http://img10.imageshack.us/img10/7733/contactm.png

Saturday, April 21, 2012

Plain Guy part 4 (last)



LEWAT pukul 5.30 petang selepas waktu kerja, Tizza melangkah ke perkarangan tempat letak kereta. Dia kepenatan sehari suntuk menguruskan fail-fail lama syarikat yang bertimbun-timbun.

Tizza buka kunci alarm kereta dan terus membuka pintu kereta. Tiba-tiba wajahnya ditutup dengan tangan berlapikkan sapu tangan oleh seseorang sebelum dia berjaya masuk ke dalam kereta.

Tizza menjerit tetapi suaranya  tenggelam. Tizza memukul-mukul tangan itu tetapi tidak berjaya. Nafasnya kian sesak dan bau klorofom mencucuk deria pernafasannya. Tak sampai seminit, Tizza mulai longlai tak sedarkan diri. Tubuh Tizza dicampakkan masuk ke dalam kereta.


TIZZA membuka matanya payah. Perlahan-lahan dia terpandang siling berwarna putih. Tubuhnya terkaku di atas katil. Kat mana aku ni? Desis Tizza pelan. Dia menyentuh dahinya. Pening sangat!

“Tizza... You dah sedar?” Satu suara membuat jantung Tizza berdegup kencang. Matanya terarah pada suara itu.

“Shaq??” Tizza duduk sambil meraba tubuhnya. Shaq menghampirinya dengan senyuman penuh tersirat.

“Kenapa I ada kat sini? Apa yang you dah buat pada I?” Tanya Tizza pantas.

“Don’t worry dear. Kejap aje you ada kat sini. Lepas ni kita keluar sama-sama.” Bisik Shaq menyentuh rambut Tizza penuh perasaan. Tizza tepis tangan Shaq kuat.

“I nak keluar sekarang!!”

“Tizza... I dah kata you akan jadi milik I...”

“But I hate you!”

Tizza bangun dari katil dan terus merentap tangannya kuat dari pegangan Shaq.

“Tizza!!” Seru Shaq apabila Tizza meluru ke luar bilik. Dia kejar Tizza dan terus mendakap tubuh Tizza dari belakang.

“I love you....”

“Pergi mati dengan cinta you! Sekarang lepaskan I! Lepaskan I!!” Rontaan Tizza tidak meninggalkan kesan kepada pelukan Shaq. Malah Shaq peluk Tizza semakin kuat.

“Jangan jadi kejam, Tizza...”

“You yang kejam! You yang kejam!” Jeritan Tizza sudah bersalut tangisan kuat. Tubuhnya menggeletar ketakutan.

Ting Tong...

Serentak itu Shaq lepaskan pelukannya. Dia berjalan menuju ke pintu rumah meninggalkan Tizza yang menangis keseorangan. Dia buka pintu dengan yakin sambil memandang Tizza dengan seribu satu kekuatan.

“Encik... Encik sedang berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrim. Jadi... Kami terpaksa menahan encik berdua sekarang ke pejabat agama. Harap beri kerjasama ya.” Satu suara menjengah pendengaran
Tizza. Tizza membesarkan mata. Beberapa lelaki berpakaian daripada jabatan agama memerhatikannya. Lantas mata Tizza terarah tepat ke arah Shaq.

“Apa semua ni???!!” Pekik Tizza garang.



TIZZA teresak-esak memeluk tubuh Diana. Diana mengusap bahu Tizza.

“Rileks la Tizza. Walid ada...” Ucap Diana cuba menenangkan Tizza. Mata Tizza terarah tepat ke arah Walid. Walid diam membisu tanpa kata.

“Jadi bagaimana?” Tanya pegawai yang berada di hadapan mereka bertiga.

“Saya sudi bertanggungjawab, encik.” Suara Shaq disambut gelak Tizza.

“Saya tak sudi dan tak akan sudi! Weyh lelaki, kalau kau nak kahwin, berlambak lagi perempuan kat luar sana! Apsal kau nak buat aku macam ni?” Tengking Tizza tanpa mengendahkan orang lain. Shaq telan air liur.

“Cik, encik ni sudi bertanggungjawab pada cik... Lebih mudah kalau cik dan Encik Shafiq mendirikan rumah tangga.”

“Kau apa tahu?! Nak bertanggungjawab konon... Sesen pun tak guna! Sesen pun tak guna! Sama macam Walid... Sesen pun tak guna!!” Jerit Tizza hilang kawalan. Sakit hatinya melihat Walid diam seribu dari tadi langsung tidak mempertahankannya. Pengecut! Dasar pengecut!

Walid memandang wajahnya tajam tetapi Tizza lemparkan pandangan sinis. Sakit hatinya berkepuk di dada.

Kalau nak diam aje, baik tak payah datang ke sini! Menyemak lagi ada!

“Dee, kita balik!” Tangan Diana diseret keluar.

“Cik... Masalah kita belum selesai...” Pegawai itu cuba menahan Tizza. Bebola mata Tizza sudah memerah.

“Memang tak akan selesai selagi kau tak berjaya nak buat aku kahwin dengan psiko macam dia ni kan?” Jari telunjuk Tizza tepat ke arah Shaq. Shaq tertunduk.

“Kau, Shaq, kau uruskan semua benda-benda ni. Aku tak nak naik turun mahkamah semata-mata sebab hal bodoh macam ni. Kau faham?!” Tizza tengking lagi. Shaq terpaku sesaat. Bodoh sangat ke? Tapi dia cuma mahu Tizza jadi isteri dia. Itu aje...

“Kau ingat dengan cara kotor tu, kau dah berjaya nak perangkap aku ke Shaq? Weyh, aku tak bodoh macam kau. Hidup obses dengan cinta!!” Tizza menghayun langkah keluar diikuti dengan Diana.

“Tizza...” Seru Diana serba-salah. Tizza berkeras untuk balik tetapi hal tangkap khalwat ini bagaimana?

“Tizza, aku tanya kau jangan marah... Shaq ada sentuh kau ke? I mean... Ye lah...” Diana garu-garu kepala yang tak gatal. Tizza menghamburkan air matanya bersungguh-sungguh.

“Kau nangis sebab Shaq dah err...”

“Taklah! Shaq tak sentuh aku! Kau jangan nak fikir kotor pulak! Kalau tak, dah lama aku setuju kahwin dengan dia!”

“Eh, orang tanya aje, kau melenting tiba-tiba kenapa?” Diana tersengih. Lega hati dia mendengarnya.

“Sure ke Tizz?” Diana soal lagi. Tizza ketap bibir. Rasa nak pelangkung kepala Diana cukup-cukup.

“Aku uzur! Ada faham?”

“La ya ke? Rugi la si Shaq...” Diana berseloroh. Kali ini tangan Tizza sudah hinggap di lengan Diana kasar.
Ambek kau!

Diana menyeringai kesakitan. Mak oi! Pedas gila!






“TIZZA... Kau ada baca news hari ini?” Tanya Diana sewaktu Tizza melangkah menuju ke meja dapur untuk
sarapan. Mata Tizza dah macam mata panda. Lebam semacam. Tizza geleng kepala.

“Kes kau kat muka depan Berita Harian. Ni, tengok ni...” Ucap Diana sambil menunjuk ke tajuk berita. Gambar Tizza dan Shaq turut terpampang besar di dada akhbar itu. Rahang Tizza jatuh. Tangannya
merampas surat khabar dari tangan Diana.

“Anak Dato’ Farid kena tangkap basah dengan Tizza Maisarah?” Ucap Tizza satu persatu.

“Ya Allah!” Rasa senak perut Tizza menerima tamparan itu.

“Glemer la kau lepas ni... Satu Malaysia tahu!” Ucap Diana tersengih. Air mata Tizza mengalir laju.

“Mana aku nak letak muka ni??” Tizza teresak-esak di kerusi. Diana tergamam. Tidak terfikir olehnya maruah Tizza yang sudah tercalar.

“Malulah aku... Macam mana aku nak pergi kerja kalau macam ni? Kau tengok la gambar dah besar macam ni, mana aku nak letak muka aku?”
Diana memeluk tubuh Tizza erat. Air mata Tizza mengalir laju. Kalau satu Malaysia tahu, Adzmin pun mesti tahu juga... Hati Tizza berkocak cemas.

“Dah.. Dah.. Jangan fikir sangat...” Pujuk Diana lembut. Mataya turut berkaca berkongsi perasaan terkilan untuk Tizza Maisarah.


TIZZA melangkah lambat-lambat menuju ke tempat selalunya Adzmin melepak. Jantungnya berdebar-debar kuat. Adzmin dah tau ke dia kena tangkap basah dengan Shaq? Kalau dia tau, nak lagi ke dia berkawan dengan aku?

Tizza mengetap bibir dan memejam erat matanya. Nafas dia hela sedalam mungkin meredakan perasaannya sendiri. Adzmin tak tau lagi aku sayang kat dia... Adzmin tak tau lagi hati aku sudah jadi milik dia. Selama ni pun, dia tak pernah terus terang tentang perasaan dia pada Adzmin. Tentang debar yang terundang bila bersama dengan Adzmin. Berkumpul rasa kecewa di hati Tizza.

Tizza genggam erat tangan di sisi. Dia melangkah satu-persatu menuju ke arah tempat duduk Adzmin. Adzmin tiada di situ.

Tizza gigit bibir bawah melihat patung Doraemon dibiarkan di atas kerusi Adzmin. Adzmin dah tau dah? Tizza duduk di sisi patung Doraemon itu sambil menghalakan pandangannya jauh. Ini patung yang dia berikan pada Adzmin tempoh hari... Patung ni... Tizza mengambil patung Doraemon itu lalu dibawanya ke riba.

Kalau Adzmin dah tau dia kena tangkap dengan lelaki lain, Adzmin tak nak jumpa dia lagi ke? Adzmin marah ke? Tizza mengesat air mata yang jatuh perlahan ke pipi. Sampai hati Adzmin. Patung Doraemon itu dia dakap erat. Adzmin dah tak sudi berkawan dengan dia lagi...

