. Lina.. kau ingat hal kahwin ni cukup dengan dapat calon suami yang dah ada aset dan kerja tetap saja ke? Bagi aku perkahwinan lebih daripada itu. Ia bukan macam jahit manik yang kalau aku tak puas hati dengan rekaannya, aku boleh bukak balik dan jahit semula dan lagi, dan lagi sehingga akhirnya aku jumpa rekaan yang aku paling suka dan paling sesuai untuk baju itu. Aku tak nak pakai baju pengantin dua tiga kali, naik pelamin dengan tema berbeza berkali-kali dan aku tak mahu bertukar-tukar suami macam tukar design manik pada baju.."
            “Tapi kau belum pun kenal si Hashim ni, manalah tau dia Mr, Right yang kau cari-cari selama ni?”
            Aku menggeleng. Bukan nak berlagak atau apa, tapi aku dapat rasa yang dia bukan soulmate aku walaupun kami belum bertemu.
            “So, nanti kau cakaplah kat dia, berhenti sms aku ya.. aku belum terdesak untuk berkahwin.” Putusku. Titik!

****

            Aku sampai lambat ke kedai pagi itu kerana aku terlambat bangun. Semuanya gara-gara aku mengisahkan kain-kain untuk dibuat baju pengantin Lina, sesampainya aku ke kedai ada seorang lelaki sedang menunggu di situ. Qila dan lelaki itu memandang aku manakala aku terpinga-pinga tak tau apa punca.
            “Kak.. dia datang nak ambil baju ni, tapi akak tak jahit lagi..” Qila menayangkan sehelai baju kurung moden berwarna krim kosong kepadaku.
            Tiba-tiba aku macam blur. Bila masa ada orang hantar baju tu minta aku jahitkan?
            “Jahit apa, tu dah siap dah..” balasku.
            “Jahit manik.. dia nak pakai untuk majlis tunang.. “
            O’ooo.. aku tekup mulut dengan jari. Terasa serba-salah. Sungguh aku langsung tak ingat apa-apa pasal baju ni.
            “Oh.. sorry sangat-sangat, saya.. saya.. entahlah tapi saya memang betul-betul tak perasankan baju ni. Majlis pertunangan awak bila? Kalau saya siapkan sekarang awak boleh tunggu?” soalku kepada lelaki ini.
            Aku rela menadah telinga jika dia mahu memanahku dengan anak panah berupa kata-kata yang menusuk pedih jantungku. Aku redha.
            Tapi sebaliknya pula yang berlaku bila dia cuma tersenyum mesra kepadaku. Dan melihat senyuman itu tiba-tiba aku rasa seperti badan aku ringan sampaikan ingin terbang ke udara.
            “Ada hikmahnya saya datang ke sini lebih awal.. baju ni nak dipakai hujung minggu ni, hari ahad dan sebenarnya bukan saya yang nak bertunang, tapi adik saya. Dia pesan suruh saya datang ambil esok tapi saya tergerak hati nak datang hari ni. Jadi awak masih ada masa seharian untuk siapkan baju ni” katanya, panjang dan lebar tapi tak ada satu perkataan pun yang benar-benar melekat kat dalam corong telingaku selain adik dia nak bertunang.
            “Jadi esoklah saya datang ambil?” soal lelaki ini, anak matanya menembusi anak mataku.
            Tiba-tiba aku seakan-akan baru tersedar dari lamunan yang panjang.
            “Esok? Jumaat? Ha…. Ok! Ok!” balasku, entah apa yang dikatakan tadi entah, aku pun tak berapa pasti.
            “Oklah, maaf ganggu.. saya balik dulu. Assalamualaikum” katanya sambil menghadiahkan senyuman manis untukku.
            Err.. sebenarnya senyuman dia taklah manis mana pun tapi pada mata aku senyuman dia nampak macam ada aura. Macam senyuman seorang lelaki budiman. Macam.. Anuar Zain! Bukan.. bukan muka dia macam Anuar Zain, tapi senyuman dia..
            “Kak Nidaaaaa…” aku seakan tersedar kembali apabila Nik menjerit memanggil namaku.
            “Ha? Apa? Kenapa?” soalku, terpinga-pinga dan keliru. Rupanya aku masih lagi berdiri di tengah-tengah ruang diantara pintu dan tempat letak Tv, manakala badanku menghadap ke arah pintu dan lelaki budiman itu tidak ada lagi di luar sana. Kelibatnya sudah hilang tapi aku lagi yang masih belum hilang berkhayal.
            “Akak menungkan apa tu? Dari tadi Nik dok panggil akak tapi akak tak dengar, apa yang difikirkan tu??”
             “Hah.. tak ada.. akak tengok tu.. eh kau panggil akak kenapa?” aku cuba mengelakkan daripada membukan cerita tentang lelaki itu lalu menukar topik perbualan.
            “Ini.. tolong tengokkan betul ke Nik jahit ni? Rasa macam pelik je..”
            Aku berjalan ke arah Nik yang sedang duduk di mesin jahitnya.
            Haish lelaki dengan senyuman menawan, kenapa tiba-tiba aku boleh teralit melihat senyuman kau??. Kes berat aku ni!