Sejam dia duduk sendirian di situ. Adzmin tak datang-datang walaupun hatinya mengharap Adzmin muncul menenangkan perasaannya. Tizza ambil pen dan stick note. Dia tulis sesuatu di situ sebelum berlalu membawa patung Doraemon.

Bila Tizza sudah jauh, Adzmin datang duduk di kerusi tempat Tizza duduk. Tangannya mencapai stick note
Tizza.

"Awak kat mana?’

Itu aje.

Kali ini, tiada Tizza yang memandang dari jauh. Tizza tak tahu Adzmin baca nota dia. Adzmin menghela nafas panjang.

Kenapa hatinya jadi berat untuk bertemu Tizza? Sebab Tizza masuk surat khabar kena tangkap khalwat? Tapi apa kaitan dia dengan hal ini sedangkan dia hanya kawan kepada Tizza. Bukan kekasih Tizza pun... Adzmin merenyuk stick note di tangannya. Entah kenapa hatinya terbakar.


LANGKAH Tizza terhenti bila dia terpandang susuk tubuh Walid yang berdiri di depan gate pintu rumah dia.  Dia pandang wajah Walid lama. Untuk apa lelaki ini datang berjumpa dengannya?

“Tizza...” Ayat Walid terhenti di situ. Dia merenung wajah Tizza lama.

“I tak sangka you begini...” Tizza terkesima mendengar ayat Walid ungkapkan. Dia pandang wajah Walid dengan wajah berkerut.

“I tak faham...” Ucap Tizza hairan. Walid menghela nafas dalam.

“I ingat you wanita jujur. You wanita yang tak akan perkotak-katikkan kepercayaan I pada you. You tak akan pernah mengkhianati I. I berikan you kepercayaan yang paling tinggi I pernah letakkan untuk kekasih I tapi....

Hari tu I jumpa you dengan boyfriend baru you kononnya. Tiba-tiba semalam, I dapat panggilan you kena cekup. Tapi I terkejut bila you kena tangkap basah dengan lelaki lain pula. I nak tanya dan you jawablah terus-terang. Selama kita bercinta 7 tahun ni, you selalu buat hubungan dengan lelaki lain di belakang I ke?”
Tizza tersentak. Dia pandang wajah Walid tak percaya.  Kata-kata Walid menoreh halus hatinya. Sampai hati
Walid!

Selama ni dia mengadu pasal Shaq, tapi Walid pandang remeh. Sekarang ‘sesuatu’ yang dia pernah takutkan sehingga membawa putusnya hubungan dia dan Walid telah terjadi tapi, Walid tetap meletakkan kesalahan di atas bahunya. Walid tak adil!

Tizza tunduk mencari kekuatan. Hatinya cukup tercalar dia pendamkan. Tizza tutup mata rapat-rapat sebelum menentang semula pandangan Walid dengan senyuman sinis di bibir.

“Silap you satu, you terlalu percayakan I.” Ucap Tizza pelan sebelum berlalu menuju masuk ke dalam rumahnya. Walid terpaku seorang diri di situ. Mata dia berkaca-kaca menahan sebak.

Dia tak berjaya menyakiti hati Tizza dan kini perasaannya yang hancur tak terkata. Dia marahkan Tizza dan dia ingin Tizza rasa sakit yang dia rasa.

Tapi kenapa kini dia yang menanggung luka? Kenapa harus dia bersendirian menanggung hancurnya rasa hati sedangkan Tizza selamba menutup cinta mereka?



“TIZZA!” Diana menarik tangan Tizza kuat.

“Weyh, penat aku cari kau tau? Kat sini rupanya...” Diana mengeluh keras.

“Kejap Dee.. Aku nak pergi kat sana kejap...” Tizza mengatur langkah ke bawah pokok.

“Oi...” Diana kejar Tizza dengan rasa sebal. Apsal minah ni tiba-tiba aje?  Rungut Diana geram. Dari tadi macam otak tak betul. Melayang-layang entah ke mana. Macam orang angau pun ada...

“Kenapa Tizz??” Diana turut terhenti bila langkah Tizza berhenti. Tizza tidak menjawab pertanyaan Diana. Perlahan-lahan dia menghampiri sebuah pokok dan berdiri tegak.

Diana ternganga. “Wah, banyaknya stick note? Aku ingat kau seorang je yang gila stick note. Aku ingat lagi masa kita berdua baru aje kenal. Kau selalu lekat stick note dekat depan pintu bilik aku...” Diana ketawa besar. Tizza mengambil salah satu stick note yang sudah agak lunyai di situ.

‘Dah lama awak tak ke sini?’

Satu lagi, ‘Awak sihat ke Miss Doraemon?’

Satu lagi, ‘Saya selalu kat sini. Awak aje yang tak perasan..’

‘Awak dah lupakan saya ke?’

‘Awak makin cantik. Awak dah tak tertinggal barang awak lagi...’

‘Saya tengok awak dari jauh. Kenapa awak sedih Miss Doraemon?’

‘Tizza, saya dah lukis wajah awak. Kalau awak nak, jumpalah saya...’
Air mata Tizza satu-persatu jatuh. Adzmin tunggu dia ke? Selama ni dia ingat Adzmin tak sudi nak kawan dengan dia lagi. Dah tiga bulan dia tidak ke sini kerana takut terserempak dengan Adzmin. Dia panggil aku
Miss Doraemon? Tizza gelak kecil. Ada bahagia menggigit jiwanya. Diana hairan memerhatinya.
Tizza keluarkan stick note dia dan tulis ‘Esok saya datang. Awak tunggu ya...’

“Kau dah gila ke?” Tanya Diana melihat Tizza kutip satu-persatu stick note di pokok itu.

“Kau tolonglah aku...” Ucap Tizza sambil tersenyum lebar. Diana geleng-geleng kepala. Sah kawannya dah jadi tak berapa nak centre. Kesian...



TIZZA duduk di kerusi Adzmin menanti dengan debaran menggunung. Dia tersenyum sendirian teringat nota-nota Adzmin padaya. Hi hi...

Walid yang sudah ada pengganti di sisinya. Err... Perempuan tu biasa-biasa aje. Aku lagi comel kut... Bisik hati Tizza sambil tersengih.

Shaq pula? Padan muka kena basuh oleh bapak dia. Aku doakan Syafiq dapat teman yang lebih baik daripada aku. Aku tengok dia sudah banyak berubah. Simple aje dan mungkin agak pendiam sedikit. Ada jugak terserempak dengan dia beberapa kali tapi Shaq lebih selesa tidak menegur aku. Segan barangkali.

Tizza menghela nafas panjang.

Diana dah tahu pasal Encik Doraemon sebab malam tadi dia paksa aku bercerita dari awal sampai akhir. Dia kata dia tak sabar nak tengok rupa Encik Doraemon aku. Aku kata kat dia, Encik Doraemon tak handsome sangat, tapi cool... Tizza tersengih lagi.

Dia menilik jam. Hampir 3 jam dia menanti tapi kelibatan Adzmin masih tidak kelihatan. Dia jadi resah tetapi dia sabarkan hatinya. Adzmin tunggu 3 bulan, aku baru 3 jam... Tizza bersandar di kerusi itu.

3 jam bertukar jadi 4 jam. Kemudian 5 jam. Tizza menilik jam di tangan. Hampir pukul 2 petang. Dia menoleh kiri ke kanan mencari kelibatan Adzmin tetapi tiada. Dia memandang pokok tempat dia letakkan stick note semalam. Stick note itu tiada lagi menandakan Adzmin sudah membacanya. Tizza menghela nafas panjang.

Adzmin tak datang ke?

Tizza berdiri dan meletakkan tangannya ke belakang. 20 minit berlalu begitu saja. Akhirnya Tizza mengeluarkan stick note dari dalam beg. Dia tulis di situ;

‘Saya solat dulu. Lepas ni saya datang balik...’
Dia lekatkan pada pokok lalu melangkah pergi. Tak ada rezeki nak jumpa Adzmin kut.. Dia hela nafas panjang. Tak apa, sekurang-kurangnya Adzmin masih menantinya...

“Tizza Maisarah!!”

Langkah Tizza terhenti di situ.

“Tizza!!”

Berderau darah Tizza. Suara Adzmin! Dia toleh ke belakang. Adzmin berlari dari jauh mendekatinya.

Tizza tergamam di situ tanpa kata. Adzmin berhenti di hadapannya dan tertunduk menahan mengah.

“Tizza..” Tersekat-sekat suara Adzmin menyeru namanya. Tizza terkebil-kebil sendiri. Adzmin angkat wajah dah senyum pada Tizza. Peluh merenik di dahi dia biarkan.

“Hai...” Ucap Adzmin memandang wajah Tizza sebelum tertunduk semula. Bila Adzmin mula berdiri tegak dan nafasnya teratur, Tizza mengorak senyuman di bibir.

“Hai balik...” Balas Tizza dengan debar di dada.

“Lama tak jumpa...” Ucap Adzmin merenung anak mata Tizza dalam. Tizza tertunduk dan gelak kecil.

“Awak yang jual mahal...” Balas Tizza sambil ketawa. Adzmin tersengih.

“Nah...” Adzmin berikan Tizza kanvas lukisannya.

“Saya lambat sebab nak siapkan ini... Maaf ya...” Pinta Adzmin. Tizza mengambil kanvas itu dari tangan Adzmin.

“Awak lukis tanpa orang sebenar kat depan mata, ada tak iras macam muka Erra Fazira?” Usik Tizza.

Adzmin menggeleng-geleng kepala.


“Saya ingat muka awak...” Jawab Adzmin menahan senyum di bibir. Wajah Tizza naik merah kerana malu.
Biar betul Adzmin ni... Dah sah lah tu memang ada hati kat aku... Desis hati Tizza nakal.

“Awak tak marah saya lagi?”

“Tak... Saya tak pernah marah awak...”

“Betul ni?” Tanya Tizza meminta kepastian.

“Hurmmm... Saya tak marah. Cuma awak tu merajuk lama sangat... Saya ingat awak dah lupa pelukis jalanan macam saya...”

Tangan Tizza menampar lengan Adzmin pantas. Wah. Dia tak ingat agaknya aku yang mula suka kat dia dulu!
Bisik Tizza di dalam hati.