*****
           
            “Sorry sangat, sangat sebab buat awak terpaksa menunggu, saya cuba siapkan cepat-cepat ya..?” ajuku kepada lelaki yang mahu mengambil baju pertunangan adiknya semalam.
            Semalam bila melihat senyuman menawam dia tu, aku langsung tak mendengar dengan jelas yang katanya dia mahu ambil baju ini hari ini, jadi aku memang tak sentuh langsung baju ini sejak semalam.
            Pagi tadi bila Qila menegurku dan bertanyakan tentang baju itu sudah aku jahit atau belum dan Qila mengingatkan yang lelaki itu mahu ambil hari ini, barulah aku kelam kabut nak siapkan, nak dijadikan cerita masa aku tengah kalut menjahit itulah dia muncul dengan senyuman senget ke tepi dan menampakkan lesung pipitnya yang menambahkan kemanisan pada senyumannya.
            “Tak apa.. tak perlu kelam kabut, saya boleh tunggu..” katanya, kedengaran ikhlas di telingaku. Dia lalu melabuhkan punggung di kerusi yang aku sediakan berhadapan dengan tv.
            Sekarang sepenuh tumpuan aku berikan pada baju ini. Memandangkan baju ini kosong, sekosong yang ada, jadi aku perlu menambah manik pada bahagian leher yang meleret sampai ke dada untuk menaikkan seri baju berwarna krim ini.
            Dan menjahit sulaman meleret-leret itu bukanlah satu kerja yang mudah. Kalau dapat kerja yang sebegini paling cepat yang aku pernah siapkan pun dalam masa tiga hari. Itu termasuk makan, mandi, buang air, tengok tv, bersembang, sempat jahit baju lain dan potong kain untuk Qila dan Nik jahit.
            Tapi sekarang.. bayangkan yang aku perlu hadap baju ini tanpa sempat untuk mengalihkan mata sesaat pun, bila handset berbunyi pun aku biarkan dengan harapan baju ini dapat disiapkan segera mungkin.
            Tapi ada satu perkara saja yang mampu buat kepala aku kejap-kejap terangkat. Iaitu lelaki itu. Setiap kali aku angkat kepala memandangnya, dia akan membalas pandanganku sambil tersenyum. Aku juga membalas dengan senyuman yang kelat sebab tiba-tiba aku jadi tak reti macammana nak senyum.
            Keadaan sebegitu berterusan sehinggalah entah berapa puluh minit atau jam kemudian, aku simpulkan benang terankhir, dan lebihan benang itu aku gunting sekaligus membuat penilaian terakhir terhadap pakaian itu sebelum aku boleh menarik nafas lega.
            “Baju dah siap! Akhirnya…” kataku sambil bangun dan menuju ke arah lelaki yang masih belum aku ketahui namanya ini.
            Lelaki ini tersenyum meleret lagi. Senyum tanpa membuka sedikit pun mulutnya. 
            “Alhamdulillah.. “ ucap lelaki ini buat aku tersipu-sipu malu.
            Ya, sepatutnya haruslah ucap alhamdulillah, bukan ‘akhirnya’.
            “Cantik awak jahit, walaupun buat last minit tapi masih kemas” puji lelaki ini. Eh, eh, cara dia cakap macam dia pandai je menghargai seni jahitan. Ke ayat nak membodek je ni?
            “Ehem.. terima kasih..”
            “Saya bukan puji sembarangan, tapi saya bercakap berdasarkan fakta, hihi..” guraunya sambil ketawa perlahan. “Berapa ya?” soalnya kembali.
            “Ermm…” aku menimbang-nimbang harga yang patut aku letakkan. Memang aku siapkan last minit tapi baju ni dah dihantar lebih awal kepadaku, jadi memang tak adillah kalau aku nak kira harga ‘last minute’ tapi kejang jugak tangan aku menjahit tadi.. patut mintak harga lebih jugak ni, tapi..
            “Berapa je yang awak letak saya akan bayar..” katanya seperti boleh membaca fikiran aku pula.
            “Ermm.. RM50” putusku akhirnya.
            Dia mengeluarkan duit dari beg duitnya manakala aku memasukkan baju dari tangannya itu ke dalam beg plastik. Kami bertukar barang. Lelaki ini masih berdiri di depanku, kelihatan dia seperti ingin berkata sesuatu kepadaku, secara tak langsung membuatkan aku juga terkaku di hadapannya, menunggu sesuatu keluar dari mulutnya.
            “Datanglah ahad ni, pukul 12 tengahari.”
            “Oh.. insyaallah” balasku
            Dia mengangguk. “Oklah.. terima kasih untuk baju ni, adik saya mesti suka”
            “Sama-sama.. kirim salam kat adik.”
            “Baiklah,” dia kemudiannya buat isyarat dengan jari menunjuk ke arah pintu dan kakinya melangkah setapak, ”saya balik dulu.. assalamualaikum.”
            Aku mengangguk dan menjawab, “waalaikumsalam.
            Sehingga kelibat dia hilang dari pandangan barulah aku berpaling memandang Nik dan Qila dan saat itu aku rasa macam aku nak buat dua perkara je, samada nak menjerit dan melompat ataupun nak terus pengsan.
            “Kak Nidaaaaa…. Ya Allah kak.. tadi masa akak menjahit dia pandang akak tak berkelip!” belum sempat aku memutuskan apa yang aku patut buat, Nik telah dulu membuatkan aku semakin keliru sebab tiba-tiba aku rasa macam sedang tersengih melebar pulak.
            Ok, menjerit, pengsan atau senyum je?
            “Ha’ah.. lepas tu bila kitorang pandang dia, baru dia tersenyum-senyum malu pandang tempat lain.” Sampuk Qila pula.
            “Haaaahhhh.. tiba-tiba akak rasa macam nak pengsan..” aku meletakkan belakang tanganku di atas dahi sambil buat-buat lembik dan terus terduduk di atas kerusi hitam tempat dimana lelaki tadi duduk.
            This is what I call, I want get married!