Tizza tertunduk bila merasakan mata Adzmin menikam jauh ke dalam hatinya.  Tizza terpandang lutut Adzmin yang terkoyak. Ada titisan darah di situ. Dia tergamam dan terus mendongak mencari wajah Adzmin. Adzmin tersengih.

“Jatuh tadi...” Ucap Adzmin jujur. Mata Tizza memerah menahan rasa sebak. Dia terharu sangat-sangat.

“Terima kasih...”

“Kasih kembali...”





“TIZZA...”

“Hurmmm?”

“Bulan depan kita ke Korea...”

“What?”

“Korea...”

“Biar betul?!”

“Ye lah... Abang dapat offer untuk pergi sana.”

“Waa!!”

“Kali ni projek ribu-ribu...”

“Tapi kerja Tizza kat sini?”

“Tizza ikut suami ke nak ikut kerja? Pilih mana satu...”

“Nak ikut suami!”

“Good girl. So kita pergi Korea ya? Sambil berbulan madu....”

“Really?! Sayang abang...”

“Asal kata nak pergi bulan madu terus sayang la ye?”

“Mesti la... Hi hi hi...”


-habis-

Monday, April 2, 2012

plain guy part 3




TIZZA MAISARAH dah jadi stalker. Dia rasa otak dia dah tak centre dah sebab asyik menghendap mamat Doraemon kat tepi jalan. Patutlah selalu terserempak dengan Doraemon kat kawasan sini-sini... Dia pelukis jalanan rupanya... Sudah dua kali dia duduk perhatikan Doraemon yang khusyuk melukis gambar sejak minggu lepas. Ada juga beberapa orang meminta Doraemon melukiskan potret wajah mereka. 

Aish... Tak ada nama ke? Takkan nak panggil mamat ni Doraemon? Nak kata badan bulat macam Doraemon, badan dia kempis aje. Tizza garu kepala sendiri. Hari ini dia beranikan diri untuk menghampiri Doraemon dan duduk di sisi lelaki itu. 

“Haiii...” Tegur Tizza sengih. Doraemon lemparkan pandangan pelik padanya. Tizza berdehem sendiri sebelum menyelitkan rambutnya ke telinga. Bajet ayu.

“Buat apa?” Tanya Tizza lagi. Doraemon jatuhkan pandangannya ke kanvas lukisan. Tizza tak dilayan. 

‘Sombong...’ Desis Tizza memuncungkan mulutnya. Tizza ambil sekeping stick note di dalam beg tangan. Dia tulis satu-satu ayat di situ sebelum dia lekatkan pada kanvas yang sedang  Doraemon lukis itu. Dia nampak terkejut dan terpinga-pinga dengan tindakan selamba Tizza itu, tapi Tizza buat selamba terus melangkah pergi dari situ. 

"Kau nak baca, baca. Tak nak sudah!" Desis hati Tizza. 

Doraemon tengok langkah Tizza sambil tersenyum. Pelik perempuan ni. Dia toleh ke arah stick note yang Tizza tinggalkan.

‘Nama awak siapa?’

Itu aje? Doraemon menggeleng-geleng kepala. Lantas dia ambil sebatang pensel dan tulis kat bawah ayat 
Tizza sebelum stick note itu ditampal kembali ke dinding dibelakangnya.

‘Mohd. Adzim’

***

“TAK nak lukis potret saya ke?” Tanya Tizza menggigit cup kertas yang berisi nescafe. Adzim menoleh ke arahnya sekilas sebelum dia kembali melakar potret seorang perempuan daripada sekeping gambar kecil yang diletakkan di sudut atas kanvas itu. 

Permintaan Tizza tidak dilayan. Sejak seminggu yang lalu, wajah Tizza dah kerap sangat dilihatnya. Entah apa yang perempuan ini mahukan darinya, dia pun tak tau. Yang pasti Adzim sangat rimas dan tak selesa setiap kali Tizza datang dan mengganggunya melukis. 

Sangat mengganggu konsentrasi!.

“Awak memang duduk selalu sorang-sorang kat sini?” Tanya Tizza lagi bila Adzim masih belum beri apa-apa reaksi, sambil memandang sekeliling mereka. Kat tepi jalan, kereta lalu-lalang. Orang pun ramai aje yang tumpang pandang ‘kesian’ kat dia. 

Adzim mengangguk-angguk.

“Best kan jadi awak. Rileks aje...” Puji Tizza ikhlas. 

Adzim angkat bahu dan cebikkan bibir, seperti menjawab.. 'biasa je'. 

Tizza memandang wajah Adzim. Sejak seminggu yang lalu, selepas dia meninggalkan stick note berupa soalan 'apa nama awak' pada Adzim,  tiap-tiap hari dia datang lepak di sini menjelang tengah hari. Adzim banyak berdiam diri. Hanya dia yang memulakan bicara. Tapi tak apalah... Dia rasa seronok berada di sisi Adzim, dia terasa seolah-olah dia baru saja dipertemukan dengan lelaki yang 'dicari', lelaki yang tak gunakan kekacakan wajahnya untuk mengorat, lelaki yang tidak menyebak rambut ikalnya ke belakang, lelaki yang tidak memberi perhatian kepadanya dan mempercayai dirinya seratus peratus.

 Tizza renung wajah Adzim lagi. Dia suka melihat gaya adzim berpakaian ringkas, cuma baju T tanpa kolar tapi berpotangan V di leher, seluar jeans hitam dan kadang-kadang memakai topi kain dikepala. Yang paling tizza suka, bila di jarinya penuh dengan warna-warna cat yang bercampur-campur. Selekeh! Tapi comel....

“Awak pandang saya sampai tak berkelip mata! Apa yang awak fikirkan?” Soal Adzim tiba-tiba. 
Tizza tersedar dari lamunannya. Dia tersengih malu. 

"Mana ada saya pandang awak.. saya pandang lukisan yang awak tengah lukis tu je.." Dalih Tizza, cuba menutup malu. Padahal dah tak boleh cover-cover lagi dah, terang-terangan dia ditangkap sedang 'mengusha' anak teruna orang!

“Mata saya ni belum buta lagi..." Ucap Adzim perlahan, tapi masih mampu didengari oleh Tizza.

"Siapa cakap awak dah buta? Saya..." kerana terlalu kalut ingin mempertahankan diri daripada perasaan malu, Tizza sampai tersilap tafsir maksud kata-kata Adzim itu, sedangkan lelaki itu sebenarnya sedang memerli Tizza.

"Awak nak apa dari saya?" Soal Adzim. Memotong kata-kata Tizza.

Tizza garu kepala. Nak apa? Jika soalan itu yang ditanya, sungguh Tizza memang tak ada jawapannya. Tizaa mengenali Adzim secara tak sengaja di stesen komuter, kemudian dia putus dengan Walid, melarikan diri dari Shaq dan dia terjumpa lelaki ni di sini. Dia tak nak apa-apa dari Adzim, tapi entah kenapa si pelukis jalanan ini seperti ada aura magnet yang sentiasa menarik dirinya supaya datang ke sini.

"Saya nak... nak.. nak suruh awak lukis gambar sayalah!" Ucap Tizza, spontan. Setakat ini itu sajalah jawapan paling baik yang dia rasa dia boleh beri.

"Nak suruh saya lukis gambar awak? Tapi sejak seminggu yang lepas, awak datang, awak duduk kat sebelah saya, tanya saya macam-macam soalan dan tenung saya macamlah saya ni allien, baru sekarang  awak cakap yang awak nak suruh saya lukis potret awak? Tak ada jawapan yang lebih baik ke??" Perli Adzim. Nampak dia mendengus, rimas!

"Habis awak nak saya cakap apa lagi? Ok, kalau saya cakap saya suka duduk kat sini, tengok awak melukis.. awak tak kisah ke?" Soal Tizza kembali.

"Itu pointnya. Tengok saya melukis ke tengok lukisan saya? Sejujurnya sebenarnya saya rimas bila awak asyik perhatikan saya, tenung saya dalam diam, tanya macam-macam soalan, apa masalah yang saya dah bawak pada awak?"

“Esok awak tak cuti ke?” Tanya Adzim. Tizza geleng kepala.

“Esok saya shopping dekat-dekat sini. Nak teman saya tak?” Tanya Tizza teruja. Adzim tersengih.

“Kopak saya nanti.” Balas Adzim mengusik. Tizza tarik muka. 

“Jangan risau... Saya guna duit saya sendiri la pakcik... Temankan saya esok ya?” Pujuk Tizza. Adzim angkat bahu.

“Tengoklah...” 

Tizza mengambil buku karya Muhammad Hafizuddin yang berada di sisi Adzim dan menamparkannya pada lengan Adzim. Adzim menyeringai sakit dan terus merampas buku itu. 

“Ini buku agama la Tizza. Hati-hati.” Tegur Adzimn. Tizza? Dia terkaku sesaat. 

“Awak panggil nama saya tadi?” Tanya Tizza tak percaya. Adzim garu kepala.

“Tak boleh ke?”

“Boleh! Boleh sangat!” Tizza gelak seronok. Adzim termangu-mangu kehairanan.

‘Awak angau kat saya ke Tizza?’ Bisik hatinya

****

LANGKAH Tizza terhenti apabila melihat Shaq duduk di meja kerjanya. 

“Why are you here?” Tanya Tizza, melangkah menghampiri Shaq. Shaq senyum lebar. 

“I rindukan you, dear...” 

Dear? Tizza memandang Shaq dengan perasaan menyampah. 
“You boleh blah sekarang. I nak sambung kerja-kerja I.” Ucap Tizza dingin. Wajah Shaq berubah. Dia merenung wajah Tizza dalam-dalam.

“Sampai hati you Tizza,” 

“I tak ada masa nak melayan you tau? Pergilah Shaq. I tak ada perasaan pada you.” Harap-harap kali ini Shaq faham apa yang dia katakan. Shaq ketawa kecil tapi tawa dia nampak sangat hambar.

“I tak akan putus asa Tizza. I tau you dan Walid dah break. Apa salahnya you beri I peluang untuk buktikan cinta I pula?” 