****
            Kerana kesibukanku dengan baju-baju pengantin Lina, hampir setiap malam aku terpaksa datang ke kedai untuk menyelesaikan semua kerja-kerja untuk hari esok seperti, potong kain untuk dijahit oleh Qila dan Nik esok, jadi esok aku dah boleh tumpukan perhatian pada baju-baju pengantin Lina saja.
            Pukul lapan aku datang, pukul sembilan aku berhenti untuk solat Isya’ dan bila jam menginjak ke sepuluh malam, aku berhenti. Teringat pesan mak tadi yang tak benarkan aku pulang lewat. Pukul sepuluh mesti dah kena tutup kedai.
            Aku tinggalkan semua kerja yang aku buat tadi, beg aku capai, suis lampu aku tutup, semasa nak mengunci pintu tiba-tiba ada seseorang yang memberi salam di belakangnya. Terkejut aku dibuatnya. Tapi bila aku menoleh..
            “Waalai..kum..salam..” sepatah-sepatah salam itu aku jawab. Lelaki ini?
            “Malam-malam pun datang kedai?” Soalnya diiringi senyuman menawan itu.
            “Ha’ah.. banyak kerjalah..” jawabku, cuba menenangkan diri lalu menarik roller besi itu turun sambil dibantu oleh dia, walaupun aku tak suruh.
            “Datang seorang diri je? Kalau banyak kerja takkan pekerja tak datang tolong sekali kot?” Soalnya sambil dia menghulurkan tangannya, meminta mangga kunci daripada aku, tanpa banyak soal aku hulurkan saja dan membiarkan dia memangga roller besi itu.
            “Terima kasih” ucapku untuk pertolongannya itu. “Saya tak bayar gaji over time untuk pekerja jadi saya sendiri kenalah buat kerja lebih masa..” balasku, sebagai jawapan kepada soalannya tadi.
            “Oh.. memang bos yang sangat berdedikasi. So, tiap-tiap malamlah datang sini?” Soalnya lagi. Kini kami sedang berjalan ke arah kedai runcit yang terletak berhampiran dengan kedaiku.
            “Selalunya tak, tapi sebab sekarang terlalu banyak kerja, jadi terpaksalah datang jugak.. yelah orang kerja sendiri, kenalah kerja kuat sikit..”
            Lelaki ini mengjongketkan keningnya. Mengakui kata-kataku, “So nak terus balik ke ni?”
            “Ha’ah.. mak dah pesan balik awal.. kenapa?” Soalku.
            “Taklah, ingat nak ajak awak minum-minum dulu ke.. “
            Aku memandang ke sisi, cuba menyembunyikan senyumanku, “tak bolehlah.. nanti mak saya risau pula. Siang-siang boleh, itupun kalau saya tak sibuklah..”
            Dia garu belakang kepalanya dengan sebelah tangan lagi dia sembunyikan dalam kocek seluar tracknya.
            “Urmmm.. tak apalah kalau macam tu, maksudnya lain kali waktu siang hari, dan bila awak tak sibuk, bolehlah ya?” soalnya..
            Aku tersenyum lalu mengangguk. Ah, bibir ni asyik nak tersenyum je.
            “Saya balik dulu?” aku menunjuk ke arah kereta yang aku parkir dihadapan kedai runcit ini. Sengaja aku parkir di tempat terang, mudah dilihat orang.
            Dia mengangguk dan mempersilakan aku menuju ke keretaku. Tapi baru saja aku ingin menuruni satu anak tangga, dia memanggilku..
            “Awak..”
            Aku menoleh.
            “Saya lupa nak tanya, nama awak apa?”
            “Nida.. awak?”
            “Haris..”
            Aku senyum lagi lalu terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju sebab aku rasa tak selesa bila dia masih berdiri di situ dan memerhatikanku.
            Ok, aku terasa jantung aku berdegup kencang lagi!