“Dari siapa you tahu?” Tanya Tizza kasar. Shaq terdiam.

“I tak pernah bagi tahu sesiapa yang I dah break dengan Walid. So, macam mana you boleh tahu?” Tanya Tizza mendesak. 

“I boleh upah sesiapa aje untuk siasat tentang you, Tizza.” Ucap Shaq selamba. Tizza tersentak. Dia mencerlung memandang wajah Shaq tajam.

“I tak suka!” Jerit Tizza. Shaq tergamam. 

“Tolong pergi sekarang.” Tizza mengangkat jari telunjuknya menunjuk ke arah pintu keluar pejabat. Matanya merah menahan marah. Dia tak suka hak peribadinya diperkotak-katik begitu dan Shaq tak sepatutnya buat macam tu!

“Tapi....”

“I hate you!” Tizza membentak. Shaq ketap bibir. Tidak pernah ada seorang pun perempuan layan dia macam sampah. Apatah lagi wanita yang pernah menambat hatinya. Tizza kejam!

“Okay I pergi, tapi I akan datang balik ke sini.” Ucap Shaq melangkah ke pintu.

“Tak payah! I benci tengok muka you. I tak nak jumpa you lagi Shaq.” Nafas Tizza turun naik menahan rasa marah. Emosinya tak stabil tiba-tiba. Kalau ikutkan hati, pasu bunga di atas mejanya sudah melayang menuju wajah Shaq. 

Langkah Shaq terhenti di pintu. Dia memandang wajah Tizza tajam. Hatinya terluka dalam.

“You akan jadi milik I walau dengan apa cara sekali pun. Mark my word Tizza Maisarah.” Shaq tersenyum sinis sebelum menghilangkan diri di sebalik daun pintu pejabatnya. Tizza terduduk di kerusinya. Tangan kirinya mengurut-urut dahi. Pening.

****


“TIZZA, awat kau buat muka macam tu? Something wrong ke?” Tanya Diana sebaik saja Tizza duduk di sofa. Tizza buat muka serabut. 

“Shaq...” 

“Shaq? Siapa Shaq? Pakwe baru ke?” Tanya Diana bertubi-tubi. Tizza tayang penumbuk pada Diana. Diana gelak lucu.

“Ye lah.. SORRY okay... Cerr cerita. Siapa Shaq?” Tanya Diana memandang wajah Tizza tepat. Tizza cebik.

“Dia selalu kacau aku. Sebelum aku break dengan Walid lagi.” Adu Tizza tayang muka tertekan.

“La ya ke? Kenapa kau tak pernah bagi tau aku? Dia handsome tak?” Tanya Diana teruja. Tizza ambil bantal sofa dan tikam pada Diana. Orang tengah serius boleh pulak dia tanya handsome ke tak...

“Aku malas nak kasi tau kat kau. Kalau aku kasi tau mesti kau tanya dia handsome ke tak.” Tizza cebik. Diana ketawa.

“Ye lah... Aku tak tanya dah. So apa cerita si Shaq tu tadi?”

“Dia ugut aku tadi. Aku memang tak suka kat dia sebab tu aku suruh dia jangan ganggu aku lagi. Tapi lepas tu dia cakap kat aku yang dia nak aku jadi milik dia walau apa pun method yang dia nak guna. Seram la weyh...” Tizza mengeluh berat. Diana membulat mata.

“Biar betul? Takut la aku... Psiko ke mamat tu?” Tanya Diana bersungguh-sungguh.

“Ye lah kot... Dia client aku tapi lepas aku dah settle kan hal dia, dia ganggu aku pulak.”

“Kau pernah keluar dengan dia ke?” Tanya Diana lagi. Wah, bakat jadi reporter tak berjaya.

“Adela sekali tu. Itupun sebab dia janji tak nak jumpa aku lagi... Tapi janji tinggal janji...” Tizza garu kepala. Diana melepaskan nafas panjang.

“Patutpun... Kau bagi harapan kat dia sebab tu dia jadi macam tu. Kalau aku jadi kau, gerenti aku tak layan Shaq dari awal.” 

“Bukan macam tu la weyh! Dia janji kat aku tak nak jumpa aku sebab tu aku ikut aje dia... Lagipun dia ajak makan je. Bukan ajak pergi mana-mana.” Sebal rasa hati bila Diana buat kesimpulan melulu. Mana ada dia beri apa-apa harapan pada Shaq! Tak pernah dan tak hingin.

“Kau yang cakap...” Ucap Diana selamba. Tizza tarik muka masam. Malas nak cerita kat minah seorang ni. Makin sebal.

“Dah aku nak rest dulu. Esok aku nak jumpa Doraemon.” Ucap Tizza sambil berdiri.

“Doraemon?” Soal Diana hairan. Tizza gelabah.

“A’ah... Doraemon aku nak beli baju tu, kat Sogo esok...”

“Aku nak ikut!”

“Tak payah!”

“Nak ikut la weyh...” Diana tunjuk mulut itik. Tizza juih bibir.

“Penyibuk.” Ucap Tizza menutup pintu biliknya. Adess... Hampir-hampir kantoi!

“Tizza, Walid bagi barang tadi aku letak atas meja kau!”
Serta merta matanya terarah di atas meja rias. Wah, coklat lagi... Lepas ni aku jadi tauke coklat. Tizza lepaskan nafas berat. Dia mencapai handphone di dalam beg tangannya. Mesej Walid yang berpuluh-puluh itu di baca satu persatu. Akhirnya Tizza delete habis. Ayat yang sama aje. Jangan marah lagi. I minta maaf. Dah dapat tak hadiah I. Kita sambung balik ya? I yang salah, lepas ni I cuba lebih fahami diri you. Sayang I rindu. 

Perghhh... Ayat romeo.

Tizza mengurut belakang tengkuknya. Coklat-coklat dan segala sweets ni, dia nak buat apa ya?
Lusa bawak ke pejabat bagi kat staff aje la...  Nasib baik bilik dia tak dimasuki semut. Banyak sangat benda manis!

****

TIZZA tersenyum lebar menghampiri kelibatan Adzim. 

“Hai...” Ucapnya riang. Adzim menoleh ke arah Tizza. 

“Hai balik...” Ucap Adzim tersenyum kecil. 

“Buat apa?” Tanya Tizza menjengah kanvas lukisan Adzim. Adzim angkat bahu. 

“Tu lah saya suruh lukis muka saya tak nak...” Usik Tizza sambil mengambil tempat di sebelah  Adzim. 

“Awak nak cuba lukis ke?” Tanya Adzim tiba-tiba. Tizza membulatkan mata. Dia pandang kanvas lukisan yang kosong dan wajah Adzim silih berganti.

“Tak naklah! Saya nak lukis bunga pun tak pandai...” Ucap Tizza menolak pensel yang dihulurkan oleh Adzim. Adzim senyum aje. 

“Jom shopping nak? Lagipun awak macam tak de idea aje ni...” Ajak Tizza lembut. Cuba menarik perhatian Adzim. Adzim terdiam.

“Malaslah...” 

“Malas? Ala.. Please.. Please..” Rayu Tizza. Adzim geleng-geleng kepala.

“Tizza, tak manis awak merayu macam tu. Saya lelaki, awak perempuan.” Tegur Adzim memandang tepat 
wajah Tizza. Tizza mencebik.

“Tak nak tak apa. Saya pergi sendiri aje.” Rajuk Tizza. Adzim senyum bila Tizza sudah berdiri tarik muka masam.

“Ye lah... Ye lah... Saya temankan.” Langkah Tizza terhenti. Dia menoleh laju. 

“Really?” Tanya Tizza. Wajahnya bersinar-sinar riang. 

“Awak selalu terjatuh barang masa jalan. Saya cuma nak tolong awak angkat barang ye... Tak ada niat lain.” Adzim mengambil cermin matanya di poket sebelum meletakkannya di wajah. Tizza tersengih. 

“Saya tau la...” 

Tizza mengatur langkah dengan semangat. Wah. Untung sangat dapat jalan dengan Adzim. Macam perasaan berjalan dengan Aaron Aziz pulak. Asyik tersengih-sengih sendirian walaupun Adzim cuma mempamerkan 
muka selambanya. Tizza berhenti di depan kedai patung. Dia melemparkan pandangan ke arah Adzim. 

“Kenapa?” Tanya Adzim hairan.

“Masuk sini jom!”

“Nak buat apa?” 

“Beli anak patung la...”

“Tizza...” Teguran Adzim tidak diendahkan. Tizza tarik lengan Adzim kuat sehingga lelaki itu terpaksa 
mengikut langkahnya.

“Tizza, lepaslah. Tak manis tau...” Adzim tarik tangannya. 

“Ye lah... Tak manis, tak elokkan?” 

“Tau pun.”

Tizza tarik muka sambil melangkah menuju satu persatu rak.Sampai di sebuah rak, Tizza menjerit riang. Adzim terkejut.

“Ni!” Tizza tunjuk satu patung. Adzim terkebil-kebil memandang Tizza yang sudah berlari-lari anak membawa patung Doraemon besar gedabak itu.

“Tizza...” Adzim mengeluh kecil sebelum mengorak senyuman di bibir. 

Tizza mengajak Adzim makan tengah hari di KFC. 

“Awak suka KFC kan?” Tanya Tizza teruja. Adzim kerut dahi.

“Mana ada?” 

“Hari tu saya nampak awaklah makan sorang-sorang kat sini...”

“Iye ke? Tak perasan pulak.” Balas Adzim sambil mengambil air pepsi di sebelahnya. 

“Awak, nanti awak lukis saya tau...” Pinta Tizza bila suasana kembali menyepi. Adzim angkat kening sambil memandang wajah Tizza. Dia amati wajah itu dalam-dalam. Tizza putih. Bibir dia merekah merah. Senyuman Tizza paling manis. Tizza nampak matang tapi keanak-anakan. Adzim angkat bahu tidak menjawab soalan Tizza.

“Nanti saya awak lukis ya... Berapa harganya?” Tanya Tizza lembut. Gila kerek mamat ni. Kena bayar jugak ke? Aishh...

“RM 3 ribu.” 

Nak terpengsan Tizza dengar. Tizza berdehem-dehem kecil sebelum mengurut dahi sendiri. Adzim tahan tawa. Lurus juga si Tizza ni... Bisik hatinya.

“Nantilah saya lukis awak...” Ucap Adzim menjamah ayam gorengnya sedikit. Tizza pandang wajah Adzim ragu-ragu.

“3 ribu ke??” Tanya Tizza cemas.

“Taklah. Saya kasi awak free. Nanti kalau 3 ribu melayang, tak dapatlah awak shopping hujung minggukan?” Adzim mengusik. Tizza tersenyum lebar. Gitulah baru macho... Ni kedekok nak mampoeh... 

“Janji ek...” Tizza pandang wajah Adzim teruja.

“Ye lah... Sejak kenal awak, saya tak henti-henti bercakap.” Keluh Adzim. Tizza tersengih lebar.

“Sebab awak suka saya lah tu...” Ucap Tizza berani. Matanya sengaja diletakkan tepat pada anak mata Adzim. Ada debar mengepung diri tapi dia masih bertahan melawan renungan tajam Adzim.

“Tizza...” Satu suara membuat segalanya terlerai tiba-tiba. Tizza dan Adzim melemparkan pandangan ke arah yang sama.

“Walid...” Keluh Tizza pelan. Wajah Adzim dipandangnya sepi. Adzim hanya menunggu.

“Siapa ni?” Tanya Walid merenung wajah Adzim terus. Tizza mengusap wajahnya sebelum memandang wajah Walid yang agak kusut itu.

“My boyfriend.” Ucap Tizza tanpa memandang wajah Adzim. Dia takut Adzim tiba-tiba melenting tapi dia pertaruhkan juga untuk melihat sendiri reaksi Adzim. 

“Are you serious?” Tanya Walid terkejut. Tizza angguk-angguk kepala.

“I think... We just...” Walid gagal mengatur bicara. Tizza tentang mata Walid berani.

“I serius bila I kata kita berdua break.” Ucap Tizza tenang. Dia pandang wajah Adzim. Adzim buat muka terkejut juga. La.. Reti terkejut pula mamat ni? Bisik hati kecil Tizza. Macam tak percaya.

“Tapi...” Walid ambil tangan Tizza dan menariknya. Tizza jadi cemas.

“Walid!” Tizza cuba lepaskan tangannya tetapi gagal.

“Janganlah berkasar dengan perempuan. Apa main pegang-pegang ni?” Tiba-tiba Adzim berdiri menolak tubuh Walid kuat. Walid berundur kebelakang apabila merasakan dirinya tidak stabil. Dia merenung tajam ke arah Adzim. Tizza turut berdiri dari kerusi. 

“Walid, masa I bercinta dengan you, you siap bagi green light untuk I keluar dengan lelaki lain. Kenapa sekarang nak menyibuk pula bila I dah tak ada apa-apa hubungan dengan you? Tolonglah Walid. I dengan you dah putus. Jangan ganggu I lagi. Dan.... Jangan beri I present-present you tu lagi. I rimaslah...”

“Sayang...” 

“Stop it Walid! I’m not your sayang anymore. Jom Adzim...” Tizza ambil tangan Adzim dan plastik berisi Doraemonnya terus meninggalkan Walid sendirian.

“Tizza...” Seru Walid. Tizza tidak mengendahkan panggilan Walid. Puas hati dia sekarang. Baru Walid tahu rendah tinggi langit. Dia tidak peduli lagi. Tangan Adzim terus diheret mengikut langkah lajunya.

“Tizza...” Tegur Adzim setelah mereka jauh dari pandangan Walid. Tizza lepaskan tangan Adzim. Air matanya jatuh satu persatu. 

“He is my first love...”

“So kenapa break?”

“Selfish.”

“Awak atau dia?”

“Saya tak tahu!” Tizza mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Kenapa hati dia pedih sangat?

“Saya nak balik dulu. Ni untuk awak...” Tizza letakkan beg plastik berisi patung Doraemon di tangan Adzim. Adzim memandang kelibatan Tizza yang berlalu pergi. Hati dia berbelah bagi. Tizza masih sayangkan bekas kekasihnya ke?


bersambung utk satu part je lagi... sabar okeh?? 

Friday, March 23, 2012

Plain Guy part 2



 TIZZA DAN WALID keluar bersama ke sebuah pusat membeli belah dan kali ini Tizza bertegas untuk menjemput Walid. Dia tidak mahu jadi mangsa buat kali kedua. Penat nak angkut semua barang naik komuter. Serik! 

"People keep looking at us..." Luah Tizza menghela nafas panjang tidak selesa. Walid sengih. 

Inilah risiko kalau berjalan sama dengan Walid, mereka jadi perhatian. Dahlah tu ada yang tertoleh-toleh 
mencuri pandang ke arah mereka berdua...

Tizza pandang ke wajah Walid. Walid tetap tenang tidak terusik.

"They are looking because they think that we're suit to each others." Balas Walid, begitu optimistik, dengan 
senyuman bangga di bibirnya.

"Really? But what I see is their eyes is looking at you, smiling to you dan yang paling penting sekali diorang tu semuanya perempuan!" Balas Tizza sinis. Baik sangat si Walid ni. Semua benda dia nak fikir positif, bagus... Sedangkan perempuan-perempuan itu tadi telah memandang dirinya kerana kekacakan yang dia miliki. 

 "B.. Are you jealous? B, I sayang you aje. Nak atau tak nak you kena percaya yang tiada perempuan lain mampu ada di sini selain you.” Walid tunjuk dadanya. Dia gelak kecil. “Jadi buat apa you nak cemburu? Tak ada faedah pun!" Balas Walid tertawa besar. Berdesing telinga Tizza. Ada rasa kecil hati bertamu di dalam dirinya.

"Lucu sangat ke?" Tanya Tizza kasar. Walid memandang wajah Tizza kosong.

“Tak lucu ke?” Walid tanya balik. Naik merah wajah Tizza menahan geram. 

“Suka hati you lah!” Ucap Tizza mendongkol. Tizza melangkah laju meninggalkan Walid.

“Tizza...” Seru Walid. Tizza tak peduli. Hati dia sakit. Walid lambat pick up! Dia cemburu bila Walid jadi perhatian gadis-gadis di luar sana. Kenapa Walid tak pernah nak faham hati dia? Tizza ketap bibir sendiri. 

“Marahlah ni?” Usik Walid menyaingi langkah Tizza. Tizza terdiam membisu. Marahlah! Siapa yang tak marah boyfriend sendiri jadi perhatian orang lain?

Tizza teringat ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. ‘Kalau nak hidup dengan lelaki yang handsome, bukan awak aje yang nakkan dia. Orang lain pun teringin kat dia!’ Tizza mengeluh panjang.

"Sayang... Ada seorang client ni asyik ajak I keluar aje..." Sengaja Tizza menduga. Dia merenung wajah Walid memerhatikan reaksi Walid. Walid buat muka batu.

"Really? Lelaki ke perempuan? I kenal dia tak?" Soal Walid teruja.

"Nope, you tak kenal dia dan dia lelaki." Balas Tizza.

“Iya? Bila dia ajak keluar tu?”

Tizza telan air liur. Walid tak jealous ke? “Sepatutnya hari ini. tapi I tolak.” Ucap Tizza hambar. 

“Oh, so kenapa you tak keluar dengan dia?" Soal Walid selamba. Seolah-olah dia tidak kisah langsung dengan ajakan itu padahal kalau lelaki lain sudah pasti menunjukkan rasa cemburu.

"Sayang..  I kan dah ada you, kenapa pulak I kena keluar dengan dia?" Tekan Tizza. Walid garu keningnya.

"B... Keluar makan je kan? You belum jadi isteri I so you bebas nak keluar dengan sesiapa yang you mahu. I tak kisah. Besides... I trust you! Lainlah kalau you dah jadi bini I..." Walid kenyit mata. Tizza hampir-hampir ternganga tidak percaya. Bukankah sepatutnya Walid perlu halang Tizza daripada berhubungan dengan lain? Stone heart punya Walid! 

Tizza mengeluh. Mengikut teori Tizza, ada dua kesalahan dalam bercinta, 1. Don't trust your partner too much dan 2. Jangan kongkong pasangan kamu macam dia langsung tak ada hak untuk hidup. Masalah yang dihadapi bersama Walid adalah Walid terlalu mempercayai dirinya. "Just do anything you want, I won't stop because I trust you" Ayat itu selalu sangat diucapkan oleh Walid sehinggakan Tizza sudah dapat menghafal ayat Walid setiap kali Walid buka mulut untuk keluarkan teori dia yang satu itu.

"So, you pernah keluar dengan perempuan lain tanpa pengetahuan I sebab I bukan isteri you?" Soal Tizza pelan. Walid memandang Tizza, wajahnya kosong lagi.

"Yea.. Sometimes," balas Walid tenang.

Tizza ketap bibir. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah, kenapalah Walid ni jujur sangat? Dia boleh berbohong dengan mengatakan 'tak pernah' sekalipun dia dah banyak kali keluar dengan perempuan lain. Tak faham betullah dengan perangai sebenar lelaki seorang ni.

"B, I salah cakap ke?" Soal Walid apabila menyedari perubahan pada air muka Tizza.

"I nak ke ladies," Tizza berlalu menuju ke arah tandas. Dia sudah tiada mood melayan kerenah Walid. Sakit hatinya menjadi-jadi.

Beberapa minit di dalam tandas tanpa buat apa-apa melainkan termenung dihadapan cermin dan cuba menenangkan diri sendiri. 5 minit kemudian dia melangkah keluar.

“Apa la si Walid tu. Tak ada perasaan ke?” Rungut Tizza perlahan. Tapi Walid tetap Walid. Walid bijak memujuknya dengan ayat-ayat menusuk jiwa wanitanya. Memujuk dengan sesuatu yang manis. Sebab katanya...

"You tau kan yang I suka tengok senyuman you yang manis macam gula tu?"

Tizza menghela nafas panjang sambil memandang lurus ke hadapan. Matanya membulat bila terpandang seorang lelaki bercermin mata bingkai tebal sedang duduk di KFC seorang diri.