***
             “Ada si Hashim tu mesej kau lagi?” soal Lina.
            Hari itu dia datang bukan untuk melihat perkembangan terkini baju-bajunya tapi dia cuma mahu bertanyakan perkembangan terkini diantara aku dan si Hashim itu.
            Aku menggeleng. Sejak aku bertemu Haris aku langsung tak teringat langsung tentang Hashim dan aku tak peduli samada dia mesej aku ataupun tidak.
            “Aku dah cakap kat abang aku.. tapi aku tak taulah pula apa yang Hashim tu cakap balik pasal kau..” kata Lina lagi.
            “Dia nak cakap apa pun, bukannya kitorang ada apa-apa. Kalau aku tolak dia sekalipun apa dia nak buat? Hakikatnya kami memang tak ada apa-apa hubungan ataupun kaitan kalau bukan disebabkan oleh kau, kan?” sengaja aku berkata begitu untuk mengenakan Lina. Jadi lain kali dia perlu beringat yang bukan semua orang suka blind date!.
            “Alah.. niat aku baik apa, aku cuma nak tolong kau.. manalah aku tau yang kau tak suka cara macam ni..” rungut Lina perlahan.
            “Alah kak Lina, kak Nida dah tak pandang lelaki lain dah, dalam kepala dia tu ada sorang je yang dia ingat..” Nik mula mengusik aku.
            Aku pandang Nik sambil ketap bibir. Kenapalah Nik ni suka bocorkan rahsia aku...
            “Hah? Siapa? Siapa? Kata tak ada pak we?”
            “Memanglah tak ada pak we, tapi ni pak we baru jumpa..” balas Nik.
            “Nik Zaihasra…” aku memanggil Nik dengan nama penuhnya.
            “Pak we baru jumpa? Ohhh.. patutlah tak nak pada si Hashim tu, rupanya dah ada yang bertakhta di hati..”
            “Tak payah nak bertakhta di hati sangatlah, bolehkan…”
            “So, siapa lelaki tu? Dah ada rasa yang dialah lelaki yang kau mahu pilih tema warna baju pengantin sama-sama, pilih konsep perkahwinan sama, dah yakin yang dialah design manik yang kau takkan tanggal lagi?” soal Lina. Aku jadi keliru untuk menafsirkan maksud soalan dia samada dia memerli atau dia memang ‘memahami’ apa yang aku cari selama ni?.
            “Aku tak taulah, tapi yang pasti bila aku tengok dia, aku rasa macam manik-manik cinta tu bersinar-sinar… sampai silau mata!” balasku separuh jenaka.
            “Manik-manik cinta la pulak.. apa-apa pun yang penting, kalau nak kahwin jangan lupa cari aku, biar aku yang uruskan wedding kau.”
            “Diskaun mesti ada aa..” usikku.
            “Pasti..”