“Dia tu... Bukan mamat poyo komuter ke?” Tizza mengamati seraut wajah itu dari jauh.

“Tizza, you tengok siapa tu?” Suara Walid menerobos ke telinganya. Tizza gugup terus memandang wajah Walid. Walid pandang ke arah yang Tizza pandang dengan kerutan di dahi.

“Tak ada sesiapalah! I ingat lelaki tu kenalan I tapi nampaknya I salah. Jomlah kita balik. Dah lewat ni...” 
Tizza tarik tangan Walid. Walid memandang wajahnya hairan. Kenapa dengan Tizza hari ini?

Tizza memegang dada kirinya. Jantungnya berdegup laju. Kenapa dengan aku hari ini?

*****

SHAFIQ aka Shaq itu mengganggunya lagi. Naik buntu Tizza mencari alasan menolak pelawaan Shaq. Lelaki memangkan? Kalau orang dah cakap tak suka tapi degil jugak sebab otak dia bebal nak terima kenyataan!

“Sekali ni aje. Lepas ni tolong jangan ganggu hidup I lagi.” Tegas suara Tizza menerima pelawaan Shaq. Shaq angkat kening.

“No hal!” Ucap Shaq dengan senyuman memekar di wajahnya.  Tizza mencebik.

Shaq baginya tak banyak beza dengan lelaki kacak lain. Romantik, kacak, penggoda, tahu melayani wanita dengan sebaik-baiknya dan kasanova! Terlalu tipikal untuk lelaki buaya darat. 
Dia menyampah tengok senyuman Shaq. Nampak palsu. Sekali senyum buat mulut senget sebelah. Euwww... Handsome lah sangat!

Rambutnya yang hitam lebat itu berkali-kali dilurut kebelakang dengan jari-jemarinya sambil matanya terus merenung ke arah Tizza. Tak ada cara lain ke nak mengorat perempuan? Aset rambut aje nak buat apa? Kang tak pasal-pasal aku cantas rambut tu sampai botak. 

"I kat sini bukan nak tengok you perhatikan muka I ni sepanjang hari.” Perli Tizza.
Sejak lima minit yang lalu Shaq pandang wajah dia dengan sengihan lebar. Sikit pun tak cakap apa-apa.

Bosan tau tak? Dengus Tizza geram. Shaq angkat kening. "Sorry... I sebenarnya masih tak percaya you sudi keluar dengan I. Rasa macam mimpi. Rasa macam heaven!" Shaq ketawa kecil. Heaven? Sah mamat ni wayar kepala dia putus fius.

"Dengan perempuan lain,  you guna dialog yang sama ke?" Soal Tizza sengih. Lelaki kasanova macam Shaq tak boleh dipercayai. Semuanya jadi heaven bila dah jumpa perempuan.

Shaq ketawa. "Actually, you cemburu kan? Jangan risau, I tak pernah gunakan ayat tu kat perempuan lain sebab perempuan lain kejar I, you pula I yang terpaksa merayu-rayu nak jumpa...”  Berdesing telinga Tizza. 
Wah! Macam mana lelaki itu boleh terfikir benda yang aku tak pernah fikir? Tizza terkebil-kebil sendirian.

"I cemburu??” Tanya Tizza tak percaya. “Dalam mimpilah!” Tizza senyum sinis.

“Tak apa Tizza. I tau you segan.” Shaq ketawa lagi. Gila perasan! Segan? Dia fikir aku segan kat dia? Bueekkk! Tak hingin okay...

“I tengah perli you Shaq. Tak ada hati I nak jealous jealous sekadar dengan lelaki sesen macam you.” Balas Tizza kasar. 

Shaq berhenti ketawa. Wajahnya berubah tiba-tiba. Shaq berdehem beberapa kali sebelum dia memanggil pelayan restoran. Dia pesan set lunch yang agak mewah. Biar Tizza sedar dia kaya. Biar Tizza tahu dia lelaki kegilaan wanita di luar sana.

“Kita makan-makan sambil sembang-sembang ya tuan puteri....” Shaq buat ayat romeo lagi. Tizza cebik.

"I datang sini cuma nak makan cepat-cepat dan balik semula ke office I. I banyak kerja daripada melayan mamat sengal macam you." Wah Tizza! Cakap tak cover-cover lagi. Tau la awak benci kat saya... Desis hati Shaq.

"Look, you janji keluar makan dengan I dan lepas ni I akan terus pergi dari hidup you. Jadi I nak luangkan lebih masa untuk puteri hati I ni. Salah ke Tizza?” Tanya Shaq perlanan.

Tizza mengeluh, berat.

"You expect too much Shaq. I dah ada boyfriend, you pun tahu. Jadi untuk apa you terkejar-kejar I lagi?" 
Soal Tizza merenung tajam ke wajah Shaq. 

“Tizza, I didn't expect too much. I buat apa yang hati I suruh buat. I jujur pada perasaan sendiri.  I just go for what i want. And you patut tahu yang I sebenarnya dah lama kenal dengan boyfriend you tu.” 
Tizza pandang wajah Shaq hairan.

“Nama dia Walid kan? Dia memang seorang lelaki yang baik dan mampu untuk menjaga you, Tizza...”

"Mana you tau? You intip I?"

Shaq angkat bahu. 

“Lepas ni tolong jangan masuk campur dalam urusan hidup I. Waima berkenaan Walid sekali pun! Dan ingat perjanjian kita, ini adalah hari terakhir I nampak muka you. Dan I serius Shaq!" Kata Tizza tegas. Tizza angkat tubuh dan berlalu pergi sebelum sempat ditahan oleh Shaq.

Dada Tizza berombak geram. Dia berjalan pantas melangkah keluar dari restoran tanpa sempat menjamah makanan. 

Biarlah! Dia bukan pengemis yang tak mampu nak beli makanan guna duit sendiri.

Brakkk....

Tizza terpaling kebelakang hampir-hampir tubuhnya bergolek ke tanah. Bahunya terasa perit spontan dia pegang. Sakit sangat! 

Dia melemparkan pandangan tajam ke arah orang yang melanggar dia tadi. Ya Allah! Mata Tizza membulat. Mamat poyo komuter... 

Lelaki itu tunduk sedikit sebagai tanda meminta maaf sebelum melangkah pergi. Tizza tercengang-cengang sendiri. Macam tu aje?

*****

"AKU dengan Walid dah putus.” Ujar Tizza selamba. Diana terkejut. 

“Ni yang aku tak faham ni. Elok-elok couple boleh putus? Apsal kau putus dengan Walid?” Soal Diana tak percaya. Wajah Tizza diamati dalam-dalam. Minah ni macam tak ada perasaan. Selamba badak. Diana naik hairan. Dia yang tadi berbaring-baring di sofa sambil membaca novel terus terduduk menanti jawapan Tizza.

"Aku yang nak putus dengan Walid," jawab Tizza sambil mengurut hujung dahinya. Kening Diana bertaut.

“Ye lah putus, tapi kenapa?”

"Aku dah mula bosan dengan dia." 

"Bosan? Itu alasan nak lepaskan diri ke? Eh, kau ni biar betul Tizza? Kang menyesal kang, ha.... Gigit jari la lepas ni...”

"Aku jahatkan? Tapi aku memang tak dapat nak go on dengan Walid.”

“Bila kau putus dengan dia ni?”

“Baru aje tadi. Aku call dia minta putus.” Ucap Tizza menghela nafas panjang. Diana tepuk dahi.

“Sure ke kau tak nyesal nanti?” Mata Diana bulat merenung raut Tizza. Tizza geleng kepala perlahan.

“Kau tak sayang dia lagi ke?” Tanya Diana lagi. Tizza buat muka sedih sambil geleng-geleng kepala. Tipulah kalau dia tak sayang. Dia dan Walid menyulam kasih hampir 7 tahun sejak di universiti dulu. Tapi tak tahu di mana silapnya, hubungan ini semakin hambar. Dengan sikap Walid yang selalu buat don’t know, ketenangan 
Walid yang dulu mampu mencairkan hati dia, tetapi sekarang dah macam satu kepahitan buat Tizza. Dia jadi ragu untuk mengenal kasih Walid. 

"Tapi Za, Walid tu punyalah..."

"Punyalah baik, romantik, handsome, sweet, berduit, bekerjaya... Pendek kata sempurna serba serbi. Tak gitu?" Tizza menyampuk. Semangat Diana angguk kepala. Tahu pun kau ya minah?

"Hah! Tau pun kau. Habis nak putus jugak apesal?"

"Sebab aku bosanlah! Bila aku merajuk dia pujuk aku dengan benda-benda manis, coklatlah, aiskrim, gula-gula.. Apa dia nak aku dapat penyakit kencing manis ke? Bila aku marah dia sejukkan aku dengan bunga, dengan hadiah-hadiah misteri dia, dengan gurauan dia yang langsung tak kelakar. Tiap-tiap kali aku marah pun itulah modal dia nak pujuk aku. Bila aku sedih, bila aku nak mengadu, bila aku nak dia faham aku, dia tak habis-habis dengan kata-kata positif dia tu, Asyik-asyik look at the bright sight!, Sekali-sekala aku nak jugak layan rasa marah aku, rasa sedih aku, rasa geram aku. Aku nak jugak kutuk client yang tak habis-habis paksa aku siapkan permohonan pinjaman dia cepat-cepat, aku nak jugak kutuk kawan lama yang rasa pakwe dia lagi handsome daripada pakwe orang lain padahal muka pakwe dia tu biasa je, aku nak jugak look at the dark sight." Luah Tizza panjang lebar.

 “Dia nak kau jadi yang terbaik, Tizza... Kau janganlah nak ikut kepala kau aje...” Tersirap Tizza mendengar kata-kata yang terluah dari bibir Diana.

“Nak jadi terbaik tu memang bagus, tapi aku tak mampu! Terbaik? Weyh, aku tak dapatlah weyh... Rasa tertekan.”

"Kau dah simpan lama benda ni dalam hati kau kan?" Soal Diana cuba memahami perasaan Tizza saat ini.  Dia kawan, jadi dia patut berikan sokongan.

"Tak jugak lama, dalam sebulan dua je kot..." Mata Tizza juling ke atas. Cuba mencongkak berapa lama dia mula rasa begini.

"Kenapa tak cerita kat aku??" Soal Diana.

"Heh... Mana ada orang yang suka dengar kisah cinta orang lain. Kalau baca novel cinta tu lain ceritalah..."

"Kau patut tahu Za yang aku sangat suka dengar kisah cinta orang lain. Kisah kau terutamanya." Diana tersengih besar. Sempat pula dia loyar buruk.

"Kau ni pun... Ye lah kau suka dengar cerita cinta orang lain... Kau kan penyibuk. He he he...” Tizza gelak. Diana tampar lengan Tizza. Penyibuk dia kata? Muncung bibir Diana dah macam itik.

“Aku tak kisahlah Dee... Kau sahabat aku dunia akhirat. Lagipun aku tak nak cerita ni sebab aku nak lupakan pasal kisah aku dengan Walid ."

“Betul kau dah bulat hati tak nak Walid lagi? Tak menyesal ni? Jangan tak tahu Walid tu idaman wanita Malaya...” Usik Diana. Tizza cebik.

“Yeee la...” Tizza tekankan suara dia. Diana sengih.

"Berakhirnya sebuah perhubungan itu bukan suatu pengakhiran, tapi ia cuma sebuah permulaan untuk satu kisah yang baru... Itu ayat yang aku baca dalam novel inilah!" Diana menunjukkan novel yang dipegangnya. 

"Aku ingat ayat kau sendiri tadi, baru ingat nak puji." Tizza ketawa. Diana tarik muncung lagi. Alahai housemate dia yang seorang ni... Manja sangat! Tizza peluk bahu Diana. Diana tepuk belakang Tizza.

“Kau dengar apa aku cakap ni ya, kalau kau sedih, kau luah aje kat aku... Aku sudi dengar...” Ucap Diana sambil senyum. Tizza angguk kepala.

“Love is always like this, it fades away after some time..” 

“Tizza, when love goes away... another love comes again. It definitely will! Even if it hurts now, it will heal a little later... Kau percayalah cakap aku ni...” Ujar Diana bersungguh-sungguh. Tizza senyum kecil. Ya, mungkin sekarang cinta itu pergi, Cuma untuk menerima cinta baru, dia tak nak kesilapan lama berulang kembali.

Diana kembali berbaring dan membaca juga menghayati kisah cinta di dalam novel itu dan Tizza kembali memandang ke arah tv tapi yang sebenarnya fikiran dia menerawang mengingati peristiwa kenapa dia putus dengan Walid beberapa minit lepas.

Beberapa minit lepas, semasa Tizza di dalam bilik tidurnya, sedang membuat panggilan kepada Walid kekasih hatinya untuk mengadu dan menceritakan betapa tak wajarnya tindakan Shaq, lelaki playboy yang asyik menggangunya itu kerana telah mengintip pergerakan dirinya semata-mata kerana ingin kenal siapa Boyfriend 
Tizza. Secara tak langsung, tindakan Shaq itu sebenarnya telah mencerobohi hak asasi Tizza sebagai seorang manusia. Tapi kata Walid..

"Kenapa pulak you nak marah, sepatutnya you berbangga sekurang-kurangnya ada juga orang yang bersusah payah untuk you semata-mata untuk kenal siapa boyfriend you ni kan B?" Kata Walid, tergelak-gelak.

"Sayang! I tak buat lawak okay! Cubalah serius sikit. You tak fikir ke yang dia mungkin boleh buat lebih dari itu? Entah-entah dia intip jugak kat mana I tinggal, kat mana kampung I, siapa mak bapak I? You tak risau ke?" Soal Tizza menahan geram. Walid ketawa besar.

“Takkan sampai macam tu kot... You ni lebih-lebihlah Tizza...” Walid macam menyindir dia. Tizza ketap bibir tahan geram. Bibirnya terkumat-kamit mencari ayat untuk membalas kata-kata Walid tetapi dia gagal. Marahnya sudah merebak keseluruh urat nadi.

"Nak risau apa? I rasa dia just curious nak tahu siapa Walid Idham yang sebenar. Lelaki yang berjaya mendapatkan hati milik Tizza Maisarah. Tak gitu?" 

“You jangan nak sombong sangat, Walid.” Ayat Tizza kasar. 

“Apa pulak nak sombongnya... I rasa you macam tak perlukan I sebagai kekasih. You perlukan kawan untuk meluahkan perasaan. I tak ada masa nak dengar you merungut macam ni, Tizza.” Ada sinis pada kata-kata Walid. Tizza tahan hati sendiri. 

Oh, kawan? Tak ada masa nak dengar aku merungut? Jadi kalau seorang lelaki dan seorang perempuan bercinta, tak adalah istilah perkongsian bersama? Salah ke dia cuba berkongsi masalah? Salah ke dia nak mengadu masalah dia pada kekasih sendiri?

“You sukalah kalau satu hari nanti dia boleh buat lebih daripada itu? Hei Walid. I tak sangka you berfikiran cetek macam ni.”

"Nak buat apa?"

"Do something lah... Dia lelaki I perempuan. Siapa yang tahu apa akan terjadi kemudian hari? You tak teringin ke nak marah dia sebab kacau I? At least ugut dia supaya jangan ganggu I or anything??"

"Hahahahhaaa..."  Walid ketawa dan ketawa. Mungkin sekarang ni Walid tengah fikir yang dia obvious sangat nakkan perhatian Walid. Tapi itulah yang sebenarnya. Dia nak rasa kasih-sayang daripada Walid tapi macam mustahil aje. 

"B, kenapa pulak I nak kena buat benda-benda bodoh tu semua? You're my girlfriend, bukan wife I pun. Mengarutlah." Tizza ketap bibir. Kenapa Walid tak pernah faham perasaan dia? Susah sangat ke nak faham? 

Dia perempuan dan wanita perlukan perhatian untuk merasai kasih sayang yang dihulurkan. Tapi apa Walid 
dah buat? Macam tak ada perasaan. Hambar. 

"Tapi takkan you tak nak pertahankan I? Mana kasih sayang you, Walid?"

"Pertahankan apa? Apa yang dia dah buat sampai I mesti kena pertahankan you? Ada dia rogol you? Cabul you? Kiss you? Ada?” Cabar Walid. Dia jadi sebal melayan emosi Tizza. Tizza tersentak. 

"You tau tak, kadang-kadang bercakap dengan you ni cuma menyakitkan hati?! Fine, you tak pernah cuba nak faham perasaan I. Mulai detik ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Faham?!" Jerit Tizza terus matikan panggilannya.   

Dia memang tak pernah rogol I, tak pernah cabul I, tak pernah kiss I... Tapi dia cuba rampas I dari you. You tak bimbang langsung ke pasal itu Walid Idham? Hidup you easy aje kan? Keluhan terbit di bibir Tizza. 

****

TIZZA shopping lagi. Ini salah satu cara untuk dia hilangkan tekanan. 50 kali Walid telefon tapi dia buat tak tahu. Kali ini muktamad dia nak break dengan Walid tak macam sebelum-sebelum ini. 

Tizza mahu buktikan pada dirinya sendiri yang dia mampu untuk berdiri tanpa Walid di sisi. Habis gaji sebulan dia keluarkan untuk membeli baju-baju berjenama dan kasut-kasut mahalnya. Sebelum ini asyik Walid yang keluarkan wang dia. Kali ini Tizza perlu hidup berdikari.

Tiga jam dia pusing-pusing Time Square sebelum dia putuskan untuk pulang ke rumah. Tizza menjinjit beg-beg plastik di kiri dan kanan tangan menuju ke stesen komuter. Rasa menyesal pula sebab tak nak bawa kereta tadi. Kononnya nak ambil angin jalan-jalan. Padan muka kau Tizza... Dia kutuk diri sendiri.

Salah satu begnya tercicir semasa dia sedang menyeberang jalan. Ingin berpatah balik tapi kereta pula lalu lalang, penuh sesak. Lama dia menunggu di tepi jalan itu semata-mata ingin mendapatkan kembali beg yang terjatuh di seberang jalan sana.

Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam serta baju kemeja yang tidak berbutang mengambil beg plastiknya dan berjalan menghampiri Tizza. Kening Tizza terangkat. Macam pernah jumpa... Tapi kat mana? 

Tizza amati lelaki itu sebelum mengambil beg plastik yang lelaki itu hulurkan. Lah... Mamat poyo komuter hari tu! Patutlah nampak lain... Dia tak pakai spectacle dia...

“Terima kasih...” Ucap Tizza teragak-agak. Mamat komuter itu mengangguk tanpa membalas senyuman 
Tizza. Amboi.. Sombong nampak...

Mamat komuter itu terus berlalu pergi. Tizza tercengang-cengang sebelum dia mengejar langkah lelaki itu.

“Hey... Siapa nama awak? Saya Tizza Maisarah...” Tizza cuba menyaingi langkah kaki mamat komuter. 
Mamat komuter toleh memandang Tizza dengan pandangan kosong.

“Kita dah terserempak tiga kali tapi tak pernah bertegur sapa. Nama saya Tizza...” Tizza hulur tangan kanan. Lelaki itu menundukkan kepala. Perlahan-lahan Tizza letak tangannya ke sisi. Malu!

“Saya pergi dulu,” ucap lelaki itu sebelum melangkah pergi.

“Eh, nama awak?” 

“Doraemon.” Lepas tu mamat komuter terus pergi. Rahang Tizza terjatuh ke bawah. Doraemon pulak?



bersambung lagi....



Friday, March 9, 2012

Plain Guy part 1



TIZZA memegang beg-beg kertas di kiri dan kanan tangannya sambil berlari-lari anak dengan kasut tumit tinggi 3 inci.

“Mati la aku!” Tizza menggigit bibir berlari menuju ke arah kaunter pembelian tiket. Dah lambat sangat!
Duit bakinya renyuk di tangan. Cepat-cepat dia letakkan kad kecil itu ke dalam mesin sebelum meloloskan diri daripada gate masuk.