****

            “Dah lama menjahit?” Soal Haris.
            Ketika itu kami sedang duduk di kedai makan mak cik Kama yang tak jauh dari barisan kedaiku. Aku sedar yang kerja-kerjaku di kedai masih bertimbun tapi kalau nak tunggu sehingga semua kerja-kerja aku selesai memang entah bilalah baru aku ada peluang nak keluar minum dengan Haris, jadi pelawaannya pada hari ini tidak aku tolak sebaliknya aku terima dengan hati yang terbuka.
            “Lama jugaklah, dah hampir lapan tahun..”
            “Wow! Lama juga tu. Minat menjahit ke?” Soalnya.
            Aku tergelak lalu menggeleng. “Dulu mak yang suruh, lepas tu bila dah masuk dalam bidang ni takkan nak berhenti terus kan, so teruskan jelah. Lama-lama pun datang minat dan sampailah sekarang, dah ada kedai sendiri.”
            Haris terangguk-angguk. Aku nampak ada reaksi kagum pada reaksi mukanya.
            “Awak.. kerja apa?”
            “Saya kerja biasa-biasa je.. berniaga jugak, tapi jual hardware komputer. Oh, kalau awak nak tau mak saya tukang jahit juga, kadang-kadang kalau bosan saya tolong mak saya menjahit.” Cerita Haris dengan sengihan yang menampakkan giginya.
            “Oh.. ye ke?” aku terkelu. Patutlah cara dia macam faham je dengan dunia seorang tukang jahit.
            Dia mengangguk. “Mak mertua mesti sayangkan awak kalau awak kahwin nanti”
            “Kenapa pula?”
            “Sebab golongan emak-emak ni suka kalau perempuan pandai menjahit, sayangnya adik perempuan saya tu tak minat menjahit..”
            Aku tersenyum cuma.
            “Tambah-tambah lagi kalau mak mertua awak tu si tukang jahit juga…” dan ayat terakhir yang keluar dari mulut Haris itu kedengaran perlahan tapi jelas di telingaku.
            Jantung aku berdegup lagi. Dup, dap.