“Eh, ringan aje ni?” Tizza pandang ke bawah. Beg kertas di tangannya tinggal dua. “Alamak! Macam mana boleh tinggal!”

Tak sempat dia patah balik palang gate dah tutup! Mata Tizza membulat.

“Haishh! Tak guna!” Tizza panik seketika.

Tiba-tiba satu tangan mencapai beg kertas Tizza. Tizza memandang wajah lelaki itu.

“Beg aku!” Seru Tizza cemas. Lelaki itu melepasi palang gate selepas memasukkan kadnya.

“Mine....” Ucap Tizza menunjukkan beg di tangan lelaki itu. Gusar sekiranya lelaki itu ada hajat nak ambil beg kertas dia. Mahal dowh kasut yang aku beli tadi!
Lelaki itu tertunduk memandang beg yang Tizza tunjuk. Dia menghulurkan kepada Tizza tanpa sepatah ayat pun.

Tizza terkial-kial mengambil beg kertasnya. Lelaki itu menarik nafas panjang. Tiba-tiba barang-barang di tangan Tizza dirampas oleh lelaki itu. Tizza terkejut. Dia memandang lelaki itu penuh tanda tanya. Lelaki itu tidak mempedulikan renungan tajamnya malah terus berlalu menuju ke pintu masuk komuter. Tizza laju mengikut langkah lelaki itu. Dia kalut sebentar.

‘Poyo arr mamat nih! Bisu ke apa?” Tizza tercebik-cebik sendirian memandang tubuh lelaki bercermin mata bingkai tebal itu dari belakang.

Langkah lelaki itu terhenti tiba-tiba. Tizza turut kaku memandang lelaki itu dengan perasaan pelik.

Lelaki itu memandang Tizza tajam sebelum mengangkat beg-beg Tizza.

“Oh!” Tizza mengambil barang-barangnya dari tangan lelaki itu sebelum duduk di kerusi kosong berdekatan pintu.

Lelaki itu masih memandangnya. Tizza tarik muka masam. Apa pandang-pandang?!  Poyo punya mamat... Dah la nerd semacam.

Mamat poyo itu berlalu keluar dari pintu selepas satu perhentian. La, sombong gila! Cakap pun tak.... Tengok, tak de pun dia nak minta diri pergi dulu padahal tadi beria-ia nak tolong aku... Eh, aku tak cakap thanks pun kat dia! Tizza garu kepalanya yang tidak gatal. Ada sedikit kesalan di hatinya.

Tizza melangkah keluar setelah komuter berhenti ke stesen berikutnya. Nak cepat balik rumah. Penat sangat!
Tiba-tiba telefonnya berbunyi nyaring. Tizza meletakkan beg-beg kertasnya di kaki sambil mengeluh kecil. 
Handbag di selongkar mencari telefon bimbit yang tak henti-henti berbunyi.
‘Sayang’ terpapar di skrin Samsungnya. Tizza menghela nafas panjang sebelum memicit butang accept.

"Kenapa?" Tanya Tizza agak kasar. Dia betul-betul penat!

"Hello B, you kat mana? I call you banyak kali tapi you tak angkat. I risau tau tak?" Suara Walid mencecah telinganya. Tizza mencebik.

"I dalam komuter tadi. Tangan I penuh dengan barang-barang. Mana sempat nak cari handphone. Lainlah kalau I ni "squidward", ada banyak tangan boleh guna. Ha,  you nak apa pulak?” Perli Tizza. Membuat perumpamaan dirinya dengan si sotong yang bermain alat muzik dalam kartun spongebob.

Walid gelak. Tizza monyok.

Mood Tizza terganggu sebab sepatutnya  Walid yang menghantar dia sampai ke rumah. Alih-alih dia kena naik komuter kerana Walid dapat panggilan kecemasan dari siapa entah. Hai! Bebal betul...

"Sempat pulak you buat lawak ye sayang? By the way, you dah sampai mana sekarang?" Soal Walid lembut. Memujuk lah tu! Tizza mencemik wajahnya sekali lagi.

Tak kuasa melayan Walid. Tadi beria-ia nak temankan orang shopping. Last-last jadi macam ni! Semua ni salah Walid sampaikan dia terjumpa mamat poyo tu tadi.

"On my way to my house!"

"Okay kalau macam tu, kejap lagi I datang ambil you."

"Apsal?"

"Keluarlah. Tadi kita tak sempat makan kan?"

"How about you punya emergency call dari rumah tu?"

"Oh... Tak ada apa-apalah, dah settle. Jadi bolehlah ya?"

“Boleh apa?”

“Keluar dengan I... You know, makan-makan...”

"No. Tak payah. I malas nak keluar. Ni pun baru aje sampai."

"B... You merajuk eh? I'm sorry ok. I'll pick you up."

La.... Bebal jugak dia ni. Tak faham bahasa kut...

"I said no! I tak nak keluar sekarang ni, I penatlah... Dan tolong jangan datang rumah I okay..." Tegas Tizza 
lantas mematikan talian. Padan muka Walid. Kena bagi pengajaran sikit kat lelaki macam tu.

Berombak dadanya menahan marah. Lebih menyakitkan hati lagi bila emergency call tu dia kata tak penting. Grrr...  Sakit jiwa betul.

Tapi Tizza tahu yang dia takkan merajuk lama-lama sebab Walid bijak mengambil hatinya. Saja nak main tarik tali dengan boyfriend sendiri apa salahnya? Tizza memuncungkan bibir sambil meneruskan langkah kakinya.

*****

“SIAPA punya ni?” Tanya Tizza hairan. Faridah mengangkat bahu.

“Kau lah kut...” Balas Faridah tidak mengendahkan pertanyaan Tizza. Tizza capai bungkusan coklat dengan sekeping kad di atas meja pejabatnya.

Tizza buka kad berbentuk hati berwarna merah dan membaca satu-satu ayat yang tertulis di situ.

"Your smiles as sweet as this chocolate. So, smile aaaallways! :-)"

Tizza senyum lebar. Pandai Walid pilih coklat kegemaran dia.

Tizza keluarkan telefon bimbit dari dalam beg.

"Hello. Sayang...." Sengaja Tizza keluarkan suaranya ala-ala Mulan Jamila, paling seksi!

 See? Dia memang takkan mampu untuk merajuk lama-lama!

******

"HAI TIZZA... Sibuk ke?" Tegur satu suara. Mendengar suara itu saja sudah cukup untuk buat Tizza rasa harinya jadi kelam. Tizza tarik muka masam. Syuh... Syuh... Benci pada lelaki itu lebih menguasai hatinya.

"Amboi... Sombong nampak! Langsung tak nak pandang muka I ni kan?" Ucap lelaki itu.

“Tau tak pe...” Balas Tizza sinis.

Shaq sengih nakal sambil menolak rambutnya ke belakang. Siap angkat-angkat kening tunjuk kacak. Boleh 
tak aku nak muntah sekarang? Bueekkkk!!! Tizza buat muka menyampah.

Bajet handsome satu Malaysia konon!

Taula dia kaya, muka jambu ala-ala jambu batu. Senyuman boleh pikat jantung si Senah anak mak cik jual karipap kat depan pejabatnya. Tapi hakikat sebenarnya, Tizza langsung tak pernah kisah dengan segala aset yang dimiliki oleh Shaq itu. Euwwww... Tolong okay, menyampah gila! Sekali lagi Shaq usap-usap rambutnya. Tizza mencebik kecil.

"Maaf, ini bukan office bapak I jadi tak payah nak kacau I kat sini sebab I tak suka orang lain ganggu I buat kerja. Nanti boss I mengamuk, I jugak yang kena marah. Ada faham?” Kata Tizza dingin.

"Jadi kalau office ni office father you, I boleh kacau you setiap hari la ye?" Shaq buat ayat ala-ala kasanova. Tizza ternganga. Shaq ketawa lucu. Suka pandang muka Tizza yang kalut seperti itu. Dia paling suka lihat wajah Tizza yang buat-buat muka menyampah pada dia. Comel!

“Excuse me? You ada sakit mental ke?” Kening Tizza bertaut dekat.

“I just nak bawa you untuk lunch dengan I... Salah ke?” Cabar Shaq.

"Salah tak salah, kalau you nak tau, I ada date dengan my boyfriend hari ini.” Ucap Tizza. Sengaja dia keraskan perkataan ‘my boyfriend’ biar Shaq tahu hati dia sudah dimiliki!

Shaq buat mulut macam ‘n’ sambil angkat kening.

"Esok boleh?" Tanya Shaq cuba nasib.

"I think I dah cakap dengan jelas yang I dah ada boyfriend." Kata Tizza sinis.Sekalipun dia berpisah dengan Walid, dia tetap tak akan memilih Shaq sebagai pengganti. Never!

"Apa lebihnya dia berbanding I?” Cabar Shaq tersenyum sinis. Hati Tizza terbakar.

“Banyak.”

“Banyak?”

“Dia cukup sempurna untuk I!” Bentak Tizza geram.

"Habis? I tak sempurna?" Soal Shaq sambil menunjukkan tangan dia konon-kononnya ‘solid’ berotot-otot. Tizza tahan ketawa. Betul ke tak si Shaq ni?

“Sempurna seseorang tu terlalu subjektif, Shaq. You bukan test I.”

"Okay then... Kita lihat aje nanti ‘kesempurnaan’ boyfriend you tu..." Shaq lemparkan pandangan menggoda. Siap kenyit mata. Tizza tersenyum sumbing.

"Hei, you tak payah nak sibuk-sibuk pasal kehidupan I, boleh tak?"

"Well... I nak tau jugak ‘power’ mana boy you tu... Entah-entah jumpa lipas dah lari 10 batu!" Shaq ketawa. Tizza membulat mata. Wajah Tizza naik merah.

“You jangan nak buat I marah...” Tizza bagi amaran. Shaq sengih. Tangannya terus melekap ke pipi Tizza sambil kenyit mata sebelum berlalu. Tizza ternganga. Tak guna punya lelaki!

Tizza kesat pipinya berkali-kali. Geramnya naik ke kepala.

Walid pun tak pernah nak sentuh aku. Tak guna kau Shaq! Sesen pun tak guna!



bersambung...