****

            Aku masih ada masa dua bulan dari sekarang dan baju putihku masih belum siap dijahit. Aku masih ada masa dua bulan dari sekarang dan aku masih belum pilih jenis dan warna bunga yang aku mahukan. Aku masih ada masa dua bulan dari sekarang, dan aku masih belum memilih lokasi yang sesuai dan strategik untuk majlisku itu. Aku masih ada masa dua bulan dari sekarang dan aku masih belum memilih kad yang aku berkenan. Aku masih ada masa.. aku masih ada masa..
            Empat patah perkataan itu sajalah yang aku sematkan dalam kepala. Aku. Masih. Ada. Masa. Sedangkan hati aku dah gundah gulana, jiwa aku dah resah gelisah kerana aku masih belum jumpa tema yang sesuai untuk majlis perkahwinanku nanti.
            Aku dah membeli kain warna putih susu untuk aku jahit sendiri baju pengantinku, tapi aku masih belum jumpa rekaan yang aku mahu.
            Aku dah melihat-lihat bunga segar yang sesuai digunakan untuk tema majlis dalam taman, tapi aku masih keliru samada untuk menggunakan bunga ros atau guna saja bunga-bunga lain macam carnation atau… atau.. oh aku sudah semakin pening.
            “Tinggal dua bulan sebelum majlis kau berlangsung tapi satu benda pun kau belum tentukan lagi. Memang nak cari bunga segar tu senang macam nak pilih ikan kat pasar. Memang kau sorang je pelanggan aku yang aku nak kena fikirkan. Memang kau..” Lina dah mula membebel bila dilihatnya aku masih menyelak-nyelak majalah sejak lima belas minit yang lalu dan tidak memberikan apa-apa respon terhadap pertanyaannya.
            Aku tutup majalah dan aku pandang Lina dalam-dalam. Cuba mencari sesuatu di wajah hitam manis itu. Sesuatu yang aku sendiri tak pasti apakah ianya, tapi hati aku mencari sinar keikhlasan di wajah Lina ini.
            “Kalau aku serahkan seratus peratus kecuali baju aku, tentang majlis ni pada kau, boleh tak kau janji yang kau akan tunaikan impian aku?” soalku kepadanya.
            Lina dah ternganga mulut sambil menunjukkan jari telunjuk ke mukanya sendiri. Seakan tak percaya dengan apa yang aku katakana.
            “A..a..aku? Kenapa aku?” soalnya.
            “Sebab majlis tinggal dua bulan dari sekarang dan aku masih belum buat keputusan untuk semua benda sebab aku terlalu harapkan kesempurnaan. Aku tau yang aku tak boleh buat semua ni kalau aku mahu majlis perkahwinan aku berlangsung dua bulan dari sekarang” balasku, yakin.
            Yakin yang Lina mampu menguruskan majlis ini sebaik-baiknya.
            “Oh.. kalau dah kau cakap macam tu.. ya.. aku ok je.” Balas Lina sambil jongket bahu. Gaya orang teruja yang teramata-amat teruja tapi menyembunyikan keterujaan dia dalam hati. Aku tau lepas dia keluar dari kedai aku pasti dia akan melompat kegembiraan.
            “Ok, kalau macam tu, nah ambil balik majalah ni dan pastikan aku dapat bersanding dua bulan dari sekarang.”
            “Yes, madam-to-be” kata Lina dan terus keluar dari kedaiku.

Dua bulan kemudian.

            Aku kini sudah sah menjadi seorang isteri kepada sang lelaki yang bernama Haris dan majlis perkahwinanku diadakan di taman tasik, dengan tema warna putih dan bunga-bungaan segar menjadi pelengkap pelaminku dan aku sangat berpuas hati dengan apa yang Lina dah lakukan untuk majlis ini. Tapi satu je yang buat aku rasa sangat-sangat risau bila langit kelihatan gelap, aku berdoa dalam hati agar awan hitam itu berarak pergi tapi nampaknya doaku tak dimakbulkan bila hujan mula turun dan kami terpaksa berteduh di bawah khemah.
            Maksud aku berdiri di bahagian tengah khemah ramai-ramai sebab kiri kanan dah kena tempias hujan hampir setengah jam juga rasanya.
            Lina berbisik di telingaku, “aku dah kata yang idea kau tak boleh dipakai dengan cuaca kat Malaysia ni..”
            Aku cuma jongket bahu, malas nak komen apa-apa. Well.. ini majlis perkahwinan impianku, tak kiralah walau apa pun yang berlaku aku cuma ingin mengingati hari ini dan tarikh ini sebagai satu hari yang aku diraikan dengan cinta hatiku dalam majlis idamanku. Cukup.
            Tapi bila hujan reda seseorang menjerit dan menunjuk ke arah langit, semua orang berpusu-pusu menuju ke arah yang ditunjukkan oleh budak lelaki itu.
            Pelangi! Dua jalur pelangi!
            “Rupanya Allah nak beri hadiah untuk majlis perkahwinan kita..” Haris berbisik di telingaku.
            Aku tersenyum lalu melentokkan kepalaku di bahunya.
            Perkahwinan bukan macam jahit manik pada baju pengantin, ia lebih bermakna dan lebih penting dari itu.


Tamat-21/5/12-
             
             

Thursday, May 10, 2012

lepas gian.


AMARAN : ENTRI INI BUKAN SEBUAH CERITA.



aku agak sibuk dan aku rasa gian / rindu / tak sabar-sabar nak menulis kembali.
jadi aku lepaskan gian dengan menulis sesuatu yang tidak bermanfaat di sini.
Sekian. 


p/s : manik-manik cinta yang berlegar-legar dalam kepala otak masih belum ada ruang dan peluang untuk aku keluarkan. Moga-moga ia tak hilang disaat aku dah bersedia dengan papan kekunci dan ms word. 

TOLONG JANGAN HILANG TERBANG!